View: 3489|Reply: 15
|
GREECE: news update - api marak kat utara athens!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 25-8-2009 07:40
Kapal Greece diserang lanun di perairan Somalia
ATHENS 21 Sept. - Sebuah kapal milik Greece bersama 19 anak kapalnya, yang kebanyakannya adalah rakyat Filipina telah diserang lanun bersenjata di luar perairan Somalia.
Kementerian Marin Greece berkata, ia tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung serangan tersebut, yang berlaku 250 batu nautika di luar perairan Somalia.
Kementerian itu juga berkata, mereka tidak ada maklumat mengenai nasib kesemua anak kapal tersebut, yang terdiri daripada 17 rakyat Filipina, seorang rakyat China dan seorang rakyat Ukraine.
Kapal itu, Stephanos, yang menggunakan bendera Bahamas, dimiliki ChartWorld Shipping Corporation, dan sedang membawa arang batu, kata kementerian itu.
Ia merupakan serangan kedua melibatkan kapal milik Greece dalam tempoh seminggu ini.
Pada Khamis lepas, kapal Centauri, dengan 25 anak kapal terdiri daripada rakyat Filipina diserang oleh lanun di luar perairan Somalia yang menggunakan bot laju dan bersenjatakan tiga pelancar roket.
Perancis kelmarin telah membentangkan draf resolusi di Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara-negara anggota badan dunia itu supaya menghantar kapal perang dan pesawat pejuang bagi menyertai perang untuk membanteras kegiatan lanun di luar perairan Somalia.
Perairan Somalia, yang tidak mempunyai kerajaan Pusat yang berkesan sejak 17 tahun lalu merupakan laluan laut paling berbahaya di dunia.
Menurut Lembaga Perkapalan Antarabangsa, 56 kapal telah diserang di perairan tersebut sejak bulan Januari lalu dan 11 kapal masih lagi ditahan bagi menuntut bayaran pampsan.
_____________________________________________________________________________________________________
kapal malaysia kena, france kena... banyak juga yang dah kena hijack...
apa tindakan pihak pbb dalam usaha nak cegah perkara ni berlaku dan
benteras lanun2 jacksparrow ni -
[ Last edited by dexa at 10-3-2009 19:26 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rusuhan di Greece berlarutan
PENUNJUK perasaan melontar kerusi dan batu ke arah polis dalam rusuhan di Thessaloniki, Greece, kelmarin.
|
Protes disambung meskipun PM minta maaf kematian remaja
ATHENS: Rusuhan ganas di beberapa bandar utama Greece masuk hari ketiga semalam ketika pihak berkuasa bergelut meredakan ketegangan yang berpunca daripada tindakan polis membunuh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.
Penunjuk perasaan, majoritinya belia, bertindak ganas membaling bom minyak dan batu ke arah polis di beberapa bandar manakala kumpulan pelajar menawan universiti. Lebih memburukkan keadaan, parti politik dan kesatuan sekerja menggesa perarakan diadakan.
Sementara itu, dua pegawai polis Greek ditahan atas tuduhan membunuh Andreas Grigopoulos tetapi penahanan itu tidak menamatkan protes.
Anggota polis itu adalah Epaminondas Korkoneas, 37, yang melepaskan tembakan serta Vassilis Saraliotis, 31, yang berada dalam kereta peronda ketika kejadian.
Polis berkata, di bandar barat Patras pula, seorang pegawai polis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dibelasah sekumpulan remaja.
Setakat ini, pihak berkuasa menahan kira-kira 10 penunjuk perasaan manakala 14 peserta demonstrasi terpaksa dirawat kerana sukar bernafas akibat menghidu gas pemedih mata.
Hampir 5,000 orang berkumpul di luar Muzium Kebangsaan tempat Grigoropoulos, mati ditembak polis yang bertempur dengan sekumpulan remaja, lewat Sabtu lalu.
Perdana Menteri, Costas Karamanlis, menyuarakan rasa kesalnya di atas kematian Grigoropoulos, tetapi ia terbukti belum cukup untuk memadamkan kemarahan orang ramai.
Kumpulan penunjuk perasaan belia yang menawan kampus universiti di tengah Athens dan bandar Salonika di utara, bertindak membaling batu dan bom minyak ke arah polis. � AFP
bangun tido tadik aku dengar gak berita ni pasai rusuhan lagi kat greece..aku ada kawan kat thessaloniki ... ada gak keep in touch ngan dia few times....(tu yang aku belajar bahasa greek tuh.... tergeliat gak lidah aku nak nyebutnyer... tee hee )
tapi yg rusuhan ni.. sbb polis tembak remaja 15 thn tu ler hari sabtu 6 dis hari tu..!!! teruk gak polis greek nih cissssss :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Rusuhan di Greece masuk hari kedua, 37 cedera
ATHENS 8 Dis. - Rusuhan di Greece masuk hari kedua semalam dengan menyaksikan sekurang-kurangnya 37 anggota polis cedera.
Polis turut menahan tujuh lagi remaja semalam, menjadikan jumlah mereka yang ditahan kepada 23 orang setakat ini.
Berpuluh-puluh gudang di tengah bandar ini dibakar perusuh manakala sekurang-kurangnya dua buah bangunan rosak teruk.
Beratus-ratus remaja yang marah dengan insiden polis menembak mati seorang remaja lelaki di bandar ini, terus berarak di jalan-jalan raya di dua bandar utama iaitu Athens dan Thessaloniki.
Kumpulan remaja itu turut memecahkan tingkap kedai dan membakar kenderaan.
Dua anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu telah ditahan dan akan didakwa Rabu ini
Dalam rusuhan tengah hari semalam, perusuh terus memaki-hamun polis dengan kata-kata "Polis pembunuh."
Rusuhan berlarutan sehingga ke malam dengan beberapa kumpulan remaja yang menunggang motosikal bertindak membakar dan merosakkan kenderaan.
Mereka turut membakar penghadang jalan di sekitar sebuah politeknik dan memanjat bumbung bangunan tersebut serta mengejek-ejek polis yang sedang berkawal.
Bagaimanapun, ketegangan menjadi sedikit reda menjelang tengah malam, selepas beberapa jam 'pertempuran' meletus antara polis dan kumpulan remaja terbabit.
Di Thessaloniki pula, kebakaran besar masih dapat dilihat dari bangunan sebuah universiti di bandar itu.
Dalam pada itu, stesen televisyen tempatan turut menyiarkan rakaman kejadian seorang remaja lelaki ditembak kelmarin tetapi imejnya agak kabur.
Rakaman kejadian itu turut disiarkan melalui Internet.
- AP |
|
|
|
|
|
|
|
Rusuhan Greece meruncing
ATHENS 9 Dis. - Huru-hara yang berlaku akibat rusuhan para remaja yang membantah insiden seorang remaja ditembak mati oleh polis minggu lepas, masuk hari ketiga, semalam.
Beratus-ratus remaja terus bertindak ganas merosakkan harta benda di beberapa bandar di Greece setelah ia bermula pada Sabtu lalu.
Rusuhan yang berlarutan sehingga awal pagi ini merebak ke beberapa bandar dari Thessaloniki dan Crete di utara hingga ke bandar peranginan Corfu.
Berpuluh-puluh kedai, bank dan hotel rosak teruk manakala puluhan kereta turut dibakar oleh perusuh yang marah dengan insiden tembakan polis yang menyebabkan kematian Alexandros Grigoropoulos, 15, minggu lalu.
Bedah siasat ke atas mayat remaja tersebut menunjukkan dia mati akibat terkena tembakan di dada.
Upacara pengebumiannya dilangsungkan hari ini dan sekolah ditutup sebagai tanda berkabung.
Sementara itu di ibu negara, Jabatan Bomba melaporkan lebih 200 kebakaran berlaku dan lebih 100 daripadanya membabitkan bangunan dan selebihnya adalah kenderaan dan tong sampah yang dibakar oleh para perusuh.
Jurucakap polis, Panagiotis Stathis berkata, 89 suspek ditahan setakat ini atas kesalahan menyerang polis dan merosakkan harta benda.
Seramai 79 orang lagi ditahan untuk disoal siasat manakala 12 anggota polis cedera dalam rusuhan malam tadi.
Bagaimanapun, polis masih belum mempunyai data jumlah sebenar perusuh yang cedera akibat kejadian ini.
Menurut polis, rusuhan yang membabitkan pelajar sekolah menengah dan universiti itu dikatakan turut menggunakan senjata berbahaya seperti panah, pisau dan pedang.
Perdana Menteri, Costas Karamanlis yang digesa melakukan perubahan dalam bidang ekonomi dan pendidikan meminta kumpulan ini supaya bertenang.
"Semua tindakan berbahaya dan ganas yang tercetus kerana terlalu mengikut emosi tidak akan diberi peluang oleh pihak berkuasa," kata Karamanlis.
Kerajaan pimpinan beliau sebelum ini digemparkan dengan skandal kewangan dan insiden rusuhan ini menambahkan beban.
Malah kedudukan kerajaan semakin goyah apabila parti pembangkang mendahului buat kali pertama dalam masa lapan tahun dalam tinjauan pendapat terbaru.
"Keadaan kini semakin tegang dan seluruh generasi bersedih dengan kejadian ini.
"Saya harap demonstrasi yang lebih aman dapat dilakukan di Athens bagi membantah kejadian ganas sebegini terhadap penduduk negara ini," kata pemimpin parti pembangkang, Parti Sosiolis, George Papandreou.
Seorang lagi pemimpin pembangkang dari Parti Campuran Berhaluan Kiri, Alexis Tsipras menggesa agar Perdana Menteri memikul tanggungjawab itu.
- Agensi
ni ler negara yg aku mmg nak pergi sangat... tapi bila baca bab rusuhan kat athens ni.. naik kecut lak aku.... kena tunggu stabil ler dulu nih!! ... apa khabar ler kat fay arap dia wokey kat sana!! |
|
|
|
|
|
|
|
Greece lumpuh akibat mogok
SEKUMPULAN penunjuk perasaan bertempur dengan
anggota-anggota polis di bandar Thessaloniki, utara
Greece semalam.
| BEBERAPA penunjuk perasaan membaling batu ke arah anggota-anggota polis di luar bangunan Parlimen, Athens semalam.
|
ATHENS - Sejumlah remaja yang berang bertempur dengan anggota-anggota polis di luar pekarangan sebuah mahkamah di Athens semalam.
Satu mogok awam turut melumpuhkan Greece sekali gus mencetuskan tekanan terhadap kerajaan yang menghadapi rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.
Dua anggota polis yang terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun sehingga mencetuskan rusuhan itu memberi keterangan di dalam mahkamah tersebut.
Sekumpulan remaja membaling bom petrol ke arah bangunan mahkamah manakala anggota-anggota polis melepaskan tembakan pemedih mata.
Sekuarng-kurangnya dua orang cedera dalam kejadian itu.
Anggota-anggota polis dan remaja turut bertempur di pusat bandar ketika tunjuk perasaan yang dihadiri lebih 100,000 orang diadakan bagi membantah dasar ekonomi kerajaan.
Sekolah-sekolah, jabatan perkhidmatan awam, hospital ditutup dan jadual penerbangan ditangguhkan ekoran mogok itu.
"Negara ini tidak ditadbir. Kerajaan tidak dapat meyakinkan orang ramai," kata seorang anggota kanan Parti Socialist, Evangelos Venizelos di Parlimen.
Sementara itu, satu laporan berhubung kematian pelajar itu yang sebelum ini didakwa maut akibat ditembak pihak berkuasa didapati berpunca daripada latunan peluru, kata seorang peguam polis semalam.
"Siasatan mendapati remaja malang itu mati akibat latunan peluru, ia adalah satu kemalangan," kata peguam itu Alexis Kougias.
Kematian pelajar itu, Alexandros Grigoropoulos, 15, itu mencetuskan keganasan sejak Sabtu lalu setelah rakyat Greece semakin marah dengan kerajaan berhubung cara kerajaan mengatasi masalah ekonomi, pengangguran, kemiskinan dan skandal membabitkan ahli politik.
- Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
teruk greece kali nih.... worang2 greek ni jgn main2.... depa bukan ajer philosopher macam aristotle or plato or socrates... tapi perusuh yg tarak takut mati.. weyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Friday December 12, 2008
More clashes in Athens on day 6 of Greek violence
By Dina Kyriakidou
ATHENS (Reuters) - Protesters hurled fire bombs at riot police, who answered with teargas, as 4,000 Greek students marched on Thursday in a sixth straight day of anti-government violence.
| Protesters confront police during clashes at central Athens December 11, 2008. (REUTERS/Oleg Popov)
|
Riots across Greece, triggered by the police shooting of a teenager but fuelled by deep popular anger over corruption and economic hardship, have shaken the conservative government.
"Down with the government of murderers," read demonstrators' banners. Marchers chanted "Cops, Pigs, Murderers" in the latest spasm of Greece's worst unrest since the aftermath of its 1967-1974 military rule.
Helicopters hovered overhead as the protesters set fire to piles of garbage in the middle of deserted Athens avenues.
The violence was less intense then in previous days, but more protests were planned for Friday and Monday and some Greeks asked how much longer the government could remain in power.
"The government has shown it cannot handle this. If police start imposing the law, everyone will say the military junta is back," said Yannis Kalaitzakis, 49, an electrician. "The government is stuck between a rock and a hard place."
Earlier in the day, gangs of Greek high school students hurled stones and fire bombs at police stations in Athens suburbs. Violence has hit at least 10 cities and caused damage worth hundreds of millions of euros.
Data released on Thursday showed that economic hardship is hitting more Greeks. Unemployment, especially high among young people and women, rose to 7.4 percent in September from 7.1 in August, reversing four years of decline, and economists said it would keep climbing as the global crisis reached Greece.
"Our priority is to help social groups that are most in need and protect jobs," Prime Minister Costas Karamanlis said in Brussels, where he is attending an EU summit.
SPREADS WIDEN
In bond markets, the spread between Greek debt and German benchmark bonds -- a measure of perceived risk -- reached its widest point this decade, nearly 2 percentage points, amid fears of further upheaval. "We ... do not expect investors to forget this situation quickly," said David Keeble, head of fixed income research at Calyon Bank.
Many Greeks were angry that the 37-year-old policeman charged with murdering Alexandros Grigoropoulos, 15, did not express remorse to investigators on Wednesday. He said he fired warning shots in self-defence which ricocheted.
" Pouring petrol on the flames," said Ethnos newspaper.
Epaminondas Korkoneas and his work partner, who is charged as an accomplice, were sent to jail pending trial by a prosecutor on Wednesday. Cases often take months to reach court.
Greeks also protested in Paris, Berlin, London, Rome, The Hague, Moscow, New York, Italy and Cyprus. Attacks on a police station and bank by Spanish youths in Madrid and Barcelona also fuelled concern about copy-cat protests.
While the Greek government, which has a one-seat majority in parliament, appeared to have weathered the immediate storm, its hands-off response to the rioting will damage its already low popularity ratings, pollsters said. The opposition socialist party, which leads in the polls, has called for an election.
"The most likely scenario now is that Karamanlis will call elections in two or three months' time," said Georges Prevelakis, professor of geopolitics at the Sorbonne in Paris.
On Wednesday, hundreds of thousands of Greeks joined the strike to protest against privatisations, tax rises and pension reform. Many people, especially the fifth of Greeks who live below the poverty line, feel badly hit as the global downturn affects the 240 billion euro ($315 billion) economy.
The Greek Commerce Confederation said the riot damage to businesses in Athens alone was about 200 million euros, with 565 shops wrecked.
Karamanlis, who swept to power during the euphoria of the 2004 Athens Olympics, announced subsidies and tax relief measures for those affected, but shopkeepers were indignant.
"I don't care if and when they are going to give me money, l care about getting the shop running again," said clothing shop owner, Michael Bernelos. "I don't want mercy or handouts."
In four years of conservative rule, a series of scandals, devastating forest fires and unsuccessful economic measures have erased the optimistic mood of 2004. |
|
|
|
|
|
|
|
Peaceful rallies honour Greek boy killed by policeBy Renee Maltezou and Silvia AloisiATHENS (Reuters) - Wearing white T-shirts and holding flowers, small groups of Greeks gathered in central Athens on Saturday to honour a teenager whose killing by police a week ago triggered Greece's worst rioting in decades.
| Demonstrators take part in a peaceful protest outside Greece's parliament in Athens December 12, 2008. (REUTERS/Yiorgos Karahalis)
| Former school mates of 15-year old Alexandros Grigoropoulos and ordinary families converged in the main square outside parliament after seven days of violence in the city of around four million people.
"We decided to come here to pay our respects to Alexandros," said 37-year old TV tecnhician Chryssoula Kapsali, standing in Syntagma square with around 200 people. Clad in a long-sleeved white T-shirt, she was accompanied by her husband and 8-year old son, who was carrying a red rose.
Police said similar peaceful rallies were being held elsewhere in Athens and at least two other cities.
The boy's fatal shooting on Dec. 6 unleashed a wave of riots by students and anarchist protesters, tapping into anger over political scandals and a slowing economy made worse by a fast-spreading global recession.
Thousands of rioters went on a rampage in the capital and other cities, smashing and burning shops, banks and cars, pelting police with missiles and piling pressure on the fragile conservative government. More protests are planned next week.
The unrest has caused 200 million euros ($265.3 million) of damage in Athens alone. Police have detained 432 people.
CALM RETURNS TO ATHENS
On Saturday, the city centre was calm, with shops open as usual. Shopkeepers could be seen fixing broken windows. Townhall workers repaired Christmas decorations damaged by protesters.
The people gathering outside parliament voiced anger at the police, whom they accused of unnecessary heavy-handedness. But some said they were tired of violent protests.
The policeman charged with killing the teenager has been jailed along with a colleague pending trial. He says he fired warning shots in self-defence after being attacked by a group of youngsters and that one bullet ricocheted.
"We're here to show our grief and sorrow because no one understands us. They are killing children for no reason," said Irini, 16, a pupil in the school Grigoropoulos attended.
A 20-year old university student at the same rally, Elias Alkides, said he did not condemn the rioters but wanted to show a different kind of protest was possible.
"We are wearing white to show that we are different from the violent ones," he said, holding a bunch of daisies.
Prime Minister Costas Karamanlis, attending a EU summit in Brussels, has pledged to guarantee the safety of his people, rebuffing opposition calls to resign and hold early elecitons.
A poll conducted before the violence and published on Saturday in Ethnos newspaper said his New Democracy government, which has a one-seat majority in parliament, was losing support to the Socialist opposition as well as other parties.
"Right now, the country is dealing with a serious, big international financial crisis ... It needs responsible policies and a steady hand on the wheel," Karamanlis said on Friday.
"This is my concern, this is the concern and the priority of the government and not scenarios about elections," he said.
yikesssssss tergeliat lidah aku nak menyebut nama greek nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Remaja mahu terus berpesta protes
ATHENS - Remaja Greece berikrar untuk terus melancarkan protes jalanan sehingga semua tuntutan mereka ditunaikan kerajaan.
Bandar Olimpik itu sudah seminggu bergolak berikutan bantahan remaja yang menolak tindakan ganas polis keana didakwa menembak seorang remaja 15 tahun, Alexandros Grigoropoulos.
Kini setiap hari Athens dan beberapa buah bandar lain berpesta protes sehingga menyebabkan 70 kecederaan manakala 200 lagi ditahan.
"Kami mahu anggota polis yang terbabit di dalam kejadian itu dihukum," kata seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Veatriki.
Selain marahkan polis, remaja Greece merungut mengenai keadaan sekolah yang disifatkan teruk.
Lebih 1,000 belia berarak secara aman di bandar kedua terbesar Thessaloniki manakala 300 pelajar duduk di lokasi Grigoropoulos rebah.
Sementara itu, Perdana Menteri Greece, Costas Karamanlis didesak meletak jawatan kerana dianggap gagal menangi rusuhan. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Violence erupts in Athens week after killing
By Renee Maltezou and Silvia Aloisi
ATHENS (Reuters) - Small bands of Greek rioters hurling firebombs attacked an environment ministry building, shops and banks in Athens on Saturday during an eighth day of protests following the killing of a teenager by police.
The latest, sporadic violence by a few hundred people followed a candlelit evening vigil marking a week since 15-year-old Alexandros Grigoropoulos was shot dead, sparking Greece's worst rioting in decades.
Police sources said groups of dozens of protesters armed with firebombs battled police in parts of the capital, including the leftist Exarchia neighbourhood where the teenager was killed by a police bullet on December 6.
"They threw stones at police in Exarchia, launched fire bombs against an environment ministry building and smashed four shops and two banks in central Athens," a police official, who asked not to be named, told Reuters.
Throughout most of the day, Athens had appeared calmer than in the past week. Even the night-time violence was confined to pockets of the city of around four million and was on a far smaller scale than the rampage that destroyed hundreds of shops earlier in the week.
Families and students clad in white and holding flowers staged peaceful rallies from around noon (1000 GMT) to pay tribute to the slain teenager. Several people said they were tired of violent protests, blamed on an anarchist fringe tapping into resentment over political scandals and the impact of the global slowdown.
But as night fell, hooded youngsters wearing gas masks could be seen roaming around Exarchia, setting garbage bins on fire, throwing rocks and smashing shop windows.
Riot police manning street corners responded by firing tear gas. Some restaurants closed down early for fear of attacks, although outside the neighbourhood the city was quiet.
"LAST STRAW" Banners in the main square outside parliament, where hundreds of people converged during the day, read "The state kills" and "Down with the government of murderers" but the atmosphere was calm.
"The murder of Alexis was the last straw. Being a young man in Greece today is a crime ... They are stealing our dreams," said one leaflet distributed in the square on Saturday.
The week-long unrest, which spread to 10 cities in Greece and sparked sympathy protests in other European countries, has caused an estimated 200 million euros ($265.3 million) of damage in Athens alone.
More than 400 people have been detained. The people who gathered outside parliament voiced anger at the police, whom they accuse of heavy-handedness. "We're here to show our grief and sorrow because no one understands us.
They are killing children for no reason," said Irini, 16, a pupil at the school Grigoropoulos attended. The policeman charged with killing the teenager has been jailed pending trial, along with a colleague.
He says he fired warning shots after being attacked by youths in a leftist Athens neighbourhood and that one bullet ricocheted. Prime Minister Costas Karamanlis has vowed to guarantee safety, rebuffing calls to resign and hold early elections.
"Right now, the country is dealing with a serious, big international financial crisis ... It needs responsible policies and a steady hand on the wheel," Karamanlis said on Friday. |
|
|
|
|
|
|
|
Keganasan di Athens masuk minggu ketiga
ATHENS - Keganasan di bandar Athens di Greece masuk minggu ketiga semalam apabila kumpulan remaja terus merusuh bagi membantah pembunuhan seorang remaja oleh seorang anggota polis.
Pertempuran ganas antara kumpulan remaja dan pihak polis berlanjutan sehingga lewat malam selepas beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di daerah Exarchia kelmarin.
Keganasan tercetus selepas sekumpulan penunjuk perasaan itu berhimpun di lokasi seorang remaja, Alexis Grigoropoulos, 15, mati ditembak oleh seorang anggota polis pada 6 Disember lalu.
Di Athens pula, para penunjuk perasaan yang mengusai Universiti Politeknik Athens melempar bom api dan batu ke arah polis tetapi ia dibalas dengan melepas gas pemedih mata.
Sebuah bangunan kerajaan, kereta peronda polis dan bank turut menjadi sasaran serangan perusuh. - AFP
*********************************************************************************************
dari segi sejarah pun.. memang greek ni bangsa yang tak mudah mengaku kalah -
dan tak takut apa pun.. - dah masuk 3 minggu masih berusuhan lagi - |
|
|
|
|
|
|
|
Bom meletup di Citibank Athens
POLIS antipengganas menyiasat di luar bangunan Citibank di Athens, semalam.
Polis percaya letupan dari kawasan berhampiran menggunakan kabel elektrik
ATHENS: Sebutir bom meletup di luar sebuah cawangan Citibank di sini awal pagi semalam menyebabkan kerosakan namun tiada kecederaan.
Satu kenyataan polis berkata bom itu meletup pada jam 3 pagi waktu tempatan (0100 GMT) semalam di daerah Nea Ionia di ibu kota Greece. Bahan letupan ditanam di belakang bangunan bank dua tingkat yang mengalami kerosakan sederhana.
Tiada siapa mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan polis menyatakan mereka tidak menerima panggilan amaran.
Polis berkata bom itu dipercayai diletupkan dari kawasan berhampiran dengan menggunakan kabel elektrik.
Jurucakap polis yang enggan dikenali berkata penyerang menggunakan bahan letupan diubah suai bersaiz sederhana,' dan kerosakan ke atas bangunan terbabit tidak teruk.
Sasaran serangan menuding kepada kumpulan militan haluan kiri Greek yang semakin agresif selepas polis menembak mati seorang budak lelaki 15 tahun Disember lalu, insiden yang mencetuskan huru hara terburuk negara itu sejak beberapa dekad lalu.
Tiada siapa terkorban setakat ini, tetapi pihak berkuasa sentiasa berjaga-jaga kerana taktik pengganas jelas menggambarkan keinginan untuk melakukan pembunuhan membabi buta.
Bulan lalu, polis memusnahkan sebuah bom kereta ditinggalkan di luar pejabat Citibank di sini, yang mengandungi bahan letupan cukup untuk meruntuhkan bangunan empat tingkat. Tiada siapa mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Kejadian pengeboman pada 18 Februari yang gagal itu menyusul dua serangan senjata api ke atas stesen televisyen swasta Greek dan sebuah balai polis yang tidak mendatangkan kecederaan.
Satu kumpulan berhaluan kiri baru digelar Sect of Revolutionaries mendakwa bertanggungjawab atas dua serangan itu.
Januari lalu, satu kumpulan berhaluan kiri digelar Revolutionary Struggle mendakwa bertanggungjawab atas kejadian tembakan 5 Januari lalu yang mencederakan seorang polis rusuhan berusia 21 tahun di tengah Athens.
Kumpulan itu terkenal kerana melepaskan pelancar roket ke arah Kedutaan Amerika Syarikat di Athens pada 2007. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Api masih marak di Greece
| SEORANG wanita melarikan diri tatkala api sudah menjulang ke pucuk pokok berdekatan kediamannya di Dionissos, utara Athens kelmarin. - AFP
|
ATHENS 24 Ogos - Ketiadaan tiupan angin kuat malam tadi melegakan pasukan bomba Greece selepas kebakaran hutan merebak selama dua hari di utara bandar ini, menyebabkan kemusnahan rumah dan hutan serta memaksa beribu- ribu penduduk berpindah ke kawasan lebih selamat.
Namun angin dijangka bertiup semula tengah hari ini dan memarakkan lagi api sehingga mencapai ketinggian 10 meter ketika melalui hutan pokok pain yang mudah terbakar.
Pegawai Briged Bomba memberi amaran, kebakaran mungkin mengancam kawasan tidak berpenghuni di kawasan utara Athens, pekan pesisiran pantai Nea Makri dan tapak gelanggang tempur bersejarah, Marathon yang berdekatan.
"Titik berbahaya semakin berkurangan tetapi kebakaran menjadi semakin marak," kata jurucakap bomba, Yiannis Kappakis.
Beberapa buah rumah rentung namun tiada laporan kematian atau kecederaan dalam insiden kebakaran yang digelar Briged Bomba sebagai 'kebakaran hutan mega'. Bagaimanapun kawasan luar bandar mengalami kemusnahan teruk dengan beribu-ribu hektar kawasan hutan hangus.
Di Nea Makri, selatan Marathon, pihak berkuasa tempatan menyatakan kebakaran sepanjang empat kilometer memusnahkan kawasan lereng bukit dan menghampiri beberapa buah rumah dan beberapa biarawati dibawa keluar dari sebuah gereja Kristian Ortodoks berdekatan.
Pegawai bandar berkata, sebanyak 17 pesawat digunakan untuk memadamkan api dan helikopter menyambung operasi menyelamat seawal pagi ini sementara kapal terbang dari Perancis, Itali dan Cyprus akan menyertai usaha tersebut.
Lebih 2,000 bomba, askar dan sukarelawan masih bergelut memadam kebakaran. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ini, pihak berkuasa menahan kira-kira 10 penunjuk perasaan manakala 14 peserta demonstrasi terpaksa dirawat kerana sukar bernafas akibat menghidu gas pemedih mata.
Cuma 10 orang ditahan....???Bayangkan kalau diMalaysia main bakar bakar ni,penuh berlori lori kena angkut masuk ISA.
Greece tak der ISA ..tu pasal diaorang tak takut...
SIMPATI DGN GREECE NI sbb kecoh dgn semua jenis API skrg.....semoga tak berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
|
isk3... |
|
|
|
|
|
|
| |
|