CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3272|Reply: 22

Lagi Kes Hilang Mirip Nurin

[Copy link]
Post time 25-10-2007 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Lagi kes hilang mirip Nurin
Oleh Faiza Zainudin dan Rudy Syareme Sheriffudin

Rekha Abdullah

Murid tak pulang selepas beli VCD di pasar malam

GEORGETOWN: Belum pun selesai siasatan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya dijumpai dalam beg pakaian sukan selepas hilang selama 27 hari, seorang lagi budak perempuan dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di sini, empat hari lalu.

Malah, kehilangan Rekha Abdullah (gambar), 10 , juga menyamai kes Nurin yang tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui hampir sebulan selepas itu.

Rekha, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut di sini, dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu untuk membeli cakera padat video (VCD).

Bapa tirinya, Ahamad Omar, 49, seorang peniaga barang lusuh, berkata Rekha meminta RM5 untuk membeli VCD di pasar malam serta mengajak abang sulungnya menemaninya.

Bagaimanapun, abang Rekha yang berusia belasan tahun, ada urusan lain.

Berikutan itu, Rekha yang berbaju-T dan seluar panjang putih, keluar seorang diri dengan membawa wang RM5. Ketika itu, ibunya, Salmah Sellamah Abdullah, 41, seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Ahamad yang ditemui di rumahnya di sini semalam, berkata beliau sekeluarga bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan anak tirinya itu, tetapi menemui jalan buntu.

Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, Ahamad membuat laporan di Balai Polis Central di sini, kira-kira jam 4 pagi.

"Sehingga kini, kami tidak mendengar sebarang berita mengenainya," katanya.

Salmah yang tidak tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya menitiskan air apabila menunjukkan potret anak keenamnya itu. Pasangan Salmah dan Ahamad mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu.

Ahamad berkata, sebelum ini Rekha sering ke pasar malam, tetapi bersama abang atau rakannya.

"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Samah Mat, berkata gerakan mencari Rekha dilancarkan sebaik polis menerima laporan mengenai kehilangannya.

Operasi mencari kanak-kanak itu diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid.

Beliau berkata, usaha mencari di rumah sanak saudara kanak-kanak itu setakat ini gagal menemui mangsa atau mendapat sebarang petunjuk. Gerakan mencari Rekha juga diperluaskan bukan saja ke seluruh Pulau Pinang, malah ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur.

Abdul Samah menegaskan, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan, terutama ia membabitkan kanak-kanak perempuan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat kini masih tidak ada perkembangan, itu yang kita bimbangkan. Terlalu awal untuk buat andaian (diculik)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan bapa tiri Rekha yang membenarkan budak itu keluar seorang diri untuk membeli VCD di pasar malam.

"Budak itu minta duit daripada bapa tirinya untuk beli VCD. Bagaimana kanak-kanak itu boleh dibenarkan keluar seorang diri pada waktu malam... itu yang menghairankan.

"Masih ada keluarga yang tiada kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak. Keluarganya juga kata kanak-kanak ini sering keluar seorang diri dan tiada masalah pulang ke rumah," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Rekha diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2292222 atau balai polis berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 10:49 AM | Show all posts
tak serik-serik lagi la ibu bapa yang biarkan anak jalan sorang-sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:13 AM | Show all posts
betui ke ni.....ish takutnye kes nurin berulang kembali
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:51 AM | Show all posts
hmmmm area pun lebih kurang jer ...kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:06 PM | Show all posts
mula baca sedih dan kesian, tapi bila dah selalu sangat baca cite anak hilang, anak kena dera,
anak mati kena rogol atau bla bla... dah jadi bosan... tiap hari aysik cite ygn sama jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:11 PM | Show all posts
"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya


Alasan yang bodoh! Parents mcm ni elok dikenakan hukuman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2007 12:12 PM | Show all posts
"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya


Alasan yang bodoh! Parents mcm ni elok dikenakan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:12 PM | Show all posts
"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya


Alasan yang bodoh! Parents mcm ni elok dikenakan hukuman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 12:14 PM | Show all posts
"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya


Alasan yang bodoh! Parents mcm ni elok dikenakan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:23 PM | Show all posts
hai, ape nak jadik ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:23 PM | Show all posts
marahnya sis Dar kita ni... smpai 4 kali post .....

hmmmm skrg ni... mmg rasa tak selamat...
gorg tak benarkan anak2 bermain luar rumah klu tiada org dewasa
w/pun gate berkunci....

hmmm...
smlm adik gorg naik bas nak balik KL (abis cuti)
dlm bas tu cuma ada 6 org melayu + drebar....

yg lain semuanya indon....
eeee seram rasanya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2007 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 25-10-2007 12:14 PM


Alasan yang bodoh! Parents mcm ni elok dikenakan hukuman.



saba sis.....
tp sha pon marah gak kt parents nih...
skrg ni mcl2 kes jd.....tp masing2 tknk amik sebagai pengajaran.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2007 12:26 PM | Show all posts
mmg ada rules kt msia...klau parents tu yg cuai dlm menjaga anak, akan dikenakan hukuman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2007 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 25-10-2007 12:23 PM
marahnya sis Dar kita ni... smpai 4 kali post .....

hmmmm skrg ni... mmg rasa tak selamat...
gorg tak benarkan anak2 bermain luar rumah klu tiada org dewasa
w/pun gate berkunci....

hmmm.. ...


huhuhu..mmg seram gorg.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:34 PM | Show all posts

Reply #12 sha_n's post

hmmm
klu gorg yg duk kat area KTRg yg tak semeriah KL tu rasa bmbang

ni kan duk kat bndr besar...
yg dah ada contoh (kes nurin) kat area tu jg....

ke pasar mlm pulak tu....
mmg dah nak senja...
klu org tua2 dulu mmg tak benarkan anak2 keluar senja...
syaitan jin dah nak keluar....

eee tak taula nak kata apa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 06:34 PM | Show all posts
don't know what to say..

it seems like masih belum ada kesedaran although kes nurin tu masih belum selesai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2007 09:22 AM | Show all posts
update...!!!

Rekha dakwa kena culik
Oleh Fazallah Pit

Budak hilang empat hari ditinggalkan di hentian bas dalam keadaan selamat

GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang hilang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di sini lima hari lalu ditemui selamat malam tadi oleh pasangan suami isteri yang juga kenalan bapanya.

Rekha Abdullah yang keluar rumah berbekalkan RM5 untuk membeli cakera padat video (VCD) di pasar malam itu dipercayai diculik oleh seorang wanita dan dikurung empat hari di sebuah rumah pangsa di Farlim, Air Itam.

Dia dipercayai dibebaskan selepas penculiknya menyedari kehilangan kanak-kanak itu mendapat liputan meluas media dan polis melancarkan gerakan besar-besaran mencarinya.

Ketika ditemui berhampiran Masjid Kapitan ******, tidak jauh dari Kampung Kolam, dia berkemeja T bercorak hijau putih dan berseluar pendek coklat muda. Ketika keluar rumah dia hanya memakai kemeja T dan seluar panjang putih.

Bapa tirinya, Ahamad Omar, berkata Rekha memberitahu dia dibawa oleh seorang wanita ke sebuah rumah pangsa di Farlim sejak Isnin lalu.

Sejak diculik, Rekha dikurung dalam rumah itu apabila wanita berkenaan keluar dengan menguncinya dari luar. Budak itu juga mendakwa dia dipukul ketika dikurung di rumah itu.

Bagaimanapun, wanita itu membebaskan Rekha dengan membawa budak itu ke sebuah hentian bas di Farlim dan memintanya menaiki bas pulang ke rumah.

"Ketika di rumah itu, Rekha diberi makan dan pakaian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini malam tadi.

Ahamad berkata, pasangan yang mengenali Rekha serta mengetahui kehilangannya menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya menaiki motosikal.

Katanya, sebaik tiba di rumah, Rekha yang menangis ketika menaiki motosikal terus memeluk ibunya, Salmah Sellamah Abdullah.

Kira-kira jam 9.20 malam tadi, Ahamad dan isterinya membawa Rekha ke Balai Polis Central sebelum dibawa ke IPD Timur Laut.

Akhbar ini kelmarin melaporkan kehilangan Rekha yang dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu untuk membeli VCD. Ketika kejadian, ibunya seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Ahli keluarganya bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan Rekha, tetapi gagal.

Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Central jam 4 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Koh Hong Sun, berkata polis dimaklumkan penemuan Rekha oleh bapa tiri budak itu yang menghubungi polis malam tadi.

"Budak itu sudah ditemui dan kami menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan," katanya sambil menambah polis belum mengambil keterangan daripada Rekha dan pasangan berkenaan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai wanita yang dikatakan membawa Rekha ke Farlim dan mengurungnya, berkata siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 03:49 PM | Show all posts
bce gak paper semlm n harini pasal kes rekha.
bile tgok situasi mak dia,nak salahkn pun susah,
time tuh mak dia kojekn,bapak dia je ada
la ni,dh balik umah,
kener kurung 4 hari.
harap2 lepas ni,x jadik lagi kes culik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:12 AM | Show all posts
Originally posted by luv_ma at 10/25/07 23:49
bce gak paper semlm n harini pasal kes rekha.
bile tgok situasi mak dia,nak salahkn pun susah,
time tuh mak dia kojekn,bapak dia je ada
la ni,dh balik umah,
kener kurung 4 hari.
...


Pada sayalah kan .. Alasan emak pergi kerja tu tak boleh dipakai dizaman bahaya ni. Orang cakap duit boleh dicari tapi kalau anak? Kalau mati jatuh sungai tak lah sadis sangat, tapi kalau mati mcm adik Nurin tu tak sakit jiwa ke? Bukan dia je sakit jiwa kita yang mengikuti perkembangan siasatan pun 2 x 5 trauma.

Satu lagi kalau bapak tu ada rumah apa salahnya dia teman anak pergi pasar malam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:17 AM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 10/24/07 20:23
marahnya sis Dar kita ni... smpai 4 kali post .....

hmmmm skrg ni... mmg rasa tak selamat...
gorg tak benarkan anak2 bermain luar rumah klu tiada org dewasa
w/pun gate berkunci....

hmmm.. ...



hehehe sorry terpost 4 x sbb marah dgn parents budak tu + marah dgn server bengong ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073277 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list