View: 10556|Reply: 35
|
Tun Abdul Razak : Legacy Tun Razak Diteruskan -
[Copy link]
|
|
tengok berita semalam -
masa ucapan najib tentang bapa dia -
ishhhh - sedih la pulak -
walaupun masa allahyarham tun jadi pm
kita tak ada - tapi bila baca sejarah -
tengok video clip dia turun padang bersama rakyat
humble betul tun razak ni -
bijak pulak tu -- dan suka sport -
memang malaysia perlu orang2 humble seperti ini
tapi very determined, intelligent and ada goal yang jelas
dan lagi berwawasan jauh -
lagi satu masa dia sakit leukemia tu - dia tak beritahu sesiapa pun
yang tahu wife dia toh puan rahah saje --
dan bila kawan2 dia kata - tun rehat lah sebab macam tak sehat
dia mesti kata - quote najib ' macamana saya nak rehat,
kerja saya tak habis lagi, banyak lagi yang perlu saya buat'...
menteri sekarang - janganlah harap - kita dok sibuk hadapi banjir
dia dok bercuti kat oversea --
bila baca kisah sejarah dia - tak ada lah pulak cerita tentang dia pergi
bercuti sini sana bla bla bla --
yang paling penting dalam sejarah ialah lawatan tun ke china -
yang membuka lembaran baru perhubungan malaysia china --
what a brave effort! -
DEB yang dia mulakan - sampai ke hari ni dasar2 tu masih dipegang -
eradication for poor
-- yang ni paling penting -
membasmi kemiskinan -- tun dah nampak yang ni memang
one and foremost kena jalankan -- and till now dah DEB #9
masih lagi tak habis habis negara nak basmi kemiskinan di kalangan
rakyat --
few articles tentang tun dan dasar2 nya as well kalau forum members
ada thought about him and his ideas - jom lah share --
[ Last edited by amazed at 6-4-2009 20:36 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tun Razak sedia asas kemakmuran
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, legasi pentadbiran, idea dan dasar pembangunan negara dipelopor bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein masih kekal relevan dan diteruskan dalam pentadbiran kerajaan hingga hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, legasi kepemimpinan ayahanda beliau itu merangkumi beberapa dasar yang diilhamkannya seperti semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih termaktub, tersirat dan tersurat pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Najib berkata, pada Misi Nasional, kerajaan masih menetapkan agenda membasmi kemiskinan, menjana ekonomi, menangani ketidakseimbangan antara kaum dan wilayah, meningkatkan kualiti hidup serta memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar.
Katanya, Abdullah pernah menyebut bahawa Tun Razak adalah mentor beliau dalam politik, selain pernah menjadi Ketua Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam dalam Majlis Gerakan Negara di bawah pimpinan Tun Razak.
揇alam pertemuan empat mata selepas Abdullah melantik saya Timbalan Perdana Menteri, suatu ungkapan yang disebut Pak Lah (Abdullah) yang belum pernah saya luahkan kepada umum ialah beliau menyebut mengenai Tun Razak dengan menyatakan:
揝aya (Najib) adalah anak kandung Tun Razak sedangkan beliau (Abdullah) adalah 慳nak politik |
|
|
|
|
|
|
|
Reminiscing on Razak
Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:
揧ouths of today should look at him as an ideal to emulate. He was spirited, committed, wise, knowledgeable, a far-sighted, strategic thinking, honest and loyal leader.
揌e is one of the best examples of someone who left a wealth of exemplary leadership, which the people can appreciate and emulate. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap dia yang bangunkan feldakan?
rasanya kalau tun razak tak buat camtu ... org melayu terus mundur...
takde tanah..takde harta..takde umah..
bangsa kaya kuasai segalanya...
mcm citer bilut... (ade certain part jer yg merapu sikit yg lain best) |
|
|
|
|
|
|
|
aruah tun tetap membela anak melayu
harap pemberian biasiswa utk melanjutkan pelajaran yg dicetuskan oleh Tun dapat dikembalikan semula pada zaman ni. kalau tak pun duit zakat konglomerat melayu apa salahnya dikumpulkan dalam satu yayasan pendidikan Tun Razak .. bagi tujuan pendidikan anak melayu. tak yah laa buru2 mintak hutang macam satu badan bantuan pendidikan tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jangan terpedaya dgn berita ni..zaman tun razak dulu takde teruk mcm ni..lagi nak samakan ke..najib sharibuu tu bukan pilihan tun razak untuk menggantikannya...dia anak paling tak guno...menangis konon..muka tak tau malu..mengapa kau menangis di sini..pergi kau main musik di sana! |
|
|
|
|
|
|
|
from article:
Najib's comment - --
Razak was appointed the country抯 second prime minister on Sept 22, 1970 following the resignation of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Among others, he was instrumental in introducing the New Economic Policy (NEP), aimed at elevating the livelihood of the Bumiputeras.
He was married to Tun Rahah Mohd Noah and they had five sons. He died aged 54 on Jan 14, 1976 in London of leukaemia.
Towards the end of the speech, which touched on Razak抯 private and professional life, Najib was overcome by emotion when he talked about his father抯 last years.
He held back his tears as he recounted that his father knew since 1969 he was suffering from leukaemia, but kept it a secret from his wife and children until the end.
"Allahyarham Tun was chasing after time. He did not want his health to be an impediment. He put aside self-interest and sacrificed himself to build the nation.
"He had been advised by close friends and parliamentarians to take a break when they saw how ill he was, but he answered 慼ow can I rest when there is a lot of work yet to be done |
|
|
|
|
|
|
|
to me...
all these legacies and what not....are merely an enforcement or rather enhancement to ensure those who coming from that lineage could be there forever....
najib
nazir
hishamuddin
and definitely the line will continue to flourish ....Y? ohhhhhhhh kita kene kenangkan perjuangan mereka di dalam mencapai kemerdekaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenang kembali sumbangan Razak
Oleh: RAJA LUVENA SHARIFUDDIN
TUN Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 akibat penyakit leukemia. Pemergiannya disambut tangisan seluruh negara yang tidak menyangka akan kehilangan pemimpin tercinta pada usia masih muda, 54 tahun.
Penulis ketika itu tidak mampu berkongsi kesedihan kerana baru berusia 11 bulan. Namun, namanya tidak asing dalam hidup penulis kerana sering diperkatakan di dalam kelas dan dikumat-kamit ketika menghafal fakta sejarah penubuhan dan pembangunan negara.
Sedikit sebanyak kehidupan beliau turut diteliti dalam lawatan ke Memorial Tun Abdul Razak atau Sri Taman, kediaman rasminya sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Selepas tamat sekolah, pendidikan penulis mengenai Bapa Pembangunan ini tidak diperoleh sekerap selalu. Ia berlaku apabila terdapat paparan mengenainya di media massa. Juga, apabila nama anak-anaknya disebut. Semuanya hebat, pemimpin bidang masing-masing.
Tetapi kelmarin penulis dikejutkan sekali lagi dengan sumbangan demi sumbangan yang dicurahkan oleh Allahyarham melalui Seminar Legasi Tun Razak kepada Pembangunan Negara. Seminar dua hari itu diadakan untuk mendalami perjuangan salah satu pemimpin terulung negara, bagi manfaat generasi muda.
Majlis perasmian begitu gah, dengan kehadiran pemimpin negara, politik, kerajaan dan perniagaan.
Empat muka penting, terdiri daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin memberikan pandangan masing-masing.
Kesemuanya bersetuju, sumbangan Abdul Razak kepada negara terlalu besar dan berharga.
Meskipun tidak ada pada majlis, Perdana Menteri muncul pada skrin besar dalam klip video sejurus selepas perasmian disempurnakan anak sulungnya, Najib.
Abdullah menyifatkan kemajuan negara dan pencapaian ekonomi yang progresif dan dinamik sebagai hasil peninggalan legasi Allahyarham, khususnya dalam kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
*Manfaat
憫Beliau tidak mahu ada kaum dipencilkan, sebaliknya semua perlu memperoleh manfaat,拻 katanya. Perkara ini, kata Abdullah, menjadikan Abdul Razak berjiwa Malaysia yang mahu melihat penduduknya bersatu padu dan bekerjasama.
Sampai ke hari ini, kata beliau, perkara itu menjadi pendirian politik kerajaan, sebagaimana cetusan idea Abdul Razak yang lain. Dalam hal ini, Abdullah menegas: 憫Pengaruh beliau masih ada pada diri saya.拻
Perkara ini disahkan Timbalannya yang menceritakan kepada umum bahawa Abdullah pernah mengatakan kepadanya dalam satu pertemuan empat mata:
憫Anda anak kandungnya, tetapi saya anak politiknya.拻
Begitu hebat pengaruh beliau ke atas dua pemimpin tertinggi negara dan pastinya ia bukan sekadar berasaskan talian hubungan antara bapa dan anak.
Najib, yang menitiskan air mata semasa mengakhirkan ucapan berkata, walaupun agak sukar baginya meluahkan pengiktirafan yang tinggi kepada ayah sendiri, namun Abdul Razak adalah motivasi utamanya.
憫Beliau merupakan seorang yang memiliki sifat kepimpinan transformasi yang telah merobah landskap sosioekonomi politik negara,拻 ujarnya.
Hishammuddin, dalam merumuskan sumbangannya pula berkata: 憫Tun Abdul Razak memimpin negara ketika kita menghadapi cabaran getir daripada perbalahan antarabangsa ke perpecahan kaum, dari ketidak seimbangan ekonomi kepada pencapaian kemerdekaan.拻
Beliau berkata, cabaran-cabaran tersebut ditangani dengan dasar-dasar yang disulami keikhlasan dan disambut keyakinan semua pihak.
Cabaran-cabaran getir ini jugalah yang melahirkan dua legasi Abdul Razak yang dikenali hingga ke hari ini, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Felda.
Kata Hishammuddin, bapa saudaranya telah (ibu Hishammuddin, Tun Suhaila Tan Sri Noah dan isteri Abdul Razak, Tun Rahah adalah adik-beradik) menginsafkan semua pihak bahawa orang Melayu telah jauh ketinggalan dan DEB bukan bertujuan merompak hak dan keistimewaan kaum lain.
Malahan, katanya, pemimpin kaum lain sedar bahawa Abdul Razak mahu memadamkan kesan dasar pecah, perintah dan jajah, dasar antarabangsa empayar British yang secara terbuka direka khas untuk meminggirkan orang Melayu daripada aktiviti ekonomi.
Dari segi hubungan antarabangsa, kebijaksanaan Abdul Razak membuat lawatan ke China pada 28 Mei 1974 pada waktu ia dipandang dengan penuh syak wasangka terbukti apabila ia bukan sahaja berjaya menyekat kemaraan pengaruh komunis di Asia Tenggara tetapi juga mematahkan usaha pembangkang di Malaysia.
Setelah menelaah baris demi baris sumbangan Allahyarham itu penulis sedar bahawa keamanan dan kemakmuran yang sentiasa dinikmati rakan-rakan segenerasi semua berpunca daripada usaha beliau dan rakan-rakan sejawatnya.
Kadangkala kesenangan ini diambil mudah kerana kesusahan tidak pernah dirasai, apatah lagi difikirkan. Tetapi sejarah menunjukkan, negara tidak selalu begini dan hanya kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpinnya yang memungkin Malaysia hari ini muncul. Bagi generasi muda, dalam mengharungi kehidupan seharian, elok direnung-renungkan mengenai personaliti yang mungkin difikirkan tiada kena-mengena dengan kehidupan kita sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Legasi jelas Tun Razak
Oleh ZIN MAHMUD
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan
Seminar Legasi Tun Razak Jumaat lalu.
SEMINAR Legasi Tun Razak kepada Pembangunan Negara yang berakhir Sabtu lalu memiliki dua kewajaran. Pertama, sememangnya masa ini adalah sesuai untuk memperingati legasi Allahyarham Tun Razak memandangkan negara menyambut ulang tahun hari kemerdekaannya ke-50.
Kedua, seminar itu sememangnya wajar dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO kerana merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang, dan perlu untuk anggota-anggota pergerakan itu memiliki apresiasi terhadap perjuangan, wawasan dan pencapaian Perdana Menteri Kedua Malaysia itu.
Dalam merayakan ulang tahun kemerdekaan negara, sudah tentu kecenderungan rakyat negara ini untuk menghargai pencapaian Bapa Kemerdekaan iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sebagai pemimpin politik yang berjaya membawa negara ini mencapai kemerdekaan, maka adalah sewajarnya beliau ditempatkan dalam kedudukan tertinggi dalam sejarah nasional Malaysia. Rakyat juga mesti menghargai kejayaannya mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dalam menentang penjajah. Kaedah diplomasi ini bukannya mudah dan mesti difahami dan dihargai.
Tetapi kejayaan beliau tidak dapat dicapai bersendirian. Ia perlu dilihat dalam konteks. Bagaimana tokoh-tokoh sebelum beliau turut memberi sumbangan, baik daripada kalangan UMNO iaitu pengasasnya Datuk Onn Jaafar ataupun daripada pejuang-pejuang kemerdekaan lain di luar UMNO dan Perikatan.
Tidak kurang penting ialah kejayaan Tunku ini juga disumbangkan oleh timbalannya iaitu Tun Razak. Juga perlu diingatkan betapa Tun Razak yang berjumpa dengan Tunku serta memujuk beliau untuk memimpin UMNO selepas Datuk Onn. Tun Razak tidak pula merebut jawatan Yang Dipertua UMNO walaupun beliau mampu, tetapi sebaliknya mencari Tunku untuk menjadi pemimpinnya. Ternyata sejarah menunjukkan kebijaksanaan Tun Razak itu mendatangkan hasil.
Bagaimanapun kejayaan sesebuah negara tidak hanya setakat mencapai kemerdekaan. Banyak bekas tanah jajahan di seluruh dunia selepas Perang Dunia Kedua turut mencapai kemerdekaan. Tetapi akhirnya kedudukan mereka selepas mencapai kemerdekaan lebih buruk daripada semasa menjadi tanah jajahan.
Faktor pemimpin kedua selepas tokoh yang membawa kemerdekaan adalah amat penting. Di sinilah peranan ini dimainkan oleh Tun Razak dengan jayanya.
Maka dalam memperingati kemerdekaan negara, penghargaan rakyat negara ini tidak wajar kepada Tunku seorang. Ia mesti diimbangkan dengan penghargaan kepada Tun Razak.
Sememangnya terdapat sesetengah golongan yang hanya cenderung untuk menghargai Tunku dan seolah-olah melupakan Tun Razak. Ini kerana mereka berpendapat cara fikir Tunku adalah selari dengan fahaman mereka, tetapi tidak pula terhadap Tun Razak.
Hakikatnya rakyat negara ini terhutang budi kepada kedua-duanya, Tunku dan Tun Razak jika mereka benar-benar mahu menghargai pencapaian Malaysia pada hari ini.
Cuba ingati 10 tahun pertama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu dari tahun 1957 hingga 1967, ketika Tunku menjadi Perdana Menteri dan Tun Razak timbalannya. Waktu itu negara ini dalam pergolakan politik dan keselamatan yang dahsyat.
Ketika mula mencapai kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu begitu mentah dan rapuh, serta masih mencari identiti.
Walaupun kemerdekaan dicapai secara aman, iaitu tidak ada peperangan antara Tanah Melayu dengan Britain tetapi negara ini sedang dilanda dengan konflik.
Pada 31 Ogos 1957, darurat masih berlaku. Ia seolah-olah perang saudara antara kerajaan Perikatan yang dibantu oleh Britain dan negara-negara Komanwel dengan Parti Komunis Malaya (PKM) disokong oleh China dan negara-negara komunis lain.
Tunku berjaya meyakinkan rakyat untuk menentang komunis dan akhirnya Darurat dapat ditamatkan pada 1960. Tetapi ancaman komunis terus wujud dengan mereka berada di Singapura dan Sarawak dengan mendapat sokongan Indonesia ketika itu.
Tunku berjaya menumpaskan ancaman ini melalui penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang hanya mantap selepas kejatuhan Sukarno pada tahun 1964 dan pemisahan Singapura pada tahun 1965.
Walaupun Tunku dapat meraikan kejayaan Malaysia itu dengan selesa ketika hari kemerdekaan ke-10 disambut meriah di Kuala Lumpur pada tahun 1967, tetapi di situ mula menampakkan bibit- bibit ancaman dari dalam negara yang jika tidak bijak ditangani akan meruntuhkan segala pencapaian beliau selama 10 tahun.
Tahun 1967 juga adalah ketika mana Utusan Malaysia mula diterbitkan. Tahun itu jugalah Bahasa Melayu yang telah dinamakan sebagai Bahasa Malaysia pada tahun 1963 dikuatkuasakan sebagai bahasa pentadbiran. .
Dari tahun 1967 hingga tahun 1974, Malaysia berada dalam keadaan yang tidak menentu. Rasa tidak puas hati timbul di kalangan rakyat, khususnya orang Melayu yang digolongkan sebagai bumiputera bersama penduduk peribumi Sarawak dan Sabah sejak tahun 1963.
Pilihan raya tahun 1969 dan peristiwa 13 Mei menjadi titik penting dalam sejarah nasional kerana apa yang akan dilakukan oleh pemimpin negara selepas itu menjadi penentu sama ada projek Malaysia ini akan berjaya atau tinggal menjadi eksperimen yang gagal.
Maka tokoh yang menjadikan projek Malaysia ini berjaya ialah Tun Razak. Penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran), gerakan Muhibah dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu aspek penting yang menyumbangkan kepada kejayaan Malaysia.
Tetapi lebih penting lagi ialah jentera politik yang membawa kepada kejayaan ini, iaitu gagasan Barisan Nasional (BN).
Tun Razak mempunyai ruang pemikiran luas dan mampu berfikir keluar daripada UMNO dan Perikatan. Beliau mengajak semua parti politik di negara ini termasuk musuh-musuh ketat UMNO untuk menyertai BN.
Allahyarham turut mengundang DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) tetapi kedua-duanya menolak.
Tetapi BN berjaya ditubuhkan dengan kerjasama Pas dan Gerakan. Kerajaan campuran Perikatan-Pas menjadi asas keseluruhan orde baru politik pembangunan yang ingin diwujudkan oleh Tun Razak.
Setelah kembali lawatan ke Republik Rakyat China, satu perhimpunan raksasa diadakan di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Tun Razak jelas mendapat sokongan rakyat dan memasuki pilihan raya tahun 1974 dengan kemenangan besar.
Siapa yang melalui zaman itu akan dapat ingat betapa tingginya semangat rakyat Malaysia mengenai masa depan. Ekspo Pembangunan diadakan di Stadium Negara. Tun Razak mendapat gelaran Bapa Pembangunan dan projek- projek yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di luar bandar mula menampakkan hasil.
Masa depan bahasa Malaysia ternyata cerah dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana doktor dan jurutera dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengantar sendiri.
Tun Razak mengubah Malaysia daripada sebuah negara dalam pelukan Barat kepada negara berkecuali yang bebas. Sistem ekonomi negara pula bersifat campuran yang mana kerajaan turut memiliki agensi-agensi perniagaan beroperasi bersama dengan syarikat-syarikat swasta dalam pasaran terbuka.
Legasi Tun Razak yang menyelamatkan negara ini dilanjutkan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
-----------------------------------------------------------------------------------
bila saya baca sejarah tun razak dan sumbangannya pada negara
plus sifat peribadinya -- terus teranglah saya beritahu yang
najib not even come close to match his dad -- tun razak yang
berkarisma dan humble dan turun padang tak ada mewah2 pun
tak ada dok gi sebuk dengan entertainment segala -- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 orangdalam's post
dan aku terasa legacy arituh macam famili gathering je...not more than that |
|
|
|
|
|
|
|
Ever the sportsman and leader of men
THE late Prime Minister Tun Abdul Razak抯 legacy to the nation, apart from development projects, diplomatic progress and other milestones, also included major contributions to sports. RANDHIR SINGH looks at some of his achievements.
"VERY few know Tun Abdul Razak抯 contribution to sports because he lived in the shadow of Tunku Abdul Rahman. By the time he took over it was short-lived," remarked University of Malaya抯 Professor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim.
Like first Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra, Razak was a passionate lover of sports. He played a pivotal role in Malaysian sports. He was the president of the Olympic Council of Malaysia from 1959 until his death in 1976.
He also headed the Malaysian Hockey Federation from 1957 to 1976. In hockey, Razak provided leadership, pushing the sport to world level. In 1975, Malaysia finished fourth in the third World Cup held in Kuala Lumpur. Razak left the day-to-day running of the association to Raja Azlan Shah (now Sultan Azlan Shah) and the late Datuk Dr Aziz Durairatnam.
Razak抯 contribution to hockey has not gone unnoticed. The country抯 first Astroturf Stadium in Jalan Duta, Kuala Lumpur, is named after him and the Malaysian Hockey Federation has an annual Razak Cup inter-state hockey tournament. Razak was also instrumental in forming the Malaysian hockey team in Britain while studying law in 1947 and was its captain.
"That made the difference," commented Datuk Ho Koh Chye, who coached the celebrated 1975 World Cup hockey team. "Tunku and Razak knew what sports was because they were involved in it."
Razak also encouraged his cabinet colleagues to hold posts in sports associations. Tun Ghafar Baba, Datuk Harun Idris, Tan Sri Mohamed Khir Johari, Tun Ghazali Shafie, Tan Sri Khaw Kai Boh, Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Michael Chen, Tan Sri Hamzah Abu Samah and Tan Sri Senu Abdul Rahman were names synonymous with sports.
"Tunku and Razak were a different breed. They were sportsmen themselves. They were keen golfers, both played soccer and hockey in their college days during an era of sports for sports sake. There was no money in it," added Khoo.
Razak also used sports as a vehicle to spread the gospel of unity.
In the aftermath of the 1969 race riots, he saw sports as an excellent avenue to create a united society. His administration downplayed communal sports clubs and events.
"He encouraged non-Chinese to play basketball and table tennis. Concerted effort was made to organise events such as the non-Chinese table tennis championships. Razak, like Tunku, saw the value of sports in unifying the races," said sports aficionado Tan Sri P. Alagendra, who served under Razak in the Malaysian Hockey Federation. "I remember him as a disciplinarian and an exemplary person of one who practised true sportsmanship."
Alagendra recalled that in the 1966 Asian Games in Bangkok, Razak displayed great sportsmanship. Malaysia had lost to India 1-0 and the team management felt it was dubious decisions by the Japanese umpire that let Malaysia down. They proceeded to file a protest.
"Razak stepped in and directed us to accept the principle that the umpire抯 decision is final and should be respected."
Word soon spread in the sporting community and Razak抯 gentlemanly gesture became the talking point among the participating countries.
Razak also knew the international prestige attached in hosting international sporting events. During his tenure as OCM president, Malaysia twice hosted the SEAP Games (now SEA Games) |
|
|
|
|
|
|
|
Mengimbau legasi Tun Razak menerusi penulisan
Oleh SAPORA SIPON
KEHEBATAN tokoh-tokoh ternama negara wajar diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan sebagai bahan penting rujukan di samping sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa mereka.
Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan telah mencurahkan khidmat bakti yang begitu besar kepada negara sehingga membolehkan negara menikmati keamanan dan kejayaan sekarang.
Sebagai mengenai jasa Allahyarham, pelbagai jenis bentuk penerbitan dihasilkan dalam usaha mendokumentasikan segala usaha berjasa beliau di samping memperkayakan khazanah penerbitan negara.
Ucapan-ucapan Allahyarham yang dibukukan banyak diterbitkan oleh Arkib Negara. Himpunan yang bermula dari tahun 1961 sehinggalah 1975 amat berguna untuk para pembaca memahami perjuangan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pertahanan. Pembaca juga dapat menyelami kisah-kisah Allahyarham yang menyentuh mengenai pembangunan luar bandar, Rancangan Lima Tahun bermula 1961-1965, pertahanan negara, pelajaran dan kemajuan negara, penubuhan Malaysia dan kerjasama antara negara-negara di Asia Tenggara.
Selain itu, ucapan-ucapan Perdana Menteri kedua itu yang dibukukan oleh Arkib Negara juga menyentuh mengenai pelancaran fasa kedua Rancangan Lima Tahun Pembangunan Negara, isu konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia, keselamatan negara, pembentangan belanjawan negara di Dewan Rakyat serta ucapan-ucapan beliau di majlis-majlis rasmi.
Pembukuan ucapan-ucapan Allahyarham juga mengambil kira tempoh beliau menjadi Perdana Menteri kedua yang mana sebahagian besar daripadanya adalah berkenaan dengan ekonomi negara, perpaduan rakyat, keadaan politik dalam dan luar negara, ancaman komunis serta dasar luar Malaysia.
Ucapan-ucapan beliau sebelum kembali ke rahmatullah banyak menyentuh mengenai matlamat Dasar Ekonomi Baru, kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri dan bagaimana memajukan ekonomi desa.
Perjuangan
Antara buku yang mengisahkan mengenai perjuangan Allahyarham ialah Tun Razak: Putera Titiwangsa, Tun Razak: Profile of a Portrait. Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot.
Buku Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan pula ialah buku yang diterjemahkan oleh Datin Shajaratuddur Abdul Halim daripada buku asal dalam bahasa Inggeris Tun Abdul Razak: A Personal Potrait.
Buku berbahasa Inggeris itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Mac 2005. Ia mengandungi himpunan 27 esei berbentuk memoir hasil nukilan anggota keluarganya, rakan-rakan serta teman sekerja yang mengimbau kembali kisah silam mereka bersama beliau.
Di antara ucapan Tun Razak yang dibukukan ialah;
* Ucapan Tun Haji Abdul Razak 1961.
Penerbitan ini mengandungi ucapan-ucapan Allahyarham semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Pertahanan dan Persatuan St. John Ambulance. Ucapan juga menyentuh mengenai pembangunan luar bandar, dan Rancangan Lima Tahun bermula 1961-1965.
* Ucapan Tun Haji Abdul Razak 1963.
Ia antara lain memberi penekanan mengenai penubuhan Malaysia, kerjasama antara negara-negara di Asia Tenggara juga pelancaran fasa kedua Rancangan Lima Tahun Pembangunan Negara yang memberi fokus kepada pembinaan infrastruktur di kawasan luar bandar.
* Ucapan Tun Haji Abdul Razak 1971-1974.
Penerbitan ucapan siri ini mengandungi ucapan-ucapan Allahyarham sebagai Perdana Menteri kedua setelah beliau mengambil alih tampuk pimpinan daripada Tunku Abdul Rahman Putra pada September 1970. Sebahagian besar daripada ucapan beliau adalah berkenaan dengan ekonomi negara, perpaduan rakyat, keadaan politik dalam dan luar negara, ancaman komunis serta dasar luar Malaysia.
* Ucapan Tun Haji Abdul Razak 1975 (Jilid I & II).
Ia merupakan penerbitan terakhir bagi siri ucapan beliau sebagai Perdana Menteri sebelum kembali ke rahmatullah pada 14 Januari 1976. Tumpuan diberikan kepada matlamat Dasar Ekonomi Baru, kuat kuasa Akta Keselamatan Dalam Negeri dan memajukan ekonomi desa.
Antara buku-buku lain mengenai wira negara ini ialah A Man of Malaysia, Wanita Seiring Jalan: Pandangan Tun Haji Abdul Razak terhadap wanita Malaysia, Bapa Pembangunan: Tun Razak. |
|
|
|
|
|
|
|
from sang kelembai
Tun Razak Seorang Sosialis
Pemuda UMNO mengadakan seminar legasi Tun Razak Hussein dan beberapa orang yang pernah bekerja atau mengenal beliau dijemput untuk memberi pandangan. Maka seminarnya itu bertukar menjadi majlis nostalgia termasuk oleh anaknya sendiri Najib Tun Razak. Tidak ada seorang pun pengkaji politik yang dijemput membentangkan kertas kerja atas sikap dan pendirian politik Tun Razak Hussein.
Pemuda sebagai orang muda, di saat kematian Tun mungkin baru berusia empat tahun dan tidak mengerti apa-apa terhadap kematian itu. Sekiranya benar pengerusi penganjur seminar itu Khairi Jamalludin berkata, bahawa baru dia sedar kenapa Allahyarham ayahnya yang menjadi duta ke Kuwait terlalu sedih dan hiba pada 14hb Januari 1976 apabila Boeing 707 milik MAS yang menghantar pulang jenazah Tun Razak singgah di Kuwait kerana mengisi minyak. Semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin baru berusia 30 tahun sekarang dan Tun Razak Hussein telah meninggal 31 tahun. Bagaimana agaknya dia mampu ingat. Kalau dia berumur 40 tahun sekali pun jika dia boleh ingat maka memanglah dia seorang genius.
Satu perkara yang tidak di ambil ingatan dan tidak dipedulikan orang yang mendengar Berita di TV3 akan kisah Tun Razak Hussein ialah beliau pernah berjalan kaki dan berkaki ayam bila bersekolah di kampung asal di Langgar Pekan, Pahang. Bagi orang yang berfikiran waras, mereka akan bertanya, bukankah Tun Razak Hussein anak seorang pembesar Pahang yang bergelar Orang Kaya Indra Shahbandar, antara orang berempat Keluarga Diraja Pahang? Kenapa dia begitu miskin dan tak mampu membeli kasut?
Di sinilah sepatutnya kita ambil kira sikap politik Tun Razak Hussein. Beliau bukan sahaja idola, mentor atau sumber inspirasi kalangan orang politik tetapi juga kepada anak-anak yang terbiar. Jarang hendak diperkatakan orang bahawa ayahnya Dato Hussein Bin Mohd. Taib walau pembesar di Negeri Pahang tetapi berkahwin dua. Semenjak dia beristeri baru di Bentong, Pahang dan telah mendapat anak, antara anaknya adalah Zainun Hussein yang menjadi isteri kepada Hamzah Abu Samah, Bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-undang. Keluarga Tun Razak Hussein mempunyai seorang adik perempuan lagi yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Jusuh dan pernah menjadi Menteri Besar Pahang. Malangnya ini tidak diambil kisah oleh ayah Tun Razak Hussein dan dia membesar dengan pemberontakannya terhadap sikap ayahnya sendiri.
Itu sebab bila belajar di England, Tun Razak menyertai Parti Buruh dan dengan minat yang mendalam dalam soal-soal politik, bila dia balik ke Malaya dan dia telah menyertai MCS-Malayan Civil Service. Tun Razak Hussein menyertai UMNO kerana galakan kerajaan penjajah masa itu supaya pegawai-pegawai kerajaan termasuk MCS menyertai UMNO bagi mengaburkan mata orang-orang Melayu bahawa UMNO sebuah parti yang disokong oleh kerajaan dan siapa menyertai UMNO akan dikira selamat kerana, di luar UMNO terdapat beberapa parti lain termasuk gerakan berhaluan kiri yang ditekan oleh British termasuk PKMM yang diharamkan.
Perlu di ingat Tun Razak Hussein bukan Tunku Abd. Rahman Putra kerana Tunku terus meletakan jawatan sebagai pegawai Jabatan Kehakiman atau masa itu hendak ditukarkan menjadi Pegawai Pendakwa Raya. Sebaliknya Tun Razak Hussein kekal sebagai pegawai MCS walau seketika menjadi Menteri Besar Pahang. Tun Razak Hussein memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kemudian bertukar jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan Sardon Jubir dan meletakan jawatan MCS bila beliau dipilih bertanding dalam PRU- Pilihan raya Umum 55 dan kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran.
Jawatan Menteri Pelajaran kekal selepas Merdeka dan beliau tidak pernah secara automatik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaik sahaja Malaya merdeka. Tunku Abd. Rahman Putra tidak melantik Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana semasa itu sudah terdapat desakan supaya lantikan seorang Timbalan Perdana Menteri adalah perlu dari orang bukan Melayu. Akhirnya Tunku membuat helah untuk bercuti kerana hendak berkempen menghadapi PRU 1959 dengan meletakan jawatan dan melantik Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri dan selepas kemenangan itu, Tun Razak Hussein terpaksa menyerah balik jawatan Perdana Menteri kepada Tunku dan baru Tunku Abd Rahman mengumumkan Tun Razak Hussein sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Pendedahan Tun Razak Hussein sebagai anggota Parti Buruh banyak membantu beliau menguruskan dasar pembangunan negara ini. Kerana dia faham sangat bahawa sebuah negara demokrasi yang mana sistem kekuasaan di tangan rakyat dan jika rakyat hendak menyokong kepada suatu parti maka prinsip negara bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyat mestilah dilaksanakan. Walau pun Tun Razak Hussein dilihat sebagai "otoritet" dalam menguruskan pembangunan negara ini, beliau melaksanakan kepentingan bersama atau lebih tepatnya "kepentingan negara"
Garisan panduan DEB-Dasar Ekonomi Baru melalui serampang dua matanya jelas menunjukkan ada pemakaian sistem sosialis, di dalam sosialisme yang mana setiap orang diperlakukan sama oleh negara dan tidak ada kekuatan lain yang selain kekuatan negara. Bagi melaksanakan DEB, satu mekanisme sokongan diwujudkan yang dinamakan RUKUN NEGARA. Ini memberi maksud apa yang dilakukan mesti dalam garis lima prinsip yang ada dengan mukadimah masyarakat adil dan kemajuan berasaskan sains dan teknologi.
Prinsip tersebut hampir menyerupai dan hampir dengan prinsip komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx dan Friederich Engels. Marx dan Engel memutlakkan prinsip sosialis dengan mengatakan bahawa keadilan dan berkemakmuran hanya tercipta kalau dalam masyarakat tidak ada kategori atas dasar kelas, lebih tepat disebut sebuah "masyarakat tampa kelas" (no class society)
Tun Razak Hussein menyedari dari segi Malaysia, sebelum atau selepas Merdeka tetap tidak boleh menerima fahaman komunis tetapi mungkin beliau memikirkan sama seperti yang ditulis oleh William Ebenstein di dalam bukunya Today Isms bahawa ideologi sosialis dalam negara yang baru hendak maju sangat penting. Maka Tun Razak Hussein membina DEB berlandaskan fahaman sosialis kerana menyedari Malaysia hendak mencapai pertumbuhan ekonomi yang cepat. Tanpa kemajuan ekonomi bererti Malaysia tidak akan ada kemerdekaan politik dan kepimpinan internasional yang sejati.
Bila Abdullah Hj Ahmad mengatakan dia ahli politik yang dilahirkan oleh Tun Razak Hussein, apa yang kita lihat bertentangan dengan akuan yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad. Beliau hanya seorang pegawai MCS yang berketuakan Ketua Pegawai Eksekutif MAGERAN yang dipegang oleh Jeneral Ibrahim Ismail dan beliau bukan orang yang membuat dasar serta jika tahu apa yang di bincang dalam MAGERAN itu hanya kerana dia hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat itu sebagai Pembantu Peribadi, sebab bila MAGERAN di mansoh kenapa dia dihantar menjadi Pengarah Belia, kenapa tidak ke Jabatan lain khasnya di Jabatan Elit Unit Perancang Ekonomi.
Percantuman idea sosialis itu yang menuntut sebuah kerajaan demokrasi supaya melaksanakan "negara memenuhi keperluan rakyat" atau sebuah negara yang dipanggil 搘alfare state |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi malangnya,kehebatan Tun Razak tidak diwarisi 100% kepada anak beliau merangkap TPM terkini Malaysia...sedih,sedih.... |
|
|
|
|
|
|
|
buat sedih konon drpd arwah bapanya....tapi tak diwarisi...
pastuh marah kat Rommel...
dia marah coz rommel condem kerajaan dgn cara kerja arwah Tun Razak laa tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 mrsakit's post
Kalau beliau masih hidup.. beliau mesti menangis tengok keadaan Malaysia sekarang nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 prototaip's post
tu pun ramai yg undi dia jadik pm lepas pak lah
ko jgn tak tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong apa yang tun abdul razak laksanakan, tetapi itu bukan bermakna aku nak sokong najib, aku hairan kenapa legacy tun razak disiarkan secara meluas? sedangkan sebelum ini tiada cerita kehebatan pasal tun razak, nampaknya najib sedang minta tolong bapanya untuk menguatkan kekuatan politiknya, kesian najib |
|
|
|
|
|
|
|
tunku .. bapak kemerdekaan ..
tun razak .. bapak pembangunan ..
tun husin .. bapak perpaduan ..
tun M .. bapak moden
paklah .. ?
.
.
najib .. ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|