CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15793|Reply: 30

PUAKA TOPENG PUTIH

[Copy link]
Post time 1-5-2009 10:12 PM | Show all posts |Read mode
DRAMA DI ASTRO RIA BERTARIKH 1 MEI 2009.


-Tentang sekumpulan pelajar yang terjebak dalam perjalanan yang paling mengerikan dalam hidup mereka.

Pelakon:
-Intan Ladyana
-Juliana Evans
-Siti Saleha (pernah tengok tapi x kenal)
-sorang pompuan lagi la tak kenal.


4 orang pompuan gedik teringin nak pergi bercuti ke suatu tempat lebih kurang seminggu, tanpa diganggu oleh sang lelaki. Dah separuh jalan, sedar yang mereka tersesat. Pulak tu masa nak gi bercuti mereka dah berjanji tak bawa handphone. Tapi si Juliana bawa gak satu lepas sorok handphone kat seluar.

Telefon mekanik, sementara menunggu tiga orang drpd mereka gi geledah satu rumah yang berpenghuni tapi xda orang buat masa tu. Sorang lagi nak stay kat kereta, konon beranilah.

Si Siti Saleha boleh gi buka fridge, minum air kosong. Yang si Juliana cari bilik air nak membuang sambil telefon2 boyfriend.

Mekanik muncul, bw gi bengkel. Rupanya radiator rosak. Tauke bengkel bagi cadangan suruh dia orang menginap kat rumah tumpangan dulu.

Kat rumah tumpangan, pompuan kat kaunter tu mcm mbuat bolayan je. Dah dapat bilik, lapor lak kata dia orang... cari tempat makan. Tetiba tunjuk orang dalam topeng putih tengah perhatikan dia orang.

Scene dalam bilik..memasing dah bergaduh pasal trip ni. Menyesal kaedahnya...

Juliana dgn Saleha gado2, lepas tu bunyi something dia orang berhenti. Cari sumber bunyi datang dari sebuah topeng kat dinding. Tup..tup ada mata orang dok perhatikan mereka dari celah mata topeng.

Si Intan dengan yang sorang lagi pompuan tu gi siasat bilik sebelah dan dapat tangkap lelaki bertopeng. Rupa-rupanya si mekanik tadi. Panggil pompuan lobby, dia ckp lelaki tu x bahaya, dialog dia asyik ok..ok..ok, tak bahaya...

Last scene sebelum iklan...si Juliana hilang...sibuk mencari pulak...jumpa handphone sajo...tetiba dapat hidu yang si Juliana dah ada dengan boyfriend kat tempat tu. Memasing bengang dgn si Juliana.

Scene Juliana dengan boyfriend... tengah syok2 borak ngan boy dia...merajuk segala... tetiba hilang. Lepas tu Juliana nampak boyfriend dia dah terlantar kena tikam (mati kut). Scene Juliana berlari-lari anak dan terserempak dengan orang bertopeng putih. Kena tumbuk dan pengsan.

Kawan2 dia dapat sms... Juliana mohon pertolongan di rumah terbiar. Pi ambik kereta kat tauke kereta dan gi rumah terbiar tadi. Xmo telefon polis, buat berani2 nak masuk rumah tu . Si Saleha tu pulak kali ni xmo masuk sama.

Jumpa si Juliana kena ikat kat dalam rumah. Bising ya amat 2 ekor ni... x reti diam :@ . Lepas tu sorang keluar tinggal si Intan sorang2.

Yang CT Saleha duduk dalam kereta. tetiba muncul orang bertopeng tu depan dia. Lembab sungguh nak hidupkan kereta sampai makhluk tu pun dapat grab dia. Scene lari-lari anak lagi...dari rumah kosong, air terjun...makluk tu grab dia sekali lagi dan...mati kut...tengok dah terbaring kat air tu.

Si pelakon yang tak tau nama tu pulak berlagak heroin nak selamatkan Juliana. Dengar bunyi tapak kasut terus keluar berlari-lari anak lagi. Lepas tu adegan menjerit...dan scene siang menunjukkan dia dah terbaring kat satu katil di rumah seseorang. Ada sorang lelaki dah tolong dia masa dia pengsan semalam tapi dia tak percaya. Lari kuar balik.

Lelaki tu gi turut dia, tapi dia tetap x percaya. Last dia terjerembab balik dengan makhluk bertopeng dan...tunjuk adegan pisau dan menjerit. Mati kut...

Terus ke adegan Intan merayau-rayau macam lost kat hutan...

Lepas tu terus tulis 3 bulan kemudian...

Tunjuk adegan Intan dengan sorang lelaki kut kat rumah... then jari lelaki tu ada kesan gigitan...

Jeng...jeng..jeng... terus flashback... sebenarnya masa si Saleha kena serang dia sempat gigit tangan makhluk tu..dan hasil gigitan itulah ada pada lelaki itu

Cerita flashback lagi...

Sebenornya 3 ekor pompuan Juliana, CT Saleha dengan tak bernama tu pernah mencuri soalan exam. Lalu ternampak oleh pemuda bernama Asri. Asri tu ada abang. Abangnya itulah lelaki yang bersama Intan lepas 3 bulan itu.

Tiga ekor tadi memang x puas hati dengan Asri, Asri tu pulak macam bodoh2. Sampai ke satu adegan dia orang tak sengaja tertolak si Asri jatuh bukit dan mati ler mamat tu. Tapi si abang dapat tahu dan mahu balas dendam dengan memakai topeng putih.

Jeng...jeng..jeng...plot twistnya...

Si Asri tu rupa-rupanya balak si Intan Ladyana. Memang si Intan ni berkomplot dengan abang si mati untuk membunuh ketiga-tiga kawannya itu . Kat awal cerita memang dia yang beriya-iya ajak kawan2 bercuti, lama pulak tu.

Adegan terakhir dia koyak satu-persatu gambar kawan2 dia tu sambil flashback dalam setiap pembunuhan memang si Intan ni yang membunuh (kecuali boyfriend Juliana) Abang si Asri hanya tolong dapatkan mangsa saja. Dia memang frust habiss lepas boyfriend dia mati.

Sekian, best jugak ending cerita ni. Tak sangka.

p/s: Aku pun tak sangka begitu gigih up dated cerita ni dari awal sampai habis.

[ Last edited by  joey_mcintrye at 1-5-2009 23:54 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 10:34 PM | Show all posts
tengah tayang.. tapi tengok Starsky & Hutch...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2009 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 1-5-2009 22:34
tengah tayang.. tapi tengok Starsky & Hutch...



Takpe, bior aku cerita
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:02 PM | Show all posts
best ker citer ni... nak nengok tapi takut coz aku tingal sorang2 kat umah pasal hubby g friday futsal

tulun kasik update ekkk

[ Last edited by  doubleeleven at 1-5-2009 23:11 ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:25 PM | Show all posts
sape tgk bg arr sipnosis... aku tk dpt tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:28 PM | Show all posts
mmg poyo abiz..tgok separuh jln jek
bising ya amat minah2 gedik nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2009 11:48 PM | Show all posts
ooooooooowh
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:51 AM | Show all posts
pelakon yg sorg lgi tu, tiz zaqyah, dia blakon kat impian ilyana jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2009 12:52 AM | Show all posts
mane tukang cerita ???..sambung pleaseeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:52 AM | Show all posts
crita ni best jgk, tak sangka mcm tu endingnya, ingtkan c juliana tu yg jahat. rupanya intan. erm... ala2 crita histeria jgk. tp yg ni lebih kepada pbunuhan.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:56 AM | Show all posts
thanks tuan tnh....mcm mnarik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 01:08 AM | Show all posts

Balas #1 joey_mcintrye\ catat

nama bf c intan bkn asri la, azril.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 01:11 AM | Show all posts

Balas #1 joey_mcintrye\ catat

yg minum air dari fridge tu c tiz zaqyah la.
yg aku tertanya-tanya, watak penjaga rumah sewa ngan mekanik tu mcm takde maknanya la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 01:17 AM | Show all posts
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 03:18 AM | Show all posts
miss la cita nie, baby2 tua kat umah nie pakat tgk gerak khas.

bila repeat erk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by hijau88 at 2-5-2009 01:08
nama bf c intan bkn asri la, azril.
huhu.



Ohh... ye ker?

Asri..Azril...dekat2 sangat bunyi.

Gigih sangat nak buat up date secara langsung semalam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2009 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by danna09 at 2-5-2009 03:18
miss la cita nie, baby2 tua kat umah nie pakat tgk gerak khas.

bila repeat erk?




Kalau aku kat kampung pun macam tu jugak agaknya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by hijau88 at 2-5-2009 01:11
yg minum air dari fridge tu c tiz zaqyah la.
yg aku tertanya-tanya, watak penjaga rumah sewa ngan mekanik tu mcm takde maknanya la.



Aku kesian dgn lelaki cina yang selamatkan Tiz, lepas tu Tiz x caya dia lelaki baik dan lari keluar. Terserempak balik dengan puaka topeng putih....

Masa flashback tu tunjuk Intan datang dari arah belakang terus tikam lelaki tu. Huhuhu...mati katak je
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 01:14 PM | Show all posts
x tau lg repeat biler, dh check kat guide x ada lgsg byg nak repeat. ptg esok diaorg repeat suara dari kubur lak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 02:28 PM | Show all posts

Balas #18 joey_mcintrye\ catat

tu la. sian plak kwn2 dia tu. sbb bf, sanggup dia bunuh kawan2 dia. apa la.
sakit ati aku tgk crita ni wpun best. erm.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.058059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list