CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4921|Reply: 8

DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

[Copy link]
Post time 19-1-2007 10:14 AM | Show all posts |Read mode
DARAH TALI PUSAT PENAWAR AJAIB

Berpotensi merawat lebih 70 jenis penyakit termasuk barah darah, penyakit jantung, kecederaan saraf tunjang dan parkinson

SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.

Hanya kira-kira 20 tahun lalu, saintis dan penyelidik mendapati, darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya sel stem. Pada 1988, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan pemindahan sel stem bagi pesakit Fanconi Anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major. Sel stem berkenaan didermakan adiknya yang baru dilahirkan.

Bagaimanapun sejarah itu tidak banyak kesannya kepada penduduk Malaysia secara keseluruhan. Dalam satu kajian rambang di kalangan penduduk Lembah Klang baru-baru ini, hanya 42 peratus responden tahu mengenai darah tali pusat. Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dari segi kesedaran dan kemudahan penyimpanan darah tali pusat.

Selain Pusat Darah Negara yang menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002, yang menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam; hanya ada dua bank darah swasta menawarkan perkhidmatan ini. Satu daripadanya StemLife Bhd yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Pengarah Operasi StemLife Bhd, Zahrein Redza, berkata sehingga ini walaupun mereka memiliki 6,000 pelanggan, kebanyakan mereka bukan Bumiputera.

揔esedaran Bumiputera untuk menyimpan darah tali pusat bayi masih rendah. Mungkin maklumat tidak sampai atau mereka tidak tahu 慿eajaiban

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 11:27 AM | Show all posts
Ha'ah, saya baru terbaca kat dalam paper hari ni pasal benda ni... Ingat lagi, lepas bersalin pada 19hb jan tahun lepas (hari ni genap setahun umur anak saya), ada nurse dari tabung darah negara tanya jika saya nak derma darah darj uri selepas bersalin. Ingatkan dia nak ambik darah anak saya yang baru lahir tu, masa tu tak pernah dengar lagi pasal ni. dia terangkan la diorang tak ganggu baby, diorang nak darah dari uri je untuk simpanan kat tabung darah. diorang tak la paksa, terpulang kat kita. saya ye je sebab tak melibatkan baby yang baru lahir. Tapi yang ni darah uri, sama tak dengan darah tali pusat tu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 09:00 AM | Show all posts
norsha pun penah dengar talk pesal nie..
mmg logic la explanation dia...tapi cost penyimpanan tu kat msia nie sgt2 mahal...yerla, nak kena simpan dalam bilik sejuk bertahun2, mestila kena pay the cost...i cant afford it at that time (last yer)...rasanya sapa2 yg ada duit xtra, better simpan jer darah dari tali pusat baby yg baru lahir tu sb senang in the future in case terjadi any medical complication..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 10:25 AM | Show all posts
uiksss...betul ke kos simpanan 250 setahun...lain-lain kos camner.....penah baca mende ni tapiiiii kos memula tu smpi riban-riban tu yg x sanggup tu...

JWA ....haah la ! juita pun nak tau darah uri yg tabung darah nak tu beza ke dgn darah tali pusat??
tabung darah ada simpan ke stem cell??
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 04:36 PM | Show all posts

Reply #4 juita's post

Juita pun pernah derma darah uri lepas bersalin ke? Ha'ah, sesapa yang tau tak, darah dari uri tu sama tak dengan darah tali pusat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:15 AM | Show all posts

Reply #5 JWA's post

x penah plak derma darah uri tu, cuma nak tau sama ke idak darah uri tu ngan darah tal pusat......JWA bersalin kat mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2007 11:27 AM | Show all posts

Reply #6 juita's post

saya bersalin kat HBKL, tak tau la kalau kat hospital swasta ada tak derma-derma mcam ni. Baby saya siap dapat sijil derma darah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 05:51 PM | Show all posts
yang stemlife ni , sekarang mereka offer rm0.70 per day untuk penyimpanan darah tali pusat tu..

selama 20 tahun ke 21 tahun....

nak tanya, seseiapa ada pengalaman dalam ni ? apa kegunnaan -nya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 05:01 PM | Show all posts
Edited by soya.bean at 30-7-2015 07:34 PM

itu ada video tentang Cord Blood Awareness Month kat youtube la..
https://www.youtube.com/watch?v=J2nLmlPB6NE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.173066 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list