View: 2094|Reply: 1
|
Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dzaraa at 24-2-2010 16:22
Zaraa tk pasti dalam ruangan2 bercerita tentang Maulid dan ada article tentang Maulid ini dan pengertian dan ulasan dari Dr. Asri Zainul Abidin...jadi bersama-sama kita semak apa sebenarnya....
|Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan
******************************
Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentangtarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkanoleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnintanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarahIslam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam IbnKathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentangharibulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.
Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, merekaberbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yangmenentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islamyang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujahmereka yang tersendiri.
Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atauSelatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insanbernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagairasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yangberada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikantentang kelahiran Jesus itu sendiri.
Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana iaperistiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat.Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama.Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorangitu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yanggagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telahmewarnai sejarah.
Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiranNabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.wyang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam,merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidakmembuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana merekatidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.
Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabiladicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabis.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahunhijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting,tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkarayang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukansekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiranJesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar olehJesus?
Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagaikrisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiahyang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agamadengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkanpolitik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’.Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikirpolitik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atasagenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Makaberselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.
Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagaiagenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yangbertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuanuntuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.
Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidakmengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.wmelainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secarabesar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh AhlilBait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikanoleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembalioleh sesetengah kerajaan dan negeri.
Demikianlah sejarahnya. Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiranNabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Disamping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika BulanRabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidaksalah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan danprinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan iniatau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempatbersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita inimenjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran bagindapada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingatibaginda selepas itu.
Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabis.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yangbaginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khassempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas ataubacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patutdiikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w.Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak,dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam nerakakecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahaiRasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada diatasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana iadapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbezadengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampirkeseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yangtidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memeliharafakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahajayang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.
Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusiasebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebihdahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yangtertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidakdisokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalahmenjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakankepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidakpernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).
Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kitaketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yangtersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karyatersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji(meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segiilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam bukual-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:
“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabis.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isaa.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.
Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakuiperistiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah MuhammadMuhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik daribuku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Pararawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah.Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luarbiasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkarayang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi inimelihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untukmemberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada paranabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).
Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammads.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenaibaginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umatIslam bertambah dekat dengan baginda? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Maulid mula disambut oleh Al Sultan Salehuddin Al Ayubi.Baginda berbuat demikian untuk mendekatkan hati para tenteranya terhadap Baginda Rasulullah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|