View: 1690|Reply: 2
|
Apakah Tujuan Kehidupan atau pun Hidup Dan Mati?
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Semua forumners tentu tahu bahawa Beriman dan Amalan adalah dua perkara yang tidak boleh dipisah seperti mana kebanyakan manusia menyebut bahawa Irama dan Lagu tidak boleh dipisahkan. Setelah mengetahui dan melaksanakan tuntutannya,sesaorang itu tidak boleh mendabik dada atau berangan-angan untuk keSyurga Allah. Apa yang perlu ada padanya ialah perasan Takut dan Mengharap kepadaNya untuk mendapatkan Syurga Allah.
Bukahkah kamu semua tahu bahawa bukan Amalan itu yang membawa kepada Syurga Allah tetapi Redha Allah yang kita perlukan. Disinilah muslim itu terperangkap bagi yang melakukan Amalan dan banyak Amalan dan mendakwa bahawa Amalan yang banyak boleh membawanya keSyurga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud Allah menjadikan KEHIDUPAN ini untuk menguji siapakah diantara kita yang BAIK AMALnya. Allah jugak ada berfirman yang bermaksud bahawa Dia menjadikan MATI DAN HIDUP ini untuk menguji siapakah diantara kita yang BAIK AMALnya.
BAIKNYA AMALAN bukan bermakna BANYAKNYA AMALAN oleh itu semua kita perlu tahu bahawa BAIKNYA AMALAN mempunyai sangkutan dengan KUALITI DAN IKHLAS. KUALITI jugak bersangkutan dengan PENGORBANAN dalam menjalani KEHIDUPAN KETAATAN kepada Allah SWT.
Dengan itu TUJUAN KEHIDUPAN ATAU PUN MATI DAN HIDUP sebenarnya BERPAKSIKAN BAIKNYA/KUALITINYA AMALAN.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih...Alhamdulillah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 31-10-2008 11:17 AM
Salam semua,
Semua forumners tentu tahu bahawa Beriman dan Amalan adalah dua perkara yang tidak boleh dipisah seperti mana kebanyakan manusia menyebut bahawa Irama dan Lagu tidak boleh di ...
Salam. Artikel yg baik. Ini yg patut dibaca dan difahami. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|