View: 3369|Reply: 2
|
asal usul majistret di tanah melayu
[Copy link]
|
|
| Tun Syed Sheh Bin Syed Hassan Barakbah
| Anak Melayu pertama yang memegang jawatan sebagai ketua Hakim Negara |
| |
| Tun Syed Sheh dilahirkan pada 10 November 1906 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Negeri Kedah. Di sana beliau telah diterima masuk ke Inner Temple dan mengikuti kursus undang-undang. Pada tahun 1934, beliau telah lulus dan di anugerahkan Ijazah LLB.
Kerjaya : - Majistret, Pendaftar dan Ketua Majistret. Beliau merupakan anak Malaysia yang pertama memegang ketiga-tiga jawatan penting dalam perkhidmatan perundangan di negara ini.
- Majistret Khas (April 1946)
- Presiden Mahkamah Seksyen Kedah dalam Perkhidmatan Perundangan Kolonial (1948)
- Hakim Mahkamah Seremban (Oktober 1955 - Jun 1958)
- Hakim Mahkamah Rayuan (1962)
- Ketua Hakim Malaya (1963)
- Ketua Hakim Negara yang pertama (1 Jun 1966) dan bersara pada 10 September 1966.
- Pegawai Mentadbir Kerajaan Pulau Pinang
- Senator (Disember 1968).
- Yang Di-Pertua Dewan Negara (27 Januari 1969)
- Gabenor Pulau Pinang yang keempat pada Februari 1969 dan berkhidmat selama dua penggal sehingga Februari 1975.
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Seri Setia Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran Tun, Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) kelas pertama daripada kerajaan Pulau Pinang, Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M. K) kelas pertama dan Pingat Sultan Badlishah (P.S.B) daripada Sultan Kedah. Tun Syed Sheh telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Oktober 1975, di Alor Star, Kedah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
1# mys_tery
saya pernah baca sejarah kehakiman British di negara ini, mereka mula memperkenalkan majistret setelah campur-tangan dalam pentadbiran tempatan. Ini selaras dgn dasar Britiish yg menolak utk mengiktiraf undang2 Syariah yg telah lama di amalkan di negara, sebaliknya mereka memperkenalkan undang2 mereka. Kalau x silap, negeri yg mula2 terima majistret british ialah P.Pinang - negeri yg mereka mula2 campur tangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|