View: 6201|Reply: 4
|
HARAM MELIHAT GAMBAR PORNO..
[Copy link]
|
aLaNg_AlOnG This user has been deleted
|
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN
Saya telah bekerja. Dengan kebebasan dimiliki, saya selalu pergi kafe siber untuk melayari Internet. Saya terdorong untuk melihat laman porno akibat selalu melihatnya. Apakah langkah terbaik untuk menghentikannya?
JAWAPAN
Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap nikmat mata.
Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)
Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.
Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah;
*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.
Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah s.w.t. dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.
Banyak lagi perkara negatif berkemungkinan berlaku. Di antaranya;
lMerosakkan hati - hati yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafu soleh telah berkata: 揚andangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Em kau pakai cermin mata tak???.
kata orang kalau selalu tengoh gambar prono ini mata akan jadi rabun...
sebab tengok benda yang haram..
bukan hanya tengok gambar prono sahaja haram ..tengok film BF pun haram...
benda mcm ini terserah kpd seseorg itu untuk menilai yg mana baik yang mana buruk... |
|
|
|
|
|
|
aLaNg_AlOnG This user has been deleted
|
mate aku still teghang lagi tauu...
alhamdulillaahhh.
kadang ade org yg cam bangge lak bile dah nengok prono nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah tau hukum tak yah ler tengokkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
aLaNg_AlOnG This user has been deleted
|
tulah pasal
berpesan2 pade kebaikan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|