CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5066|Reply: 24

Bolehkah perempuan yang didatangi haid ke masjid?

[Copy link]
Post time 13-11-2008 12:08 PM | Show all posts |Read mode
erk..blh ka pengantin masuk dlm msjid wlupon dlm keadaan haid???blh bg dalil x???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by dompot at 13-11-2008 12:08 PM
erk..blh ka pengantin masuk dlm msjid wlupon dlm keadaan haid???blh bg dalil x???


Dalil-dalil disertakan, ahli-ahli hadith minta tolong komen...
Ini bermaksud wanita yang sedang dalam haid ada kalanya perlu masuk ke masjid untuk mengajar, menuntut ilmu, akad nikah atau lain-lain. Ini bukan bermaksud menghalalkan wanita dalan haid untuk SOLAT, PUASA ATAU TAWAF.
--------------------------------------------------------

Bolehkah Wanita Haid MasukKe Masjid?

Dalam masalah ini adaperselisihan pendapat di kalangan Ahli Ilmu, ada yang membolehkan dan ada yangtidak membolehkan. Asy Syaikh Mushthafa AlAdawi membawakan dalil daripada kedua belah pihak dan kemudian diamerajihkan/menguatkan pendapat yang membolehkan wanita haid masuk ke masjid.Berikut ini dalil-dalilnya :

Dalil Yang Membolehkan :

1) Al Bara’ah Al Ashliyyah,maknanya tidak ada larangan untuk masuk ke masjid.

2) Bermukimnya wanita hitamyang biasa membersihkan masjid, di dalam masjid, pada masa Nabi Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam. Tidak ada keterangan bahawasannya Nabi Shallallahu ‘AlaihiWa Sallam memerintahkan dia untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya, danhaditsnya terdapat di dalam Shahih Bukhari.

3) Sabda Nabi Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah radhiallahu ‘anha yang di datangi haid sewaktumelaksanakan ibadah haji bersama beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

“Lakukanlah apa yangdiperbuat oleh seorang yang berhaji kecuali jangan engkau Thawaf di Ka’bah.”(HR. Bukhari nombor 1650)

Dalam hadits di atas NabiShallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak melarang Aisyah untuk masuk ke masjid dansebagaimana jamaah haji boleh masuk ke masjid maka demikian pula wanita haid(boleh masuk masjid).

4) Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
“Sesungguhnya orang Muslimitu tidak najis.” (HR. Bukhari nombor 283 dan Muslim nombor 116 Kitab Al Haid)

5) Atha bin Yasar berkata :“Aku melihat beberapa orang daripada shahabat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam duduk di masjid dalam keadaan mereka junub apabila mereka telah berwudhuseperti wudhu shalat.” (Dikeluarkan oleh Said bin Manshur dalam Sunan-nya danisnadnya hasan)

Maka sebahagian ulamamengkiaskan junub dengan haid.
Mereka yang membolehkan jugaberdalil dengan keberadaan ahli shuffah yang bermalam di masjid. Di antaramereka tentunya ada yang mimpi basah dalam keadaan tidur. Demikian pulabermalamnya orang-orang yang i’tikaf di masjid, tidak menutup kemungkinan diantara mereka ada yang mimpi basah hingga terkena janabah dan di antara wanitayang i’tikaf ada yang haid.

Dalil Yang Melarang :

1) Firman Allah Ta’ala :
“Wahai orang-orang yangberiman janganlah kalian mendekati shalat sedangkan kalian dalam keadaan mabukhingga kalian mengetahui apa yang kalian ucapkan dan jangan pula orang yangjunub kecuali sekedar lewat sampai kalian mandi.” (An Nisa’ : 43)
Mereka mengatakan bahawayang dimaksud dengan kata shalat’ dalam ayat di atas adalah tempat-tempatshalat, berdalil dengan firman Allah Ta’ala :

” nescaya akan runtuhtempat-tempat ibadah ruhban Nasrani, tempat ibadah orang umum dari Nasrani,shalawat, dan masjid-masjid.” (Al Hajj : 40)

Mereka berkata : “((Akanruntuh shalawat)) maknanya ((akan runtuh tempat-tempat shalat)).”

Di sini mereka mengkiaskanhaid dengan junub. Namun kata Asy Syaikh Mushthafa : “Kami tidak sepakat denganmereka kerana orang yang junub dapat segera bersuci sehingga di dalam ayat iniada anjuran untuk bersegera dalam bersuci, sedangkan wanita yang haid tidakdapat berbuat demikian.”

2) Sabda Nabi Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam kepada para wanita ketika beliau memerintahkan mereka untukkeluar ke tanah lapangan pada saat shalat Ied. Beliau menyatakan :
“Hendaklah wanita-wanitahaid menjauh dari mushalla.” (HR. Bukhari nombor 324)

Jawapan atas dalil iniadalah bahawa yang dimaksud dengan mushalla’ di sini adalah shalat’ itusendiri, yang demikian itu kerana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan parashahabatnya shalat Ied di tanah lapang, bukan di masjid dan sungguh telahdijadikan bumi seluruhnya untuk ummat ini sebagai masjid (tempat shalat).

3) Rasulullah Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam mendekatkan kepala beliau kepada Aisyah yang berada di luarmasjid ketika beliau sedang berada di dalam masjid, hingga Aisyah dapatmenyisir beliau dan ketika itu Aisyah sedang haid. Jawapan ke atas dalil iniadalah tidak ada di dalamnya larangan secara jelas bagi wanita haid untuk masukke dalam masjid. Sementara di masjid itu sendiri banyak kaum lelaki danRasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tentu tidak suka mereka sampai melihatistri beliau.

4) Perintah-perintah yangada untuk membersihkan masjid dari kotoran-kotoran.

Dalam hal ini juga tidak adalarangan yang tegas bagi wanita haid. Yang jelas selama wanita haid tersebutaman dari kemungkinan darahnya mengotori masjid, maka tidak apa-apa ia duduk didalam masjid.

5) Hadits yang lafadhnya :
“Aku tidak menghalalkanmasjid bagi orang junub dan tidak pula bagi wanita haid.” (HR. Abu Daud 1/232,Baihaqi 2/442. Didhaifkan di dalam Al Irwa’ 1/124)
Namun hadits ini dhaif(lemah) kerana ada rawi bernama Jasrah bintu Dajaajah.
“Sebagai akhir” , kata AsySyaikh Mushthafa, “kami memandang tidak ada dalil yang shahih yang tegasmelarang wanita haid masuk ke masjid, dan berdasarkan hal itu boleh bagi wanitahaid masuk masjid atau berdiam di dalamnya.” (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/191-195,dengan sedikit ringkasan)
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 13-11-2008 01:45 PM

Sabda Nabi Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam kepada para wanita ketika beliau memerintahkan mereka untuk keluar ke tanah lapangan pada saat shalat Ied. Beliau menyatakan :
“Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari mushalla.” (HR. Bukhari nombor 324)

Jawapan atas dalil ini adalah bahawa yang dimaksud dengan mushalla’ di sini adalah shalat’ itu sendiri, yang demikian itu kerana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya shalat Ied di tanah lapang, bukan di masjid dan sungguh telah dijadikan bumi seluruhnya untuk ummat ini sebagai masjid (tempat shalat).


Susah jugak kalau ada dalil yang boleh, dan dalil yang tak boleh.

Tapi saya pening penjelasan hadith tu, bukan pening hadith tu.

Kalau tengok hadith di atas, "Hendaklah wanita-wanita menjauh dari musalla". Yang saya faham musalla tu tempat solat.
Kalau diadakan di masjid, tak ramai la perempuan yang dapat manfaat.


Namun, yang saya faham wanita dalam haid dibolehkan masuk ke dalam masjid apabila ada keperluan. Sebab tu ada dalil yang membolehkannya, ada yang melarang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:27 PM | Show all posts
Susah jugak kalau ada dalil yang boleh, dan dalil yang tak boleh.

Tapi saya pening penjelasan hadith tu, bukan pening hadith tu.

Kalau tengok hadith di atas, "Hendaklah wanita-wanita menjauh dari musalla". Yang saya faham musalla tu tempat solat.
Kalau diadakan di masjid, tak ramai la perempuan yang dapat manfaat.


Namun, yang saya faham wanita dalam haid dibolehkan masuk ke dalammasjid apabila ada keperluan. Sebab tu ada dalil yang membolehkannya,ada yang melarang.


Ya betul tu. Dari apa yg dapati dari pengajian saya dulu dan dari rujukan kitab Fiqh Syafie menyebutkan tentang beberapa pekara yg dilarang ke atas wanita yg dlm keadaan haid atau nifas. antaranya :

1. Sembahyang
2. Berpuasa
3. Membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran
4. Duduk di dlm mesjid
5. Tawaf mengelilingi Ka'abah
6. Bersetubuh
7. Talak

Mengenai soal duduk di dlm mesjid itu walaupun ianya dilarang namun pada keadaan2 tertentu ( dharurat ) dibolehkan orang perempuan yg sedang dlm keadaan haid dan nifas utk melalui di dlm mesjid itu pun sekiranya tidak dikhuatiri darah kotornya tidak menitik di lantai mesjid.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:00 PM | Show all posts
Betul ke orang perempuan dalam haid tak boleh baca quran? tak boleh berzikir?
Di Malaysia orang kata tak boleh sentuh pun mushaf Quran tu, macamana kalau saya kata ada dalil yang kata boleh?

Duduk dalam masjid dah dijelaskan kalau tak betul bantah dengan fakta.

Tuan rumah tanya boleh ke perempuan tak hadir dalam mesjid upacara akad nikah, dia kata hadas besar kita fahamlah maksudnya haid.  Kita kata tak salahnya orang perempuan haid masuk masjid, apa salahnya? contoh jelas dari Raulullah saw dan Aisyah ra sendiri, kita bawakkan dalil2nya janganlah kata kita suruh orang pempuan pakai miniskirt masuk masjid pulak.  

Rujuk betul2 dulu fatwa Imam Syafie tentang masalah haid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:38 PM | Show all posts
Nak sonang cerita....yang mengikut wahabi atau salafi membenarkan wanita haid masuk masjid manakala yang mengikut ahli sunnah mengatakan bahawa wanita dalam keadaan haid perlu menjauhkan diri dari masjid. Hadis2 dari ahli sunnah tu semuanya sudah di dhaifkan oleh wahabi. Pilihlah nak ikut mano.
Den pulo ikut syiah yang mengatakan bahawa wanita haid tidak boleh memasuki masjid kerana menjaga kesucian tempat beribadah itu secara zahir dan bathin lebih2 lagi adanya hadis2 dari ahlul-bait nabi sendiri.

Balik kepada tajuk...pernah gak dulu dipelawa oleh seorang ahli tabligh yang nak menjodohkan anaknya semasa perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia. Oleh sebab dah ada girlfriend maka pelawaannya terpaksa di tolak dan jodohnya dapat pulak kat kawan sekarkun yang dinikahkan semasa perhimpunan tersebut tanpa adanya wanita tersebut. Mereka hidup aman damai sehingga kini dan cantik jugalah isteri dia tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-11-2008 11:38 PM
Nak sonang cerita....yang mengikut wahabi atau salafi membenarkan wanita haid masuk masjid manakala yang mengikut ahli sunnah mengatakan bahawa wanita dalam keadaan haid perlu menjauhkan diri dar ...


den ikut kato Nabi.. den tak ikut imam syiah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 15-11-2008 11:07 AM


den ikut kato Nabi.. den tak ikut imam syiah...


Bukan wahabi sajo yang ngaku ikut kato nabi...pengikut Ayah Pin pun ngaku ikut kato nabi gak.
Yang tak ikut imam syiah cumo sikit sajo sebab dalam quran pun kato....amat sedikit orang2 yang menerima petunjuk. Keluarga nabi pun dulu tak ramai pengikut nyo....yang ramai pengikut ialah musuh2 keluarga nabi seperti anak keturunan Abu Sufyan melalui Muawiyah dan Yazid LA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by dompot at 13-11-2008 12:08 PM
erk..blh ka pengantin masuk dlm msjid wlupon dlm keadaan haid???blh bg dalil x???


Hmm.. saya pegang ini saja :
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him)ordered me that I should get him the mat from the mosque. I said: I ammenstruating. He (the Holy Prophet) said: Do get me that, formenstruation is not in your hand. (Sahih Muslim : 588)
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 16-11-2008 01:53 PM


Hmm.. saya pegang ini saja :
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him)ordered me that I should get him the mat from the mosque. I said: I ammenstruating. He (the Holy  ...


Berdasarkan hadis ini mako sobab itulah ado ulama yang mengatokan bahawa wanita dalam keadaan haid hanya boleh lalu saja di dalam masjid tapi tak boleh berittiqaf lamo-lamo di dalamnyo. Ada bezo kan??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 16-11-2008 01:53 PM

Hmm.. saya pegang ini saja :
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him)orderedme that I should get him the mat from the mosque. I said: Iammenstruating. He (the Holy Prophet) said: Do get me that,formenstruation is not in your hand. (Sahih Muslim : 588)


Ya hadith inilah yang maksudkan contoh dari Rasulullah saw dan Aisyah ra...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 10:04 AM | Show all posts
tp..saya t'jmp hasil muzakarah majlis fatwa malaysia..katanya..di haramkan ppuan dalam keadaan haid utk masuk dlm masjid utk tujuan pembelajaran..

hadis yg kupia bg pn saya ada baca.so..mcm konfius mana satu nk folo..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by miss_kay at 17-11-2008 10:04 AM
tp..saya t'jmp hasil muzakarah majlis fatwa malaysia..katanya..di haramkan ppuan dalam keadaan haid utk masuk dlm masjid utk tujuan pembelajaran..

hadis yg kupia bg pn saya ada baca.so..mcm ko ...


Sepatutnya perkara ni tak ada khilaf kot?  Sebagai orang biasa awak kena ikut majlis fatwa kebangsaan.
Bukan untuk suka hati masuk masjid bila dalam haid ni, tujuannya untuk orang2 yang dah memang terpaksa macam belajar atau mengajar di masjid, menyusahkan banyak pihak....
Secara peribadi hujah2 yang kata tak salah haid masuk masjid pada saya lebih "rajih", lebih menepati sunnah (rujuk hadis kuat yang antique sertakan).
.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by miss_kay at 17-11-2008 10:04 AM
tp..saya t'jmp hasil muzakarah majlis fatwa malaysia..katanya..di haramkan ppuan dalam keadaan haid utk masuk dlm masjid utk tujuan pembelajaran..

adis yg kupia bg pn saya ada baca.so..mcm konfius mana satu nk folo..

Hmm.. saya pegang ini saja :
'A'isha reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) ordered me that I should get him the mat from the mosque. I said: I am menstruating. He (the Holy Prophet) said: Do get me that, formenstruation is not in your hand. (Sahih Muslim : 588)


Pada saya pula, tiada percanggahan antara hadith2 yang dikemukakan. Tak konfius pun. Hadith di atas tu menunjukkan 'A'ishah R.A faham bahawa perempuan haid tak boleh masuk masjid, tapi dibenarkan oleh Nabi untuk mengambil sesuatu dalam masjid walaupun dalam haid. Mengambil sesuatu tu bukannya duduk lama2 dalam masjid. Lagipun dah haid bukannya boleh solat pun.

Ini dikira sebagai keperluan sebab arahan tu menjadi perintah Nabi/suami.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 17-11-2008 02:46 PM




Pada saya pula, tiada percanggahan antara hadith2 yang dikemukakan. Tak konfius pun. Hadith di atas tu menunjukkan 'A'ishah R.A faham bahawa perempuan haid tak boleh masuk masjid, tapi di ...


Bagaiman tentang riwayah satu wanita badwi kulit hitam yang Rasulullah saw benarkan tinggal dalam perkarangan masjid?  seperti yang lain wanita ni juga akan didatangi haid...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 04:58 PM | Show all posts
Betul ke orang perempuan dalam haid tak boleh baca quran? tak boleh berzikir?
Di Malaysia orang kata tak boleh sentuh pun mushaf Quran tu, macamana kalau saya kata ada dalil yang kata boleh?

Duduk dalam masjid dah dijelaskan kalau tak betul bantah dengan fakta.

Tuan rumah tanya boleh ke perempuan tak hadir dalam mesjid upacara akad nikah, dia kata hadas besar kita fahamlah maksudnya haid.  Kita kata tak salahnya orang perempuan haid masuk masjid, apa salahnya? contoh jelas dari Raulullah saw dan Aisyah ra sendiri, kita bawakkan dalil2nya janganlah kata kita suruh orang pempuan pakai miniskirt masuk masjid pulak.  

Rujuk betul2 dulu fatwa Imam Syafie tentang masalah haid ni...



Kan ke saya dah sebut di atas bahawa saya pernah mengaji bab ini, jadi saya ingin kepastian tentang hukum wanita masuk ke mesjid. Begitu juga apa yg saya sebut tentang hukum wanita yg di dalam keadaan haid membaca Al-Quran.

Nak suruh rujuk betul2 ? Okay jawapan saya ini adalah dari rujukan semula kitab Bahrul Mazi yg jadi asas pengajian saya dahulu. Kitab Bahrul Mazi ini adalah karangan anak tempatan dari Lubuk Merbau Perak yg bernama Syeikh Idris Al-Marbawi ( sempena nama kampung kelahirannya ).

Bab yg menyentuh larangan wanita dlm keadaan haid membaca Al-Quran dibincangkan dlm Kitab Bahrul Mazi pada jilid 1.

Oleh kerana Kitab Bahrul Mazi ini menggunakan hadis2 dari Imam Abu Isa At-Termizi sebagai rujukan utamanya maka pada Bab Wanita Dalam Keadaan Haid Membaca Al-Quran, Syeikh Idris Marbawi menggunakan hadis berikut dari At-Termizi :

Dari jalan Ismail bin 慉yyasy dari Musa bin Uqbah dari Nafi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 04:59 PM | Show all posts
Sambungan


Kalau diperhatikan dari hadis Siti Aisyah ini, Nabi SAW tidak secaralangsung mengatakan bahawa beliau ( Siti Aisyah ) boleh membacaAl-Quran dlm keadaan dirinya yg haid. Bagaimana pun ada setengah2 pihakyg menjadikan hadis ini sebagai asas utk membolehkan orang perempuan ygdi dalam haid utk membaca Al-Quran.

Walaupun jika dilihat di atas tadi Imam Nawawi rmt menyebutkan bahawaadalah dihukumkan sebagai haram utk orang2 yg junub dan perempuan yghaid membaca Al-Quran tetapi kerana dgn hadis Siti Aisyah r.a ini adasedikit kelonggaran yg diberi.

Kata2 Imam Nawawi rmt ini dijelaskan dlm  Majmu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 17-11-2008 03:29 PM


Bagaiman tentang riwayah satu wanita badwi kulit hitam yang Rasulullah saw benarkan tinggal dalam perkarangan masjid?  seperti yang lain wanita ni juga akan didatangi haid...


Ini juga satu keperluan kepada wanita tersebut sememangnya tugas dia membersihkan masjid, jadi sudah tentu dia akan berwaspada jika dia sendiri didatangi haid....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:46 PM | Show all posts

Reply #33 noriabdullah's post

Masha Allah.... satu kupasan yang baik dan mendalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:45 PM | Show all posts

split

[quote]Originally posted by noriabdullah at 17-11-2008 04:58 PM
Dari jalan Ismail bin 慉yyasy dari Musa bin Uqbah dari Nafi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.109318 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list