|
Susu terapi minda: Pakar Oleh Ziauddin Sharuddin
KUALA LUMPUR: Jika anda cepat marah dan berasa jiwa tidak tenang dan sudah puas mencuba pelbagai petua serta menghabiskan ribuan ringgit untuk mengatasinya, mengapa tidak mencuba satu cara murah dan enak.
Hanya dengan minum susu dapat membantu mengatasi masalah itu. Selain susu, apa saja makanan yang kaya dengan kalsium berupaya menenangkan jiwa.
Pakar pemakanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Suhaila Mohamed, berkata ada banyak faktor menyebabkan seseorang cepat marah.
Katanya, makanan mengandungi kalsium bukan jawapan mutlak untuk meredakan kemarahan, tetapi kajian sains membuktikan kalsium mempunyai kesan terhadap sistem saraf manusia, iaitu merehatkan otak.
揝udah terbukti kalsium mempunyai kebolehan menenangkan jiwa. Malah, kajian mendapati antara faktor menyebabkan kemarahan ialah kekurangan kalsium.
揚erhatikan bayi selepas minum susu mudah tidur lena. Begitu juga orang yang menghadapi masalah tidur, antara petuanya ialah minum susu supaya mudah mengantuk, |
|
|
|
|
|
|
| |
|