View: 4188|Reply: 25
|
Pembahagian harta antara 2 orang isteri setelah suami meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Salam,
- Saya nak tanya...sekiranya si suami telah meninggal dunia,bagaimanakah pembahagian harta tu die berikan?
- Saya pernah mendengar harta pusaka anak lelaki akan diberikan lebih daripada anak2
- Bolekah harta pusaka di beri sama rata tidak kira anak lelaki atau perempuan
- Apakah itu faraid?Perlukah mengikut faraid?
[ Last edited by sunshine66 at 11-11-2008 05:40 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Begini ceritanya...ada pakcik da meninggal dunia,pakcik ni ade 2 orang isteri,
isteri pertama ada 4 orang anak.Yang paling kecik umur dia 4 tahun.3 orang laki sorang perempuan.
isteri kedua ada sorang je anak perempuan.
Soalan saya,bagaimanakan harta2 ini di bahagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents...
2 isteri = 1/8
3 org AL ( anak lelaki )
2 org AP ( anak pompuan )
*pembahagian AL & AP mengikut nisbah 2:1
asal masalah 8
berikut adalah sijil faraidnya
setiap isteri akan dapat 8/64 drpd harta suaminya setelah di tashih
manakala anak lelaki akan dapat akan dapat 14/64 setiap sorg
anak pompuan lak dapat 7/64 setiap sorg
"Apakah itu faraid?Perlukah mengikut faraid?"
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
hukum faraid adalah ijbari...
maksud nyer hukumnyer menghampiri wajib dan amat digalakkan bagi org islam bahagi harta melalui pembahagian faraid
"Saya pernah mendengar harta pusaka anak lelaki akan diberikan lebih daripada anak2"
dalilnya dari surah annisa ayat 11 : bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan;
"Bolekah harta pusaka di beri sama rata tidak kira anak lelaki atau perempuan"
jawapannya boleh setelah dikeluarkan sijil faraid maksudnyer setelah diketahui pembahagian masing2 menurut faraid maka ahli waris berhak memilih nak bahagi samarata ikut akal sendiri atau pembahagian faraid dgn syarat mesti mendapat persetujuan kesemua ahli waris
*kalau salah tolong betulkan
Allah Maha Tahu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan ini berdasarkan contoh dari pakcik yg meninggal dunia :
Saya nak tanya...sekiranya si suami telah meninggal dunia,bagaimanakah pembahagian harta tu die berikan?
Menurut perkiraan faraidh
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yg bersabda :
Bahagi-bahagilah harta benda antara ahli faraidh dgn menurut kitab Allah.
( Riwayat Muslim dan Abu Daud )
Saya pernah mendengar harta pusaka anak lelaki akan diberikan lebih daripada anak2 perempuan
Soal mengenai hukum faraidh ini adalah berkaitan hukum yg ditentukan oleh Allah SWT, samada suka atau tidak suka janganlah dipertikaikan ratio pembahagiannya, semuanya ini ada hikmah yg tidak nampak oleh kita yg lemah ini.
Bagi orang-oranglelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, danorang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yangditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukanoleh Allah)
( Surah An-Nisa' ayat 7 )
Bolekah harta pusaka di beri sama rata tidak kira anak lelaki atau perempuan
Pembahagian harta mula2nya wajib menurut perkiraan dan pengagihan faraidh. Walaubagaimana pun sekiranya semua pihak yg menjadi ahli waris bersetuju sebulat suara jika harta si-mati dibahagikan sama rata maka haruslah dibuat sebegitu. Tetapi perlu ingat dlm kes yg sdr sebutkan ini melibatkan waris yg masih kecil ( anak yatim ) dan belum sempurna akal maka sudah tentu persetujuan sebulat suara dari waris2 yg belum baligh ini tidak boleh diambil kira.
Danjanganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belumsempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu,(harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asaspembangunan kehidupan kamu dan berilah mereka belanja dan pakaian daripendapatan hartanya (yang kamu perniagakan), dan juga berkatalah kepadamereka dengan kata-kata yang baik.
( Surah An-Nisa' ayat 5 )
Sesungguhnyaorang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnyamereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pulaakan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.
( Surah An-Nisa' ayat 10 )
Apakah itu faraid? Perlukah mengikut faraid?
Faraidh membawa maksud bahagian atau qadar. Atau menurut istilah syaraknya : bahagian harta benda yg tertentu yg dipusakai oleh orang2 yg berhak ( waris ).
Beberapa ayat2 awal surah An-Nisa' adalah mengenai hukum2 faraidh dan cara pembahagian harta. Allah SWT memberi kesimpulan tentang hukum2 yg ditetapkanNya ini pada ayat 13 dan 14 :
Segalahukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yangtaat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalamSyurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.
( Surah An-Nisa' ayat 13 )
Dansesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampauibatas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka,kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.
( Surah An-Nisa' ayat 14 )
Ada pakcik da meninggal dunia,pakcik ni ade 2 orang isteri,
isteri pertama ada 4 orang anak.Yang paling kecik umur dia 4 tahun.3 orang laki sorang perempuan.
isteri kedua ada sorang je anak perempuan.
Soalan saya,bagaimanakan harta2 ini di bahagi kan?
* Anak2 lelaki dianggap sebagai Asobah bi nafsihi : Tiap2 seorang mendapat 14 bahagian
* Anak2 perempuan dianggap sebagai Asobah bil ghair : Tiap2 seorang mendapat 7 bahagian ( setengah dari bahagian laki2 )
* Kedua2 isteri si mati mendapat 4 bahagian ( iaitu satu perlapan tiap2 seorang )
Contoh nak mudah fahamnya mcm nih...katakan harta pakcik tu berjumlah RM300,000 kesemuanya maka :
* Tiap2 anak laki2 ( 3 orang semuanya ) akan menerima ........... RM 65,625
* Tiap2 perempuan ( 2 orang semuanya ) akan menerima .......... RM 32,812.50
* Tiap2 isteri akan ( 2 orang semuanya ) menerima .............. RM 18,780
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 noriabdullah's post
WAH TERANG JELAS DAN NYATA..TERIMA KASH YEEE..
TAPI BAGAIMANA PULA KALAU SI MATI TU MASIH ADE IBU KANDUNG.wAJIB KAH HARTA TERSEBUT DIPEROLEH? |
|
|
|
|
|
|
|
TAPI BAGAIMANA PULA KALAU SI MATI TU MASIH ADE IBU KANDUNG.wAJIB KAH HARTA TERSEBUT DIPEROLEH?
Kalaulah kata ibu kandung si-mati masih hidup maka ratio pembahagian akan menyebabkan waris2 sebelum ini menerima bahagian masing2 yg lebih kecil. Contohnya mcm nih :
* Anak2 lelaki dianggap sebagai Asobah bi nafsihi : Tiap2 seorang mendapat 34 bahagian
* Anak2 perempuan dianggap sebagai Asobah bil ghair : Tiap2 seorang mendapat 17 bahagian ( setengah dari bahagian laki2 )
* Kedua2 isteri si mati mendapat 12 bahagian ( iaitu satu perlapan tiap2 seorang )
* Ibu kandung akan menerima 32 bahagian ( iaitu satu perenam daripada jumlah keseluruhan )
Contoh nak mudah fahamnya mcm nih...katakan harta pakcik tu berjumlah RM300,000 kesemuanya maka :
* Tiap2 anak laki2 ( 3 orang semuanya ) akan menerima ........... RM 53,125
* Tiap2 perempuan ( 2 orang semuanya ) akan menerima .......... RM 26,562.50
* Tiap2 isteri akan ( 2 orang semuanya ) menerima .............. RM 18,780
* Ibu kandung akan menerima ...............RM 50,000
[ Last edited by noriabdullah at 12-11-2008 03:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalo x bagi x ibu kandung bole ke?
sebab wife pertama ngan anak2 da banyak sangat menderita,dan agak susah.Kadang makan x cukup.camne pulak tu?
[ Last edited by sunshine66 at 12-11-2008 09:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kalo harta dibahagi sama rata x boleh ke?
300 000 dibahagi 9..so sume org dapat sama rata.camne tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo harta dibahagi sama rata x boleh ke?
300 000 dibahagi 9..so sume org dapat sama rata.camne tu?
Rujuk semula jawapan sdr di atas dah pun diterangkan. Harta yg melibatkan anak2 kecil yg belum baligh janganlah kita orang dewasa pandai2 nak putuskan hak bahagian mereka utk diagihkan sama rata. Apabila mati jer satu orang Islam maka secara otomatik hartanya akan jatuh pada waris2 yg berhak. Waris2 yg berhak ini termasuklah anak si-mati yg kini bergelar anak yatim. Tergamak ker kita nak makan harta anak yatim sedangkan dlm surah An-Nisa' ini Allah SWT telah memberi amaran kepada sesiapa yg berbuat demikian.
Dan janganlahkamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belumsempurna akalnyaakan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu,(harta) yang Allah telahmenjadikannya untuk kamu semua sebagai asaspembangunan kehidupan kamudan berilah mereka belanja dan pakaian daripendapatan hartanya (yangkamu perniagakan), dan juga berkatalah kepadamereka dengan kata-katayang baik.
( Surah An-Nisa' ayat 5 )
Sesungguhnyaorang-orangyang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnyamereka ituhanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pulaakan masuk kedalam api Neraka yang menyala-nyala.
( Surah An-Nisa' ayat 10 )
Pembahagian utk tidak menurut faraidh boleh dibuat jika semua pihak yg menjadi ahli2 waris itu bersetuju dan redha penagihan dibuat sama rata. Tetapi utk anak2 yg belum baligh tidak boleh kita sebagai orang dewasa membuat keputusan utk mereka. Bahkan jikalalah contohnya anak si-mati yg menjadi waris itu mempunyai 7 orang anak yg mana kesemuanya sudah melepasi umur baligh dan kesemua mereka ini bersetuju pembahagian dibuat sama rata KECUALI ada seorang anaknya yg tidak bersetuju dan mahukan pengagihan secara faraidh maka otomatik pulak rancangan pembahagian sama rata itu tidak boleh dijalankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 sunshine66\ catat
boleh bahagi sama rata dengan syarat semua waris bersetuju. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo x bagi mak kandung si mati bole x? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunshine66 at 13-11-2008 04:12 PM
kalo x bagi mak kandung si mati bole x?
saya rase lebih lagi saudari rujuk ikut link yang saya bagi,..
Sila klik disini |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 sunshine66\ catat
apasal tak nak bagi? kalau dia sendiri tak nak dan waris semua setuju, kira okay ler. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..kalu si mati ade kakak-kakak,abang2 lelaki ,kena bagi jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni ibu si mati refuse to give her IC...so how now???
We want to give her money pon die xmo... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 sunshine66\ catat
pi jumpa pegawai pembahagian harta tu. pastu terangkan masaalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunshine66 at 16-11-2008 08:00 AM
Baru2 ni ibu si mati refuse to give her IC...so how now???
We want to give her money pon die xmo...
Tentu ada salah faham so berikanlah penjelasan yang sebenarnya pada dia. Ada miscommunication kot? |
|
|
|
|
|
|
|
my 2 cents...
sunshine cube list down waris yg ditinggalkan simati...
adik bradik die bape banyak, 2 bini, mak and anak...
then kite kire bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 sunshine66\ catat
ibu kandung termasuk dalam waris ashab al-furud, bahagian dia dalam pewarisan harta pusaka
jelas dan wajib. so kenapa tak nak bagi pula, ikut la apa yg telah syarak tetapkan. melainkan
berlaku takharuj di mana si ibu menarik diri dari mengambil bahagiannya dengan kerelaannya sendiri dan
berlaku dengan beberapa syarat, maka bahagian hartanya tadi boleh diambil oleh waris-waris yang lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|