CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14548|Reply: 16

Jangan Keluar & Berada Di luar Waktu SENJA

[Copy link]
Post time 15-11-2008 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Hadis:
Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

Huraian :
1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 03:28 PM | Show all posts
tq
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 03:35 PM | Show all posts
setuju......

bahaya time senja2 ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 06:34 PM | Show all posts
bukan tu je........ tak pasal
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:05 PM | Show all posts
pintu depan rumah pun segera tutup rapat bila menjelang senja
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 09:23 PM | Show all posts
elak ler bergaduh ke hapa waktu neh... darah laju jek mnyirap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2009 10:29 AM | Show all posts

Reply #1 MUZRI's post

Elak ler tido waktu ni sebab waktu ni, manusia berada dalam fasa peralihan..dan sangat lemah pada period ini dan kerana itulah, mudah benar benda2 yang x sepatutnya masuk ke dalam badan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 08:04 AM | Show all posts
mana time ni syaitan tengah berkeliaran .. tu yang langgar batu bole jatuh berdarahla --> ini contoh .....

lagi satu jangan dok dalam bilik air time orang azan ...sebab syaitan tengah berkumpul dirumah nya (tandas la tu) --> ini aku dengar orang cakap -- allahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2009 11:14 AM | Show all posts
NABI BERKATA:
BERLINDUNGLAH KAMU DARI SYAITAN JIN DAN MANUSIA
maka ada dari para sahabat yg bertanya: ADAKAH YG DEMIKIAN YA RASULLULLAH
lalu jawab nabi:
ADA BAHKAN LEBIH JAHAT DARI SYAITAN ITU SENDIRI

syaitan gak kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 01:17 PM | Show all posts
Hadis:
Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai h ...
MUZRI Post at 15-11-2008 14:45


ketika matahari terbenam = time nak dekat2 maghrib
hilangnya cahaya senja tu = ni time biler? bile dh masuk maghrib ke? @ lepas beberapa lama dah masuk maghrib?

bila nk dekat2 masuk maghrib mmg aku akan tutup pintu, tp x lamer lps tu dlm kul 8 lebih camtu, aku bukak balik, ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 08:50 PM | Show all posts
aku tak galak kan anak aku keluar senja begini. orang cakap time begini orang halus kerja 'bekerja' takut terkena teguran
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 09:03 AM | Show all posts
mcm mana kalau dah keluar rumah mcm kat mall ker?? tunggu smpai maghrib abes baru balik lah ekkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 12:09 PM | Show all posts
a'a seelok nya macam tu lah.. tunggu magbrib abis baru balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 10:17 AM | Show all posts
waktu maghrib tu syaitan keluar..? sebelum tu syaitan duk mana...? maaf soalan pelik2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-8-2009 18:32
Hadis:
Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)
MUZRI Post at 15-11-2008 14:45


Kalau makna "syaitan" di refer pada gangguan jin yang jahat , then ada ke ternakan yang di ganggu jin ?  Tak pernah pulak la dengar ternakan kena rasuk . So tak logik la kan .
Yang dimaksudkan "syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja" adalah elemen-elemen yang melalaikan manusia dari mengerjakan sembahyang wujud di sepanjang waktu maghrib tu ...


takkan kita tak pernah rasa kot kan dugaan ni , tetiba aje waktu maghrib tu lah terfikir nak buat macam - macam ....
waktu maghrib tu lah jugak siaran kat tv tengah best aje , jadi mulalah leka melayan tv, berforum di niternet etc., sedangkan waktu maghrib suntuk sebenarnya .


Actually melalui hadis tu Rasulullah menegur perangai manusia yang suka nak buat apa pun ketika waktu maghrib, kalau tengok kat padang pasir, nak kumpulkan kambing bebiri masuk kandang pun akan di buat ketika maghrib ....
kalau tengok kat kawasan bandar pulak , waktu maghrib tu lah nak buat itulah inilah , leka melayan kerenah dan keperluan anak-anak , nak suruh mereka mandi, nak siap kan makan malam untuk mereka etc....


Dah menjadi lumrah cukup banyak manusia yang akan terlepas sembahyang maghrib kerana leka dok pulun buat itu ini .
Jadi Rasulullah suruh lah kita menyelesaikan urusan melayan keperluan ternakan atau anak-anak sebelum waktu maghrib , agar masa kita ketika memula masuk maghrib hingga ke habisnya akan lapang untuk kita guna buat beribadah .
Taklah sembahyang pun kalut macam patuk ayam aje lagaknya, main buat aje, sebab di minda dok fikir nak sudahkan itu ini .


So eloklah keluar ke masjid aje di waktu maghrib kan , bukan ke mall atau ke kedai , bukan kerana takut terserempak jin ke apa tapi kerana menjaga waktu sembahyang .
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:27 PM | Show all posts
saya nak tnya,,,
bile kita bicara tentang waktu, ia terbatas dkt sbhagian tempat di muka bumi,
tapi mcm dkt kutub utara/selatan masa summer/winter,, xd magrib, mcm mane tu?
tempat tu xd syaitan ke?

kalau dkt angkasa lepas,, magrib xd,subuh xd,asar xd,, macam mane tu?

ckp pasal masa & ruang, bile mlm lailatulqadar,, mcm mane ye?
dari pemahaman saya, malaikat akan turun ke bumi waktu mlm tu,,
tapi bile malam dkt msia, tghari dkt US,,
bile mekah tgh malam, malysia dah nak subuh.

ke malaikat turun ke bumi dari timur,,die begerak ke barat,,,
mcm tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 10:51 AM | Show all posts
saya nak tnya,,,
bile kita bicara tentang waktu, ia terbatas dkt sbhagian tempat di muka bumi,
tap ...
king_kenny Post at 1-12-2009 16:27



manusia makin bijak & akan tanya soklan penjelasan. harap ada ulama2 yg boleh mjwbnya tanpa nada mherdik & marah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061712 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list