CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20787|Reply: 23

Perkampungan Portugis: Masyarakat Portugis Tidak Terpinggir -

[Copy link]
Post time 6-1-2008 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Masyarakat Portugis tidak terpinggir
04-01-2008
Oleh Mohamad Bakri Darus

MELAKA: Walaupun mereka adalah kaum minoriti di negara ini, masyarakat Portugis di Melaka tidak pernah dipinggirkan malahan mendapat pengiktirafan kerajaan.

Perkampungan Portugis Ujong Pasir di sini yang seluas 11.2 hektar mempunyai 118 buah rumah yang dihuni oleh kira-kira 1,200 orang Portugis merupakan bukti bagi hakikat ini.

Perkampungan itu yang telah diwartakan sebagai Perkampungan Warisan oleh kerajaan Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan air bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa.

Terletak berhampiran pantai menghadap Selat Melaka, perkampungan di pinggir Bandaraya Melaka Bersejarah kini menjadi sebahagian daripada lokasi popular bagi pelancong.

Masyarakat keturunan Portugis muncul di Melaka selepas pihak Portugis menawan Melaka pada 1511. Dianggarkan kini terdapat 20,000 orang keturunan Portugis di Malaysia.

BEBAS BERAGAMA

Ketua perkampungan itu, ataupun regedor, Peter Thomas Gomes berkata masyarakatnya bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.


Pokok krismas gergasi menghiasi perkampungan
Portugis pada musim Krismas baru-baru ini



"Kami (Portugis) masih kekalkan agama asal kami iaitu Roman Katolik dan sehingga hari ini kami masih mempraktikkan tradisi kami," katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Bernama di sini.

Peter, 50, berkata, oleh kerana kalangan orang Portugis yang berhijrah ke sini berkahwin dengan penduduk tempatan, adat resam bangsanya juga kaya dengan unsur-unsur adat resam Melayu.

"Kalau anda tengok orang Belanda, Inggeris dan Jepun yang datang ke sini, mereka tidak tinggalkan kebudayaan mereka tetapi orang Portugis ini lain sikit bukan datang untuk menakluk atau berdagang tetapi untuk integrasi," katanya.

BANYAK PERSAMAAN DENGAN ADAT MELAYU

Beliau berkata perkampungan itu dibina secara tersusun dengan reka bentuk rumah tidak jauh bezanya dengan rumah masyarakat Melayu.

"Kami makan dengan tangan, kami makan belacan, kami makan cencaluk, kami makan rempah, kami makan nasi mungkin kerana jagung dan kentang susah nak dapat di sini," kata Peter.

"Bila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat perkampungan ini pada 1980an, beliau tengok rumah dan wajah orang kita (Portugis) macam orang Melayu, jadi beliau nak beri satu identiti sebab itu dibina Portugis Square di sini," katanya.

Beliau berkata Portugis Square itu dibina serupa dengan yang terdapat di Lisbon, Portugal.

"Selepas lebih 500 tahun kami berada di sini dan banyak perkahwinan campuran, itu sebabnya kami lebih mirip kepada orang Asia, cuma mungkin sedikit daripada rupa mata, hidung dan rambut ada ciri peninggalan orang Portugis," katanya.

JUGA ADA KEUNIKAN TERSENDIRI
Masyarakatnya juga mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian, juga mempunyai bahasa sendiri iaitu Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri.



Anak gadis daripada kaum Portugis menyanyikan
lagu dalam bahasa Christang



Beliau berkata keistimewaan lain yang turut dinikmati masyarakatnya ialah mereka dibenarkan melabur dalam saham amanah (Amanah Saham Nasional) oleh kerajaan pusat.

Peter berkata kerajaan juga menggalakkan mereka untuk mengekalkan kebudayaan nenek moyang mereka sebagai warisan generasi akan datang.

Antaranya ialah Pesta San Pedro telah dipilih Kementerian Pelancongan sebagai salah satu daripada 50 perayaan atau pesta di peringkat nasional di bawah program Tahun Melawat Malaysia (TMM).

Beliau berkata pesta itu yang dianjurkan selama seminggu dari 23 Jun setiap tahun berjaya menarik kirakira 50,000 orang ke perkampungan berkenaan.

MASYARAKAT PORTUGIS TERIMA LAYANAN BAIK

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya masakan, persembahan kebudayaan dan kesenian serta permainan tradisional masyarakat Portugis.

Peter berkata beberapa langkah telah diambil bagi memastikan generasi muda masyarakat itu terus mengamalkan budaya mereka.

Kerajaan juga membantu dalam pendidikan anak-anak masyarakat ini sehingga ramai anak cucu mereka tidak lagi mengikut jejak langkah nenek moyang mereka bekerja sebagai nelayan.

Mereka berpendidikan tinggi dan memegang jawatan dalam sektor swasta serta awam.

Seorang pegawai kerajaan negeri Melaka, Erle Martin Carvalho, 39, berkata walaupun masyarakatnya merupakan kaum minoriti di negara ini, kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka sebaliknya memberi bantuan dan galakan dalam pelbagai aspek.

"Golongan minoriti tidak dipinggirkan kalau kita sendiri mengambil inisiatif untuk merebut peluang yang banyak disediakan kerajaan," katanya.

Beliau berkata dua orang kakaknya, Andrina, 44, dan Michele, 40, melanjutkan pelajaran hingga ke universiti dengan mendapat biasiswa daripada kerajaan.

Bagi golongan belia, Martin berkata kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan bersukan dan rekreasi untuk mereka di samping projek pembangunan yang mampu meningkatkan pendapatan.

Katanya fasa kedua pembangunan perkampungan itu yang melibatkan pembinaan sebuah hotel yang diberi nama Hotel Lisbon dan penambakan kawasan laut, tentunya memberi banyak manfaat kepada masyarakatnya. BERNAMA


--------------------------------------------------------------------------------------------

pada yang melawat malacca - jangan lupa singgah ke perkampungan
portugis --  saya dah pernah pergi - dan mereka masih kekalkan
budaya dan cara hidup mereka  and it's neat to see and to learn -
very unique and kind people, delicious food and great culture!! -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2008 01:51 PM | Show all posts
Orang Portugis Melaka ni sebenarnya berasal dari Goa,India yg dibawa Portugis mungkin sebagai hamba atau pekerja.Mereka lebih kpd berbangsa India drp Portugis(klu adapun campur sikit2 sbg gundik atau isteri portugis).Sebab itu kulit mereka gelap2 dan yg sawo matang tu setelah bercampur dgn penduduk tempatan.Cuma kebudayaan dan bahasa yg dicedok drp budaya dan bahasa Portugis lama,disamping budaya Melayu tempatan.

Kalau tak salah mereka mendapat taraf bumiputera sama seperti kaum Baba Nyonya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 06:24 PM | Show all posts

Reply #3 rempo's post

Kaum Serani ni sebenarnya kacukan di antara orang Portugis dengan orang India dan Melayu-Melaka. Sebab tu ada yang berkulit sawo matang seperti Melayu dan ada yang berkulit gelap seperti India.

Kaum Serani hanya diiktiraf sebagai "semi-Bumiputra" oleh kerajaan Malaysia kerana mereka hanya separuh pribumi. Maknanya taraf kaum Serani ni lebih rendah dari kaum pribumi yang lain tetapi lebih tinggi dari kaum Baba Nyonya dan Chitty.

Satu lagi, sebenarnya
kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kaum Baba Nyonya dan Chitty sebagai Bumiputra atau "semi-Bumiputra". Ada sesiapa tahu sebabnya?

[ Last edited by  ijad_adiputera at 8-1-2008 06:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #4 ijad_adiputera's post

Oh semi bumi je ke.Baba pun tk dapat status bumi ke,ingatkan dah.Sori silap info.Tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 08:43 AM | Show all posts
Aku naikkan balik topik ni sebab aku nak tahu kenapa kerajaan Malaysia tidak memberikan status "semi-Bumiputra" kaum Baba Nyonya dan Chitty, seperti mana kerajaan Malaysia mengiktiraf kaum Serani sebagai "semi-Bumiputra"... Ada sesiapa yang tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 01:31 PM | Show all posts
chitty tu apa?bnyknya kaum kt malaysia...pening tol

ak baru nk gi melaka utk melawat kg portugis raya cina nanti bg subjek hubungan etnik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 14-1-2008 01:31 PM
chitty tu apa?bnyknya kaum kt malaysia...pening tol


Chitty tu kaum Peranakan India - hasil dari perkahwinan campur diantara pedagang Tamil dengan wanita Melayu..
Kaum ni bertutur dalam bahasa Melayu dan bukan beragama Islam (seperti kaum Baba Nyonya)
Mereka juga mengamalkan kebudayaan Melayu bercampur kebudayaan Tamil..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 8-1-2008 01:51 PM
Orang Portugis Melaka ni sebenarnya berasal dari Goa,India yg dibawa Portugis mungkin sebagai hamba atau pekerja.Mereka lebih kpd berbangsa India drp Portugis(klu adapun campur sikit2 sbg gundik  ...


member aku, org portugis ori... pnah dtg kat kg portugis melaka ni... tp dia cakap org portugis melaka x faham apa yg dia cakap (guna bahasa portugis la...)

dan dia kata gak... bahasa org portugis kat melaka ni lain skali ngn bahasa dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #9 nazurah's post

kat portugal  aku rasa sbb guna bahasa pasar biasa  tapi kat kg portugis ni slang yang lain.. macam ada dialect begitu..

aku belajar sikit2 bahasa portugis (tak pandai mana pun)  sedap bahasanya  kawan aku brazillian (kerja dengan F1) dia kerja dengan team williams  so kami akan jumpa dalam bulan march; dia memang cakap bahasa portugis.. dia pun kata memang lain bahasa portugis kat kg portugis malacca tu (dia visit 2 years ago)   tapi menurut dia tak susah sangat nak faham cuma ada perkataan2 dan expression yang lain ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 18-1-2008 12:36 PM
member aku, org portugis ori... pnah dtg kat kg portugis melaka ni... tp dia cakap org portugis melaka x faham apa yg dia cakap (guna bahasa portugis la...)

dan dia kata gak... bahasa org portugis kat melaka ni lain skali ngn bahasa dia...

Originally posted by amazed at 18-1-2008 03:53 PM
kat portugal  aku rasa sbb guna bahasa pasar biasa  tapi kat kg portugis ni slang yang lain.. macam ada dialect begitu..

aku belajar sikit2 bahasa portugis (tak pandai mana pun)  sedap bahasanya kawan aku brazillian (kerja dengan F1) dia kerja dengan team williams so kami akan jumpa dalam bulan march; dia memang cakap bahasa portugis.. dia pun kata memang lain bahasa portugis kat kg portugis malacca tu (dia visit 2 years ago)   tapi menurut dia tak susah sangat nak faham cuma ada perkataan2 dan expression yang lain ...


Orang Serani di Melaka bertutur dalam sejenis bahasa kreol yang dikenali sebagai Bahasa Serani atau Bahasa Kristang. Bahasa tersebut adalah campuran Bahasa Portugis lama dan Bahasa Melayu lama...

Negara Portugal dan Brazil sekarang ni pula guna Bahasa Portugis Standard / Moden. Macam mana la mereka nak faham Bahasa Serani / Kristang? Lagipun orang Serani bukan orang Portugis. Bahasa pun tak sama lagi...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 18-1-2008 04:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 11:29 PM | Show all posts
ape yg aku blaja dulu and kaji selidik dari org portugis kat mlk, bahasa portugis kat mlk tuh bahasa portugis lama lebih kurang bahasa melayu lama/sanskrit. so, kat portugal mmg dah lama tak guna bahasa tuh, skrg ramai ahli sejarah dari portugal tgh nak kaji mcm mana bahasa tuh boley bertahan kat melaka sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:13 AM | Show all posts
ada sorang pakcik aku kawen dgn serani nie...apa yerk org kampung aku panggil serani nie..gerago ker apa ntah...

bini die nie dah convert masuk islam, dgn mak dier skali.muka macam melayu biasa ler...kawen dgn pakcik aku, duduk kampung. dgn mak die skali. kadang2 tersenyum bila dier org speaking (english)..ialah..mak dia dah tua..borak2 english plak...   org kampung yg taktau,sure kehairanan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:31 AM | Show all posts
gerago bunyi macam udang geragau jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 6-2-2008 10:31 AM
gerago bunyi macam udang geragau jer...


aku rasa grago kot..nnt ler aku tanye balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by tuah_r at 6-2-2008 09:13 AM
apa yerk org kampung aku panggil serani nie..gerago ker apa ntah...

Originally posted by HangPC2 at 6-2-2008 10:31 AM
gerago bunyi macam udang geragau jer...


"Gragok" (slang term for Malay "Geragau" or shrimp, referring to the fact that the Malaccan Portuguese were traditionally shrimp fishermen).

Ayah aku tak panggil 'Serani' tapi Gragok. Dulu aku hairan apa maksudnya Gragok tu. Bila dah besar, baru aku faham...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 6-2-2008 10:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by plastic_flower at 4-2-2008 11:29 PM
so, kat portugal mmg dah lama tak guna bahasa tuh, skrg ramai ahli sejarah dari portugal tgh nak kaji mcm mana bahasa tuh boley bertahan kat melaka sampai skrg


Selepas Belanda merampas Melaka dari tangan Portugis, masyarakat Serani telah terputus hubungan dengan negara Portugal selama 400 tahun. Itu sebabnya bahasa mereka (bahasa Portugis lama) masih kekal sehingga sekarang...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 8-2-2008 10:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2008 09:38 AM | Show all posts
Thursday February 7, 2008

Request for church and repair work at Portuguese Settlement

Story and photo by STEVEN DANIEL

MALACCA: Residents of the Portuguese Settlement in Ujong Pasir want the state to repair the drainage system and construct a church.

At a two-hour dialogue with a MCA team led by state chairman Datuk Wira Dr Fong Chan Onn, they also expressed the need for more government support for fishermen affected by sea reclamation projects.

Kota Melaka MP Wong Nai Chee and state MCA English-speaking bureau chairman Chock Choon Sin were also present.



Suitable gift: Dr Fong (second from left) and Wong (third from left) handing over an icebox to fisherman Ronnie Remello (right) and his two children while Chock (left) and Gomes look on in Malacca recently.


Dr Fong said the Portuguese Settlement was the birthplace of modern Malaya and had tremendous potential in becoming a tourist attraction.

揑t has the capability to outdo Jonker Walk and other tourist attractions in the state,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 10:17 PM | Show all posts
Mereka ni sebenarnya orang India....kalau ada campuran Portugis pun cuma 10% atau kurang  


.......tapi biasalah orang India ni tak mau mengaku mereka India....geng Hindraf pun mahu jadi warganegara British
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 02:37 PM | Show all posts
masyarakat Portugis Melaka berasal dari perkawenan askar portugis ngan wanita melayu tempatan masa penjajahan Portugis? .. and sebelum 1511 dah berkurun kerajaan Islam Melaka berdiri gah, and hampir sume Melayu dah masuk Islam ketika tu sooo???  adakahhh ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 03:09 PM | Show all posts
Mereka ni sebenarnya orang India....kalau ada campuran Portugis pun cuma 10% atau kurang  


.......tapi biasalah orang India ni tak mau mengaku mereka India....geng Hindraf pun mahu jadi war ...
WonBin Post at 9-2-2008 22:17


hahaha, mungkin gak bangla atau mamak konkani... dorang cakap basa portugish sb x paham basa masing2 sebab org india pon banyak jenis bahasa gak ada... dorang ni cakap portugish masa jadi kelasi kapal2 galeong portugish. skang ni mcm org cina n india ler yg ckp english sb dorang cakap dorang kristiang... he he he
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 1.077086 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list