View: 3703|Reply: 19
|
Hadith Mengenai Talqin Lemah?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.. Apabila seseorang di kalangan saudara mahupun sahabat kita meninggal dunia, selalunya selesai upacara pengkebumian imam akan membacakan Talqin. Namun apakah benar hadith yg menerangkan proses talqin ini lemah?? Saya quote dari sebuah website lain.. check it out. Tolong komen secara ilmiah, not emotional yer sedara2ku..
Apabila telah mati salah seorang dari saudara kamu, lalu kamu ratakan tanah kuburnya, maka hendaklah berdiri salah seorang dari kamu diatas arah kepala kuburnya, kemudian ucapkan:
"Wahai fulan bin fulan bin fulanah", sesungguhnya ia mendengar tapi tak dapat menjawab.
Kemudian ucapkan lagi: .
"Wahai fulan bin fulanah", sesungguhnya ia tegak duduk.
Kemudian ucapkan lagi:
"Wahai fulan bin fulanah", maka ia (simayat) berkata; "ajarkan kepada kami, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu".Akan tetapi kamu tidak menyedarinya.
Kemudian ucapkan lagi:
"Ingatlah apa yang dengannya engkau telah keluar dari dunia iaitu persaksian : Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, sesungguhnya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama, Muhammad sebagai Nabi dan AI-Quran sebagai Imam".
Maka Malaikat Mungkar dan Nakir akan saling memegang tangan antara kedua-duanya seraya berkata:
"Marilah kita pergi, kita tidak akan berada disisi mayat yang diajarkan hujjah (jawapannya)". Maka Allahlah yang menjadi hujjah keatas kedua malaikat tersebut.
Berkata seorang lelaki:"Wahai Rasulullah, sekiranya ia (pembaca talkin) tidak mengetahui siapa ibunya (simati)"?
JawabNabi SAW: "Hendaklah ia nasabkan kepada Hawa"', (iaitu dengan menyebut: "Wahai fulan bin Hawa "').
1. Periwayat-Periwayat Hadith: At-Thabarani
2. Status Hadith: LEMAH
3. Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).
Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.
Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.
Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.
4. Keterangan:
Hadith talqin ini juga diriwayatkan oleh Said bin Mansur didalam Sunannya dengan lafaz yang lebih pendek, iaitu:
Maksudnya:
Wahai sifulan, katakan: 'Tiada Tuhan melainkan Allah,aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah' diucapkan 3 kali, kemudian katakan :'Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad', kemudian beredarlah (dari kubur).
Hadith riwayat Said bin Mansur ini tidak dapat dijadikan penguat untuk menetapkan hukum talqin dari riwayat At- Thabarani diatas kerana: .
a). Kedudukan lafaz hadith ini terlalu pendek tanpa memiliki keterangan-keterangan lain sebagaimana yang disebutkan didalam riwayat At- Thabarani.
b) Hadith ini adalah hadith mauquf yang diriwayatkan oleh beberapa orang tabi' en dari Syam, antaranya Dhamrah bin Habib dan menisbahkan perbuatan talqin ini kepada sahabat-sahabat Nabi SAW tanpa menyebut nama-nama mereka.
c) Kemauqufan hadith riwayat Said bin Mansur ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar didalam kitabnya Bulugul Maram.
d). Perbuatan talqin ini hanya dilakukan oleh penduduk Syam sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ianya dikuatkan oleh kenyataan Imam An-Nawawi di dalam kitabnyaAl-Majmu'. Sekiranya talqin ini sesuatu yang thabit dari sunnah, sudah pasti ianya dilakukan
oleh penduduk kota Madinah, tempat tertegaknya sunnah Nabi SAW.
5. Kesimpulan:
Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Bag-inda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian:
Maksudnya:
Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi )
Nota Kaki:
1.Hadith Mauquf ialah hadith yang disandarkan kepada Sahabat Nabi SAW samada dari ucapan atau perbuatan atau pengakuan mereka .(Adapun bila suatu hadith itu disandarkan kepada Nabi SAW ia dipanggil Hadith Marfu' dan apabila disandarkan kepada tabi'en , ia dipanggil Hadith Maqthu'). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hackerGUY at 31-10-2006 05:22 PM
Assalamualaikum.. Apabila seseorang di kalangan saudara mahupun sahabat kita meninggal dunia, selalunya selesai upacara pengkebumian imam akan membacakan Talqin. Namun apakah benar hadith yg menera ...
Mmg lemah................... |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada sesiapa yang tidak mahu ditalkinkan saudara maranya atau adik beradik mereka maka eloklah jangan buat. Kebumikan saja mereka sebagaimana menanam batang kayu dan balik segeralah ke rumah selepas itu. Tak perlu di ingat-ingat lagi akan mereka dan tak perlulah merenung-renung kubur mereka itu sebagai penghormatan terakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
terpulanglah nak buat ke x...
tapi xde la sampai xingat dah kat yg dah meninggal tu. kena la jugak g ziarah kubur... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua............
Menziarahi kubur sebagai penghormatan adlah satu perkara
Menanda kubur juga adalah satu perkara...........
Ini sebagai satu pedoman pada saya untuk menjalani kehidupan ini sebaik mungkin sebagai Mukmin yang tunduk dan Patuh............
Al-Faatir:
[22]
Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakinya mendengar, dan tidak menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar.
Ayat ini JELAS, ayat ini muhakamat maka Kalamullah ini membuktikan orang yang didalam kubur, aka mayat aka orang yang dah mati dan dikuburkan memang tidak mendengar, masih sangsikah kita lagi? Dan kalau sangsi, kepada Siapakah yang kita sangsi? Pencipta kita?............
Selepas itu semasa Kiamat bagaimana?
inlah Yaasin:
[52]
Ketika orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.
Orang yang telah mati sebenarnya ditidurkan seluruh jasadnya sebelum dibangkitkan kembali jasad mereka pada hari kiamat.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 4-11-2006 12:23 PM
Jika ada sesiapa yang tidak mahu ditalkinkan saudara maranya atau adik beradik mereka maka eloklah jangan buat. Kebumikan saja mereka sebagaimana menanam batang kayu dan balik segeralah ke rumah se ...
:setuju: sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by UFWL at 5-11-2006 06:44 PM
:setuju: sangat
Salam untuk UFWL dan semua.............
Apakah surah Al-Faatir:22 tidak membawa apa-apa erti pada saya, anda dan kita semua?
Allahu A'laam............. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kata kalau nak buat talkin,
sebelum tu di terangkan dulu kepada yang hadir serba sedikit perbahasan-perbahasan mengenai talkin... apa hujah yang menyokong... apa hujah yang menentangnya... selepas tu sama2 berdoa... sekira amalan kami ini benar maka berkatilah... sekiranya amalan kami ini salah maka ampunkanlah kami... sesungguhnya kamilah yang jahil dan Engkau lah yg Paling Mengetahui.
kemudian baru buat talqin... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku Talik ni tujuan dia kan.. bukan untuk mengajar Orang yang dah Mati tuh... Tujuan dia untuk menyedarkan orang yang disekeliling.. supaya insaf sket...
pandangan aku la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by i212 at 6-11-2006 03:17 PM
Pada aku Talik ni tujuan dia kan.. bukan untuk mengajar Orang yang dah Mati tuh... Tujuan dia untuk menyedarkan orang yang disekeliling.. supaya insaf sket...
pandangan aku la...
Salam............
Jadi sepatutnya sipolan bin sipolan(aruah) tu tak payah le............ Buatlah, selalupun tak apa sekiranya untuk kita yang mengingatkan kepada yang masih hidup sementara ini mengenai kehidupan kekal pada Kerajaan yang Kekal. Tetapi kita menujukan talkin ini kepada aruah dan isi talkin pula mengenai apa yang akan ditanya didalam kubur, sedangkan ALLAH berfirman baring kita didalam kubur adalah satu tidur yang panjang sebelum bangkit semula secara kekal pada hari kiamat untuk jawab segala perbuatan kita semasa hidup didunia yang fana dulu dan ke peringkat akhir yang kekal.
ALLAHU A'LAAM............. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 6-11-2006 07:35 PM
Salam............
Jadi sepatutnya sipolan bin sipolan(aruah) tu tak payah le............ Buatlah, selalupun tak apa sekiranya untuk kita yang mengingatkan kepada yang masih hidup sementara i ...
:setuju:
nak buat xde masalah kalau dgn tujuan utk mengingatkan org yg masih hidup. Modify la skit. Ubah apa yg xperlu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lamka_13 at 7-11-2006 10:35 PM
:setuju:
nak buat xde masalah kalau dgn tujuan utk mengingatkan org yg masih hidup. Modify la skit. Ubah apa yg xperlu tu.
Jangan modify macam motor mat rempit dah la..
Kelajuan takat 180 rpm. Dimodify sampai 300 rpm. Kalah jurutera motor dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 4-11-2006 11:23 AM
Jika ada sesiapa yang tidak mahu ditalkinkan saudara maranya atau adik beradik mereka maka eloklah jangan buat. Kebumikan saja mereka sebagaimana menanam batang kayu dan balik segeralah ke rumah se ...
Betul gak tu...:bgrin:
Bila ada talkin kena duduk lama sikit kat kubur...:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut mazhab Shafie yang bersandarkan dari pendapat Imam Shafie sendiri serta ulama-ulama Shafie'yah, bertalqin ini adalah satu perbuatan sunnah yang boleh dilakukan.
Hanya mengikut mazhab Hanbali daripada Imam Ahmad Ibn Hanbal mengatakan bahawa hadis-hadis yang dikemukakan oleh ulama-ulama Syafei sebagai Hadis-hadis daif. Pendapat inilah yang di pegang oleh pengikut-pengikut wahabi.
Mengikut pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal, beliau mengatakan bahawa beliau tidak melihat seorangpun melakukannya melainkan ahli (penduduk) Syam ketika Abu al-Mughirah mati". (Dinukilkan daripada al-San'ani, Subul al-Salam (2/180)).
Kajian apakah agaknya yang dilakukan oleh Ahmad Ibn Hanbal ini?? Adakah beliau hadir dalam semua urusan-urusan pengebumian di tempat beliau ini sehingga boleh membuat rumusan sedemikian??
Ataupun beliau telah membuat kajian kes serta memilih beratus sampel sebagai datanya serta dengan dengan statistik yang diperolehinya membuatkan beliau berani berhujjah macam tu.
Pilihlah....nak ikut mazhab Syafei ataupun mazhab Hanbali ataupun mazhab wahabi .
[ Last edited by antiQue at 11-11-2006 03:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...............
Saya copy dan pastekan pendapat dari damat dengan izin beliau untuk kita perbincangkan, terutama sekali sdr Grave......
Sila pertimbangkan.
Salam ayyohpeen, Gravedigger dan semua,
QUOTE:
Originally posted by ayyohpeen at 12-11-2006 02:24 PM
Salam damat dan semua..................
Hanya yang berani merungkai rantai taklid kepada manusia sahaja yang dapat mencergaskan aqal agar kembali memandu hidup seperti yang ALLAH kehendaki d ...
Teringat sepotong ayat dari talkin yang selalu diperdengarkan kepada simati yang baru dikebumikan yang lebih kurang berbunyi seperti berikut;
Wahai si polan bin atau binti si polan, apabila Malaikat Munkar dan Nakir datang kepadamu bertanyakan, "Siapakah imam kamu?", hendaklah dengan tenang kamu menjawab, "Al-Quran menjadi imamku."
Sayangnya orang yang mati tidak dapat mendengar dan orang yang masih hidup hanya sekadar membenarkan (lafaz 'amin') tanpa mahu mengambilnya sebagai pengajaran.
Saya terfikir dan tertanya, mengapakah 'ulama' berlepas diri diwaktu ini? Diwaktu simati bersendirian didalam kubur. Sepatutnya diajarkan simati itu menjawab, "Si anu bin si anu menjadi imamku."
Nota: Si anu bin si anu merujuk kepada nama 'ulama' yang menjadi ikutan(imam) simati semasa hidupnya.
Memang benar 'ulama' sungguh berilmu kerana mereka mengetahui adanya ayat-ayat Allah yang memberitahu seperti berikut ini;
2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
Jika tak silap saya, talkin untuk simati adalah perbuatan bidaah menurut fahaman Wahhabi dan perbuatan bidaah adalah sesat menurut fahaman itu lagi.
Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 12-11-2006 11:34 PM
Sayangnya orang yang mati tidak dapat mendengar dan orang yang masih hidup hanya sekadar membenarkan (lafaz 'amin') tanpa mahu mengambilnya sebagai pengajaran.
Saya terfikir dan tertanya, mengapakah 'ulama' berlepas diri diwaktu ini? Diwaktu simati bersendirian didalam kubur. Sepatutnya diajarkan simati itu menjawab, "Si anu bin si anu menjadi imamku."
Nota: Si anu bin si anu merujuk kepada nama 'ulama' yang menjadi ikutan(imam) simati semasa hidupnya.
Apakah anda pasti orang yang mati tidak dapat mendengar?? Oh ya.. tentu anda tidak mahu terima kisah-kisah yang disandarkan pada perbuatan2 Rasulullah saaw berhubung dengan hal ini sebab ia tak terkandung dalam al-quran kan??
Ulama2 yang faham tidak akan berlepas diri pada waktu ini kerana mereka akan berusaha untuk meringankan beban si mati pada kesingkatan waktu urusan ini. Another thing....bacaan talqin versi manakah yang anda rujuk??
Jika tak silap saya, talkin untuk simati adalah perbuatan bidaah menurut fahaman Wahhabi dan perbuatan bidaah adalah sesat menurut fahaman itu lagi.
Benar....talqin menurut fahaman Wahabi adalah satu perbuatan bidaah dan semua yang mengamalkan membaca talqin akan masuk neraka. Sedangkan golongan yang anti hadis menolak talqin sebab tiada ayat-ayat khusus pada permasalahan ini, golongan Wahabi pula menolak talqin sebab tak menemukan hadis-hadis yang amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi. Kalau ada pun hadis2 ini dijumpai mereka maka semuanya mereka dhaifkan belaka. (Rujuk pos saya sebelum ini) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-11-2006 11:43 AM
Apakah anda pasti orang yang mati tidak dapat mendengar?? Oh ya.. tentu anda tidak mahu terima kisah-kisah yang disandarkan pada perbuatan2 Rasulullah saaw berhubung dengan hal ini sebab ia tak ...
Betul gak tu...aku setuju sangat dengan kenyataan dia.:setuju:
Banyak hadis yang menceritakan tentang ketakutan manusia yang mati dan hampir ditinggalkan yang hidup di liang lahad. Kesian dia sorang2 kat dalam tu...nanti bila aku mati tolong talkinkan aku. Jangan terus campak dalam lahad dan lari balik lak...:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 14-11-2006 12:27 AM
Betul gak tu...aku setuju sangat dengan kenyataan dia.:setuju:
Banyak hadis yang menceritakan tentang ketakutan manusia yang mati dan hampir ditinggalkan yang hidup di liang lahad. Kesian di ...
Haiii,
Senanglah begitu....simpan duit banyak-banyak dan tunggu ditalkinkan sahaja...
Kan Senang...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whale at 13-11-2006 11:31 PM
Haiii,
Senanglah begitu....simpan duit banyak-banyak dan tunggu ditalkinkan sahaja...
Kan Senang...;)
:stp: Aku dok fikir...tak apa nanti aku talkinkan kau free jer...tak yah bayar kat aku.:pray: |
|
|
|
|
|
|
| |
|