CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 2

ADHD

[Copy link]
Post time 23-11-2007 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapa yg ada anak ada ADHD ni tak?....Mana nak pergi to do the test for ADHD? If go private hospital...expensive tak? Tadi cuba call UMMC dia orang kata waiting list 3 bulan itu pun dia orang akan call semula after that...lamanya nak tunggu.

Anak kaypo...baru ni gi GP. Dr tu suruh check pasal ADHD..ada tanda tanda dia ada ADHD ni....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 07:59 PM | Show all posts
ape bendalah adhd nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 06:04 AM | Show all posts

a good info for ADHD -

Terapi haiwan pintar

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Bukan teknologi perubatan moden yang membawa keajaiban kepada Adlan. Sebaliknya, Laika dan Haley 'mengubati' dirinya yang menghidap masalah ADHD.



SEKUMPULAN insan-insan istimewa yang melawat dan mempelajari terapi
haiwan di SPCA Ampang Jaya, Kuala Lumpur.


"SUKAR dan tak tahu macam mana nak jelaskan tetapi banyak perubahan dilihat ke atas Adlan," ujar ayah Adlan, Shahrul Isa secara ringkas ketika ditemui di kediamannya di Klang, Selangor baru-baru ini.


Bagi dirinya dan isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Adida, mereka yakin bahawa terapi baru yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu membuahkan hasil yang luar biasa termasuk dalam bidang perubatan. Adlan Haris Shahrul Isa, merupakan kembar kepada Adli tetapi insan istimewa ini mempunyai masalah yang dikenali sebagai ADHD.


AHLI Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Anthony
Thanasayan turut hadir memberi sokongan
walaupun berkerusi roda.


Sekilas pandang, tiada siapa dapat meneka gangguan tumbesaran yang dihadapinya. Tetapi secara amnya, ADHD atau Attention-Deficit Hyperactivity Disorder menjejaskan kira-kira tiga hingga lima peratus populasi dunia pada peringkat umur di bawah 19 tahun.

Ia biasanya berlaku sewaktu kecil dan menampilkan corak simptom yang berterusan seperti tidak dapat memberi perhatian penuh, hiperaktif, pelupa dan kawalan impulsif lemah. Buat masa sekarang, ADHD dikategorikan sebagai keadaan diri yang kronik dan berpanjangan di mana tidak ada ubat penyembuh kekal kecuali preskripsi ubat tertentu.

Apabila kembar Adlan dan Adli lahir 10 tahun yang lalu, kedua-dua ibu bapa mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Adlan. Dia tidak memberi respons seperti kanak-kanak normal, ujar Shahrul yang menyimpul kemungkinan anaknya menghadapi masalah pembelajaran.

Setelah memperoleh pendapat profesional dari psikiatri dan doktor bertauliah, pemeriksaan awal menjurus kepada keputusan ADHD. "Kami berjumpa dengan ramai pakar terapi dan doktor untuk mendapat kepastian dan apabila sudah yakin, kami mencari jalan penyelesaian atau solusi yang terbaik," jelasnya yang mengetahui lebih mendalam tentang kesan penyakit ini bagi menangani masalah anaknya dengan lebih wajar.

Mengambil tiga biji pil setiap hari dan kerap menghadiri temu janji pemeriksaan di University Malaya Specialist Centre (UMSC), Adlan tidak menunjukkan perkembangan yang positif. Dia tetap memecah barang di rumah, tidak peka kepada persekitaran dan menghadapi masalah pertuturan iaitu gagap.

"Malah, dia menjadi mangsa buli di sekolah disebabkan perangainya yang berlainan. Kadangkala, kawan-kawannya memanggil dia berulang kali tetapi dia tidak menjawab bagaikan berada dalam dunia sendiri," sambung Adida pula yang mengadu anaknya suka melakukan aksi memusingkan diri seorang diri di padang.

Jika ditinggalkan seorang diri hanya beberapa meter dari rumah, bapanya mula bimbang kerana Adlan tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Mendengar rintihan mereka bertalu-talu, bayangkan betapa pilu hati kedua-dua ibu bapa ini melihat anak yang tidak mampu berdikari.


SHAHRUL ISA (kiri) bersama Adlan (berdiri) dan kembarnya, Adli.

Sambil bergantung kepada teknologi perubatan moden, mereka juga menerokai alternatif lain seperti membawanya mengenali dunia luar semasa keluar membeli-belah, melawat zoo dan keluar makan. Ini supaya Adlan dapat membiasakan diri dengan kehadiran orang ramai.

Pada ketika itu juga, Dr. Subash dari UMSC mencadangkan agar mereka mempertimbangkan terapi haiwan melalui sentuhan dan keakraban hubungan mesra. "Saya dan keluarga telah membuat banyak pembacaan, pemahaman dan mendengar penafsiran dari segi agama sebelum mencapai keputusan untuk membela anjing bagi kebaikan Adlan."

Dengan kehadiran Laika, seekor anak anjing yang diambil angkat dari rumah kebajikan haiwan peliharaan, dalam masa sebulan sahaja, Adlan bertambah baik dan tidak senakal dahulu. "Dia mendengar arahan saya dan mampu membuat kiraan matematik sehingga tiga digit," ujar Adida yang merupakan seorang bekas anggota polis dan kini pendakwah Islam di Al-Khaadem.



Bukan setakat itu sahaja, Adlan sekarang tidak menangis sekerap dulu apabila dibuli. Dia lebih memberanikan diri dan ceria. Kakaknya yang dua tahun lebih tua daripadanya, Alia Ajwa, pun berpandangan sedemikian. "Dia sudah kurang gagap, ceria dan mudah didekati," katanya yang menambah adiknya selalu mendapat markah kosong dalam semua mata pelajaran, pernah sekali memperoleh tempat kedua terakhir di kelas.

Adida sendiri bersyukur kerana tidak menghantar anaknya ke sekolah khas seperti yang dirancang. Kini, dia berpeluang untuk bergaul dengan kanak-kanak normal dalam persekitaran sekolah biasa. Setiap hari dan tanpa gagal, ibu solehah ini menghabiskan masa selama tiga jam mengajar atau sekadar meluangkan masa untuk bersama Adlan.

Perubahan besar ini turut mengejutkan Dr. Subash yang tidak sangka Adlan akan cepat respons kepada Laika disusuli dengan Haley tidak lama kemudian dipelihara di rumah mereka. Oleh kerana Adlan semakin kurang hiperaktif maka pil yang diambilnya juga dikurangkan kepada hanya sebiji sehari. Malah, Adlan perlahan-lahan mempamerkan bakat yang terpendam dalam bidang lukisan.

Shahrul memberitahu, mereka pernah cuba terapi haiwan menggunakan kucing, tikus belanda, ayam dan itik tetapi semuanya gagal. Buat masa ini, keluarga Shahrul membela tiga ekor kucing dan ungka bernama, Aboy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 1.597064 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list