View: 8555|Reply: 1
|
Memastikan telinga, hidung dan mulut bayi bersih
[Copy link]
|
|
Memastikan telinga, hidung dan mulut bayi bersihTidak pasti bagaimana caranya membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi anda? Nasihat siapa yang patut diikut? Ibu mertua? Atau doktor? Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang telah mempunyai anak? Panduan di bawah mungkin dapat membantu.
Tahukah anda tahi telinga bukan kotoran.
Sebenarnya, ia menyebabkan telinga bayi anda sihat! Sebarang kotoran yang berlebihan akhirnya akan keluar dari telinga dengan sendiri.
Apa yang diperlukan adalah sedikit kapas, semangkuk air suam dan tangan yang lembut.
*Lapkan bahagian atas dan belakang telinga bayi anda dengan tuala kecil yang lembap dan lembut atau bebola kapas.
*Rujuk kepada pakar pediatrik jika terlalu banyak tahi telinga di dalam telinga bayi anda.
*Jangan bersihkan bahagian dalam telinga bayi.
*Jangan cuba membuang tahi telinga daripada telinga bayi menggunakan putik kapas. Apabila anda menggorek terlalu dalam, anda mungkin boleh mencederakan gegendang telinganya.
*Jangan titiskan ubat telinga ke dalam telinga bayi melainkan jika disarankan oleh pakar pediatrik.
Tahukah anda?
Anda tidak perlu membersihkan bahagian dalam hidung kecuali jika dia mengalami selesema.
*Lapkan bahagian luar hidung bayi anda dengan tuala kecil yang lembap atau tisu yang lembut.
*Gunakan penyedut hidung untuk mengeluarkan hingus jika ia terlalu banyak di dalam hidung bayi anda. Jika hidungnya masih tersumbat, bawa bayi anda berjumpa dengan pakar pediatrik.
*Jangan masukkan putih kapas atau tisu yang digulung ke dalam hidung bayi anda untuk mengeluarkan hingus.
*Jangan gunakan kuku anda untuk membuang hingus yang sudah keras atau berkerak.
Tahukah anda? Kebersihan mulut harus bermula dari kecil, malah sebelum gigi tumbuh.
*Bersihkan gusi, lidah dan gigi bayi dengan tuala kecil yang basah dan bersih selepas bayi anda makan atau sebelum tidur.
*Gunakan berus gigi bayi yang lembut apabila bayi anda menjangkau umur satu tahun. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja dan berus giginya sebelum sarapan dan selepas makan malam.
*Bawa bayi anda untuk pemeriksaan gigi apabila umurnya mencecah satu tahun.
*Jangan biarkan bayi anda tidur sambil menghisap susu botol.
*Elakkan daripada memberi bayi anda terlalu banyak minuman manis dan makanan ringan.
- (Petikan daripada Positive Parenting |
|
|
|
|
|
|
|
good info...tp saye ada gak korek hidung die dgn putik kapas bile tgk ada tahi tu..hehehe...telinga bersihkan kat luar2 tu guna putik kapas yg dibasahkan dgn minyk johnson..tp gigi ni susah skit nak bersihkan sebab die gigit brus tu...letak ubat gigi die tlan...hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|