CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 0

Tumor Wilm's Kanser kanak-kanak

[Copy link]
Post time 13-3-2007 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Tumor Wilm's Kanser kanak-kanak
Oleh: TAJAIYAH IHSAN

TERKEJUT juga dibuatnya apabila diberitahu, anak seorang temanmenghidap penyakit tumor Wilm抯. Bukan sahaja telinga ini jarangmenangkap perkataan itu malah tidak pernah mendengarnya sama sekali.

Apa yang diketahui anak kecil itu kerap menjalani rawatan di hospital dalam tempoh yang agak panjang dan kini semakin pulih.

Memandangkan tidak banyak maklumat yang diuar-uarkan mengenai penyakitini selain terkenangkan wajah comel anak itu serta ketabahan si ibumenghadapi dugaan ini, timbul semacam kesedaran untuk mengetahui lebihlanjut tentang tumor Wilm抯, demi kepentingan bersama.

Menurut Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam,Selangor, Dr. Fadzillah Ghazalli, penyakit ini merupakan antarapenyakit kanser yang hanya menyerang kanak-kanak.

憫Walaupun penyakit itu serius, namun ia boleh dirawat dan sembuh sekiranya berjaya dikesan awal.

憫Jika keadaan penyakit itu dapat dikesan pada tahap awal lagi iaituperingkat satu dan dua, peluang sembuh adalah cukup cerah,拻 ujarnya.

Tumor Wilm抯 yang juga dikenali sebagai Nefroblastoma atau kanser buahpinggang merupakan tumor malignan yang menyerang dan memusnahkan tisuyang berkembang dan merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan.

Ia sering menyerang kanak-kanak dari usia tiga tahun dan jarang berlakuapabila kanak-kanak itu berusia lebih daripada lapan tahun.

Kanser ini mengambil sempena nama seorang pakar bedah Jerman, CarlWihelm Wilms pada abad ke-19 lalu yang menemui kanser tersebut. Iaterjadi daripada sel-sel yang belum matang.

Lazimnya tumor ini menjejaskan salah satu buah pinggang dan jarang berlaku ke atas kedua-dua belah buah pinggang.

Menurut Dr. Fadzillah: 憫Sejak kebelakangan ini, rawatan ke atas tumorWilm抯 bertambah baik dengan adanya teknologi tinggi di bidangperubatan.

揟eknik imejan yang semakin canggih membantu doktor untuk mengesannyasecara lebih awal. Ini bermakna, lebih awal bagi pihak doktor untukmerawatnya.拻

Tambah beliau, risiko bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah samasementara insidennya adalah 1:10,000 orang kanak-kanak. Ia jugamerupakan sejenis penyakit bersifat keturunan yang diwarisi daripadaibu bapa.

* Ia berkaitan dengan faktor genetik

* Sebanyak 80 peratus melibatkan kedua-dua buah pinggang dan 20 peratus sebelah sahaja

* Berkait dengan kecacatan sejak lahir yang lain seperti aniridiasebanyak satu peratus, hemihipertrofi (dua peratus) dan kelainangenitourinari (organ pembiakan) seperti hipospadia dan horse shoekidney.

Aniridia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada iris mata yanggagal terbentuk sepenuhnya manakala hemihipertrofi adalah keabnormalanyang berlaku apabila sebelah badan lebih besar.

Gejala-gejala tumor Wilm抯

Demam, kencing berdarah, abdomen bengka, kurang seleras, sakit perut,darah tinggi, susut berat badan, sembelit, mual dan muntah-muntah dantidak selesa.

Menurut beliau lagi, ada ketikanya ibu atau bapa akan merasakan sesuatu semasa memandikan atau memakaikan pakaian anak.

Kemungkinan juga pihak doktor akan dapat mengesannya semasa anak itu datang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku tanpa dapat dikesan ataudisedari, kerana tumor boleh merebak tanpa pesakit berasa apa-apakesakitan.

Punca-puncanya

Buah pinggang berfungsi untuk mencuci darah dan mengawal tahap air didalam badan serta bahan-bahan kimia penting seperti sodium dan kalium.

Buah pinggang melancarkan tekanan darah. Darah mengalir melaluipembuluh darah buah pinggang yang menapis dan merembeskan bahan-bahandan elektrolit yang tidak diperlukan serta air yang berlebihan dalambentuk air kencing.

Air kencing meninggalkan buah pinggang melalui dua saluran (ureter) danmengalir melalui pundi kencing untuk simpanan sehingga terasa inginmembuangnya semula. Air kencing meninggalkan pundi kencing melaluisaluran kecil yang dipanggil uretra.

Dalam kes ini, doktor percaya bahawa kanser terjadi apabila sel-selyang diperlukan untuk membentuk buah pinggang gagal untuk menjadi organtersebut, sebaliknya bercambah dalam keadaannya yang primitif.

Tumor itu menjadi ketara antara satu hingga lima tahun dan keadaannyamenjejaskan buah pinggang dan menekan tisu-tisu normal menjadi rimtipis. Ia boleh menyebabkan pendarahan dan akibatnya kencing berdarah.

Sesetengah kes tumor Wilm抯 ini ada kaitannya dengan kecacatan di dalamsatu daripada dua gen pada kromosom 11. Kedua-duanya dipanggil tumorWilm抯 1 (WT1) dan Wilm抯 2 (WT2).

WT1 kelihatan lebih kritikal kepada perkembangan sistem genital dan air kencing.

Menurut Dr. Fadzillah lagi, tumor Wilm抯 boleh juga terjadi sebagai sebahagian daripada sindrom luar biasa.

1. Sindrom WAGR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050108 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list