CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14335|Reply: 29

patung permaisuri nefertiti (bini firaun akhenaton) 3,300 tahun!!

[Copy link]
Post time 22-12-2009 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Patung Nefertiti 3,300 tahun jadi rebutan




KAHERAH - Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass kelmarin menyatakan dia akan menuntut supaya pihak berkuasa Jerman memulangkan kepala patung Permaisuri Nefertiti (gambar) yang berusia 3,300 tahun.

Dia membuat kenyataan tersebut selepas patung itu yang kini dipamerkan di sebuah muzium di Berlin didapati dibawa keluar dari Mesir secara haram pada 1924.

Permaisuri Nefertiti merupakan isteri Firaun Akhenaton.

Sebelum ini pihak berkuasa Jerman enggan memulangkan patung itu dengan mengemukakan alasan ia mudah pecah jika digerakkan.

Satu kenyataan daripada pejabat Zahi menyatakan, Pengarah Muzium Koleksi Mesir dan Papirus di Berlin, Friederike Seyfried mengemukakan beberapa dokumen yang menunjukkan patung kepala tersebut dibawa keluar secara haram dari Mesir.

Menurut dokumen itu, patung tersebut disenaraikan sebagai patung seorang puteri.

Dalam diari seorang ahli ekskavasi Jerman, Ludwig Borchardt, dia merujuk objek itu sebagai patung kepala Permaisuri Nefertiti.

"Satu jawatankuasa kebangsaan yang menuntut semula antikuiti akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi meneliti langkah-langkah rasmi untuk menuntut semula patung Nefertiti dari Berlin ke Mesir," kata kenyataan itu. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2009 11:58 AM | Show all posts
nape mata kirinya xder anak mata  
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 12:00 PM | Show all posts
mayb mata kiri tu buta kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2009 12:21 PM | Show all posts
Mesir tuntut pulangkan Nefertiti

KAHERAH 21 Dis. - Pakar arkeologi terkemuka Mesir, Zahi Hawass hari ini memberitahu bahawa negaranya akan menuntut supaya patung Permaisuri Nefertiti yang berusia 3,400 tahun dipulangkan dan menuduh Jerman memperolehnya secara haram.

Zahi yang mengetuai Majlis Tertinggi Barangan Purba membuat pengumuman itu selepas mengadakan perbincangan di Kaherah dengan Friederike Seyfried, pengarah Muzium Mesir dan Papyrus Collection di Muzium Neues, Berlin.

Zahi akan mengadakan mesyuarat luar biasa bagi membincangkan langkah yang perlu diambil untuk menuntut secara rasmi pemulangan patung berkenaan.

Patung itu ditemui pada 1912 di selatan Mesir oleh ahli arkeologi Jerman, Ludwig Borchardt.

Menurut Zahi, Borchardt dengan sengaja menerangkan bahawa patung itu diperbuat daripada plaster dan menggambarkannya sebagai puteri di raja, walaupun mengetahui ia adalah patung Permaisuri Nefertiti yang diperbuat daripada batu kapur.

"Ini terbukti dengan penjelasan yang ditulis oleh Borchardt bagi membolehkan Jerman menyimpan patung tersebut.

"Ini juga sekali gus mengesahkan bahawa patung tersebut telah dibawa keluar dari Mesir dengan cara yang tidak beretika dan melibatkan penipuan," kata Zahi.

Menurutnya, bukti yang mengukuhkan lagi tuduhan ini ialah dengan tindakan Borchardt yang telah menyembunyikan patung tersebut di Jerman selama 10 tahun sebelum mempamerkannya.

Sebelum ini, Mesir pernah membuat tuntutan sama pada 1930 tetapi telah ditolak oleh kerajaan Jerman.

Zahi mendakwa ia telah dibawa keluar dari Mesir dengan didaftarkan sebagai material tanah liat dan dihantar ke Jerman.

Berlin bagaimanapun bertegas ia memperolehnya secara sah dan enggan memulangkannya kepada Kaherah walaupun untuk dipinjamkan sekalipun dengan menyatakan bahawa patung itu mudah pecah dan berbahaya untuk dipindahkan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 01:01 PM | Show all posts
kurusnyer patung tu... nmpk tulang leher...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:26 PM | Show all posts
nape mata kirinya xder anak mata  
harumawar Post at 22-12-2009 11:58

tkg ukir lupa nk buh kot hemmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2009 04:14 PM | Show all posts
tatotla plak tgk wajah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 03:43 AM | Show all posts
mata dia tercabut kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 02:28 PM | Show all posts
klu tgk betul2, dia ni mmg cantik.. ntahla, aku rasa la, raut wajah dia tu menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:51 PM | Show all posts
cantik juga ye...ala2 model...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 03:46 PM | Show all posts
betul... walaupun aku ni perempuan, tp aku kata dia cantik sbb dia mmg cantik... pandangan dari kaca mata seorang wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:45 PM | Show all posts
2# harumawar

pecah..masa bawak lari dari mesir dedulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2011 08:59 AM | Show all posts
Patung Nefertiti jadi rebutan
Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN









BARU-BARU ini, Majlis Agung Antikuiti Mesir (SCA) menggesa Jerman memulangkan kepala patung Permaisuri Nefertiti kepada majlis itu. Nefertiti dianggap begitu unik disebabkan wajah jelitanya selain kontroversi selepas kematiannya.

Individu yang bersungguh-sungguh mahu patung ratu berusia 3,300 tahun itu dibawa pulang ialah Ketua Jabatan Antikuiti Mesir, Dr. Zahi Hawass yang menjalankan kempen mengembalikan artifak purba negara itu sejak lapan tahun lalu.

Kempen beliau itu dilihat agak sukar kerana pada tahun 2007, pihak berkuasa Jerman enggan meminjamkan patung Nefertiti semasa Mesir menganjurkan satu pameran dengan alasan ia mudah pecah jika dipindahkan.

Nama Nefertiti jarang diperkatakan dalam riwayat tamadun Mesir purba, tidak seperti Cleopatra yang sehingga kini dianggap wanita paling bahaya dalam sejarah dan penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius dari Rom.

Namun, jika disorot semula lembaran sejarah Nefertiti yang juga isteri kepada Amenhotep IV, dia sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Dalam beberapa catatan rekod Mesir purba, figura wanita pertama Dinasti ke-18 ini sangat diagungkan. Dia bersama Amenhotep IV telah mencetuskan revolusi agama Aten yang memuja satu tuhan sahaja iaitu tuhan matahari.

Keperibadian isteri kesayangan Firaun ini juga semakin menyerlah apabila dia diberi peranan besar dalam aspek agama selepas diangkat sebagai wakil wanita dalam aspek ketuhanan.

Dibunuh

Sesetengah teori mengatakan Nefertiti adalah penulis revolusi agama dan budaya yang diilhamkan oleh Akhenaten yang menolak agama-agama lain sehingga membangkitkan kemarahan golongan pendeta.

Tidak gentar dengan ancaman, Nefertiti bersama Akhenaten mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahan Mesir dari Thebes ke Amarna semata-mata untuk mentaati tuhan baru mereka.

Pakar sejarah mengaitkan perkembangan agama baru ini adalah hasil usaha Nefertiti.

Nefertiti juga dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri semasa pemerintahan suaminya.
Bahkan, pendapat mengatakan pemerintahan Mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten adalah pemerintahan bersama pasangan suami isteri ini.


CANCELOR Jerman, Angela Merkel merenung Permaisuri Nefertiti di Muzium Neues
di Berlin pada 16 Oktober 2009. Patung berusia 3,300 tahun itu telah menarik
berpuluh ribu pengunjung setiap tahun ke muzium itu.



Pengaruh penting Nefertiti boleh dilihat melalui lukisan dan ukiran gambarnya yang banyak ditemui di dinding kuil.
Persamaan saiz di antara ukirannya dan ukiran Akhenaten memberi petunjuk mereka mempunyai kepentingan yang sama dalam struktur politik Mesir purba.

Sayangnya, zaman kegemilangan permaisuri yang mendapat jolokan Wanita Paling Cantik Di Dunia ini tidak lama.
Pada tahun ke-14 pemerintahan Akhenaten iaitu kira-kira tahun 1335 Sebelum Masihi, nama dan pengaruh besar Nefertiti lenyap begitu sahaja.

Teori sejarah mengatakan Nefertiti meninggal dunia disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu.

Ada juga yang mengatakan dia tidak lagi disukai suaminya kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan Akhenaten banyak merujuk kepada isteri keduanya iaitu Kiya, ibu kepada Firaun Tutankhamun yang terkenal dengan gudang emasnya.

Selain itu, timbul juga teori Nefertiti dibunuh oleh pendeta Mesir kerana dia memulakan revolusi agama di Amarna.

Anehnya, semua rekod tentang permaisuri ini telah dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya.



Perang Dunia


Misteri dan kontroversi kehilangan Nefertiti masih diperdebatkan.

Bukan sahaja fakta sejarah, malah patung ukiran permaisuri tersebut yang didakwa dibawa keluar secara haram masih menjadi rebutan antara Mesir dan Jerman.

Gesaan yang dikeluarkan kerajaan Mesir supaya kepala patung berkenaan dipulangkan ke Kaherah tidak dipedulikan Jerman.

KEDUDUKAN Lembah Raja yang berhampiran Sungai Nil di Luxor, Mesir. Sebuah filem Itali tahun 1961 lakonan Jeanne Crain menggambarkan Nefertiti sebagai ‘Ratu Sungai Nil’.



Malah, tindakan Zahi Hawass yang bersungguh-sungguh dalam kempen tersebut ditempelak Yayasan Warisan Budaya Prussia yang bertanggungjawab mengendalikan Muzium Neues apabila mereka mendakwa mempunyai dokumen sah pemindahan patung itu dari Mesir ke Jerman.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Zahi mungkin tidak disenangi, namun beliau bertindak demikian selepas mengetahui patung berleher jinjang dengan mata yang unik itu didapati dibawa keluar dari Mesir secara haram pada tahun 1924.

Meneliti patung ukiran Nefertiti yang dihasilkan daripada batu kapur itu, ia cukup layak untuk dianggap salah satu hasil kerja seni terbaik dunia pramoden.

Berusia 3,300 tahun, artifak unik tersebut telah ditemui di sebuah kompleks membuat patung di Lembah Raja di Luxor, kira-kira 275 kilometer dari selatan Kaherah pada tahun 1912 sebelum dibawa ke Jerman oleh ahli ekskavasi Jerman, Ludwig Borchardt.
Melalui ukiran ini sahaja, ramai yang dapat membayangkan kejelitaan asli Permaisuri Nefertiti.

Bibir merahnya yang separa tebal, mata yang bundar dan lehernya yang jinjang menjadikan patung kepala ini cukup menawan.
Dengan hiasan mahkota tinggi yang disempurnakan dengan lekapan batu-batu aneka warna yang bernilai tinggi, sentuhan warna gelap yang tebal pada kening dan garisan mata nyata membangkitkan pesona wanita berkulit kuning langsat itu.

Bagaimanapun, Zahi optimis Jerman akan menyerahkan semula artifak tamadun milik negaranya itu.

Malah, usaha kerajaan Mesir untuk membawa pulang patung tersebut telah dimulakan sejak Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada tahun 1947.

“Saya tahu Jerman tidak senang dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak kisah apa mereka mahu kata. Saya hanya mahu membawa pulang patung kepala Permaisuri Nefertiti.

“Kerajaan dan rakyat Mesir begitu bersemangat menanti kepulangan harta dan warisan tamandun purba ini kepada pihak yang sepatutnya.

“Jika perkara ini menjadi kenyataan, kepala patung itu akan dipamerkan di muzium baru di selatan Kaherah,” katanya.


KEDUDUKAN Lembah Raja yang berhampiran Sungai Nil di Luxor, Mesir. Sebuah filem Itali tahun 1961 lakonan Jeanne Crain menggambarkan Nefertiti sebagai ‘Ratu Sungai Nil’.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 10:14 AM | Show all posts
Akhenaten a.k.a Amenhotep IV adalah firaun yg menghapuskan amalan polytheism dan memperkenalkan agama bercorak monotheism.

Barat mengatakan dia menyembah matahari (ates), ttp sesetengah ulama mengatakan dia mengamalkan ajaran tauhid (agama semawi a.k.a agama dari langit)



Jejak Rasul 7 pernah dedah nama Amenhotep IV dan Ramses II sbg firaun yg dirakam kisahnya dlm quran.... dan mereka berdua hidup pd zaman yg berlainan.
Salah satu teka teki level tertinggi dari tuhan utk ummatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 10:23 AM | Show all posts
Mcm mana ble sampai jerman? Tipu punya kot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 10:42 AM | Show all posts
macam dalam Citer Indiana Jones semua pakai angkut terus ke Eropah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 04:09 PM | Show all posts
erkkk...nefertiti ka neferteri? isteri dia ni yg tak brapa sekepala ngan isinofat@ aisyah... ??
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 01:25 AM | Show all posts
telinga kiri patung ni pun mcm sesuatu jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2011 12:48 AM | Show all posts
mcm cantik....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 03:54 AM | Show all posts
hmm..muke die cam pelik tp nampak unik n cantik!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.310594 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list