CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10498|Reply: 56

Warna putih seragam sekolah wajar ditukar

[Copy link]
Post time 6-9-2007 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Warna putih seragam sekolah wajar ditukarSAYA tertarik dengan satu SMS yang disiarkan di ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 4 September yang antara lain mencadangkan kajian dilakukan bagi menukar warna pakaian seragam pelajar sekolah kebangsaan.

Sebagai ibu bapa, cadangan SMS daripada penulis C.I itu sebenarnya telah berpusar-pusar di kepala saya sebelum ini. Terutamanya bila kebanyakan masa mendapati betapa pakaian seragam anak daripada kasut hingga ke baju menjadi kotor selepas pulang dari sekolah.

Memang benar warna putih boleh dianggap mewakili suatu ekspresi kemurnian dan keikhlasan, sesuai dijadikan pakaian seragam. Malah, sektor korporat Jepun pun cenderung menggunakan baju berwarna putih dan seluar gelap, mungkin atas konsep yang sama.

Namun, contoh di Jepun itu membabitkan orang dewasa yang tahu menjaga kebersihan diri dan pakaian.

Pakaian putih yang diguna di sekolah-sekolah di negara kita membabitkan pelajar berusia semuda 7 hingga 12 tahun dan disambung ke tingkatan iaitu usia hingga 17 tahun.

Pada usia pelajar sekolah rendah, inilah masa mereka menjadi agak lasak dengan bermain dengan rakan sebaya ataupun aktiviti pendidikan jasmani sekolah. Kadang-kadang baju seragam yang diguna dalam bilik darjah juga diguna di padang permainan. Bayangkan 慶eloreng
Single Polls, Total 21 Users voted
57.14% (12)
38.10% (8)
4.76% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 09:57 AM | Show all posts
aku stuju..mmng comot klu bdk sek ren pakai baju colour putih..itam berdaki,sambal makanan sumer leh nmpk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:59 AM | Show all posts
Dah tu, nak kena letak peluntur, then letak nila.
Susah kerjanya. Susah nak menjaganya.

bagi baju tak berapa putih nanti mak kena cap, PEMALAS. Kesian mak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:00 AM | Show all posts
ok.

jika vote setuju nak tukar, apa warna yang u ols rasa sesuai?

merah? biru? hijau?

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #3 Oshin's post

pakai la vanish
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:02 AM | Show all posts
nak setuju ke tanak...
elok kaji dulu...

baju putih ni mengajar pelajar jadi pembersih, berdisiplin

kalau baju ni warna hitam...diorang dah abaikan konsep pembersih..

pakaian kene sambal atau berdaki pun diorang tanak basuh...pasal tan nampak...

hari2 sembur minyak wangi je...

jadi pada aku baju putih mampu membentuk pelajar supaya jadi lebih bersopan, berdisiplin n byk sifat positif akn dapat sizahirkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2007 10:04 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

y not let the sch decide?
tgk private sch, uniforms punye la smart
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:09 AM | Show all posts
Mak kita dulu tak rasa beban pun..cuci pakai tangan lagi..org skarang ada mesin basuh dan segala mcm bantuan peluntur pun terasa beban..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pizzayum This user has been deleted
Post time 6-9-2007 10:11 AM | Show all posts
erm..abis kak nak tkr wana apa????akak ada cadangan ke....sy cdgka itam..

[ Last edited by  pizzayum at 6-9-2007 10:15 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:13 AM | Show all posts
hehehe
kalau ikut aku yang malas dan tak berdisplin nih
baik itam semua
dari baju sampai kasut



kekekek
tapi mmg tak senonoh idea aku tuh

aku tak mo budak2 ni semua
pun jadik pemalas dan tak berdisplin mcm aku

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:18 AM | Show all posts
alah kita semua survived aje pakai uniform sekolah putih...bak kata deentaro, bila dah pakai putih tu...kita jd berhati hati la kan...tp yg sebenarnya, sejak dah tak sekolah..mmg jarang la pakai baju or seluar putih...hehehehheh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:19 AM | Show all posts
tp kalau nak jugak tukar uniform sekolah tu..aku cadangkan warna maroon atau purple gelap...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:20 AM | Show all posts
Baju putih ni sesuai untuk negara panas cuma kasut putih tak sesuyai la...negara kita ni banyak lumpur. Lagi satu budak2 tingkatyan 6 tu bagi le pakai baju biasa....dah leh jadi mak bapak orang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:20 AM | Show all posts
aku lebih suka uniform warna hijau cair...look soft gtu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

aku sokong sgt kalau uniform putih tu ditukar.....org yg ada anak bersekolah je mengerti akan kesusahannya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #10 Syd's post

syd
kalu itam, wit our super hot wheather nowadays, tortured la bdk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 10:50 AM | Show all posts
itulah sebabnya mac suruh anak2 try to be prefects..... senang sangat jaga baju warna biru.... hehe.

Mac selalu beli baju putih baru in Aug.... sbb tak larat nak tgk baju dia dah .....

Bulan sept ni akan diumumkan senarai pelatih pengawas. I hope my std 2 girl terpilih, so dapatla pakai baju biru tahun depan macam kakak2nya... hehe

Tapi u all perasan tak, baju pengawas perpustakaan baju hijau cair, then ada baju light purple, baju light green utk apa ntah. So suruhla anak u masuk kelab2 (or whatever) ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:46 PM | Show all posts
setuju gak uniform putih tu bertukar ke color lain bondaku tailor, penah menjahit 10 helai baju kurung skolah rendah sorang budak pompuan tuk guna setahun. huhuhu. lepas 6bln discard, sbb mak budak ni kata, kotor yg amat.. huhu. zaman kombat kecik dulu, 2 pasang tuk setahun je
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #5 mummydhani's post

Varnish agak mahal.

Shin nak warna biru! Tapi tu warna pengawas.
Warna hijau warna sekolah agama.

Ungu boleh? Hihihihi.
Biru la. Biru tua dan biru muda. Macam warna pengawas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:58 PM | Show all posts
So far warna yang dah ada adalah

Peach - Maroon = Perpustakawan
Kuning - Biru tua = Pengawas
Putih - putih = Pengawas
Light green - Dark green = Perpustakawan
Light blue - dark blue = Pengawas

Lagi apa ye?

Jadi yang tak ada, Oren, Purple......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.919416 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list