CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5473|Reply: 26

Majikan tak bagi pakai tudung

[Copy link]
Post time 21-8-2007 03:55 PM | Show all posts |Read mode
ape tindakan yang boleh diambil ke atas majikan sekiranya majikan tidak membenarkan pekerjanya memakai tudung?

pendapat dan sesiapa yg ingin membantu di alu-alukan...

Saya bercadang untuk saman majikan tempat saya bekerja ini. Pendapat anda? Suggest any lawyer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 04:02 PM | Show all posts
report kesatuan sekerja, tribunal, Biro Pengaduan Awam, dan abdullah ahmad badawi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:07 PM | Show all posts
hmmm..kes syl skrg pon sama..
boss prefer yg tak pakai tudung..
kalo pakai..inteview pn tak panggil..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:25 PM | Show all posts
nak tindakan cepat.. tepon je Metro.. esok kuarlah cite
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 04:29 PM | Show all posts
orangdalam de no hp paklah x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by ayfa at 21-8-2007 03:55 PM
ape tindakan yang boleh diambil ke atas majikan sekiranya majikan tidak membenarkan pekerjanya memakai tudung?

pendapat dan sesiapa yg ingin membantu di alu-alukan...

Saya bercadang untuk s ...


23 Februari, 2006 20:27 PM
Pekerja Tak Boleh Diminta Berhenti Hanya Kerana Pakai Tudung

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata majikan yang didapati membuang pekerja wanita hanya disebabkan pekerja itu memakai tudung akan dikenakan tindakan tegas.

Pemakaian tudung bagi seseorang pekerja wanita tidak boleh dijadikan satu asas yang membolehkan pekerja itu dipecat atau diminta berhenti kerja, kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang kakitangan hotel bertaraf lima bintang bahawa majikannya tidak membenarkan beliau memakai tudung ketika bekerja.

"Memakai tudung tidak boleh menjadi punca seseorang pekerja itu diambil tindakan kerana ia tidak berkaitan dengan kerja. Ia satu kebebasan untuk memakai (tudung)... ini hak dia, tidak ada kena mengena dengan kerja," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Anugerah Kecemerlangan Insuran 2006 di sini, Khamis.

Rabu, Habsah Jaafar, 46 tahun, Pengarah Akaun (Pengarah Jualan) bagi sektor kerajaan dan diplomatik hotel di Kuala Lumpur itu mendakwa beliau diberi pilihan untuk menanggalkan tudung semasa bertugas atau berhenti kerja jika enggan berbuat demikian.

Fong berkata kementerian memandang serius perkara itu dan kini sedang menyiasatnya sebelum sebarang tindakan diambil terhadap majikan terbabit.

Difahamkan dua pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil keterangan daripada pengurusan hotel berkenaan hari Khamis dan akan menemui wanita itu Jumaat bagi mendapatkan keterangan daripada beliau mengenai dakwaannya.

"Laporan penuh mengenai perkara itu dijangka diperolehi dalam tempoh dua hari lagi," kata Fong.

Beliau berkata tindakan boleh diambil terhadap mana-mana majikan yang memberhentikan atau mengambil tindakan terhadap pekerja wanita hanya disebabkan mereka memakai tudung kerana kejadian seumpama itu bertentangan dengan keadaan masyarakat di Malaysia.

"Di Malaysia, ini tidak berlaku... kita semua sangat sensitif terhadap satu sama lain... kita tinggal dalam aman dan harmoni," katanya.

Menurutnya dakwaan kakitangan hotel itu adalah yang pertama membabitkan majikan tidak membenarkan pekerja wanita di negara ini memakai tudung.

Fong turut meminta semua majikan terutama majikan asing supaya lebih peka dan sensitif terhadap agama, budaya, amalan dan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Sementara itu, jurucakap Renaissance Kuala Lumpur Hotel dalam kenyataannya di sini Khamis berkata Habsah, Pengarah Jualan mengemukakan surat peletakan jawatan itu atas kerelaannya pada 17 Feb lepas.

Beliau berkata pengurusan hotel itu tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan kerana isu tudung dan hotel tersebut sentiasa menghormati hak seseorang mengerjakan ibadat agama dan kepercayaan bahawa beliau bebas memakai tudung pada bila-bila masa sahaja.

"Sekali lagi, kita ingin menekankan bahawa isu ini bukan mengenai tudung tetapi berkaitan perkara antara beliau dan hotel itu yang dirahsiakan dan kita tidak akan menyatakan kerana kita menghormatinya.

"Beliau boleh datang bekerja dengan cara pemakaian sekarang," kata jurucakap itu.

Hotel itu menyatakan bahawa sebagai sebuah hotel bertaraf antarabangsa, ia mempunyai pekerja daripada pelbagai lapisan maysrakat dan pengurusan menghormati satu sama lain setiap kepercayaan, agama dan tradisi individu.

"Sebenarnya kita ada ramai pekerja yang memakai tudung di tempat kerja," menurut jurucakap itu sambil berkata kakitangan wanita di Renaissance Hotel Kota Baharu memakai tudung sebagai sebahagian daripada uniform mereka.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=182094
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2007 04:37 PM | Show all posts
metro erk? leh jugak tu.
camne nak call karam singh walia
tapi dia india pulak. paham ke dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 04:44 PM | Show all posts
Equalizer....tq 4 de info... ni yg mmg ayfa cari... tabik spring... now ayfa tunggu sama ada dia nak bg notice brenti kerja or ape. ayfa still pakai tudung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by Equalizer at 21-8-2007 04:36 PM


23 Februari, 2006 20:27 PM
Pekerja Tak Boleh Diminta Berhenti Hanya Kerana Pakai Tudung

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata majik ...


Yg berikut adalah petikan berita yg serupa yg disiarkan di Utusan:
Majikan tiada hak buang pekerja bertudungOleh Wan Rahimah Draman
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Majikan di negara ini tidak berhak meminta pekerjanya berhenti semata-mata kerana mereka bertudung, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn.

Ini kerana tegasnya, bertudung tidak termasuk dalam etika pekerjaan dan mana-mana majikan yang bertindak demikian boleh diambil tindakan.

``Kerajaan memandang serius kes sedemikian kerana ia salah dari sudut kemanusiaan dan tidak mencerminkan dasar kerajaan,'' katanya.

Beliau mengulas tindakan salah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang memberi pelbagai tekanan termasuk menghalang seorang pengarah akaunnya yang bertudung daripada datang ke tempat kerja.

Sebelum itu, Chan Onn melancarkan Anugerah Cabaran Industri Insurans Hayat 2006 di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, dua pegawai Jabatan Tenaga Kerja telah diarah membuat siasatan terperinci ke atas majikan hotel terlibat hari ini.

``Laporan penuh dijangka siap dua hari lagi. Kita juga akan menemui mangsa bagi mendapatkan penjelasan sebenar,'' ujarnya.

Habsah Jaafar, 46, salah seorang pengarah akaun hotel berkenaan mendakwa terpaksa melepaskan jawatannya setelah diberi kata dua oleh pihak pengurusan kerana beliau memakai tudung ke tempat kerja.

Chan Onn berkata, mana-mana majikan tidak boleh menjadikan isu bertudung sebagai punca untuk memberi tekanan ke atas pekerja.

Beliau seterusnya mengingatkan para majikan kalangan warga asing terutamanya, supaya lebih sensitif mengenai budaya dan amalan agama penduduk tempatan.

Menurutnya, pihak pengurusan mesti peka bagi mengelak daripada dikenakan tindakan termasuk diheret ke mahkamah.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by ayfa at 21-8-2007 04:44 PM
Equalizer....tq 4 de info... ni yg mmg ayfa cari... tabik spring... now ayfa tunggu sama ada dia nak bg notice brenti kerja or ape. ayfa still pakai tudung...


Try contact Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia spt yg berikut:

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Tel : 03-8886 5000  
Call Center : 03-8888 9111
Fax : 03-8889 2368
E-mail : [email protected]  


http://jtksm.mohr.gov.my/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 05:01 PM | Show all posts
ayfa mmg berkeras nk pakai tudung tp kakak2 yg lain nie. takut kene buang keje katenye.
ade yg dah xde gigi kate baru nk tambah pahala, lg2 bulan puase nie nk dekat.. sian kat laki akak kene tanggung dosa tp akak nak bantu dia dari segi kewangan.

nak bantah kitanya kerja bawahan jer...ermmmm..

(orang melayu, mmg lembut hati)
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by Equalizer at 21-8-2007 04:57 PM


Try contact Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia spt yg berikut:

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Ker ...


Dipetik dari laman web Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia:

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia adalah bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja dan kepentingan majikan serta pelaksanaan dasar-dasar perburuhan negara melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh dan langkah-langkah promosi yang berkesan bagi mewujudkan tenaga kerja yang komited dan produktif. Dengan ini kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat, jujur dan amanah serta ikhlas dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan seperti berikut:
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by ayfa at 21-8-2007 05:01 PM
ayfa mmg berkeras nk pakai tudung tp kakak2 yg lain nie. takut kene buang keje katenye.
ade yg dah xde gigi kate baru nk tambah pahala, lg2 bulan puase nie nk dekat.. sian kat laki akak kene tan ...



Lawan tetap lawan!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 05:13 PM | Show all posts
Company apa ni?
public listed or private own co?
Ramai ke staff?

bos bangsa apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 05:24 PM | Show all posts
Assalamualaikum. Kepada saudari yang terlibat harap brsabar & brdoa byk2 kpd Allah.

Saudari mesti teruskn brtudung krn itu kewajipan sbg muslimah. Pedulikn sebarang ancaman dr majikan.

Sbg alternatif, saudari juga blh ajukan aduan kpd Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/x_aduanpengguna.php
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:07 PM | Show all posts

Reply #15 portishead's post

untuk permulaan inilah saranan yg tepat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2007 08:49 AM | Show all posts
Equalizer,

company JEPUN tapi CEO cina

ramai staff melayu, hanya cashier jer yg dibenarkan pakai tudung sebab diorg takut klo cashier brenti sape nk jd cashier.

ayfa tetap pakai tudung walaupun HR dah start pulaukan ayfa,

klo gaji ayfa kene tahan camne erk?

waduh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 08:50 AM | Show all posts
portishead,

thankx 4 ur help.

may god bless to all of u
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 09:09 AM | Show all posts
masysaALlah..masih ada lagi majikan macam ni..
Tahniah ayfa... istiqamah ek..

akhir zaman ni
kalu nak laksanakan islam umpama gemgam bara api.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #19 kueng3x's post

memang masih ada lagi company macam tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.235136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list