View: 6649|Reply: 26
|
Petunjuk drp solat istikharah
[Copy link]
|
|
assalamualaikum semua,
saya sekarang berapa di persimpangan kerjaya saya....perkara ini membuatkan saya betul2 tak happy dengan hidup saya. mungkin sedara-sedari fikir amat keterlaluan utk saya berkata begini tapi saya ada alasan tersendiri yg tak perlu saya ceritakan di sini sb ceritanya terlalu panjang dan sesetengah org mungkin tak mampu merasai kemelut perasaan saya terhadap apa yg saya lalui sepanjang hidup..
Okay, saya sebenarnya nak tanya pendapat semua forumer kat sini...saya tgh mencari pekerjaan lain- in other words, actively looking for another job...saya boleh la dikatakan "desperate" utk mendapatkan kerja baru sb saya hampir tidak mempunyai byk alasan utk bersama co sekarang lagi disebabkan faktor terlalu sedikit exposure atau learning curve (blh dikatakan hampir tiada) dan gaji yg sedikit.....dan saya telah mendapat offer srp satu syarikat nie- offer dia tak la terlalu bagus, kira ok la since I am quite desperate for a job and i foresee some learning curve at the new place......mula2 dpt offer tu saya mmg seronok sgt ttp after a while, sblm dpt letter of offer, perasaan saya berbelah bagi...so saya melakukan istikharah.....semakin kerap saya lakukan istikharah, semakin berat hati saya utk menerma offer tersebut and finally saya tolak offer tu....sb saya consider perasaan saya itu merupakan petunjuk drp Allah supaya sy tdk menerima offer tersebut...
malangnya, sehingga sekarang saya rasa menyesal dgn tindakan saya menolak offer tersebut sebab:
i) sehingga sekarang saya blm mendapat offer dr mana2 syarikat- dan saya dah penat pergi interview...
ii) keadan yg melanda saya di tmpt kerja sekarang tdk berpihak kpd saya, antara lain, appraisal sy begitu teruk disebabkan tidak byk kerja dilakukan spjg thun (ini kerana sememangnya kerja tak ada sgt)...
disebabkan semua tu saya rasa amat tertekan.....sehingga saya terlupa sesuatu perkara dlm hidup I (contohnya sy terlupa anniversay perkahwinan sy baru2 nie, i freez vacation for this yr coz i'm not in the mood...etc) sb sy terlalu fikir pasal mencari kerja baru and it is my ultimate goal....
saya amat menyesal sehingga sy tercakap sekiranya sy dpt offer di kemudian hari, sty tak akan solat istikharah lagi....saya tahu yg saya tak sepatutnya berkata begitu but i juz cant help it....walaupun sblm menolak offer tersebut saya sudah redha utk apa saja yg bakal menimpa but sy ttp menyesal...
soalan saya, adakah rasa berat hati saya itu merupakan petunjuk dr yg maha Esa atau itu hanya mainan perasaan saya kerana saya tgh berfikir samada utk menerima offer tersebut....
terima kasih banyak2 kpd yg sudi berkongsi pendapat atau pengalaman... |
|
|
|
|
|
|
|
sy tercakap sekiranya sy dpt offer di kemudian hari, sty tak akan solat istikharah lagi..
saya rasa kata-kat tu tak valid sebab istikarah tu sunat. kalau nazar macam ni tak di terima. sebaliknya kalau mengharamkan sesuatu yg sunat tu boleh jadi haram. bergantung kepada apa yang mistyque maksudkan dengan tak akan solat istikharah lagi.
soalan saya, adakah rasa berat hati saya itu merupakan petunjuk dr yg maha Esa atau itu hanya mainan perasaan saya kerana saya tgh berfikir samada utk menerima offer tersebut....
kemungkinan besar ye. tetapi kengkadang gangguan syaitan pun kuat juga. sebab syaitan ni suka kita keragui Allah.
Saya cadangkan mistyque banyak-banyak lagi solat istikharah dan berdoa. Allah suka pada orang yang selalu meminta dan berdoa kepadanya sebab Allah tu maha kaya. Dia tak mengharap dari kita tapi kita yg mengharap dari Dia. |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam misty
saya ni taklah berpengetahuan sangat, cuma pernah juga buat solat istiharah..dan ada juga kengkawan yang lain yang selalu amalkan..
in short, di antara me and my friends, kami rata |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mistyQue's post
Sebenarnya setiap apa jua keputusan yang anda lakukan adalah ketentuan daripadaNya. Mengapa kita perlu berprasangka yang negatif di atas setiap ketentuan daripadaNya. Adakah kita sebagai hamba layak untuk menolak setiap apa yang ditakdirkan untuk diri kita.
Solat istikharah adalah satu usaha, dan apa juga keputusan yang kita lakukan itu adalah ketentuan takdir. Adakah anda boleh memberikan jaminan jika anda tidak menurut kata hati anda ketika itu anda akan perolehi setiap apa yang anda inginkan. Adakah ianya satu jaminan akan gembira sekiranya anda berpindah ke tempat kerja. Adakah anda akan tahu senario yang akan berlaku pada masa hadapan.
Percayalah, jika anda sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik anda akan dapat melihat hikmah disebalik setiap perkara yang terjadi. Anda masih belum dapat melihatnya kerana ketika ini hati anda buta, keraa terlalu mengikut nafsu dan sentiasa fokus kepada yang negatif.
Ubah cara anda berfikir, apakah hak anda sebagai manusia untuk berprasangka buruk di atas setiap takdir anda. Tidakkah anda terfikir, sekiranya anda mengeluh setiap perkara yang berlaku, ini bermakna anda berprasangka buruk kepada pencipta, kerana takdir anda atau kehidupan anda adalah datang hanya darinYA. Bukan anda yang tentukan, tetapi ALLAH.
Maaf, sekiranya kata-kata di atas menyinggung perasaan anda, kerana apa yang saya tulis adalah dari hati saya, hamba ALLAH yang amat lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mistyQue at 14-2-2008 10:30 AM
assalamualaikum semua,
saya sekarang berapa di persimpangan kerjaya saya....perkara ini membuatkan saya betul2 tak happy dengan hidup saya. mungkin sedara-sedari fikir amat keterlaluan utk say ...
Cik Misty,
Ana juga telah mengalami situasi yang serupa dahulu...dimana ana mendapat 2 tawaran kerja sekaligus..satu dengan syarikat kompenan automatif dan satu lagi dengan syarikat telemunikasi maxis...di syarikat automatif ni jaraknya lebih dekat dengan rumah ana..dan gajinya lebih kurang sahaja...manakala di syarikat telemunikasi ni..kerjanya akan selalu outstation keseluruh negara...dari pandangan akalnya bekerja dengan syarikat telemunikasi ni lebih terjamin sebab ianya syarikat besar dan telah mempunyai nama...kalau dengan syarikat automotif ini cuma syarikat kecil sahaja...jadi ana pun buat solat ishtikarah untuk memilih mana satu pilihan yg terbaik dengan harapan Allah menunjukkan jalan yg terbaik untuk ana...so, alamat yg diberi adalah bekerja dengan syarikat automotif...sepanjang bekerja disana, kerjaya ana menjadi tidak menentu..dengan gaji yg selalu lambat..EPF yg selalu tersangkut2..dengan kewangan syarikat yg tidak berapa stabil dan berbagai masalah dalaman yg begitu meruncing..memang boleh dikatakan tidak best langsung dan tak nampak prospek langsung dari segi akal yg sihat..
hingga kini ana masih bertahan...sebab bagi ana..ALLAH tidak akan sesekali menanaiyai ana selagi ana percaya padaNya. Ana sendiri tidak tahu apakah hikmah disebalik pilihan yang ana dapat dalam mimpi ana..Dan ana sesekali tidak pernah menyesal dengan pilihan ini..sebab ana percaya dan yakin dengan qada dan qadar Tuhan untuk ana. Dan sebagai hamba Allah, janganlah cik misty berputus asa dengan qada dan qadar Tuhan...Allah hanya ingin menguji hamba2Nya..sesungguhnya ujian kita hari ini tidaklah sehebat para2 Rasul...bersyukurlah kerana Allah sentiasa menyayangi kita dan diberi ujian2 demi untuk meningkatkan tahap keimanan dan kesabaran...
Ana sungguh tertarik dengan persoalan hidup manusia ini...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa merekadibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Bolehjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadipula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlahkamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahalkamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahaiorang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukarandalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlahkesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapaikemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalahpertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakansembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mistyQue at 14-2-2008 09:30
assalamualaikum semua,
saya sekarang berapa di persimpangan kerjaya saya....perkara ini membuatkan saya betul2 tak happy dengan hidup saya. mungkin sedara-sedari fikir amat keterlaluan utk say ...
Tanda-tanda sholat istikharah itu bukan hanya lewat mimpi, tetapi dari kemantapan hati kita tentang sesuatu. Jika itu yang antum percaya hasil dari istikharah antum, berarti mungkin benar itulah yang baik. Ingat, misal antum memang memilih tidak apply for that company, mungkin antum tidak tahu JIKA antum benar-benar masuk kedalam company ini, itu jadi tidak baik buat antum dan agama antum. Percayalah, itulah yang terbaik untuk antum. Allah berfirman: "Boleh jadi engkau berfikir itu buruk, tapi sebenarnya Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak".
Nasehat ana, istiqomah belajar agama, karena belajar agama dapat memudahkan segalanya. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa dunia tujuan hidupnya, maka Allah akan membuat hidup nya sempit. Jika akherat tujuan hidupnya, maka Allah kaan mempermudah segala urusannya", dan rajin rajinlan membantu saudaramu, karena Rasulullah bersabda: "Barangsiapa mempermudah urusan saudaranya, maka Allah akan mempermudah urusannya".
Dan juga koreksi segala dosa dan kesalahan antum, mungkin ini adalah teguran untuk antum. Banyak-banyaklah bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
salam mistyQue
apa yg saya nak kongsi bukan mengenai huraian tentang solat ishtikharah tapi amalan yg boleh kita lakukan supaya hajat kita tercapai.
tidak lain dari mengamalkan dzikir asma ul husna dgn yakin dan menyerahkan yg lainnya kepada Allah.
"Orang yang sedang mencari pekerjaan tetapi menghadapi kesukaran hendaklah melakukan ini:
a Baca selawat 11 kali
b Baca Ya Mughni 1111 kali selepas solat Isyak
c Baca selawat 11 kali
Dengan rahmat dan kurnia Allah SWT segala kerisauan dan kesukaran akan tamat dan anda akan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keperluan anda, Insya Allah"
Dipetik dari buku Zikir Asma ul Husna; Asma' 89 Al-Mughni (Maha Memberi Kekayaan) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 burujtimur's post
thanks to everyone yg bagi pendapat , nasihat etc....buruj timur, i pun selalu jugak ingatkan diri pasal perkara yg u cerita kat atas tu...tapi lately sy rasa sukar nak terima kagi sb i rasa semua yg berlaku x berpihak kat saya.....sb benda2 camni dah menghantui sy sejak 15 tahun lps... i know semuanya ketentuan Allah tp sy sudah rasa tak kuat lagi untuk menerima semua takdir sebulat hati...klu dulu i put the blame on my mom and family but now i'm blaming myself.....setiap hari sy cuba kuatkan semangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 ikhwanindo's post
teriima kasih di atas peringatan saudara.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mistyQue's post
malangnya, sehingga sekarang saya rasa menyesal dgn tindakan saya menolak offer tersebut sebab:
i) sehingga sekarang saya blm mendapat offer dr mana2 syarikat- dan saya dah penat pergi interview...
ii) keadan yg melanda saya di tmpt kerja sekarang tdk berpihak kpd saya, antara lain, appraisal sy begitu teruk disebabkan tidak byk kerja dilakukan spjg thun (ini kerana sememangnya kerja tak ada sgt)...
anda masih bekerja dan mempunyai pendapatan tetap . . . cuma anda bercadang untuk mempertingkatkan kerjaya
anda diberi peluang dengan satu pekerjaan lain tapi ditolak selepas istikharah setelah anda yakin dengan tindakana anda
kini anda menyesal dengan tindakan tersebut . . . kenapa
adakah anda merasakan bahawa tindakn anda salah atau anda tidak lagi yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa
sepatutnya anda yakin bahawa Yang Maha Esa telah menentukan supaya anda menolak offer tersebut
kerana berkemungkinan sekiranya anda menerima offer tersebut , anda akan menghadapi masalah yang menyukarkan krn pekerjaan anda sekarang adalah lebih baik dari offer tersebut
yakinlah bahawa setiap ketentuan yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan kemampun setiap individu kerana Yang Maha Esa tidak akan meletakkan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh setiap individu
anda seharusnya bersyukur keranan masih kekal dijawatan sekarang
namun jangan berputus asa dan berusaha terus untuk mempertingkatkan kerjaya dan penghidupan |
|
|
|
|
|
|
|
Suami Tasha rajin buat solat istikharah
Kejadian 1'
Suami melakukan solat tiga malam berturut2. Malam ketiga dia bermimpi didatangi seorang kenalan untuk menawarkan kerja/tender. So esok dia pun pergi berjumpa kenalan tu. Memang betul kawan dia tu tawarkan dia tender kerja.
Kejadian 2'
Kami suami isteri berpisah
Selepas buat solat istikharah tiga malam dia bermimpi,...dia balik ke rumah dan masuk ke bilik saya . Dalam bilik dia buka almari pakaian saya. Dalam tu dia tengok penuh dengan emas, intan dan berlian. Penuh juga dengan rantai, cincin dan gelang emas. Macam harta karun lah. So dia pun balik tinggal di rumah dengan kami.
Kejadian 3'
Selepas dia dah balik ke rumah ,..kami masih gaduh2. Sampai macam orang hilang akal lak. Dulu tak pernah. So saya pun hairan. Dia buat solat istikharah,..dalam mimpi dia nampak saya di kejar oleh makluk hitam besar. Walahuallam, syaitan kot. So saya dan dia pun perbanyakkan solat, ayat2 manzil baca dll.
Alhamdullilah,..dah berbulan tak gaduh. Perhubungan dengan orang kat office pun improve,kalau tidak kena marah ngan bos je. Sekarang tak,asyik senyum je. Bonus pun dapat,.he,he.
So
Rasanya hati kena yakin. Dan percaya. Insyaalah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 thedude's post
He,he
Thanks Dude,..memanglah kita kena percaya dengan kebesaran Nya. And if we belive that Allah knows what is best for us we wont regret dah.
Percayalah,... |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
maaf jika mengganggu...
pada pendapat saya, masa buat istikharah tu, patutnya, kamu betul betul yakin dan tenang dengan keputusan kamu. jika tidak, aku rasa istikharah tu tak menjadi...
macam ni lah... aku pernah solat istikharah masa dulu. Tuhan kasik jawapan On The Spot. naik doa aku. aku memula tak accept, tapi aku remain calm and let things flow naturally. in the end, memang the best thing did happen to me...
aku agree ngan ikhwanindo on this one.
if you dah buat solat istikharah, and made a decision with that conviction, maknanya, masa ko buat decision tu ko betul2 convinced, then, you sabar je lah. insyaAllah, if it is true, lambat laun ia akan ternyata...
tapi, the other side of istikharah is, kalau hati ko dah fixed kat something, sometimes sub consciously, you pun bias dengan satu expectation itu. if you still tak tenang, aku rasa baik ko guna akal ko untuk buat decision...
maaf jika offensive. sekadar beri pendapat la... |
|
|
|
|
|
|
|
kata lah kak tim nak buat pilihan antara perkara A dengan B, buat solat sunat istiqarah setiap waktu kecuali waktu haram, setiap kali lepas solat, hati condong kepada perkara A.. ingore saja perkara B, jadi kalau lah terjadi sesuatu yang tidak diingini selepas kita memilih perkara A, anggaplah itu takdir yang ditentukan olehNya yang juga mempunyai hikmahnya..
cuma kekadang kak tim jugak musykil.. takut2 kalau pengaruh emosi yang membuatkan kita condong kepada perkara A..
tetapi hanya Allah Ya ZaljallaIwalIkram sahaja yang Maha Mengetahui.. |
|
|
|
|
|
|
|
wulan penah buat masa hati tak tenang...
masa tu mintak petunjuk sebab bf hilang tak dapat dikesan 3bulan..wulan mintak nak tunggu atau nak lupakan dia...dalam mimpi,wulan dapat petunjuk org lain(yakni dalam mimpi dia akan menerima baik buruk wulan)..lepas dapat petunjuk,wulan lupakan dia..dan hati jadi tenang lepas baut solat istikharah.
beberapa bulan dia mesej ckp dia dah kawin.wulan xder frust sgt sebab wulan dh terima kehendak wulan nk lupakan dia....kemudian,wulan menemui 2 lelaki(mereka ni yang muncul dalam mimpi) tapi wulan tak tau mana satu...
sampai sekarang wulan tanya siapa dia??? |
|
|
|
|
|
|
|
so janganlah buat masa hati was-was.buatlah dengan ikhlas biar termakbul |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mistyQue at 15-2-2008 03:29 PM
thanks to everyone yg bagi pendapat , nasihat etc....buruj timur, i pun selalu jugak ingatkan diri pasal perkara yg u cerita kat atas tu...tapi lately sy rasa sukar nak terima kagi sb i rasa semu ...
Salam Misty,
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
[ Last edited by burujtimur at 21-2-2008 11:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|