CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2274|Reply: 7

Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.

[Copy link]
Post time 9-11-2008 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...

Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b. Abdullah..

Namasaya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristianialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satukawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorangpaderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kamimendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihakgereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagaiaturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalahdiluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantarkeperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan caraini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungansusulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kamimengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

SewaktuTingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran AgamaIslam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaranini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran AgamaIslam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan sayamenyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang sayakira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktutingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi sayarasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itubersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Sayakatakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas namaIslam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Sayakemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yangmenghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawandengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian sayadibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepatiaitu:-
1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.
Sayamengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawanbapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah sayadan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya jugatidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaikustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Sayamemerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatumalam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitammembawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi.Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yangberjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitamsemakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang sayameronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadiberada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkansaya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan denganpihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkanoleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampaidi rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapasaya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluarsemula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkamdan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumahsehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Sayabersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulangke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkankepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulanAr-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduranlagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah!Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian sayabekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di NegeriSembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duitover time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwahbebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkanorang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkindengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya.Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefonayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya.Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayahdan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayahmenyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuaimenerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantarsurat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adikberadik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikanhalilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut AgamaIslam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjaditerlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...sayabayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kamimenangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu....Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai olehayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kinisaya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari iniberpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan SunnahRasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambilcontoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nakmenentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapatdilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog denganbeberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Diaboleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah.......Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahuApa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Sayakumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentangIslam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerakperlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam olehumat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, manapermit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialogdengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bilaUmat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyahKristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah inimendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...laludimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.


Saya sudah pergibanyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!!Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yangaktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau adasaudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat diVatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemputPerdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambilsebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akansedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!
Kulat: Anda nilaikanlahsendiri, keimanan yang dimiliki oleh seorang Mualaf, lebih teguhnyadari seorang Islam yang sejak ianya dilahirkan Islam dan mengaku Islam. Wallahualam.

layari : http://nazri-suaramualaf.blogspot.com

bantuan naskhah Al-quran ( wakaf ) diperlukan untuk diserahkan kepada golongan muallaf ini ! Sila hulurkan bantuan ! Segera ! SMS 0173297123
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 01:54 PM | Show all posts
betol.... perasaan menganut agama islam dari lahir dan perasaan menganut agama islam dengan rela hati sendiri mmg jauh beza... syukur pada Allah kerana membuka pintu hati saudara2 kita untuk memeluk agama islam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 02:11 PM | Show all posts
mcm pernah dengar je kisah nie..tapi kenapa nama die laen??
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 05:25 PM | Show all posts

malu dgn diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by tatin_pink at 9-11-2008 02:11 PM
mcm pernah dengar je kisah nie..tapi kenapa nama die laen??



entahla....
kadang2 derang nak bawak citer nak bagi kita sedar...
tapi derang ubah2 nama.... so jadi menipu....

bagi derang ni..
matlamat menghalalkan cara....
tipu2 tu macam takde dosa.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 06:31 PM | Show all posts

Balas #1 slaughters\ catat

Bagi aku, bila dapat hidayah tu memang best. Tapi yang aku rasa susah ialah untuk mengekalkan hidayah itu di dalam hati. Ada masa mesti akan terpesong sedikit. Pastu elok balik. Kira macam layang-layang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2008 08:03 PM | Show all posts

Reply #5 Hang's post

Masa sekolah dulu saya selalu dapat surat berantai, kalau tak postkan kepada 10 orang saya akan dilaknak, sekarang saya dapat email berantai pula lepas tu suruh foward kepada 10 orang pula. Katanya kalaulah saya nakkan keberkatan maka saya kena buat apa yang disuruh.

Saya tetap dapat leberkatan dari Tuhan walaupun saya tak pernah fowardkan apa2 pun email berantai yang saya terima samada kisahnya menyayat hati ataupun menakutkan hati.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:20 PM | Show all posts

Reply #6 eastrun's post

sebab tuh muslim wajib memohon hidayah ( petunjuk ) kpd ALLAH SWT hari2 ...

yaitu bacaan ayat alfatihah : IHDINAS SIROTHOL MUSTAQIIM ....

nabi SAW juga mengajarkan kita doa : ALLAHUMMA INNI AS'ALUKAL HUDA WAT TUQOO WAL A'FAFA WAL GHINAA ....  

apabila org2 beriman masuk syurga, maka doa yg org2 beriman baca ialah : ALHAMDULILLAHILLAZI HADAANA LI HAZAA WA MAA KUNNA LINAHTADIYA LAU LAAA AN HADAAAANALLOH  ( DLM SURAH AL FATHIR KALAU X SILAP SAYA ).....


kesimpulannya, HIDAYAT itu sangat penting ... MUSLIM MESTILAH SENTIASA MEMOHON HIDAYAT KPD ALLAH ...

KALAU REZEKI/DUIT KITA DITUNTUT UTK BERUSAHA ...

MAKA APATAH LAGI HIDAYAT ... LAGI LAH KENA USAHA ...

SEBAB SYARAT HIDAYAT ITU IALAH : MUJAHADAH ( SUSAH PAYAH ) ...

WAL LAZIIINA JAAAHADUUUU FIIINAA LANAHDIYANNAHUM SUBULANAAAA .... ( AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL ANKABUT )  ......



WALLAHU A'LAM ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062353 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list