CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3087|Reply: 10

Pantun Budak Ex-Skolah Agama

[Copy link]
Post time 11-9-2006 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Hehehe..... saja-saja nak bagi ...........


Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Al-Amin.."

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak Al-Amin berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.
:
geram: :geram: :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2006 03:31 PM | Show all posts
hehe... since saya pun budak dulu sekolah kat sekolah agama, saya berterima kasih lah kat pantun-pantun winamp ni.. boleh lah saya ambil teladan :bgrin:

IMO, perubahan yg berlaku pada kebanyakan budak sekolah agama ni, banyak disumbangkan oleh pergaulan dan faktor persekitaran selepas keluar dari sekolah. Maklum, masa keluar dari disekolah, masih dalam peringkat teenagers. Pengaruh ikutan tu banyak. Jadi adakalanya base yg ditanam sewaktu sekolah itu tidak kuat untuk menghalang pengaruh-pengaruh yg timbul selepas keluar. Dan lagi, amalan-amalan yg mungkin tidak berterusan.

Tapi alhamdulillah... ramai juga rakan-rakan sekolah saya dulu yg berjaya jadi somebody yg dikenali dalam bidang agama... ada juga yg jadi penasihat syariah etc, jadi boleh lah juga merujuk apa-apa yg patut kalau ada kemusykilan, atau bertukar pendapat apa-apa yg patut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 10:24 AM | Show all posts
Bukan untuk budak ex-skolah agama je....... yg lain pun kene amik peringatan gak..... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 09:23 PM | Show all posts
nice one!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 10:10 AM | Show all posts
MEH LAGI SESAPA NAK TOKOK TAMBAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 10:36 AM | Show all posts
Seloka bahasa orang asli.

Anak akuk duluk pun antar sekolah sana
Takyah sebut namak lah sebab jemaahnya gah
Tiga taun aja sebab cikgu dan ustaznya selalu ubah-ubah
Aku tanyak kenapa' dia jawab gaji tak cukup idup susah
Pakat ramai-ramai dia orang masuk minta kerja kerajaan wah
ataupun sekarang ini ada kosong sekolah kerajaan ajar J-QaF huwaahh
jadi macam mana anak akuk nak tetap belajar Jawi,Quran,Arab, Fardhu Ain haahh?
Cikgu ustaznya pun macam air baahhh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2006 10:34 AM | Show all posts
best..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 10:44 AM | Show all posts
Tak semua sekolah agama sama.Macam itulah kalau mengambil cara Barat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 11-9-2006 03:31 PM
hehe... since saya pun budak dulu sekolah kat sekolah agama, saya berterima kasih lah kat pantun-pantun winamp ni.. boleh lah saya ambil teladan :bgrin:

IMO, perubahan yg berlaku pada kebanyakan ...


Moga-moga arus perubahan tak menghanyutkan diri..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 12-9-2006 10:24 AM
Bukan untuk budak ex-skolah agama je....... yg lain pun kene amik peringatan gak..... huhuhu


:setuju::setuju::setuju: ................Jagalah tingkahlaku
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:57 PM | Show all posts
assalamualaikum w.b.t..

pandai btul berpantun,bagus2..
drpd duk reka puisi cintan cintun utk dinyanyikan si penyanyi2 popular..lebih baik berpantun mcm ni..
ingatkan diri sndiri dan org lain.. =)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060374 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list