View: 22962|Reply: 51
|
Dua tapak sejarah tinggalan Portugis dikesan di Melaka
[Copy link]
|
|
Dua tapak sejarah tinggalan Portugis dikesan di Melaka
MELAKA:Jabatan Warisan Negara mengesan dua lagi tapak bersejarah, dipercayai kubu lama tinggalan Portugis yang dianggarkan berusia kira-kira 500 tahun di Taman Larangan, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan kawasan letak kenderaan berhadapan Gereja St Xavier di Bandar Hilir, di sini.
Penolong Pengarah Arkeologi dan Konservasi Jabatan Warisan Negara, Muhamad Muda Bahadin, berkata kewujudan dua tapak baru itu berjaya dikesan menerusi kajian lanjut yang dilakukan ke atas peta lama membabitkan kawasan terbabit.
"Bagi memastikan kedudukan sebenar kedua-dua tapak ini, kita sedang menjalankan kajian terperinci mengenainya. Setakat yang dapat kita jelaskan di sini, kemungkinan tapak ini serupa dengan kubu lamayang ditemui di Jalan Kota sebelum ini," katanya di sini, hari ini.
Muhamad turut mengesahkan pihaknya sedang dalam proses untuk menjalankan kajian eksakavasi di kedua-dua tapak terbabit tidak lama lagi, sebelum dapat membuat rumusan mengenai tinggalan sejarah yang terdapat di situ.
Tahun lalu, Jabatan Warisan Negara berjaya mengesan dua tapak bersejarah di Jalan Kota, di sini, berhampiran Balai Polis TrafikMelaka Tengah dan replika Kincir Kesultanan Melayu Melaka di hadapan tebing Sungai Melaka.
Kajian lanjut selepas itu mengenalpasti kedua-dua kububerkenaan sebagai tapak tinggalan Portugis yang dikenali sebagai Bastion Middleburgh dan Bastion Fedrick Hendrick.
Setakat ini, proses kajian dan membaikpulih Bastion Middleburgh sudah berjaya disiapkan sejak Ogos tahun lalu, manakala Bastion Fedrick Hendrick masih dalam proses.
[ Last edited by Syd at 19-3-2009 19:28 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
aku ada tgk yg kat jalan kota tu.... rupa2nya mmg besau kota ni dlu....
bukan setakat tmpat kubu.... mmg dah mcm penempatan beb...
kalu nak kesan smula batu2 dinding yg asal2 tu, mmg byk bangunan yg sedia ada kna roboh kan...
pd pemerhatian aku yg x seberapa ni la... |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..bila aku lalu kat tmpat jalan kota tu,jalan pun kena korek-korek,dh berlobang dh jalan tu...tu pun aku nmpak binaan tu ada lg yg tak dikorek untuk jaga lalulintas rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kdg2 tertanya2 gak...adakah masa tu portugis benar2 membina a famosa atau cuma menambah2 lg bhgian kota melaka tu yg sedia ada jd lebih kukuh lg?
takkan la zaman kerajaan melaka tu takder buat binaan kota ker... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu admire kat Muhamad Muda ni...cute jer muka dia... |
|
|
|
|
|
|
|
kat tim ada ambil gambar jalan yang kena korek kat depan gereja tu..
mula2 tu ingatkan orang nak bina bangunan ke hape ke..
ghupa2nya tengok dekat2.. ada blok2 batu kat bawah tu haa..
syiok la melaka ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut cerita orang tua-tua, kerana tak cukup batu, habis segala batu nesan di melaka dicabut untuk membina Kota A farmosa dan tembok kota di Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 pisang69's post
Rasanya ada binaan dari kayu, bila portugis datang habis dibakarnya sekali dgn istana :@ mana nak ada kesan tinggalan asal kerajaan melayu melaka lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 blue_blur's post
Logikla ada penempatan besau kat sana, kan lama juga portugis tu ada kat melaka |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana tim nak download gambar ekk..
ada tim ambik gambar yang kat bawah tanah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 TimahMulia's post
photobucket ke
imageshack.us ker
upload kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Mawlay's post
ku tak berapa sure binaan kota lama Melaka sekadar dibina dengan kayu. macam tak logik plak memandangkan port melaka merupakan port tersibuk di rantau ini ketika itu. segala macam pedagang dari utara selatan timur dan baratbuat trading kat situ, membawa bersama budaya serta pengetahuan tentang berbagai bidang termasuk engineering dan pembinaan.
kalau masjid2 di sekitar melaka banyak yang terbina dari batu, mustahil untuk defense mereka sekadar bina tembok kayu, sedangkan kesultanan Melaka banyak dipengaruhi kesultanan Uthmaniyah yang ketka itu menguasai engineering, ketenteraan dan pembinaan.
lagipun sejarah membuktikan melaka dilindungi oleh taburan meriam sekeliling kota. walaupun mungkin meriammelaka tidak sehebat meriam yg dibawa albuquerque, tetapi membuktikan bahawa melaka mempunyai pertahanan yg agak ok dan pastinya dilindungi oleh tembok2 batu.
hati aku berat merasakan penemuan ini adalah penemuan binaan asal kota melaka. yang dibina juga oleh orang melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 JodoKast\ catat
aku sependapat dgn ko...takkan la org2 melaka zaman tu cengeng sgt...tak adaptasi teknologi2 lain...aku harap sgt ada bukti2 lain yg menunjukkan yg melaka dulu pernah ada kota |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 JodoKast's post
Sedangkan Lembah Bujang dulu pun ada binaan tembok dari batu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 HangPC2's post
betul tu bro... macam takde logika kan? sedangkan ada pendapat mengatakan kehebatan empayar Melaka adalah jaaauuuuuuuh lebih hebat dari apa yg kita ketahui melalui sejarah tulisan musuh2 Melaka...
ada yang yakin bahwasanya Melaka tersebar dari kepulauan hindi hingga ke pasifik, dari zamboanga hingga ke australia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 pisang69's post
melaka memang ada kota, tu sebab dipanggil 'Kota Melaka'. sebenarnya pengetahuan sejarah kita banyak dipengaruhi idea dan tulisan dari barat dan juga musuh2 Melaka/Islam. betul bro, xkan Melaka tu cengeng sangatkot... klu cengeng sangat, takkan selat tu dipanggil 'Selat Melaka' betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 JodoKast's post
haah betul la tu...nama selat melaka..seantero dunia tahu...
byk sgt sejarah yg disembunyikan musuh2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|