View: 16236|Reply: 21
|
Ramai kecam, tak suka Sissy Iman jadi hos AJL
[Copy link]
|
|
Nampaknya ramai kurang senang dengan pemilihan Nazrudin Rahman dan Sissy Imann sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini.
Tidak melatah dengan komen diberikan, Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, menganggap pemilihannya sebagai rezeki dari Allah SWT.
“Datanglah sejuta orang kata saya tidak layak tetapi jika Allah sudah berkehendak, tetap sayalah orangnya.
“Saya faham orang berhak memberikan reaksi tetapi acaranya belum pun bermula... Insya-Allah saya akan buat yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Dalam pada itu, Sissy mengakui dia gemuruh untuk mengacarakan anugerah berprestij itu buat pertama kali.
Pun begitu, penyanyi ini melihat kelebihannya sebagai pemuzik dan komposer dapat memberi pembaharuan dalam menyampaikan acara secara ilmiah kepada penonton.
"Tekanan itu mesti ada dan saya tahu akan gementar juga nanti sebab acara AJL ini adalah anugerah berprestij. Pentas yang cukup besar sudah lama saya impikan.
"Insya-Allah dengan kelebihan sebagai penyanyi dan komposer, mungkin saya akan kongsikan info tambahan tentang muzik kepada penonton.
"Ia sekali gus akan menjadi satu platform pendidikan muzik, insya-Allah dengan pengetahuan yang saya ada akan kongsikan kepada semua," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Projek AJL39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3 iaitu Russel Mark Rodrigues berkata, pihaknya mahu mencuba perkara baharu dengan pendekatan berbeza dengan memilih Sissy dan Nazrudin sebagai hos AJL tahun ini.
Kongsi Russel, pihak produksi akan memberikan latihan yang secukupnya kepada kedua-dua hos bagi mewujudkan keserasian bersama sebelum AJL39 berlangsung.
“Kami ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar, walaupun saya sedar ada risikonya. Namun, pasukan produksi sudah memberikan panduan kepada Nazrudin dan Sissy dengan mengadakan beberapa sesi latihan sebelum AJL 39.
“Kami juga ada susun beberapa perancangan. Antaranya, mereka dijemput untuk tampil di program Melodi dan Muzik Muzik.
“Mereka juga ada menjalani sesi individu bersama pasukan produksi. Akan ada empat sesi lagi sebelum kita teruskan ke sesi pembacaan skrip," katanya.
AJL 39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula pukul 9 malam.
Sepuluh lagu bakal berentap di AJL39 termasuk Puas Sudah ( Aina Abdul), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Aura (Ernie Zakri), Hening Rindu (Marsha Milan), Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini) dan Diam (Hael Hussaini).
Turut sama ke AJL39 ialah Saksama (Akim And The Majistret), Pujaanku (Masdo dan Aishah Aziz), Sengaja (Amir Masdi) dan Risiko (Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju).
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu che ta jadi co host anugerah skrin dgn ally iskandar. Dah mcm patung cendana.
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok je sissy ni. Baik la sheols jadi mc daripada bagi jihan muse |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk dia host kat tv 1 rancangan dgn artis artis lama ok je.tak de tergedik terkinja tapi hidup je rancangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sora dia bingit!.
Sakit telinga! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 19-1-2025 05:13 PM
dia ni leh tahan potpet ya tu psl jd pngcara kot
pdhal asal pnnyi kan
dia jd pengcra rngn bsama artis lama di rtm tu ok
mnghdpkn suasana
cuma gnarsi skrg bhasa kena jg
hormat perlu ada
dak2 skrg main cakap lps je
xkira level org tua ke dato ke tansri
walau nk acah2 cool
mujur ada nazrudin rhman tu abg naz kan
perlu ada pengcra yg serius mcm bg naz, awal,alif
kalu tak dh lvl badut AJL nnti
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini gandingan pengacara kertu dgn muda ke?kira ok pe.dah sherry beralih ke astrok |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka dia mengacara. Fun |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 19-1-2025 10:29 AM
Ini gandingan pengacara kertu dgn muda ke?kira ok pe.dah sherry beralih ke astrok
Sherry tv3 Dan astro.takde halangan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Alif satar mmg mahal ke smpi AJL takleh hire. |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn bajet, host murah, ntahlah mcm dah x penting smua ni… sapa menang, sapa host.. semuanya hanyalah hiburan semata2… |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 19-1-2025 07:21 PM
Alif satar mmg mahal ke smpi AJL takleh hire.
AS is yaaawwwnn.. acah2 macho walhal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh semua lagu aku xpenah dengar.
Tau2 masuk AJL.
TV3 sekarang dah xbest. Oiam pun hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
bajet larik ke tv3... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok host pun dah tahu pemenangnya nanti macam mana. Sendurina |
|
|
|
|
|
|
|
Erm mesti sebenarnya diorang nak sherry lg mcm tahun lepas tp sherry dah tersinonim dgn channel pesaing sbb tgh jd hos GV... |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 19-1-2025 07:21 PM
Alif satar mmg mahal ke smpi AJL takleh hire.
Hahah.. kan, last year best kan kombinasi alif n sherry.. iols enjoyed kat axiata tu tahun lepas.. kalo diorang jd hos, takde momen krik2. Tahun ni taktau la, good luck la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mengacara OK tapi tone suara dia bercakap tak sedap didengar halwa telinga, apalagi acara besar berprestij. Maybe sebab ini lah org tak komplen.
Takpalah bagi peluang tgk camana, kalau tak OK jgn ambil dah. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk la mcm mana. asalkan bukan sherry.. lagi menyampah nak tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|