CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13224|Reply: 77

Solat Tarawikh & Witir [merged]

[Copy link]
SecretAgent This user has been deleted
Post time 25-9-2005 06:03 AM | Show all posts |Read mode
bacaan solat tarawikh(utk Imam)

kita hampir menghampiri bulan ramadhan...saya ingin bertanya, ade x sesiapa di sni yg tahu bacaan utk solat tarawikh jika mnjadi imam??? maksud saya, bacaan selepas rakaat ke 4, ke 8, nk witir dan sebagainya.....

[ Last edited by  ibnur at 14-7-2007 03:51 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2005 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by SecretAgent at 25-9-2005 06:03 AM
kita hampir menghampiri bulan ramadhan...saya ingin bertanya, ade x sesiapa di sni yg tahu bacaan utk solat tarawikh jika mnjadi imam??? maksud saya, bacaan selepas rakaat ke 4, ke 8, nk witir dan  ...


bacalah ayat mana2pun time jadi imam tarawikh tidak menjadi kesalahan. setahu saya tiada dalil yg mengatakan utk rakaat sekian baca ayat sekian.

berkenaan dgn bacaan masa witir pulak, dlm fatwa berikut yg saya jumpa di islam-online, Prof Dr. Ahmad Yusof Sulaiman berkata:

http://islamonline.net/servlet/S ... p;cid=1122528616786

والمختار أن أفضل هذه الكيفيات إذا كان المصلي سيوتر بثلاث أن يصلي ركعتين يقرأ في الأولى بعد الفاتحة بسورة الأعلى، وفي الثانية بسورة "الكافرون" بعد الفاتحة، ثم يسلم، ثم يأتي بالثالثة التي يقرأ فيها بالإخلاص بعد الفاتحة.


maksudnya ialah cara yg paling afdhal ialah dlm rakaat pertama baca sabbihis marabbikal a'la, dlm rakaat kedua qulya ayyuhal kafirun. kemudian bagi salam. lepas tu dlm rakaat ketiga baca qulhuwallah.

cara ni memang tok2 imam masjid duk amal sejak dulu lagi kan? di sana ada hadis dari Ubai bin Ka'ab (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-Nasa'ie dan Ibnu Majah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ في الوتر سبح اسم ربك الأعلى وفي الركعة الثانية بقل يا أيها الكافرون وفي الثالثة بقل هو الله أحد


maksudnya: sesungguhnya Nabi s.a.w membaca ketika witir sabbihis ma rabbikal a'la, dlm rakaat kedua qulya ayyuhal kafirun, dan dlm rakaat ketiga qulhuwallah.

[ Last edited by nahzaluz at 25-9-2005 10:11 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 12:27 AM | Show all posts

Solat Sunat Terawih &Witir (merged: alexandria_iz)

Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Sempena Ramadan ni, semoga saudara/i dpt membincangkan tentang solat sunat terawih ni ..
1. Solat sunat ni adakah diamalkan di zaman Rasulullah SAW ?? Adaka hadis2 tentang solat sunat ni ..sy tanya krn ada rakan2 yang claim ianya tak pernah di buat di zaman Rasulullah (pengikut syiah ckp)

2. Selepas setiap 2 rakaat, bilal selalunya laungkan (sy tak tau term dia) di akhiri dengan puji-pujian keatas Abu Bakar, Umar, Uthman dan last Syaidina Ali (klu buat 8 rakaat). Mana ambik dan apa nas dia ??

Wassalam.

[ Last edited by fleurzsa at 18-10-2005 01:24 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 5-10-2005 12:27 AM
Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Sempena Ramadan ni, semoga saudara/i dpt membincangkan tentang solat sunat terawih ni ..
1. Solat sunat ni adakah diamalkan di zaman Rasu ...


salam hormat, cinta kepada anda.

pipi hanya boleh menjawab soalan pertama.

Sahih Bukhari, Volume 8, Book 73, Number 134: Narrated Zaid bin Thabit: Allah's Apostle made a small room (with a palm leaf mat). Allah's Apostle came out (of his house) and prayed in it. Some men came and joined him in his prayer. Then again the next night they came for the prayer, but Allah's Apostle delayed and did not come out to them. So they raised their voices and knocked the door with small stones (to draw his attention). He came out to them in a state of ANGER, saying, "You are still insisting (on your deed, i.e. Tarawih prayer in the mosque) that I thought that this prayer (Tarawih) might become obligatory on you. So you people, offer this prayer at your homes, for the best prayer of a person is the one which he offers at home, except the compulsory (congregational) prayer."

Sahih Bukhari, Volume 9, Book 92, Number 393: Narrated Zaid bin Thabit: The Prophet took a room made of date palm leaves mats in the mosque. Allah's Apostle prayed in it for a few nights till the people gathered (to pray the night prayer (Tarawih) (behind him.) Then on the 4th night the people did not hear his voice and they thought he had slept, so some of them started humming in order that he might come out. The Prophet then said, "You continued doing what I saw you doing till I was afraid that this (Tarawih prayer) might be enjoined on you, and if it were enjoined on you, you would not continue performing it. Therefore, O people! Perform your prayers at your homes, for the best prayer of a person is what is performed at his home except the compulsory congregational prayer."


Ada lagi sebuah hadis daripada isteri Rasullah s.a.w. ; Aishah r.a. iaitu ketika Rasullah s.a.w. bersolat malam di masjid.

Solat sunat tarawih sememangnya dilakukan sejak zaman Rasullah s.a.w. Cuma bagi shia, solat ini dilakukan bersendirian bukan berjemaah. Berkemungkinan besar yang dimaksudkan oleh rakan anda adalah perkara ini.


wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 01:29 AM | Show all posts
Salam,

Sabda Nabi saw,

Dr Abu Hurairah: Adalah Rasulullah saw menganjurkan supaya beramal di mlm ramadhan, beliau tidak menyuruh dgn keras, hanya beliau berkata: Barang siapa menahan tidur serta beramal pd bulan Ramadhan dng percaya akan kelebihannya serta ikhlas kpd Allah semata2 diampuni Allah segala dosanya yg tlh lalu"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi saw,

Dr Aisyah: Sesungguhnya Nabi saw tlh sembahyang di mesjid, maka sembahyangorg ramai mengikut beliau.  Kemudian beliau sembahyang pula ke 2 kalinya, maka bertambah byk org mengikutinya: kemudian pd mlm ke 3 atau ke4 nya, mereka tlh berkumpul pula , beliau tidak dtg kpd mereka.  Paginya beliau berkata: Saya mengetahui apa yg kamu kerjakan mlm tadi, (iaitu berkumpul utk sembahyang).  saya tidak berhalangan utk dtg kpd kamu, hanya saya tkut sembahyang itu menjadi wajib atas kamu.  Kejadian tersebut pd bulan ramadhan".
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi saw,

Dr Aisyah katanya: "Yg dikerjakan oleh Rasulullah saw baik pd bulan Ramadhan atau lainnya tidak lebih dr sebelas rakaat
(Bukhari  dll)

Sabda Nabi saw,

Dr Jabir: "Sesungguhnya Nabi saw tlh sembahyang bersama2 mereka lapan rakaat, kemudian beliau sembahyang witir"
(Ibnu Hibban)

Bilangan rakaat solat terawih itu bermcm2 dilakukan oleh umat Islam sejak zaman nabi saw hingga zaman sahabat.  Pd masa khalifah Umar, dikerjakan sebyk 20 rakaat, & ini tidak dibantah oleh para sahabat yg terkenal.  Pd masa Umar Abd Aziz, bilangan rakaat dijadikan 36.

Yg diyakini dr hadis2  dan amalan sahabat2 kita dianjurkan beramal solat dll amal pd mlm bulan ramadhan.  Ketentuan bilangan rakaat dan bacaan tidak dpt keterangan yg pasti dr syarak, hanya terserah kpd keyakinan masing2.



wallahua'lam

[ Last edited by fleurzsa at 5-10-2005 01:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 09:26 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua..

nak mintak tolong sesiapa yg ada link/bacaan semasa terawih..
iaitu bilal sebut dan makmum jawab tu....
harap faham apa yg saya maksudkan..

Selamat berpuasaa...terima kasih. ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Rayle This user has been deleted
Post time 5-10-2005 09:49 AM | Show all posts
Memang pada zaman Rasuluallah Saw solat sunat Tarwih ini di kerja 11 rakaat . 8 rakaat terawik 3 witir. satu daripada sb nya ialah Nabi SAW takut kalau -kalau solat ini menjadi WAJIB pula kpd umat nya...dlm keadaan umat islam yg masih lemah pada masa itu..bila saja umat islam  mendengar bilangan rakaat yg banyak rasa islam ini memberatkan dan tak berminat dgn islam.
Pada zaman khalifah Omar bilangan rakaat di kerjakan oleh umat islam 23 rakaat . 20 rakaat terawik 3 rakaat witir. kenapa khalifah omar berbuat demikian???. satu drp sebab nya ialah bilangan umat islam sudah teguh keimanan mereka dan bilangan mereka pada masa itu ramai.
apa yg penting bagi kita sebagai umat islam pada masa kini , bilangan rakaat tidak menjadi soalan pokok. yang penting ibadat kita kpd Allah swt pada bulan ramadan . di beri ganjaran berlipat kali pahala. Allah walam.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Rayle This user has been deleted
Post time 5-10-2005 09:58 AM | Show all posts
mengenai pujian setiap kali akhir 4 rakaat solat tarawik ada menyebut nama khalifah yg 4
Abu Bakar, Omar , Othman , dan syaidina Ali   yang ini hamba tak pasti kenapa ?? .
Kalau ada ustaz di dlm MM ini yang boleh beri penjelasan silakan....kita boleh kongsi bersama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2005 10:49 AM | Show all posts
pujian ke atas 4 org sahabat tu mungkin sbg tanda berapa rakaat kita dah buat.. contohnya, kalo bilal sebut abu bakar, maknanya dah 4 rakaat lah, dan seterusnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 10:57 AM | Show all posts
salam hormat palong dan rakan-rakan lain,

pipi juga merasakan sedemikian rupa, selain memberitahu kepada jemaah akan khalifah pertama, kedua, ketiga, dan keempat. selawat pula :
Al-Ahzab Ayat 56. "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 07:28 AM | Show all posts
Terima kasih atas penjelasan.
Saya cuma rasa penekanan umat islam pada ke-empat2 khalifah ni keterlaluan. Macamana pun terimalah seadanya.
Wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 11:07 AM | Show all posts
Saya cuma rasa penekanan umat islam pada ke-empat2 khalifah ni keterlaluan. Macamana pun terimalah seadanya.


mmm.... keterlaluan? Be spesific please? Rasanya penekanan dan pengagungan pd Mawi rasanya lebih keterlalua kot?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by FaithNoMore at 8-10-2005 07:28 AM
Terima kasih atas penjelasan.
Saya cuma rasa penekanan umat islam pada ke-empat2 khalifah ni keterlaluan. Macamana pun terimalah seadanya.
Wassalam..



Tarawih bermaksud lambat ..menurut guru saya..yg diambil dari gurunya..dimekah dahulu..setiap 4 rakaat solat tarawih akan diikuti dgn tawaf. Jadi para ulama menyusun satu kaedah supaya solat yg dikerjakn pada mlm ramdhan menepati maksudnya..dgn diselang selikan dgn doa dan selawat..kerana tiada tawaf. Memang dituntut supaya kita memperbanyakkan selawat dan doa disepanjang bulan ini. Ada juga mazhab yg mendirikan solat ini dgn 36 rakaat kerana menggantikan satu tawaf (7 pusingan) dgn 4 rakaat solat.(tak ingat mazhab mana antara Hanbali, Maliki dan Hanafi).

Saya rasa kita kena menerima khalifah dan sahabat nabi dgn penuh takzim dan kehebatan...kerana mereka adalah insan-insan pilihan yg hebat. Bacalah sejarah bagaimana hebatnya iman Abu Bakar r.a..Bagaimana tawadhuknya Omar al-khattab r.a..Bagaimana sabarnya Uthman bin Affan r.a  dan bagaimana hebatnya Ali bin Abi talib kwj.Inilah insan yg mendapat petunjuk terus dari Allah, yg dipimpin oleh Rasul..yg dijanjikan syurga semasa didunia lagi..dgn kegigihan merekalah maka islam tersebar keseluruh dunia..jika islam tidak tersebar..mungkin kita adalah penganut buddha atau hindu...keraana itulah agama asal org melayu..

Bacalah sejarah islam supaya kita tidak buta...jika kita buta akan sejarah islam nescaya kita tidak akan menghargai nikmat islam ..jauh sekali utk berkorban utk islam..

Wallahua'lam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 09:35 AM | Show all posts
Hadis ini menujukkan solat Tarawih boleh dibuat berjemaah atau berseorangan di rumah..
Ikut kemampuan dan kelapangan masing2

jgn kerana tak sempat gi surau/mesjid, kita langsung tak solat tarawih
Reply

Use magic Report

Amin_al_Kalam This user has been deleted
Post time 10-10-2005 09:54 AM | Show all posts
ada tak saper2 yg boleh senaraikan kat sini fadilat malam2 terawih????
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 5-10-2005 09:26 AM
Assalamualaikum semua..

nak mintak tolong sesiapa yg ada link/bacaan semasa terawih..
iaitu bilal sebut dan makmum jawab tu....
harap faham apa yg saya maksudkan..

Selamat berpuasaa...terim ...

yeee.. ade tak link/bacaan masa terawih tuh ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 8-10-2005 11:07 AM


mmm.... keterlaluan? Be spesific please? Rasanya penekanan dan pengagungan pd Mawi rasanya lebih keterlalua kot?? :hmm:


:setuju: mrk adalah sahabat2 agung RasulululLah .....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by Amin_al_Kalam at 10-10-2005 09:54 AM
ada tak saper2 yg boleh senaraikan kat sini fadilat malam2 terawih????


aku ada dengar bahawa hadis fadhilat malam2 terawih tu adalah hadis palsu !

ada sesapa yg boleh verify hal nih..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 10-10-2005 10:33 AM


aku ada dengar bahawa hadis fadhilat malam2 terawih tu adalah hadis palsu !

ada sesapa yg boleh verify hal nih..?


cadangan aku sementara menantikan sesiapa yg nak verify tu, ibadat di bulan ramadhan sememangnya amat digalakkan dan tinggi fadhilatnya... tak kira lah apapon fadhilatnya , umat Islam harus merebut peluang ni ... niatkan utk mendapatkan keredhaan Allah.... disamping sbg motivasi utk bertmu dgn "Lailatul Qadar"
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 10:51 AM | Show all posts
betui tu..
tak payah la amik tahu apa fadhilatnya,
yg pastinya, setiap amalan ada ganjarannya
mengikut keikhlasan masing2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097179 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list