View: 5322|Reply: 2
|
sejarah bastion middleburg
[Copy link]
|
|
Rahsia silam Bastion Middleburg
Oleh NAS NORZIELA NASBAH
| Walaupun dibina kembali, kerajaan negeri masih mengekalkan sebahagian tapak asal Bastion Middleburg bagi mengimbau kembali aktiviti ratusan tahun kubu lama itu sebagai pusat utama masyarakat ketika menjalankan aktiviti perdagangan di muara sungai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
|
MELAKA 14 April - Bandaraya Melaka Bersejarah sememangnya terkenal dengan pelbagai peninggalan sejarah yang menjadi produk pelancongan utama negeri ini.
Selain peninggalan kerajaan Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka, peninggalan lain yang turut banyak ditemui di negeri ini adalah membabitkan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.
Antara penemuan terbaru dan kini menjadi tatapan masyarakat khususnya pelancong, adalah dua kubu lama peninggalan penjajah Belanda di Bandar Hilir.
Kubu berusia ratusan tahun ini dikenali sebagai Bastion Middleburg.
Ia berperanan sebagai pusat utama masyarakat ketika itu bagi menjalankan aktiviti perdagangan di muara sungai menyebabkan Belanda membina sebuah menara kawalan atau rumah kubu pada tahun 1660-an.
Kubu lama tersebut terletak di tepi Sungai Melaka iaitu antara Bangunan Stadhuys atau lebih sinonim disebut Rumah Merah dan Quayside atau replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.
Kejayaan penemuan kubu lama penjajah ini pada 25 November 2006 merupakan hasil usaha Jabatan Warisan Negara (JWN) menerusi kajian mendalam ke atas sebuah peta lama.
Bagi pengunjung yang melalui di hadapan Bangunan Stadhuys pasti akan melihat kubu lama berkeluasan 0.09 hektar yang telah dibina semula.
Dengan keunikan batu laterit yang digunakan, disesuaikan dengan reka bentuk berbentuk kota lama atau kubu pertahanan asal, Bastion Middleburg ini mampu menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.
Selain kubu yang menggunakan batu laterit, tapak lama ini juga dihiasi dengan lapan laras meriam yang beratnya dianggarkan 1.5 tan semuanya.
Meriam diletakkan sebagai salah satu simbolik pada zaman dulu yang digunakan untuk mengawal aktiviti perdagangan dan perkapalan di muara Sungai Melaka yang sangat sibuk ketika itu.
Selepas dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 3 April lalu, kota binaan semula yang menelan belanja sejumlah RM4.4 juta ini mendapat perhatian umum daripada pelancong dunia.
Pembantu Perhubungan Awam JWN, Zaharah Ismail berkata, kubu berkenaan ditemui tertimbus di bawah sebuah bangunan dan jalan utama memasuki pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.
Menurutnya, pelbagai khazanah berharga lain turut ditemui di situ seperti jajaran Tembok Kota A'Famosa yang dibina pada zaman pemerintahan Portugis dan Belanda, selain Malacca Waterworks yang dibina oleh Inggeris pada 1893.
''Selain itu, artifak berharga lain yang berjaya kita temui ialah seperti mata wang kolonial, tembikar tanah, seramik, alat-alat besi, peluru meriam dan paip Belanda.
''Semua barang ini kemudian disimpan dengan baik, sebelum dipamerkan kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Zahara berkata, sebaik penemuan itu, JWN mengambil langkah segera dalam menyelamatkan bekas tembok kota berkenaan daripada terus berlaku hakisan akibat penambakan tanah yang berulang kali serta mendapan Sungai Melaka.
Katanya, Bastion Middleburg yang mengalami kemusnahan sewaktu Inggeris menduduki Melaka siap dibina semula menggunakan batu laterit yang diimport khas dari Thailand dan bahan pelekat bagi tujuan kajian serta pelancongan.
Ujar beliau, pembinaan semula kota tersebut melalui penyelidikan arkeologi secara sistematik dan saintifik mampu mengembalikan bukti sejarah kewujudan Kota Melaka.
'' Pembinaan semula kota ini mengambil masa selama tiga tahun untuk siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu.
''Biarpun tidak sempurna seperti diharapkan, kita berjaya juga memperlihatkan reka bentuk tembok pertahanan zaman penjajahan Portugis untuk tatapan pada hari ini,'' katanya.
Menurutnya, wujudnya Bastion Middleburg dapat menambah koleksi sejarah negeri ini sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengetahui mengenai kehebatan sejarah kota tersebut.
''Biarpun agak ringkas, kota lama ini tetap berjaya menarik orang ramai khususnya pelancong yang melalui kawasan itu untuk singgah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancong kagum keunikan tinggalan sejarah
MELAKA 14 April - Rata-rata pelancong mengagumi Bastion Middelburg kerana ia mempunyai kesan peninggalan sejarah lama yang mempunyai keunikan tersendiri.
Bagi seorang pelancong dari Thailand, Patsorn Ming, 22, berkata, selama ini dia hanya mendengar mengenai peninggalan kota lama ini di laman-laman web tetapi hari ini dia dapat melihat kewujudan Bastion Middelburg.
Menurutnya, melihat daripada reka bentuk yang menarik, kota ini begitu unik ditambah lagi dengan membaca sejarah peninggalan kota ini.
''Sebelum ini, saya hanya mendengar pengalaman rakan-rakan datang ke Melaka tetapi kini barulah saya tahu betapa indahnya negeri ini dengan pelbagai tempat yang menarik termasuklah Kota Bastion Middelburg.
''Dari jauh saya sudah tertarik dengan kesan peninggalan kota lama ini dan bila membaca sejarahnya, saya begitu kagum dan tidak menyangka kota-kota lama ini masih wujud di negeri ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Patsorn lagi, kewujudan kota lama ini sekurang-kurangnya memberi pengalaman kepadanya dan ahli keluarga lain untuk mengetahui bentuk sebenar kubu pertahanan yang digunakan orang-orang dahulu.
''Saya merupakan pelajar dalam jurusan arkeologi dan sejarah. Bagi saya, pembinaan semula kota lama ini harus mendapat pujian kerana dapat mengekalkan beberapa kesan peninggalan sejarah yang unik," katanya.
Bagi pelancong dari London, Evelyn, 55, berkata, sebelum datang melawat ke negeri ini, dia pernah membaca mengenai kota lama tersebut di sebuah laman web.
''Apabila membaca, kita hanya mampu membayangkan kota yang digambarkan tetapi melihat sendiri kota ini, ia memang unik.
''Kota ini menjadi tumpuan lawatan pertama saya di negeri ini," katanya.
Menurutnya, selain daripada keunikan reka bentuk kota lama yang dibangunkan semula, tapak asal Bastion Middelburg tetap menjadi tarikan utamanya.
''Saya difahamkan, di tapak asal ini masih terdapat peninggalan barang-barang lama seperti mata wang kolonial, tembikar tanah, seramik dan alat-alat besi.
''Bukankah itu perkara yang sangat istimewa apabila berada di negeri ini kerana pelbagai fakta sejarah menarik dapat ditemui," katanya.
Bagi seorang pelajar dari Jakarta, Indonesia, Ning Airmir, 23, berkata, kewujudan kota sejarah lama, Bastion Middelburg mampu memberi satu gambaran tepat kepada pelancong mengenai kubu pertahanan lama yang ditinggalkan sejak dulu.
"Melihat kesan peninggalan lama ini, saya berasa seronok dan kagum ditambah lagi dengan beberapa informasi menarik mengenai kota ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
time 2008 aku selalu lepak kat TIC sebelah. ari atas selalu tgk diorg buat dari carigali sampaila dia tambah batu2 baru belah atas tu. yg ori dah x nmpk dah kat belah bawah. la ni TIC tu pun dah diroboh. lom sempat g lagi nak tgk yg dah siap ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|