View: 2863|Reply: 1
|
beramal sebelum 5 perkara
[Copy link]
|
|
SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatanyang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mulamengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnyalima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kayasebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelumtiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dankelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim danal-Baihaqi)
SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika sihat, hamba Allahharus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkannikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.
KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknyayang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhiratseperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekahterutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.
LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atauaktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.
Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yangboleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuanterhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsubuas.
MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.
Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.
Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebihmampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiriselain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.
HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalantidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaranair darah.
Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.
Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat didalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagidiizinkan oleh Allah SWT.
Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusudengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr,ayat 1-3) |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lirik lagu nasyid pulak...Raihan...Insafff |
|
|
|
|
|
|
| |
|