View: 3679|Reply: 50
|
Siapa Yang Banyak Mengundi Isma?
[Copy link]
|
|
Sejak dari minggu pertama Akademi Fantasia 7 (AF7) lagi, undian SMS untuk pelajar beranak lima - Isma - telah kelihatan tinggi. Ini menyebabkan Isma sentiasa berada pada kedudukan selesa dan kini terus bertahan dalam pertandingan realiti TV paling popular dan semakin hangat itu.
Bagaimana agaknya Isma meraih undian yang tertinggi dalam setiap konsert mingguan AF7? Siapa yang mengundinya dan dari mana sebenar datangnya kesemua undian Isma tersebut?
Apabila ditanya tenaga produksi AF7, mereka sendiri tidak mempunyai jawapan yang konkrit dan solid.
"Sukar bagi kami untuk menjawab pertanyaan ini kerana kami sendiri tidak tahu siapakah sebenarnya kelompok pengundi setia Isma. Bagi kami pencapaian Isma itu sungguh membanggakan kerana dialah satu-satunya peserta AF sejak musim pertama yang telah berkahwin dan mempunyai ramai anak, tapi cukup popular.
"Mungkin juga kebanyakan undian ini datangnya daripada penonton yang lebih dewasa, pakcik makcik atau golongan ibu muda yang sudah bergelar suri rumah. Mungkin bagi mereka, Isma adalah idola bagi dah telah berumah tangga.
"Maklum sajalah, AF ini adalah program tonton seisi keluarga, jadi sumbangan undi mungkin juga datang daripada mereka golongan senior yang mempunyai kuasa dari segi perbelanjaan khususnya SMS.
"Tapi polar undian kepada Isma agak menurun sedikit kalau dibandingkan pada minggu-minggu awal dulu. Itupun kami tidak tahu kenapa," kata sumber dalaman produksi AF7 kepada murai.com.my, petang semalam.
Sementara itu, suami Isma, Zul 2 BY 2 yang pernah diwawancara murai.com.my tentang isu ini pula berkata, dia sendiri pun terkejut apabila melihat setiap minggu Isma berada di tangga teratas hingga berjaya mengatasi pelajar-pelajar lain yang jauh lebih muda daripadanya.
"Mungkin sokongan yang diberikan terhadap Isma itu datangnya dari kenalan TUDM, polis trafik serta Telekom. Sebab, Isma sendiri pernah menyanyi dalam ketiga-tiga kombo pasukan beruniform tersebut.
"Seperkara lagi, saya juga rasa sokongan untuk Isma datangnya dari golongan ibu-ibu. Mungkin mereka inilah yang banyak beri sokongan kepada Isma," kata Zul.
Tentang desas-desus yang timbul mengatakan kononnya Isma telah mendapat tajaan daripada pihak tertentu yang melaburkan banyak wang untuk menghantar AFundi, Zul berkata, semua itu hanya andaian yang tak pasti.
"Saya tak nafikan kami memang berkawan baik dengan keluarga diraja Brunei Darussalam. Ini kerana, saya dan Isma dulu selalu buat show di sana. Mungkin juga mereka pun turut sama mengundi Isma setelah melihat dia masuk AF7.
"Tapi kalau hendak meminta sponsor atau penaja untuk ramai-ramai mengundi Isma, itu bukanlah cara kami," tegasnya.
Tentang aksi serta gaya Isma yang kelihatan ligat di pentas sehingga dicemuh mencemarkan imej seorang isteri dan ibu, Zul pula berkata: "Andaikata saya melihat Isma dari sudut pandangan seorang Pengurus Artis & Repertoire (A & R) di sebuah syarikat rakaman, saya rasa itu perkara biasa dalam seni persembahan.
"Saya faham Isma mahu cuba keluar daripada kepompong biasa yang selalu kita lihat berlaku kepada penyanyi yang sudah berkahwin. Saya sedar setiap minggu dia ada tugasan dan sudah tentu tidak mahu keluar dengan imej yang sama saja. Nama pun satu transformasi dan kita mahu lihat the other side of Isma. Saya faham memang sukar untuk memuaskan hati semua orang," kata Zul.
Zul berkata lagi, pada mata dan hatinya, Isma ibarat seorang kakak kepada pelajar-pelajar lain dalam AF7.
"Mereka dah macam adik beradik dan sebuah keluarga. Saya tidak melihat ia satu tindakan yang keterlaluan. Saya lebih kenal Isma sebab dia isteri saya. Tidak ada apa-apa yang saya perlu cemburukan kerana saya sentiasa menyokong minat Isma dalam mengejar impiannya dalam AF," ujar Zul. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak biar la pompuan ni kuarr... bukan best pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 kikilala_comei\ catat
ko nak biar camane tu |
|
|
|
|
|
|
|
orang bunian.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang2 bunian dan makhluk2 halus |
|
|
|
|
|
|
|
.. okayla kalau ada yg ngundi ... diapun ada bakat |
|
|
|
|
|
|
|
"Mungkin juga kebanyakan undian ini datangnya daripada penonton yang lebih dewasa, pakcik makcik atau golongan ibu muda yang sudah bergelar suri rumah. Mungkin bagi mereka, Isma adalah idola bagi dah telah berumah tangga.
Takde maknanya, abg dini yang dah tua ni takde pun nak mengundi Isma tu :@
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karlreef at 28-4-2009 15:29
freekey yg byk vote...
anak ikan friki |
|
|
|
|
|
|
|
tengok this part...
"Mungkin sokongan yang diberikan terhadap Isma itu datangnya dari kenalan TUDM, polis trafik serta Telekom. Sebab, Isma sendiri pernah menyanyi dalam ketiga-tiga kombo pasukan beruniform tersebut.
telekom ke celcom? ke dua2 skali? |
|
|
|
|
|
|
|
musykil2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kata wartawan, tak pandai korek rahsia betul...
meh la datang interview we all |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmm... yeke ramai peminat |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan tak, last week undian ISMA di atas sekali.
Lepas konsert hampir tersingkir.
Juga undian dia meningkat slow di HARI2 BIASA (bukan konsert) kira takes time lah, bukan MENDADAK
Tandanya undian ISMA dari sekelompok kecil pengundi (AKA ahli keluarga), example Keluarga RICH dulu semasa AFMASUK awal2 minggu mendahului tapi dipintas oleh LOTTER (mendadak dari PEMINAT RAMAI pada malam konsert)
Undian yg meningkat slow speku dari PEMINAT SEDIKIT MENGUNDI BANYAK KALI <-- ISMA
[ Last edited by Tok_Batin at 28-4-2009 16:15 ] |
|
|
|
|
|
|
|
pihak astro or sykt telco x bole ke chk menda alah ni??
musti dorang tau mana erea yg byk vote...
lagik satu, myb dorng pon ade vote mll talian astro or tel umah....
so sure dorang le tgok sape yg vote byk....
korang igt tak, dlm AF yg lps (lupa AF brape) ade seorang peminat AF yg menang hadiah (lupa hadia ape) krn dia penyumbang vote terbyk... tak silap lelaki cina.... |
|
|
|
|
|
|
|
Korang rasa si ZUL tu buat pinjaman BANK RAKYAT (atau KWSP) tak untuk MENGUNDI ISMA??
Ala2 mak Aidil dulu dengar cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
abih tu,,,, ape kene mengena org2 topup dgn org2 sykt telco dgn pelajo bkenaan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|