CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2221|Reply: 0

Ramadhan Yang Penuh Keberkatan(Untuk Renungan)

[Copy link]
jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 27-9-2006 05:01 PM | Show all posts |Read mode
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ



Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah



Buat semua sahabat, saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH Robbul Jalil. InsyaAllah.

  
  



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.  Surah Al-Baqarah - Ayat 183
  
  



Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu. Surah Al-Baqarah - Ayat 185

Alhamdulillah bersyukur ke atas hadrat Ilahi yang sekali lagi melimpahkan kurniaNya dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.  Ramadhan yang kita tunggu dan nantikan telah muncul lagi dan menjanjikan dugaan dan cabaran yang menuntut ketabahan dan kesabaran serta kekuatan dalaman dan luaran.  Selawat dan salam ke atas Rasullullah saw. yang berjaya mengembangkan sinar kerahmatan ke seluruh alam.

Ramadhan menghantar kita sekali lagi ke bengkel ruhani untuk digilap dan dimantapkan lagi.  Bulan yang penuh rahmat ini juga boleh dianggap ibarat satu universiti bagi seluruh umat Islam bagi menjalani proses pendidikan secara terus dari Allah swt.  Oleh itu kita seharusnya bersedia untuk membetul dan diperbetulkan.

Selain umpat cela dan gagal mengawal lidah daripada melakukan perkara yang sia-sia sepanjang Ramadhan, kita juga selalunya gagal di dalam unjuran hikmah berpuasa iaitu tidak berlebih-lebihan sewaktu berbuka sehingga perutnya penuh makanan.  Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata dan juga bukan sekadar ikutan-ikutan tetapi berpuasa itu  dengan sepenuh jiwa, menghayati dan merasai akan kepayahan dan kesusahan mereka yang fakir miskin.  Tidak ada maknanya puasa kita di sisi Allah swt. jika siangnya kita berpuasa tetapi apabila hampir masuk waktu untuk kita berbuka, kita lupa tujuan asal dan niat kita berpuasa.  Membeli dan membuat persiapan makan minum untuk berbuka dengan terlalu banyak hingga penuh hidangan di meja makan yang mana ianya boleh menjadi satu pembaziran serta makan dan minum sehingga terlampau kenyang.  Sama ada kita sedari atau tidak, ini semua boleh menghilangkan hikmah-hikmah dan ganjaran pahala Allah swt.

Mereka yang berbuka secara berlebihan tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa.  Bagaimana dia boleh dikatakan berusaha untuk mengalahkan musuh Allah swt. dan mengawal hawa nafsunya tetapi jika di saat berbuka dia gagal, lemah dan memanjakan nafsunya dengan makanan yang tidak terhitung banyak dan jenisnya.  Berpuasa sepatutnya dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dahaga dan bukannya menjadi zalim di atas rezeki melimpah ruah Allah swt. kepada kita.

Hikmah-hikmah berpuasa itu sendiri seperti melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah swt., menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan, menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah swt. yang lemah, sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah swt. yang telah memberikan segala nikmat dan rezekiNya kepada kita dan juga melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.

Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya adalah dengan adanya malam yang dirahsiakan, yang lebih baik dari seribu bulan yang dikenali sebagai Lailatul Qadar.  Mereka yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar, akan mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi tetapi mestilah dipenuhi dengan amal ibadah serta bertaqwa kepada Allah swt., di samping sembahyang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir.

Menghancurkan pahala dan amalan puasa itu amat mudah tetapi membentuk agar puasa kita menjadi sempurna dan diterima Allah swt. amatlah payah.  Kesempurnaan dan kemenangan berpuasa boleh diperolehi jika kita bangun dan makan pada waktu sahur supaya lebih kuat dalam berpuasa dan mendapat keberkatanNya,  segera berbuka apabila sudah nyata dipastikan terbenamnya matahari, membaca doa kesyukuran kepada Allah swt. di waktu berbuka, menyucikan diri dengan mandi tidak kira sama ada mandi hadas kecil mahupun mandi dari hadas besar supaya memasuki puasa dalam keadaan suci, menjaga lidah dari berdusta, mengumpat, mengadu domba, mencaci maki dan berbuat dosa, menahan diri sifat amarah, bermurah hati dengan memperbanyakkan bersedekah, berusaha memperoleh makanan yang suci dan halal, agar tidak masuk ke perut makanan-makanan yang haram, memelihara nafsu daripada penyakit dengki, memelihara anggota tubuh dari segala maksiat, dan selalu bersikap tenang serta hormat menghabiskan banyak waktu di bulan Ramadhan dengan memperdalamkan ilmu-ilmu agama, membaca Al-Quran dan meningkatkan ibadah di sepuluh hari terakhir dan bukan semakin tiba penghujung Ramadhan, kita semakin sibuk dengan urusan hendak balik kampung.  Seolah-olah kita benci dengan Ramadhan dan lebih gembira dengan ketibaan Syawal.

Jadikanlah sifat-sifat murni dan ibadah sebagai pakaian diri.  Perbanyakkan muhasabah diri dan rasa keinsafan, insyaallah cambahlah iman dan taqwa.  Basahkanlah bibir dan hati kita dengan zikrullah.  Kukuhkan hati dengan keredhaan dan sisipan keimanan.  Muraqabah diri pada Allah swt., perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad ibni Abdullah saw.  Di bulan yang penuh kerberkatan ini, tinggalkanlah segala larangan Allah swt. dengan sifat sabar, tabah dan redha serta taatilah perintah Allah swt.  Penuhkan jiwa dengan nur keimanan dan campakkan jauh-jauh sifat-sifat keji dan mungkar dari hati kita.  Raikan Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur dan rasa insaf dengan harapan Ramadhan tahun ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.  

Selamat Berperang dengan nafsu dan Selamat Mengharungi Tarbiyyah Ramadhan!



Jazakallahu khairon katsiro. Wassalaamu'alaikum warohmatullah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 1.329635 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list