|
Post Last Edit by mea at 10-5-2012 09:56
Sepanjang beberapa hari berada di negeri bawah bayu Sabah, MH dapat meluangkan banyak masa bersama-sama beberapa orang artis termasuklah para juri yang terpilih untuk mengadili pemilihan pelajar-pelajar AF7 pada kali ini.
Pada hari pertama berada di sana, MH terserempak dengan pasangan pelakon Rusdi Ramli dan Sharon Paul yang turut dijemput untuk menjadi juri pada pemilihan kali ini. Ketika waktu lapang, kami berpeluang berbual-bual dengan pasangan yang masih bergelar pengantin baru ini. Setelah hampir tiga bulan mendirikan rumahtangga, MH cuba merisik kepada pasangan ini tentang anak dan cahaya mata.
Pada mulanya mereka kelihatan begitu berahsia dan agak berat untuk membuka kisah yang membabitkan rumahtangga. Tetapi, setelah ditanya berkali-kali akhirnya Rusdi mengalah dan membuka rahsia. Iya, memang kami akui dah ada (cahaya mata). Kiranya awak orang yang agak awal mengetahui tentang hal ini. Bukan kami sengaja mendiamkan perkara ini tetapi segalanya masih terlalu awal lagi. Tapi, sekarang ni semua dah okay rasanya. Alhamdulillah, kiranya ini rezeki,kata Rusdi dengan tenang.
p/s....wahh..tahniah, cepat jer dpt rezkii..:handshake: :handshake:
[ Last edited by mea at 27-2-2009 09:29 AM ] Last edited by mea on 29-9-2012 11:48 AM
|
|