CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14778|Reply: 27

EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH

[Copy link]
Post time 17-5-2008 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah ketamadunan melayu yg amat mgagumkan n dipadamkan oleh bangsa penjajah.
Kini, melayu itu sendiri sudah mlupai asal usul bangsa. If diikutkan drs ejarahnegarakedah.blogspot.com, tidak timbul isu ketuanan melayu kerana ia hanya propoganda Inggeris. Mgkn forumer2 boleh bincangkan dgn lbh detail.
Perlu diingatkan.. Siam bukanlah Thai. Siam adalah sebuah negara gagasan Islam yg penduduknya adalah terdiri daripada org melayu. hikayat Merong Mahawangsa dibakar kerana ia menjelaskan bahawa orang Siam diketuai oleh Merong Mahapodiset membuka negeri Siam, bukannya dibuka oleh Raja Thai yg beragama Budhha.
Kenapa isu kesultanan melayu Melaka itu lebih gah dari empayar Islam benua siam kedah yg meliputi keseluruhan Timur (+KerajaanMonggol)????Sedangkan parameswara@RAMA TIBODI II@Sultan Rijaluddin Muhammad JohanSyah adalah salah seorg pemerintah empayar Islam benua siam kedah.



Siapakah Hang Tuah?? Hang Tuah juga dikenali sebagai Naa-Rai@Tun Saaban???Nama baginda, Narai di Ayuthia, semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka, terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh dan nama sebenar baginda ialah Tun Saaban.. Bapa saudara kepada Raja bersiung Kedah.
dan ada versi lain yg mngatakan hang Tuah hilang ghaib begitu sahaja.?


Mohon pd aiz, centrix n forumer2 lain utk mbuka sbuah posting yg btajuk EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH.

[ Last edited by  disclaimer at 17-5-2008 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2008 06:44 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 06:46 PM | Show all posts
bersambung nnt.. nk cari bahan dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:38 PM | Show all posts
dasat thread nih....nih yg kita nak ni...teruskan semua mcm biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:12 PM | Show all posts
rasa cam sia2 je blaja sejarah asia tenggara ting 6. D.G.E Hall punya versi, memang x ada mende ni. Semua di ubah ikut selera versi penjajah...

Tok Saaban tu sape?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 17-5-2008 08:12 PM
rasa cam sia2 je blaja sejarah asia tenggara ting 6. D.G.E Hall punya versi, memang x ada mende ni.


adeh tak tahan aku

disclaimer, peta tu versi yg besar skit ade tak? coz aku nak tgk secara terperinci kalo boleh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2008 08:29 PM | Show all posts
2-3 hari sudah aku ada email salah sorang team member blog sejarahnagarakedah tu ttg hikayat merong mahawangsa kot2 ada dlm internet, ebook dsbnya.  Jawapannya (mungkin ada forumner sini yg nak kumpul info tambahan):

Memang tak ada. Kami dah semak. So kami last sekali kami beli bukunya kat Dewan bahasa KL, harga....RM140 !!!!.

Kalau u beli, jangan lupa membaca bahagian awal kajian penulis. Ada banyak salinan lagi yang belum dipublishkan. Yang Itu telah diedit oleh Ahmad Tajuddin Halim Syah yang mengatakan dialah keturunan yang berwajib, padahal dia pembohong besar. Dialah yang menjadi penaung penulisan sejarah semasa menetap di Melaka dengan bantuan kewangan dari inggeris. Pakatan teranchang penjajah sebenarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:08 PM | Show all posts
Itu yg aku musykil.. story of hang Tuah ada banyak versi. Jika diikutkan pemahaman aku dr [email protected], Hang tuah dikenali sbg Naa-Raa, Tun Saaban dan Iskandar Mahkota Alam

1. Narai di Ayuthia,
2. semasa muda sebagai Hang Tuah di Melaka,
3. terakhir bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh


TINGGALAN ISTANA NARAI


RUNTUHAN ISTANA NARAI


NARAI MEMAKAI MAHKOTA AYUTHIA


KITA TINGGALKAN DAHULU PERSOALAN MNGENAI HANG TUAH INI. SIAPA YG TAHU, BOLEH LAH TAMBAH2KAN
-----------------------------------------

Pihak Inggeris telah memutar belitkan fakta dan sejarah. Terlalu banyak sejarah ketamadunan melayu telah "dihilangkan". Sebab utamanya adalah UNTUK MEMUDAHKAN PEMERINTAHAN. Lebih mudah untuk memrintah apabila diperintah oleh 1 satu bangsa. Jadi propoganda "KETUANAN MELAYU"  diwar2kan.

Hanya mereka yang tidak mengetahui sejarah sahaja memperjuangkan agenda ketuanan Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah propaganda penjajah Inggeris untukmenyatupadukan pelbagai bangsa dalam wilayah penjajahannya, demikepentingan mereka, padahal kita tahu kita terdiri dari pelbagairumpun. Mereka tidak berbuat demikian di Sabah dan Sarawak, jadipelbagai rumpunlah mereka di sana hingga ke hari ini. Nak kata Melayupun tidak, tapi bumiputera Sabah dan Sarawak sahajalah.

Ada catatan yang kami temui mengatakan bahawa Melayu itu bahasa perdagangan di nusantara, bukannya bangsaatau kaum. Kenyataan ini adalah benar. Berkas ikatan kita adalah Siamdan dengan sebab itulah raja-raja kita masih lagi mengamalkan adatSiam, bukan adat Melayu. Ambil fahamlah bahawa Siam itu beragama Islamdan Thai itu beragama Buddha. Adat yang kita masih amalkan sepertimeminang, hantar sireh pinang dengan kain, cincin sebentuk, pakaiankuning, payung kuning untuk raja adalah adat Siam, bukan adat Melayu.Semua ini ada tercatat dalam Undang-Undang Kedah di muka surat 36.

Penjajah Inggeris turut mengumpan segala kemewahan kepada raja-raja daerah agar engkar kepada Syah Alam Yang Maha Mulia dan menyerahkan wilayah seperti Singapura dan Pulau Pinang demi mendapatkan pengiktirafan sebagai sultan. Mereka turut menutup sejarah negara kita dan sejarah kekuasaan baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia di Nusantara.................dengan kawasan perkuburan orang-orang Islam dengan batu nisan sepertimana di Malaysia.Kawasan tersebut yang hampir seluas padang bola, dihilangkan daripandangan umum dengan cara didirikan tembok tinggi sebagai pagar disekelilingnya.

[ Last edited by  disclaimer at 17-5-2008 09:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2008 09:28 PM | Show all posts
Ya aiz.. betul apa yang anda katakan.

aku cuba ringkaskan artikal
ISLAM DI NO-SAN-TA-RA (TUNAS-MUDA-MENANTI-MEREBAK)- BAHASA SIAM
sejarahnegarakedah.blogspot.com

*Diingatkan semula, negara Siam adalah Islam dan Thai adalah Buddha. Siam telah ditakluk oleh Thai dan bukti2 tamadun dilenyapkan oleh mereka.

-Kedatangan Islam pada 1400 mula disangkal ramai pihak. Ia telah ditetapkan oleh pihak2 yg mpunyai agenda tersembunyi utk memperkasakan penguasaan ke atas rantau ini.

catatan lawatan Marco Polo mengatakan bahawa Perlak telah pun menerima Islam dalam tahun 1292. Batu Bersurat Terengganu yang tercatat nama Raja Mandalika bertarikh 4 rejab 702 Hijrah/22 Feb.1303. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Batu bersurat Trengganu (4 rejab 702 Hijrah / 22 Feb.1303) membuktikan kedatangan Islam ke Semenanjong adalah jauh lebih awal
di Brunei Darussalam ditemui batu nesan pada makam Sultan Abdul Majid ibn Mohamad Syah al-Sultan抯 bertarikh 1048M/440 H,
di Pekan Pahang batu nesan bertarikh 14 Rabiul Awal 419 H,
di Vietnam batu nesan Phang-Rang (Selatan Champa) bertarikh 1039M/431 H dan
di Grisek, Jawa Timur, batu nesan Fatimah binti Maimun binti Hibat Allah bertarikh 1082M/475 H.

Di Kedah, penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Langgar(Langgar adalah dari bahasa Siam bermaksud putus dunia).
makam baginda dikambus batu nesannya oleh warisnya agar tidak dijumpai penjajah Thai.
Taktik yang sama juga digunakan pada Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau Langkawi yang kini masih lagi dilabelkan sebagai Makam Purba.

Tarikh yang jauh lebih awal ini membuktikan bahawa Islam bermula di Kedah dan merebak ke Nusantara melalui pemerentahnya yang turut menganuti agama Islam. Ramai generasi lama di Kedah yang berusia sekitar 70 tahun mengetahui bahawa Kedah dahulunya adalah sebuah negeri yang besar, disebut mereka sebagai Kedah tua. Jajahannya lebih jauh ke Utara, bukannya setakat di Bukit Kayu Hitam seperti hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:36 PM | Show all posts
sambung....

Kita tumpukan pula kpd penemuan seketul bata candi yg bertulis Ibnu Sirdan 213 Hijrah.Siapa yg tingglkan??

Berdasarkan kepada tahun 904 M, dan salasilah raja-raja Kedah, ternyatalah bahawa Islam lebih dahulu tiba ke Kedah dibawa oleh Raja Merong Mahawangsa, cucu Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang (diislamkan oleh Saad ibni Waqas,650 masihi). Di Kedah baginda membuka kerajaan dan berkahwin dengan Syarifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani hasyim. Makam permaisurinya digelar Tok Soh masih ada di Pi-nang Tung-gal, dari bahasa Siam Islam yang bermaksud jadi permaisuri tunggak negara, bukannya pokok pinang sebatang seperti yang kita sangkakan. Suaminya, Raja Merong Mahawangsa pula bergelar Sultan Mudzaffar Syah dan makamnya terletak di Kg Langgar, Merbok. Oleh kerana itu keturunannya, diberi ufti sebagai tanda taat setia oleh raja daerah walaupun dimana mereka bersemayam samada di Kedah, Ayuthia, Beruas, Melaka, Acheh, Kemboja dll.


Jika kita renungkan kembali, adakah wujud satu konspirasi untuk menutup perkembangan agama Islam di No-san-ta-ra yang bermaksud, tunas-pendek /muda-tunggu/menanti-merebak. Tunas pendek yang dimaksudkan disini ialah Syiar agama Islam.

[quote]揝eorang orientalis, Profesor William R. Roff (University of Edinburgh, Scotland), berkata bahawa ada keinginan besar di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan sehingga ketika ini untuk mengurangkan peranan Islam dan peranan Khilafah di kalangan masyarakat Muslim di alam Melayu. Malangnya ada tokoh politik, pemikir dan sejarawan Muslim yang terpengaruh dengan Barat sehingga mereka menyembunyikan malah ada yang menghina Khilafah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:48 PM | Show all posts

Inilah peta kerajaan Siam Islam yang kerajaannya bermula di Kedah atau lebih jelas lagi Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,
"There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam.The land of Siam ia large and very plentous, with many people andcities, with many lords and many foreign merchants, and most of theseforeigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eithChina. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:48 PM | Show all posts


Apabila thai menguasai ibu negeri Siam iaitu Ayuthia, mereka mahu semuajajahan siam Islam dahulu berada dibawah taklukan mereka juga. Akantetapi mereka lupa, tidak seperti mereka, kerajaan Siam dahulu beragamaIslam sedangkan mereka beragama Buddha. Cuba kita renungkan, bagaimanamungkin raja-raja daerah kita yang beragama Islam, sanggup menghantarufti kepada kerajaan Raja Besar Benua Islam Siam ketika itu (selepas1767 mereka di paksa oleh thai). Bagaimana mungkin Raja Monggol IslamIndia boleh membiarkan Ayuthia ini tidak menganut agama Islam sedangkanmereka menghantar seorang mamak menjadi Bendahara di Melaka (lihat peta'Empire of the Great Monggol'), menyerang kerajaan yang beragama Hindudi India dsbnya. Sudah pasti jika Siam bukan kerajaan Islam ia pastiakan menerima serangan dari Raja Monggol India ketika itu.


Peta 'Empire of the Great Monggol' bertarikh 1744 masihi termasuk juga Siam dan nusantara. Patutlah terdapat Mamak Bendahara di Melaka

Bagaimana pula Maharaja China Islam menghantar Laksemana Cheng Ho yangberagama Islam untuk mengawal Nusantara sedangkan Ayuthia dibiarkanbegitu sahaja, kekal beragama Buddha. Pada ketika itu penganut agamaBuddha hanya dibenarkan berkerajaan di Tibet sahaja berikutanperjanjian kawasan Maharaja China zaman dahulu dengan Dalai lama. Didalam Hikayat Merong Mahawangsa pun ada disebut bahawa negeri SiamLancang dibuka oleh Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, anakandakepada Raja Merong Mahawangsa.


[quote]揟he Yuan History (Genghiz Khan yang beragama Islam) in referringto a mission received from Rama Khamheng in 1295, says that the peopleof Siam and those of Ma li yu eul had been killing each other for along time, but the latter had now submitted
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:52 PM | Show all posts
Berikutan campur tangan Maharaja China dari Dinasti Yuan diwujudkanperdamaian diantara dua pihak yang bertelingkah. Pertelingkahan berlakukerana Raja Mandalika telah bertindak menyebarkan syiar Islam keMandalay (sempena nama baginda). Catatan diatas ini pun adakemusykilannya kerana ia ditulis sewaktu perbezaan antara orang Thai dan Siam tidak jelas.Sedangkan dikalangan kita pun tidak jelas dan diperjelaskan disini,inikan pula pada kacamata seorang Inggeris bernama Hall ini. Akantetapi, maksud tetap jelas bahawa Maharaja Dinasti Yuan yang beragamaIslam telah menunjukkan kekuasaannya dengan memisahkan kedua puak iniagar tidak berbalah lagi.

Rama Khamheng diwaktu itu memerintahdi Myanmar (Burma) tempat Raja Mandalika pergi membuka Mandalay danmendirikan masjid papan disana. Penulisan sejarah diatas pula ditulisdalam konteks Siam itu thai, pada hal melalui penulisan diblog ini kitatahu ia tidak begitu. Apabila Siam ditawan puak Sukhothai dari Burmadalam tahun 1767, rakyat tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlakukerana media massa tidaklah seperti hari ini. Lagi pun Benua Islam Siamadalah Empayar yang besar. Dengan itu sehingga ke hari ini orang-orangMelayu di Kedah, Perlis dan Kelantan masih lagi memanggil Thailand dengan nama lamanya, iaitu Siam !!Kemungkinan tetap ada dimana raja-raja daerah sudah pun mengetahuipenaklukan tersebut. Lalu ada diantara mereka bertindak menulis semulasejarah dengan kaedah meminggirkan kebesaran Raja Besar Islam BenuaSiam ini, lalu terhasillah buku-buku seperti Sejarah Melayu SulalatusSalatin karya Tun Seri Lanang.

Sewaktu penulisan Hall ditulis,negeri Siam sudah pun dijajah oleh Raja Thai Buddha. Penjajah Inggerispun tidak dapat membezakan antara Siam dengan Thai (mereka tahusebenarnya). Hall sendiri memastikan setiap penulisan sejarah kita mesti melalui mejanya terlebih dahulu sebelumdibenarkan untuk dicetak. Siapa Hall ini untuk kita merasa takut danmenafikan penulisannya? Selagi sakit kena makan ubat, lapar kena makannasi, dia hanyalah manusia biasa yang tetap melakukan kesilapan, tetapmerasai maut. Bagi mereka, tanah jajahan mereka haruslah dikuasai olehsatu bangsa sahaja iaitu Melayu agar lebih mudah ditadbir dan dikuasai.Pada zaman inilah Semenanjong Melaka telah bertukar nama kepadaSemenanjong Tanah melayu.

Yang penting, bermula selepas tahun 1295 Kerajaan Islam Siam Ayuthia mula bertapak dengan Sultan Mad Zaffar Syah III menjadi Raja Islam Ayuthia yang pertama bergelar Rama Tibodi Idengan persetujuan Maharaja China dari Dinasti Yuan. Nama RajaMandalika adalah juga gelaran baginda semasa baginda menyebarkan SyiarIslam di Terengganu. Ayahanda baginda ialah Sultan Muhammad Syah II yang mana duit emasnya dijumpai di Pulau Langkawi tertulis Muhammad Syah yang Adil. Sultan Muhammad Syah II inilah yang bergelar Narasuan di Ayuthia. Cucunya, Tunku Nazreen bergelar Ramesuan dan berkahwin dengan Ratu Acheh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 09:57 PM | Show all posts
kdg2 aku terpikir, adakah kedatangan penjajah spt portugis, belanda ke tanah melayu adalah sbg pathfinder @ scout pengintip penyebaran agama islam? Kiranya, mereka memerhatikan gerak geri atau kawasan liputan dakwah Islam dan datang utk menutup cerita...dan bukannya atas dasar perdagangan atau term yg common bagi penjajah...

rasa mcm (saja contoh jer) 5 org pendakwah Islam memulakan dakwah dari timur tgh, india,pakistan manakala 5 org pengintip @ pathfinder mengekori mereka sampai ke tanah melayu dan memberikan laporan kpd pemerintah mereka ttg usaha dakwah tersebut lalu dtglah mereka dgn bala tentera yg dilihat oleh penduduk tempatan spt penaklukan yg biasa dibuat oleh mana2 penjajah (tapi tidak nampak agenda sebenar iaitu sbg penyekat dakwah)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 09:59 PM | Show all posts
erajaan Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam, negeri Siam adalah sebuah negeri islamsebelum ia diserang dan ditawan oleh tentera Buddha Alaungphaya dalamtahun 1767. Kita dedahkan disini bahawa waris Raja Besar, Empayar BenuaIslam Siam Kedah masih ada hingga ke hari ini (walau keturunannya cuba dihapuskan dahulu) bernama Tuanku Nai Long Kassim untukmeriwayatkan kepada kita apa yang berlaku melalui wasiat yangditerimanya hampir 60 tahun yang lalu. Kita juga mengatakan bahawa bangsa thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dengan Raja Rama I yang beragama Buddha. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama keturunan raja mereka iaitu Su-kho-thai.

Keris Si Naga dari Brunei. Naga adalah simbol Maharaja China Islam(dari kisah Raja iskandar Zulkarnain) dan juga waris Raja MerongMahawangsa. Lihat alat kebesaran Perak yang di rampas Inggeris dariPaduka Seri Sultan Ismail Raja Kinta.

[quotes]
Menurut TNL Kassim, siapakah lagi yang berhak untuk bercakap mengenaiorang-orang Siam dari rumpun Melayu ini melainkan kita orang-orangIslam di Malaysia, terutama sekali warisnya. Walau kita bolehmengatakan kita tidak ada kaitan, akan tetapi raja-raja daerah kita(hari ini negeri) sudah pun mengguna pakai adat resam orang-orang SiamIslam semenjak zaman-berzaman hinggalah ke hari ini. Pakaian kuninguntuk raja, hantar sireh pinang sewaktu meminang, cincin sebentuk,pantang memegang kepala, basuh kaki sebelum tidor, semuanya adalah adatsiam islam. Hari ini, bukankah orang Melayu di Malaysia turut jugamengamalkan adat ini?[/quotes]
Wasiat bangsa kita sepertimana diriwayatkan oleh Nik Muhammadiah @Sultan Muhammad I Kelantan membawa kepada TNL Mahmud, mengatakan bahawapenjajah Inggeris melalui James Low telah menggunakan tenagaburuh-buruh yang dibawa dari India untuk menimbus beberapa bahan buktisejarah seperti candi dan sebagainya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 10:02 PM | Show all posts
[img] [/img]Pinggan yang dijumpai oleh penduduk Sungai Mas dengan lambang nagadi beli oleh Tunku Abdul Rahman dan kini di pamerkan di Muzium Negeridi Alor Setar.

Agak sukar untuk kita fahami bagaimana binaan candi yang dijumpaitertimbus sedangkan tidak ada satu bencana alam yang direkodkan yangboleh menyebabkan berlakunya sedemikian. Patung-patung agama Hindu(yang sudah berusia) dibawa dari India (jajahan mereka) dan ditanam dibeberapa lokasi untuk ditemui semula oleh penyelidik kita hari ini.


Kaedah yang sama turut digunakan pada runtuhan bangunan Ayuthiadimana didirikan patong-patong Buddha bagi menutup bukti keislamanKerajaan Siam Ayuthia setelah mereka berpindah ke Bangkok. Akhirnyahari ini, penyelidik mereka sendiri mengaku (kertaskerja seminar) terdapat 21 Masjid dalam runtuhan Kota Ayuthia dan orang-orang Islam Siam hilang maruah setelah dijajah bangsa Thai .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2008 10:06 PM | Show all posts
aku malas nak taip dan edit.. dah ngantuk..korang enjoylah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by disclaimer at 17-5-2008 10:06 PM
aku malas nak taip dan edit.. dah ngantuk..korang enjoylah..


kakaka apo laa......letak la lagi, tgh sedap dok baca nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 10:12 PM | Show all posts
tunas-pendek /muda-tunggu/menanti-merebak:

1) tunas pendek tunggu merebak
2) tunas pendek menanti merebak
3) tunas muda tunggu merebak
4) tunas muda menanti merebak

aiz....ada kaitan dgn F/P tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 10:21 PM | Show all posts
maaf saya nak mencelah sikit,

boleh bagi tahu apakah keturunan dan keluarga Tuanku Nai Long Kassim masih ada di kedah?

kalau ada, macam mana nak contact? sebab ada soalan yang saya nak tanya.

tq
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.262565 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list