View: 1611|Reply: 1
|
Teraniaya Dalam Berdakwah
[Copy link]
|
|
Sudahdua belas tahun saya kekal dengan pekerjaan sekarang. Sebelumnya saya pernahbekerja di kilang basikal selama lebih kurang tiga jam, bekerja sebagai buruhkasar membina bangunan selama dua bulan lebih, sambung belajar, menjadi buruh kasarsemula lebih kurang dua bulan, di kilang membuat patung tokong selama satuhari, di kilang membungkus makanan tentera lebih kurang dua bulan dan di kilangkain selama setahun lebih. Kemudiannya saya sambung belajar lalu mendapatpekerjaan sekarang.
Tahunpertama dengan pekerjaan sekarang, saya sekadar melaluinya untuk mencaripengalaman. Masuk tahun kedua, saya mula rajin menampal bahan-bahan dakwahtermasuklah bahan-bahan daripada jemaah yang saya anggotai. Di mana ada tempatkosong berhampiran laluan orang ramai, biasanya adalah apa-apa bahan dakwahyang saya tampal. Orang pun sedia maklum, jika ada apa-apa tempelan baru yangberhubung-kait dengan agama, tidak lain kerja si Alex. Semakin lama semakinbanyak. Di surau, kantin, pintu-pintu, tiang-tiang, dinding-dinding... tidakada sebarang gangguan. Semuanya berjalan lencar selama lebih kurang 9 tahun. Namunkini, sudah lebih kuran dua tahun saya tidak menampal apa-apa. Dakwah sampinganitu dimusnahkan oleh seorang wanita, rakan sejawat.
Suatuhari, saya ke satu tempat yang biasa saya menampal. Dari jauh kelihatan ada duatiga artikel dakwah terdahulu. Di bahagian bawahnya masih kosong. Saya punmelekatkan bahan dakwah terbaru di situ. Nak tahu apa jadi?
Kononnyadi tempat saya menampal bahan terbaru itu ada satu helaian pengumuman yangdilekatkan oleh wanita teman saya ini. Saya difitnah mengoyak pengumuman yangdilekatkannya lalu menggantikannya dengan bahan dakwah saya. Padahal saya tidakpernah melihat pun tempelan yang dimaksudkan, entah benar ada entah tidak.Agaknya ada orang melihat saya melekatkan risalah dakwah di situ. Apabila temansaya ini buat bising, orang yang melihat itu pun agaknya berkata, 揂da nampakEncik Alex menampal sesuatu tadi, jangan-jangan dia yang koyak kertas puan tak?擺/size]
Dengan pantasnya nama saya sampai kepadamajikan. Kenalah masuk mengadap. Biasalah, mulut teman saya ini memang begitu. Menurutrakan-rakan sejawat yang lain, jika dia ini tidak puas hati dengan sesiapa,dengan pantasnya dia akan mengadu kepada pihak atasan dengan wajah seakan-akantertekan dan dianiaya.
Dalamdirinya sentiasa ada perasaan syak terhadap orang lain. Dirasakan orang lainhendak menjatuhkan dirinya, padahal dia takut dengan bayang-bayang sendiri.Barulah saya tahu serba-sedikit perangainya. Terima kasih kepada kawan-kawanatas maklumat-maklumat yang diberikan.
Sesekalifitnah melanda, walaupun tidak sebesar mana, terasa benar maruah diri kitamenjunam. Tidak ada untungnya saya mengoyak apa-apa kertas tempelannya, bahkansaya masih ingat beberapa kali kertas-kertas tempelannya yang jatuh ditiupangin saya kutip dan gamkan. Tapi saya yakin, dia tidak pernah pun berbuatbegitu kepada bahan-bahan dakwah yang saya lekatkan.
Patutlahsecara tiba-tiba saja kelakuannya apabila berhadapan dengan saya jadi lainmacam. Biasanya jika terserempak, saya ukir sedikit senyum dan kadang-kalamenundukkan kepala sekali. Jarang sangat saya menyapa orang perempuan. Dan diapun biasanya mengukir sedikit senyuman.
Tapi beberapa kali kemudiannya apabilabertembung secara tidak sengaja, dia buat-buat cari barang dalam beg tangan,ataupun cepat-cepat melihat telefon bimbit, ataupun buat tergesa-gesaseolah-olah sedang menguruskan sesuatu yang sangat penting ataupun jikalaumasih jauh, dia akan berubah ke lorong lain. Saya
mula syak sesuatu. Selepas dipanggilmengadap, barulah saya faham mengapa dia berkelakuan pelik begitu.
Dalamkalangan pekerja-pekerja lelaki nama wanita ini memang menjadi sebutan. Olehkerana saya seorang yang berat mulut, saya lebih banyak menjadi pendengar sajadi mana-mana pun. Biasa terdengar beberapa orang ustaz mempertikai cara diaberpakaian. Pakaiannya hebat-hebat dan berwarna yang menarik perhatian lelaki.Bibirnya juga ditabarrujkan, kata mereka. Saya senyum sajalah. Ada benarnyajuga makluman mereka itu.
Dikantin pula pernah juga mendengar cerita beberapa orang rakan sejawat lelakiyang lebih tua tentang suami wanita ini yang kena 憅ueen control |
|
|
|
|
|
|
|
Segalatempelan dan usaha dakwah sampingan yang pernah saya lakukan dulu adalahsebagai tambahan kepada kerja sebenar. Memanglah dalam melaksanakan kerjasebenar itu kita berdakwah juga, tetapi itu kerja bergaji. Kerja bergaji semuaorang buat, yang orang tidak mahu buat adalah kerja yang tidak bergaji. Olehkerana kita dibayar gaji untuk melakukan kerja itu, kita pun buatlah. Kalau takada gaji? Kalau tak ada orang atas menilai? Kalau tak ada masuk dalampemarkahan?
Setinggimanakah keikhlasan kita dalam memberi khidmat?
Kitabekerja sebagai pekerja di pejabat pos contohnya, memanglah kerja itu pun sudahada dakwahnya. Tapi kerja itu kerja bergaji. Alanglah baiknya jika selain daripadamenjadi pekerja pejabat pos, dia juga melakukan kerja-kerja
dakwah tidak bergaji dengan menulis bahantentang agama dan menghantarnya ke majalah-majalah. Ataupun melatih orang-oranglain menjadi pendakwah juga. Melakukan kerja-kerja dakwah tidak bergaji dapatmembuktikan lagi ketulusan kita berkhidmat kerana Allah.
Sekiranyakita tidak mahu buat kerja-kerja dakwah tambahan, janganlah menghalang oranglain yang mahu buat. Apa yang kamu lakukan, adalah untuk periuk nasi,kemasyhuran dan keselesaan kamu. Untuk dipandang orang terutamanya pihakatasan. Untuk menambah markah dan nilai diri di mata mereka. Tapi apa yang sayabuat (yang telah kamu halang itu), adalah untuk memberi serba-sedikit pemahamanagama kepada orang lain dan melatih anasir-anasir yang mampu sebagai pendakwahpula. Saya tidak akan naik pangkat ataupun naik gaji kerana dakwah sampinganitu, tak masuk pun dalam pemarkahan penilaian prestasi tahunan, keluar duitlagi adalah. Jadi, untuk apa dicemburukan?
Hairan,pekerja bukan Islam juga ramai di tempat ini, tetapi belum pernah sayabermasalah dengan salah seorang daripada mereka sepanjang 12 tahun berkhidmat. Sebaliknyayang mengaku beragama Islam pula yang mendatangkan masalah. Patutlah bangsaMelayu Muslim ketinggalan dan ada kalanya terhina. Pastinya d tempat-tempatlain pun ada yang berperangai begini.
Jauhbezanya antara orang yang bekerja untuk periuk nasi, dengan orang yang bekerjauntuk periuk nasi DAN untuk dakwah tidak bergaji yang tidak termasuk dalampenilaian majikan.
Jikasaya mahu lebihan gaji, pangkat dan nilai diri, lebih baik saya sambung belajarataupun masuk ke bilik boss (ataupun berhadapan dengan boss di mana-mana)setiap minggu sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang. Tapi bukan itu yangsaya cari. Seingat saya, purata mungkin setahun dua tiga kali saja masuk bilikboss. Masuk pun kerana dipanggil. Berjumpa boss secara sukarela pun jika sayaada hal penting yang memerlukan cuti.
Bolehjadi dia menyangkakan apa yang saya usahakan ini adalah untuk mendapat lebihannilai pada pandangan pihak atasan sebagaimana yang diusahakannya, lalu diaterasa tercabar. Bertanya dulu kepada kita tidak pernah. Apa yang sampai ketelinganya itulah yang diadukan. Mendengar sebelah pihak lalu buat keputusan,ini bukan cara Islam. Sepatutnya bincanglah dulu, tanyalah dulu benar ataupuntidak. Kemudian barulah buat pertimbangan untuk tindakan seterusnya.
Begitulahkehidupan ini. Sebenarnya, dia tidak faham apa sebenarnya yang saya dan rakan-rakanusahakan. Jika suatu hari nanti dia faham, dia pasti akan termalu sendiri dantidak mustahil akan menyatakan sokongan pula. Lain kali, datang tanya dulu,baru ambil tindakan seterusnya.
Semogasaya, dia dan kita semua mendapat petunjuk Allah dan membuang sifat-sifat mazmumahdalam diri.
MAC 2008
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=400&mode=&order=0&thold=0
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
http://alexanderwathern.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|