CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13270|Reply: 51

solat 5 waktu ( apa maksud isi kandungan dia )

[Copy link]
Post time 5-6-2010 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sivagovin at 5-6-2010 17:54

sebagai seorang non-muslim, aku nak tanya apa maksud yang dibaca semasa kamu orang Melayu sembayang 5 kali pada setiap hari

dekat TV1, aku dah salin semasa seruan azan, maksud dia dalam bahasa Melayu ialah seperti ini :...


- Allah maha besar

- aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang di sembayang melainkan Allah

- aku naik saksi bahawa nabi mohammad itu ialah persuruh Allah

- marilah sembayang

- marilah sembayang menuju kejayaan

( 5 ayat bahasa Arab di atas baca 2 kali)



adakah setiap hari solat 5 waktu, kelima-lima kali sembayang itu semua baca benda yang sama di atas ?
ada tambah ayat yang lain tak  ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2010 08:24 PM | Show all posts
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah

Marilah mendirikan solat

Marilah merebut kemenangan

Solat itu lebih baik dari tidur* ( untuk adzan subuh sahaja )

Allah Maha Besar , Allah Maha Besar

Tiada Tuhan selain Allah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 08:28 PM | Show all posts
الله اكبر الله اكبر

اشهد ان لا اله الا الله

اشهد ان محمدا رسول الله

حي على الصلاة

حي على الفلاح

الصلاة خير من النوم

الله اكبر الله اكبر

لا اله الا الله
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 10:43 AM | Show all posts
adakah setiap hari solat 5 waktu, kelima-lima kali sembayang itu semua baca benda yang sama di atas ?
ada tambah ayat yang lain tak  ?

terima kasih kerana bertanya .
1. itu namanya azan... memang setiap solat ( solat wajib yang 5 waktu) akan ada azan...panggilan atau tanda waktu solat yang 5 dah masuk.
2. macam yang diterangkan sorang lagi forumer, ader tambahan untuk waktu subuh.

and pembetulan buat saudara..
"sebagai seorang non-muslim, aku nak tanya apa maksud yang dibaca semasa kamu orang Melayu sembayang 5 kali pada setiap hari"

pls mention as org islam instead of org melayu... org islam adalah lebih tepat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 03:02 PM | Show all posts
"kamu orang Melayu sembayang 5 kali pada setiap hari"
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 03:49 PM | Show all posts
sebagai seorang non-muslim, aku nak tanya apa maksud yang dibaca semasa kamu orang Melayu sembayang  ...
sivagovin Post at 5-6-2010 17:51


Terima-kasih kerana bertanya,

Apa yang di ucapkan dalam azan memang seperti yang ditulis oleh siva. Tetapi dia hanya diucapkan dalam azan sahaja. Tujuan azan dilaungkan untuk memberitahu waktu sembahyang telah masuk dan dijemput semua datang bersembahyang. Bagaimanapun dalam sembahyang ayat lain yang dibaca, tidak sama dengan bacaan azan. Sembahyang adalah tanda untuk menyatakan syukur atau terima-kasih kepada tuhan pemilik alam ini iaitu Allah swt. Ia juga sebagai satu perintah dari tuhan supaya manusia melakukannya 5 kali sehari. Sembahyang 5 waktu dapat menghidupkan hati manusia yang mati. Jiwa akan menjadi segar, tenang, tenteram, hidup dan kehidupan akan menjadi gembira. Jika tidak sembahyang 5 waktu jiwa akan menjadi kusut, tidak bersemangat, selalu ditimpa susah hati, jiwa kosong dan hidup seperti tidak bermakna apa-apa.

Sembahyang 5 waktu bukan susah, satu kali sembahyang hanya dalam 10-15 minit sahaja. Tujuan sembahyang supaya manusia dapat ingat kepada tuhan, jika kita melupakan tuhan maka tuhan akan melupakan kita. Tuhan Allah swt  adalah pemilik alam ini, dialah tuhan yang menjadikan alam ini termasuk bulan, bintang, matahari, bumi, haiwan, manusia, dan segala-galanya. Dialah pencipta alam ini.

Dialah penjaga dan pemelihara alam ini, jika kita fikir ada banyak jenis haiwan dan binatang dalam dunia ini. Di daratan dan di lautan semuanya dipelihara oleh Alllah swt. Dia memberi rezeki(makanan) kepada semua haiwan. Tidak ada satu ekorpun yang dilupakannya. Tuhan Allah adalah tuhan yang maha berkuasa, dia mengetahui segala perkara, mendengar setiap perkataan, dia memahami setiap bahasa, dia berkuasa penuh kepada alam ini. Manusia adalah ciptaannya yang istimewa dan dimuliakan, sebab manusia diberi AKAL fikiran. Jika manusia tidak mempunyai akal maka manusia akan jadi sama seperti haiwan. Haiwan tidak boleh berfikir kerana berfikir menggunakan akal. Jika haiwan boleh berfikir sudah tentu ada pemimpin, peniaga, petani dari golongan haiwan. Haiwan tidak boleh maju sebab mereka tidak mempunyai akal.

Manusia mempunyai akal, dengan sebab itu manusia boleh memerintah dunia ini. Dengan akal manusia dapat mengenal Tuhan. Tuhan telah menunjukan tanda-tanda dia ada dan sentiasa memelihara alam ini dengan cara memperlihatkan berbagai-bagai tanda. Salah-satu tanda darinya seperti bayi dalam kandungan ibu, tuhan yang memeliharanya, dialah yang menguruskan semua keperluan bayi dalam perut ibu seperti makanan, udara, air, dan sebagainya. Juga dia yang mengatur pergerakan angin, awan, hujan, air, cahaya dan segala-galanya.

Manusia hanya menumpang sahaja dibumi ciptaan tuhan. Oleh sebab itulah manusia mesti berterima-kasih kepada Tuhan Allah kerana dia maha pemurah yang memberi kita kehidupan. Jika manusia menderhaka dia tidak rugi apa-apa tetapi manusia akan terima akibatnya, sedikit demi sedikit manusia akan mengalami kerugian dari segi jiwa dan kehidupan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 04:16 PM | Show all posts
Agama islam adalah agama yang universal, islam bukan milik orang melayu. Islam untuk semua bangsa dan negara. Cuma hampir 99% orang melayu beragama islam. Agama islam datangnya dari negara arab, negara india lebih dahulu menerima agama islam dari negara malaysia. Orang melayu menerima islam dari pendakwah yang datang dari Arab, Yaman, gujerat India, Indonesia dan lain-lain. Sebelum orang melayu masuk islam rata-rata orang melayu beragama hindu dan tidak beragama. Apabila islam datang semua orang melayu menerima islam sekitar tahun 1300 masihi sebelum atau lebih.

Bacaan dalam solat ada banyak dalam internet, nanti saya cuba carikan. Semua bacaan dalam sembahyang adalah untuk kita ingat kepada tuhan dengan cara memuji, mengagungkannya, dan berdoa.


ok ini link untuk makna dalam bacaan solat(sembahyang):

http://www.baitulummah.org/web/?p=141


Semuga bermanafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 12:46 AM | Show all posts
Reply 7# zamkumis
alhamdulillah.. ini yang aku cari ... terimakasih saudara ... moga rahmat Allah atas anda semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2010 02:08 PM | Show all posts
benda ini ke yang dibaca ?

Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 02:11 PM | Show all posts
atau cuma pergi masjid dan surau nyanyi seruan azan saja ? ( sorry ya, susah nak aku ceritakan itu ialah apa, jadi aku ambil perkataan 'nyanyi')
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 02:30 PM | Show all posts
atau cuma pergi masjid dan surau nyanyi seruan azan saja ? ( sorry ya, susah nak aku ceritakan itu i ...
sivagovin Post at 28-7-2010 14:11



    bkn sebarang nyanyi,itu kreativiti...ada yang akrobatik etc...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 03:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 28-7-2010 15:34

saudara siva...ni cth videonya :semua org islam tak kira melayu arab cina ke bacaannya sama sahaja..
http://www.youtube.com/watch?v=JNMuxQcBhnw














tak keluar videonya,sapa pandai tolong la ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 04:52 PM | Show all posts
apakah manfaat yang boleh dapat dari membaca ayat dibawah ni tiap-tiap hari 5 kali ?

- Allah maha besar

- aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang di sembayang melainkan Allah

- aku naik saksi bahawa nabi mohammad itu ialah persuruh Allah

- marilah sembayang

- marilah sembayang menuju kejayaan

( 5 ayat bahasa Arab di atas baca 2 kali)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 04:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by sivagovin at 28-7-2010 16:54

maksud aku apa tunjuk ajar, pendidikan, falsafah  dan  moral yang boleh didapat setiap kali baca ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:14 PM | Show all posts
apakah manfaat yang boleh dapat dari membaca ayat dibawah ni tiap-tiap hari 5 kali ?

- Allah maha ...
sivagovin Post at 28-7-2010 16:52



    Siva, itu adalah azan, bukan bacaan dalam solat. Azan ialah panggilan untuk menunaikan solat atau sudah masuk waktu solat. Setiap rakaat dalam solat ada bacaan bacaan tertentu.

Dan nak ingatkan kat awak, solat ini bukan untuk orang melayu tapi umat Islam seluruh dunia dan disepanjang zaman. Jadi anda harus melihat Islam bukan pada masyarakat melayu saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 05:20 PM | Show all posts
Siva, itu adalah azan, bukan bacaan dalam solat. Azan ialah panggilan untuk menunaikan sol ...
bintang Post at 28-7-2010 17:14



so bacaan dalam solat itu apa ?  setiap kali tak sama ke ?   bermaksud satu hari 5 kali tu semua ayat berlainan ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2010 05:24 PM | Show all posts
Reply 13# sivagovin


itu seruan azan..tanda peringatan waktu solat telah tiba..

Secara fitrahnya manusia mudah lupa,maka seruan azan juga perlu untuk memberi ingatan kepada orang Islam kewajipan menyembah Allah S.W.T..


dengan adanya solat 5 waktu dan azan juga secara tak langsung manusia prihatin dgn masa dan dapat merancang aktiviti kehidupan dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:31 PM | Show all posts
so bacaan dalam solat itu apa ?  setiap kali tak sama ke ?   bermaksud satu hari 5 kali tu sem ...
sivagovin Post at 28-7-2010 17:20



    Bacaannya pada setiap waktu solat adalah sama pada setiap rakaat yang lain pada setiap kedudukan/rakaat solat, yang beza berapa jumlah rakaat untuk setiap waktu solat.

1 - Zohor = 4 rakaat

2 - Asar = 4 rakaat

3 - Maghrib = 3 rakaat

4 - Isyak = 4 rakaat

5 - Subuh = 2 rakaat.



Tak perlu nak dipastekan kat sini setiap bacaan dalam setiap rakaat solat kerana awak bukan nak solat pun. Kalau awak nak tahu jugak, beli buku panduan solat atau search kat youtube atau web...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 05:37 PM | Show all posts
Di dlm AlQuran,
istilah azan tidak di rujuk sebagai "panggilan solat" atau "seruan solat".

di dlm AlQuran,
istilah azan merujuk kpd "Suatu Deklarasi".

dalilnya ialah:

Dan Suatu Deklarasi (Wa Azaaanun) dari ALLAH dan rasul Nya kepada manusia di hari haji yg besar.
(9:3)


so,
istilah azan takde kena mengena dgn apa yg di percayai oleh umat islam melayu yaitu:
"Suatu Panggilan/Seruan kpd solat".

sebaliknya,
AlQuran menggunakan istilah Naadaa = Panggilan/Seruan.

dalilnya ialah:

Dan apabila kamu di seru (Naadai tum) kepada Solat,
mereka mengambil akan ia sebagai suatu ejekan dan permainan.
(5:58)

Wahai org-org yg percaya,
apabila di seru (Nuudiya) untuk Solat dari Hari yg berkumpul,
maka bersegeralah kamu kepada mengingati ALLAH,
dan tinggalkanlah kamu akan perniagaan.
demikianlah itu lebih baik bagi kamu,
jika adalah kamu itu mengetahui.
(63:9)


so,
siapakah yg mengajar perkataan azan itu merujuk kpd "panggilan solat"?
tuhan mana yg mengajarkannya? :re:




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 05:38 PM | Show all posts
1 - Zohor = 4 rakaat

2 - Asar = 4 rakaat

3 - Maghrib = 3 rakaat

4 - Isyak = 4 rakaat

5 - Subuh = 2 rakaat.


apa itu rakaat, ayat ?

boleh tolong berikan pukul berapa kelima-lima itu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.086194 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list