CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2991|Reply: 23

tentang perkahwinan

[Copy link]
Post time 16-11-2008 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum...

saya ingin bertanya tentang perkahwinan, well, actually, mengenai poligami, yang telah diberi garis panduan oleh Islam.

apakah garis panduan tersebut? apa yang saya dengar, si suami hendaklah berlaku adil, mampu and stuff like that.

is this true?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 11:00 AM | Show all posts

Balas #1 gunblade712\ catat

poligami memang berkenaan keadilan..dan keadilan jugak la yg kebanyakan lelaki tak mampu nk bagi..so..kalau rase cam tak mampu nk adil...lupekan je la..
n dari segi kemampuan plak..kalau setakat mampu bagi nafkah batin je baik x payah..dua bini means dua kali ganda perbelajaan..kalau nk tanggung sorang pn sakit..tak payah la ngada2 nk kawin lebih..sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:01 AM | Show all posts
Syarat Poligami
1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
        2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
        2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam
        2.3. Adil Dalam Musafir
(menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.)


Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984, iaitu :

1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.

2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.

3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.

4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar抜e kepada isteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 11:09 AM | Show all posts

Balas #3 ibnur\ catat

terima kasih ibnur..

bagaimana pulak syarat yg telah digariskan oleh Islam?

jika seorang suami terpaksa mengurangkan perbelanjaan isteri kerana ingin berpoligami, adakah ini dibenarkan oleh Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #4 gunblade712's post

Hmm.. mengurangkan perbelanjaan menjadi lebih kurang dari keperluan isteri atau ianya masih mencukupi keperluan isteri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 11:31 AM | Show all posts

Balas #5 antiQue\ catat

let's take the positive side.. mengurangkan tetapi isteri masih mencukupi akan keperluan dia..

wait2... apa definisi 'keperluan' kat sini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 11:35 AM | Show all posts
Needs.. not wants..

Nafkah yg mencukupi untuk makan pakai, tempat perlindungan.. enough for her to live comfortably.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:11 PM | Show all posts

Balas #1 gunblade712\ catat

apakata klu kita gi tgk program halaqah kat website TV9...Tajuk : ISTERI SUAMI.. Kupasannya sgt mnarik. Yg mnarik phatian saya ialah
1. ISLAM MBENARKAN POLIGAMI TAPI TIDAK MENGGALAKKANNYA......
2. POLIGAMI BUKANLAH PELUANG KEEMASAN ATAU BONUS BG LELAKI TP MRUPAKAN TANGJAWAB YG BERAT DIDUNIA DAN AKAN DISOAL DIAKHIRAT
3. RASULLULAH SEBELUM WAFATNYA SAIDATINA KHADIJAH HANYA LAH MGAMALKAN MONOGAMI SETELAH SEPULUH THN BARULAH MGAHWINI SAIDATINA AISYAH . KEBANYAKKAN ISTERI2 RASULLULAH SELAIN AISYAH ADALAH JANDA2 TANPA WARIS YG BERUMUR LEBIH DRPD 70 THN .
4. LELAKI YG GAGAL MTADBIR PKAHWINAN MONOGAMI TIDAK LAYAK MGAMALKAN POLIGAMI....
ini adalah antara yg saya dgr setelah mnonton halaqah di tv9
jika ada yg x betul sila betulkan.........:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 12:29 PM | Show all posts
"maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja"  (An-Nisaa 3)

Kalau sama-sama bekenan ok jalan... tapi kalau tak boleh "ADIL" tak payahlah satu cukup...  

"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awangan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"  (An-Nisaa 129)

Mustahil manusia boleh berlaku adil cara absolute, samarata..  mesti ada telebih sikit terkurang sikit...

ADIL jangan ZALIM...

[ Last edited by  kupia at 16-11-2008 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 12:46 PM | Show all posts

Balas #7 antiQue\ catat

i see..

jadi, asalkan ianya tidak mengurangkan keselesaan si isteri (daripada konteks material), maka ianya dibenarkan, begitu ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 12:59 PM | Show all posts

Balas #8 syazmin_husna\ catat

terima kasih, saya betul2 tertarik dengan statement ke 4 itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 01:00 PM | Show all posts

Balas #9 kupia\ catat

yes, betul... kedua-dua ayat adalah daripada surah yang sama..

tetapi, ada yg mempertikaikan, bahawa adalah menjadi tugas si isteri untuk menerima dan meredhai jika si suami ingin berpoligami, which is why kat Malaysia kurang poligami...

any comments?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 16-11-2008 01:00 PM
yes, betul... kedua-dua ayat adalah daripada surah yang sama..

tetapi, ada yg mempertikaikan, bahawa adalah menjadi tugas si isteri untuk menerima dan meredhai jika si suami ingin berpoligami, ...


Kat Malaysia ini kurang berpoligami sebab itu bukan budaya tradisi mereka. Nafsu selera orang Malaysia pun tak sama dengan Pak Arab yang boleh makan habis kambing panggang seekor jika dihidangkan hadapan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 06:34 PM | Show all posts
Adakan perbincangan dengan isteri dan bakal isteri, kalau kedua-duanya bersetuju, teruskan niat berpoligami tersebut, dengan syarat kedua-duanya telah diambil kata sepakat.

Yang kelihatan lantang bersuara dan tertekan apabila disebut poligami ialah perempuan, namun jangan lupa perempuan juga yang mengejar-ngejar atau dengan bahasa indahnya jatuh cinta dengan suami orang, jadi... Allah seawalnya memang menjadikan wanita sebenarnya berupaya bermadu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:52 AM | Show all posts
boleh x kita nk bertanya soklan sikit....

kita dok la bercakap.... tongg tangg....tongg tangg... begitu begini.... tp kita seakan terlupa plak tentang... BAGAIMANA ADIL ITU HENDAK DIUKUR/DISUKAT?

APA BENCHMARK DIA?

TQ

~ sbb aku rasa la.... adil nih subjektif.... x boleh nampak cemana rhopa adil tu....x boleh disukat... ditimbang2.... n etc.... kalau benda material.... mungkin boleh... tp bagaimana dgn layanan kasih syg.... didikan...keprihatinan yg sewaktu dgnnya?

well....mungkin kita beranggapan AKU SUDAH BERLAKU ADIL   (mengikut kriteria/penilaian sendiri yg tentu berpihak kepada diri sendiri..off coz) tp org yg menilai/org se****** nampak sgt ketidakadilannya... nampak sgt kesengetannya.... n bla bla bla...

sbb apa org luar nampak tidak betul? sbb pemahaman... ilmu/pengalaman... didikan.... keterbukaan/pendedahan n bla bla bla.... antara kita itu tidak sama.... (mungkin tuan umah dan isteri2nya pun pemahaman ADIL itu tidak sama)....

hmmm..... apa aku nk ckp nih?   poyo betul la....
apa aku nk sampaikan.... ADIL itu sesuatu yg subjektif.... tidak nampak... tidak boleh diukur....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 12:32 PM | Show all posts

Balas #15 afja\ catat

afja copy daripada FD?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 17-11-2008 12:32 PM
afja copy daripada FD?


tetap berkaitan jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:19 PM | Show all posts
tp kat malaysia ramai yg jd isteri ke 2 dorang nikah je tak sanding adil ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:09 AM | Show all posts
my 2 cents....

adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

suami perlu memberi nafkah utk isteri either zahir atau batin.
ada dikalangan ulama' berpendapat seks merupakan nafkah zahir kerana air mani itu nampak. dan pengkelasan batin ini lebih kepada perasaan, layanan, ilmu dsb.

jika dilihat tujuan utama manusia diciptakan adalah semata2 utk beribadah kepada Allah- tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadah (kpd Allah).

berdasarkan tujuan utama ini, wajib bagi suami melengkapkan isteri dgn ilmu agar sempurna ibadahnya, tidak melakukan benda yang dilarang, patuh kepada arahan dan mengikut panduan yang telah digariskan oleh syara'..... akhirnya sang isteri bergelar wanita solehah yang mana dengan rahmat Allah beroleh syurga sebagai balasan.

bayangkan kalau suami berjaya didik dan pandu isteri bersama anak2 menuju syurga kan elok dia bawak 2 org isteri, lagi elok bawak 3 org atau kuotanye 4 org dan ke empat2 ni berjaya jadi wanita yang solehah. Nabi sendiri nak kan umat yg ramai dan ramai juga yg masuk syurga.

namun selami diri wahai sang suami, anda layak ke? diri sendiri belum tentu inikan pula nak pimpin org?

ini baru berkaitan ilmu, belum masuk hal2 lain. hubungan dgn keluarga, mentua, jiran, rakan2 isteri dan pelbagai lagi.

menurut kitab kifayatul akhyar karangan imam taqiyuddin ulama' kurun ke 9 hijrah mengatakan sewajarnya perempuan diberi ruang utk memilih calon suami sebelum bernikah. kerana pompuan tak punya pilihan lain stlh bernikah melainkan tebus talak. berbanding lelaki masih boleh pilih yg lain walau dah kawen.

malah, jarang sekali lelaki memikirkan pengorbanan sang isteri dan mak bapaknya. bayangkan kalau isteri itu dinikahinya tatkala berusia 23 tahun... selama 23 tahun itulah dia dan mak bapak berusaha menjaga kehormatan dirinya dari tercemar. bila dinikahi oleh seorg lelaki yang hanya bayar mahar yg tak pernah jejak 100k pon maka isteri serah segalanya zahir dan batin malah masa depan, kebahagiaan.

penah gak melihat bagaimana seorg suami yg layan isteri mcm hamba. kat rumah dimarah2 mcm budak2 dan bukan itu sahaja hadiah buat isteri si suami menghadiahkan 'madu' pulak.  

moga wanita tersebut layak menghuni syurga atas kesabarannya.

sekian coretan perasaan

*kalau ader yg tak betul sila betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by miss_white at 17-11-2008 01:19 PM
tp kat malaysia ramai yg jd isteri ke 2 dorang nikah je tak sanding adil ke


Ni apa lak kena mengena adil ngan sanding neh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.643568 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list