CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11033|Reply: 2

[Tempatan] Berparang samun 2 wanita dalam kedai runcit di Klang, larikan rantai RM50,000

[Copy link]
Post time 11-2-2025 09:01 PM | Show all posts |Read mode
KLANG – Dua wanita berdepan detik cemas termasuk ditendang dan diacukan parang oleh suspek lelaki bertopeng di dalam sebuah kedai runcit di Bandar Parklands di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, suspek tersebut berjaya melarikan dua utas rantai leher dianggarkan RM50, 000.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati seorang suspek bersenjatakan parang meluru masuk dan menuju ke seorang pelanggan berusia 59 tahun.



Katanya, suspek kemudiannya menarik rantai wanita berkenaan dan mengugut akan memotongnya sekiranya enggan memberikan rantai leher itu.

“Suspek juga didapati menendang pelanggan wanita tersebut ketika melakukan aksi samun itu sebelum menghampiri pemilik kedai yang juga wanita berusia 28 tahun.

“Takut keadaan itu, pemilik kedai itu terus membaling rantai leher yang dipakainya kepada suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 warna kelabu dengan nombor pendaftaran palsu yang diparkir di luar kedai runcit.

Hoong Fong memaklumkan kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Usaha untuk mengenalpasti dan menangkap suspek terlibat sedang giat dilakukan pihaknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada video tak?
Takutnya

Akak baru plan nak kibas2 gelang emas kat sedara mara waktu raya nanti
Nampaknya kene pakai handsock semata, dah sampai rumah sedara baru bukak handsock untuk flaunt gelang??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah orang cakap klang macam columbia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036211 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list