View: 37594|Reply: 22
|
Gelaran-gelaran Pembesar-pembesar Kesultanan Brunei
[Copy link]
|
|
Di bawah tajuk ini saya akan menurunkan gelaran-gelaran kebesaran yang masih terpakai didalam struktur adat-istiadat diraja brunei. Di zaman kegemilangan kesultanan brunei... gelaran yang diberikan adalah merupakan satu jawatan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh sultan kepada penyandang gelaran.
Sekarang ini... ianya lebih merupakan satu simbol dan hanya akan berkuat-kuasa apabila adanya majlis adat-istiadat diraja yang melibatkan istana. Contoh aktiviti adat-istiadat istana yang melibatkan pembawa gelaran secara langsung ialah... pertabalan sultan... perkahwinan diraja... kemangkatan sultan... dll.
Gelaran ini berbeza dari pangkat Dato dan yang sewaktu dengannya. Perbezaan ketara ialah... penganugerahan gelaran dibuat dalam suasana yang penuh dengan adat-istiadat... dimana bakal penyandang gelaran akan melalui berbagai proses seperti acara mengagai yang mirip seolah-olah adat meminang sehingga proses angkat sumpah. Penyandang gelaran juga di anugerahkan elaun bulanan... mengikut taraf ketinggian gelaran tersebut.
Gelaran-gelaran ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
1) Gelaran Wazir dan Cheteria
Gelaran ini hanya diberikan kepada mereka-mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja brunei yang mengunakan panggilan pengiran.
2) Pehin Manteri, Materi Istana, Manteri Dagang dan Manteri Pendalaman
Gelaran ini hanya diberikan kepada orang kebanyakan yang tidak mempunyai darah kerabat diraja. Manteri dagang hanya diberikan kepada mereka yang bukan dari berketurunan melayu dan manteri pendalaman adalah mereka-mereka yang dipandang sebagai mengetuai satu-satu puak atau kampung atau mukim... dan lebih merupakan sebagai wakil sultan di kampung-kampung berkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kepala atau Ketua Wazir
Kepala Wazir - Chief Vizier
Nama Gelaran: Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar
Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS, PBLI, PJK
Nota tambahan:
Gelaran ini baru diperkenalkan di zaman Sultan Omar Ali Safuddin ke III iaitu Sultan Brunei yang ke-28 (ayahanda Sultan sekarang) |
|
|
|
|
|
|
|
Wazir Empat
Wazir Empat (Wazir 4)
1) Nama gelaran: Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara
Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS.
2) Nama gelaran: Pengiran DiGadong Sahibul Mal
Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS.
3) Nama gelaran: Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah - vacant
4) Nama gelaran: Pengiran Temanggong Sahibul Bahar - vacant |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nota tambahan bagi wazir:
Kebiasaannya... gelaran wazir hanya diberikan kepada kerabat diraja yang mempunyai talian yang terdekat dengan Sultan yang memerintah... seperti... adik-beradik... anak... bapa saudara. Wazir-wazir ini mempunyai peluang untuk menggantikan sultan sekiranya mempunyai kes-kes yang munasabah... seperti... sultan tidak mempunyai anak lelaki... dengan izin Allah SWT of course! |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala Cheteria
Kepala Cheteria - Head of Cheterias
1) Nama gelaran: Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah - vacant
Nota peribadi: Allahyarham Pengiran ini tersangatlah humble. Rumah dia takde macam rumah kerabat diraja yang lain. Rumah kayu... ala orang kampung dulu2. Hanya selepas meninggal dunia... ada dibangunkan sebuah rumah yang sederhana dekat rumah kayu tu... untuk balu beliau.
2) Nama Gelaran: Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, DK, PHBS, PJK.
Beliau adalah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Masna (adinda Sultan)
[ Last edited by AwgSagi at 18-11-2006 03:24 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria 4
Cheteria 4
1) Nama gelaran: Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, DK, SNB, PHBS, PBLI, PJK
Beliau telah meninggal dunia. Suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Norain (adinda Sultan)
2) Nama gelaran: Pengiran Indera Diraja Sahibul Karib
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, DK, SMB, PHBS
Beliau ialah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Amal Umi Kalthum Al-Islam (Adinda Sultan)
3) Nama gelaran: Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj, DK.
Beliau ialah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah (Anak sulong Sultan)
4) Nama gelaran: Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd Daud, PSLJ, SPMB, DSNB, POAS, PHBS, PJK.
[ Last edited by AwgSagi at 18-11-2006 03:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria Tambahan di bawah Cheteria 4
Cheteria Tambahan di bawah Cheteria 4 - Additional Cheteria to Cheteria 4
Pengiran Sanggamara Diraja - Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, PSPNB, DSNB, DSLJ, PHBS, PBLI.
Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Pertahanan.
[ Last edited by AwgSagi at 18-11-2006 03:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Bersambung
akan disambung... insyaallah... |
|
|
|
|
|
|
yramlee This user has been deleted
|
Sebelum James brooke datang ke sarawak ...terdapat gelaran yang di kurniakan oleh sultan brunei kepada rakyat jelata di bawah naungan nya...
salah satu yang tercatit di dalam sejarah ialah Gelaran DATU PATINGGI , DATU BANDAR, LAKSAMANA ,
CONTOHNYA: Datu Patinggi Ali ( Di kuching ) Datu Patinggi Kedit ( Saribas ) Laksamana Amir ( Saribas )
Nak tanya sdr Laila dan AwgSaji . Apa kah pernah gelaran ini di aungerah oleh sultan kepada mereka ?. kalau pernah apa kah kedudukan gelaran itu...??. daripada sejarah yg pernah saya baca mereka ini adalah ketua permungut cukai yang di lantik oleh sultan brunei...betul kah ?. mohon perjelasan dari ahli sejarah brunei. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taib Mahmud kat S'wak tu bubuh title Pehin Sri kat diri dia tu, dia ada asal usul kerabat Diraja Brunei ke? Atau dia ikut sedap aje bubuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Laila... Insyaallah... sama-sama kitani bekongsi maklumat.
p/s: Terima kasih kerana pembetulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yramlee... sepanjang pengetahuan saya... gelaran-gelaran tersebut tidak pernah ada dalam senarai nama-nama pembesar Brunei. Kemungkinan... gelaran itu khusus untuk bahagian Sarawak sahaja.
Insyaallah... saya akan cuba mendapatkan lebih informasi berkenaan hal tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
LLM... seingat saya... Taib Mahmud tidak pernah di kurnia gelaran Pehin... tapi bintang yang membawa darjah Dato saya rasa ada... tapi tidak pasti samada ia membawa pangkat Dato Seri Utama atau Dato Seri Paduka atau Dato Paduka Seri. Kebiasaannya... pembesar luar negara ada yang pernah di berikan pingat darjah DK iaitu Darjah Kerabat... atau Darjah Panglima kebiasaannya dianugerah kepada Ketua Turus Tentera.
Insyaallah... saya akan mencari informasi berkenaan hal tersebut... mungkin Laila boleh bantu saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria 8
Cheteria 8
1) Nama gelaran: Pengiran Indera Mahkota
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin, PSLJ, SPMB, POAS, PHBS, PJK.
2) Nama gelaran: Pengiran Setia Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim, DK, SPMB, DSNB, POAS, PHBS, PJK.
NOTA: Beliau ialah bekas Menteri Besar Brunei. Salah seorang yang terselamat dari bencana bom atom di Hiroshima. Alhamdulillah... masih hidup sehingga sekarang... dan masih boleh bertutur dalam bahasa jepun. Berkecimpung dalam bidang penulisan dengan nama pena... Yura Halim. Pencipta lirik lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
3) Nama gelaran: Pengiran Putera Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, PSPNB, PSLJ, DSNB, DPMB, PHBS, PBLI, PJK.
4) Pengiran Indera Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, DSLJ, PJK.b
NOTA: Adik-beradik DYMM Raja Isteri
5) Nama gelaran: Pengiran Negara Indera - vacant
6) Nama gelaran: Pengiran Kesuma Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kesuma Negara Pengiran Anak Haji Chuchu Besar ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim, PSLJ, SNB, SMB, POAS, PHBS, PJK.
7) Nama gelaran: Pengiran Sura Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Mohammad Bey Muntassir bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj, DK.
NOTA: Beliau ialah suami kepada adik bongsu Sultan Brunei
8) Nama gelaran: Pengiran Siraja Muda - vacant |
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria 16
Cheteria 16
1) Nama gelarana: Pengiran Maharaja Anakda - vacant
2) Nama gelarana: Pengiran Kesuma Indera - vacant
3) Nama gelarana: Pengiran Jaya Negara - vacant
4) Nama gelarana: Pengiran Kerma Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Wahab bin Pengiran Sabtu Kemaluddin, SPMB, DSNB, PHBS.
5) Nama gelarana: Pengiran Kerma Indera - vacant
6) Nama gelaran: Pengiran Dipa Negara Laila Diraja
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Anak Haji Abdul Momin bin Pengiran Haji Ismail, DK, DsNB, DPMB, POAS, PHBS, PBLI, PJK.
7) Nama gelaran: Pengiran Dewa Negara - vacant
8) Nama gelaran: Pengiran Seri Maharaja - vacant
9) Nama gelaran: Pengiran Kerma Raja
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman bin Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali, DK, PIKB.
10) Nama gelaran: Pengiran Derma Wangsa - vacant
11) Nama gelaran: Pengiran Derma Putera - vacant
12) Nama gelaran: Pengiran Jaya Kesuma - vacant
13) Nama gelaran: Pengiran Jaya Indera
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid, DK, DSNB, DPMB, PNB, PHBS, PJK
14) Nama gelaran: Pengiran Seri Rama - vacant
15) Nama gelaran: Pengiran Seri Dewa - vacant
16) Nama gelaran: Pengiran Maharaja Dewa - vacant |
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria tambahan di bawah Cheteria 16 - Additional Cheteria to Cheteria 16
Cheteria tambahan di bawah Cheteria 16 - Additional Cheteria to Cheteria 16
1) Nama gelaran: Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, PSNB, SMB, PJK, PIKB.
NOTA: Beliau berperanan sebagai Grand Chamberlain yang bertanggung-jawab mengenai hal-ehwal istiadat diraja dalam istana.
2) Nama gelaran: Pengiran Laila Kanun Diraja
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, DK, PSNB, PHBS.
NOTA: Beliau ialah mantan Peguam Negara. |
|
|
|
|
|
|
yramlee This user has been deleted
|
Originally posted by AwgSagi at 21-11-2006 11:53 AM
Yramlee... sepanjang pengetahuan saya... gelaran-gelaran tersebut tidak pernah ada dalam senarai nama-nama pembesar Brunei. Kemungkinan... gelaran itu khusus untuk bahagian Sarawak sahaja.
Insya ...
Harap tidak di hampakan Awg ..sebab memang jelas sebelum brooke dtg ke sarawak..Sarawak di bawah naungan Brunei..Nama spt gelaran datu patinggi amat popular bagi org melayu di sarawak..Contoh spt datu patinggi Ali , datu patinggi kedit... untuk mengingati sejarah... orang tersebut..terdapat Jalan Datu patinggi Ali di Kuching , sekolah datu Patinggi kedit di betong sarawak...
harap tidal keberatan mencari infro tentang gelaran jawatn ini Awg. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheteria 32
Cheteria 32
1) Nama gelaran: Pengiran Dewa Maharaja - vacant
2) Nama gelaran: Pengiran Kerma Dewa - vacant
3) Nama gelaran: Pengiran Indera Dewa - vacant
4) Nama gelaran: Pengiran Seri Lela - vacant
5) Nama gelaran: Pengiran Seri Ratna - vacant
6) Nama gelaran: Pengiran Seri Utama - vacant
7) Nama gelaran: Pengiran Seri Negara - vacant
8) Nama gelaran: Pengiran Derma Wijaya - vacant
9) Nama gelaran: Pengiran Setia Raja
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid, DK, DHPNB, PHBS, PJK.
10) Nama gelaran: Pengiran Lela Negara
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Negara Pengiran Haji Mohammad ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, DSLJ, SMB, PHBS.
11) Nama gelaran: Pengiran Paduka Ratna - vacant
12) Nama gelaran: Pengiran Paduka Raja - vacant
13) Nama gelaran: Pengiran Mahawangsa - vacant
14) Nama gelaran: Pengiran Jaya Perkasa
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Perkasa Pengiran Anak Haji Hassan bin Pengiran Sabtu Kemaluddin, DSLJ, SNB, PHBS, PJK.
15) Nama gelaran: Pengiran Ratna Indera - vacant
16) Nama gelaran: Pengiran Ratna Negara - vacant
17) Nama gelaran: Pengiran Indera Perkasa
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Perkasa Pengiran Haji Hamdan bin Pengiran Haji Ismail, DPMB, SNB, SLJ, PJK.
18) Nama gelaran: Pengiran Laila Raja - vacant
19) Nama gelaran: Pengiran Setia Jaya
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Othman, DK, DSNB, SLJ, POAS, PHBS, PJK
20) Nama gelaran: Pengiran Ratna Wangsa - vacant
21) Nama gelaran: Pengiran Lela Perkasa - vacant
22) Nama gelaran: Pengiran Lela Wijaya - vacant
23) Nama gelaran: Pengiran Kerma Wijaya - vacant
24) Nama gelaran: Pengiran Jaya Petra - vacant
25) Nama gelaran: Pengiran Paduka Dewa - vacant
26) Nama gelaran: Pengiran Paduka Indera - vacant
27) Nama gelaran: Pengiran Seri Indera
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohammad, DPMB, POAS.
28) Nama gelaran: Pengiran Ratna Wijaya
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Hasnan bin Pengiran Ahmad, PSPNB, DSLJ, SNB, PHBS.
29) Nama gelaran: Pengiran Indera Wijaya
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Wijaya Pengiran Dr. Haji Ismail bin Pengiran Haji Damit, PSNB, SPMB, DSLJ, PJK.
30) Nama gelaran: Pengiran Seri Wijaya
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof, SPMB, PBLI, PJK
31) Nama gelaran: Pengiran Ratna Perkasa - vacant
32) Nama gelaran: Pengiran Lela Utama
Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said bin Pengiran Ahmad, DPMB, PSB, PIKB |
|
|
|
|
|
|
|
... bersambung...
Senarai gelaran untuk pembesar2 yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja habis setakat cheteria 32.
Selepas ini saya akan senaraikan gelaran bagi pembesar2 dari kalangan orang kebanyakan (rakyat biasa). |
|
|
|
|
|
|
| |
|