CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22423|Reply: 2

[Politik] MB Perak terima permohonan maaf pemimpin PAS

[Copy link]
Post time 4-12-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Disember 4, 2024 @ 4:09pm
[email protected]


Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga tahun Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak  di Bangunan Perak darul Ridzuan. - Foto NSTP/L Manimaran  

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berbesar hati menerima permohonan maaf daripada Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria dipercayai berhubung ucapan Razman dalam satu perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan pada Oktober lalu.

Saarani (BN-Kota Tampan) berkata, beliau bagaimanapun berpesan kepada mana-mana pihak khususnya orang politik agar tidak terlalu celupar dalam pertuturan kerana ia dapat meremukkan hati ramai pihak.


"Bila orang minta maaf maknanya betul lah dia silap dan salah, tetapi sebagai manusia takkanlah kita hendak marah balik? Kita terimalah permohonan maaf itu.

"Tetapi 'damage has been done' (benda dah rosak), jadi semua orang kena ingat yang kita tidak boleh celupar sangat mulut kita kerana sebaik kita terlupa atau terlepas cakap maka ia akan merosak dan meremukkan hati ramai orang, dan ini orang politik semua kena ingat," katanya.


Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Rimba Adventures Sdn Bhd hari ini bagi penganjuran perlumbaan motosikal lasak Rimba Raid di Perak di Bilik Sidang Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.


Saarani ditanya reaksinya terhadap permohonan maaf yang dikemukakan Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak terhadap beliau di dalam sidang DUN Perak ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025, Isnin lalu.

Isnin lalu, akhbar melaporkan Razman, mengakui ucapannya yang dipercayai berhubung perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan dengan didakwa menghina Saarani, disalah tafsir kerana diambil luar konteks.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 4-12-2024 05:40 PM

Razman mohon maaf pada MB Perak

Diterbitkan:  Dec 2, 2024 10:03 PM




Ketua pembangkang Perak, Razman Zakaria memohon maaf kepada Menteri Besar Saarani Mohamad, dipercayai berhubung ucapannya dalam satu perhimpunan di Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini.

Razman, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, mendakwa ucapannya - yang didakwa menghina Saarani - telah disalah tafsir.

"Saya mohon maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ‘sahabat saya’.

“Bukan Adun Bercham (Ong Boon Piow) saja yang sayang MB (Menteri Besar), saya lagi sayang (sebab) orang kampung saya,” kata Razman ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025 dalam sidang DUN di Ipoh hari ini.

Ong kemudian mencelah, menyoal jika “sayang tapi kenapa gelar MB sebagai biadab.”

Pun begitu Razman berkata ucapan berkenaan telah “diambil di luar konteks.”

“Awat (kenapa Adun Bercham) emosi sangat?

“Sebab itu YAB MB saya ucap terima kasih. Kalau terasa atas ucapan saya, saya minta maaf.


“Saya tahu dia ‘sahabat saya’. Saya tahu dia (Saarani) agama dia tinggi.

“Saya minta (peruntukan) untuk maahad tahfiz dia bagi, saya minta pula (MB) bagi kereta baru pada ketua pembangkang, mana nak cari (menteri besar begini)," kata Razman lagi.

Saarani semasa membentangkan belanjawan negeri tiga hari lalu meluahkan rasa terkilan kerana pentadbiran Perak digelar "biadab" oleh individu tertentu.

Katanya, pelbagai kejayaan dikecapi kerajaan negeri selama ini bukan saja tidak dihargai malah sebaliknya ditutup dengan "perasaan kebencian."


"Kerajaan ini dihina dengan gelaran ‘kerajaan tidak boleh diharap’.

“Seolah-olah kerajaan yang saya pimpin ini tidak pernah berbuat apa-apa (kebaikan) kepada rakyat.

"Malah, saya sebagai menteri besar pula dilabel dengan cacian 'MB biadab' seolah-olah saya sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat," jelas Saarani lagi.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
18 March 2022 - The High Court ordered Razman Zakaria, who is also the Commissioner of PAS Perak, to pay RM250K in damages to Lim Guan Eng and to make a public apology in connection with a Facebook note that was described as slandering the former Penang Chief Minister.

Sejarah membuktikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list