CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8671|Reply: 65

Magika ditayangkan 23 September ini

[Copy link]
Post time 24-6-2010 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zeonite at 24-6-2010 18:32

Kenapa Magika Masih Tidak Ditayangkan?

Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2010 : Pasti ramai peminat yang ternanti-nantikan kemunculan filem terbaru daripada KRU Studios iaitu Magika. Lebih-lebih lagi bila ramai yang memperkatakan tentang kehebatan tentang keseluruhan pembikinan filem muzikal yang bercorak fantasi tersebut yang turut menampilkan ramai barisan selebriti terkemuka serta pelakon hebat.
Bagaimanapun, persoalan tersebut sudah pun terjawab apabila pihak KRU Studios dengan rasminya telah mengumumkan bahawa filem muzikal bercorak fantasi arahan Edry Abdul Halim itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 23 September ini. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media sempena pengumuman kerjasama KRU Studios dan Celcom di Menara Kuala Lumpur, petang semalam.
Sungguhpun, ramai pihak tertanya-tanya mengapa KRU Studios mengambil masa yang terlalu lama untuk menayangkan Magika, lebih-lebih lagi bila ia sudah disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun lalu.
Menjelaskan tentang hal ini, Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, Magika memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk dipromosikan. Dia berkata, keputusan tarikh tayangan itu juga dibuat setelah berbincang dengan pihak penaja utamanya iaitu Celcom.
"Sebelum ini, memang kami menjangkakan ia akan ditayangkan pada 11 Mac lalu, tetapi selepas nberbincang dengan pihak Celcom, akhirnya kami telah menetapkan tarikh yang baru iaitu 2 minggu selepas raya. Bagi kami ia adalah tarikh yang cukups esuai, apatah lagi bila ia ditayangkan dalam suasana hari raya.
"Bagi kami, lebih lama ia dipromosikan lebih besar impaknya. Dalam tempoh itu juga kami akan merancang pelbagai langkah promosi bersama Celcom. Malah, kami juga bercadang untuk mengadakan tayangan Diraja yang mana ia akan ditayangkan di Panggung Capital untuk tayangan Istana Perlis. Tayangan Diraja ini akan dibuat sebelum tayangan umum diadakan," katanya kepada murai.com.my.
KRU Studios boleh dikatakan bertuah apabila filem keluarannya sering mendapat tajaan daripada syarikat telco yang besar terutamanya Celcom. Mengulas tentang kerjasama tersebut, Norman berkata, selain menanggung sedikit sebanyak kos promosi dan pengiklanan ia juga mampu menghangatkan lagi filem-filem keluaran KRU Studios.
"Magika merupakan filem ketiga terbitan KRU Studios dibawah tajaan mereka (Celcom) selepas Cicakman 2 Planet Hitam dan My Spy. Bagi saya, sokongan seperti ini harus dipuji kerana ia mampu menggalakkan lagi penerbitan filem di Malaysia," katanya.
Magika yang diarahkan oleh Edry Abdul Halim berkisarkan alam fantasi serta mitos kepercayaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Menurut pengarah muda yang juga adik kepada Norman, Magika boleh dianggap filem berbentuk muzikal yang pertama di Malaysia.
"Ramai sedia maklum filem-filem lakonan P. Ramlee turut banyak menyelitkan lagu-lagu. Tetapi ia bukan berbentuk muzikal, kerana lagu hanya dipersembahkan begitu sahaja. Berbeza dengan Magika, lagu-lagu yang diselitkan itu juga adalah sebahagian daripada dialog. Malah pelakon-pelakonnya turut megikut rentak lagu sambil menari. Sebanyak 15 buah lagu baru telah digubah khas untuk Magika.
"Uniknya juga pasal Magika adalah kerana ia mengetengahkan unsur fantasi, mitos dan alam ghaib yang merupakan kepercayaan dalam masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Inilah yang cuba saya terapkan dalam filem pertama arahan saya ini.
"Bagi saya, ia menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga," katanya.
Magika dibintangi ramai pelakon dan penyanyi popular seperti Mawi, Ziaza Zain, Ning Baizura, Aznil, Diana Danielle, M Nasir, Sharifah Amani, Vanida Imran, Zaibo dan tidak ketinggalan adik Fimie Don.
Khas untuk pengguna Prabayar Celcom Blue
Sebagai penaja utama, prabayar Celcom Blue menawarkan promosi khas kepada pelanggannya. Pelanggan boleh menikmati 2 tiket wayang dan 1 muat turut gambar Magika secara percuma. Apa yang perlu pengguna harus lakukan ialah menaip MAGIKA, hantar ke 28881 dan tambah nilai minimum RM20. Di samping itu, Celcom turut menghadiahkan 100 SMS percuma dengan hanya menonton filem Magika di panggung.
Selain itu, Celcom turut menawarkan pelbagai kandungan muat turun ekslusif seperti nada dering, lagu penuh, nada dering pemanggil (Soundtrack Magika) dan gambar-gambar pelakon. Pengguna hanya perlu dail *119#.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 10:37 AM | Show all posts
ziaza zain??? wahh x sabarnya nk tgk...kalu wat 1 hri lepas raya lagi gempak...raya kedua dah le p cinema...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 10:39 AM | Show all posts
typing error lah tu..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:45 AM | Show all posts
besttt,, kalau leh nak ngok 2-3 kali la ceriter nie..x sabauuuuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 11:50 AM | Show all posts
Sabau sabau..bilan 9 nanti kita serbu panggung
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:11 PM | Show all posts
KOMPOM NAK TGK CITE NIE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2010 06:05 PM | Show all posts
KOMPOM NAK TGK CITE NIE
hyun Post at 25-6-2010 13:11


layan lori trailer dulu...
   
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 07:52 PM | Show all posts
harus nk p tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 08:00 PM | Show all posts
aku suka diana danielle.. tp kenapa mesti mawi jdik hero??
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 08:54 PM | Show all posts
salam

nak tengok gak lah
tengok mawi arh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 09:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by rheafly at 26-6-2010 09:03

ade nyanyi n mnari ala2 cam high school muzikal n filem hairspray tpi basic story ade iras2 sama cite hollywood "The 10th Kingdom" la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:06 AM | Show all posts
cam best jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 01:02 PM | Show all posts
cam best jer...
genie33 Post at 28-6-2010 11:06


Ok sementara nak menunggu filem Magika ni ditayangkan, dapatkan dulu sountrack nya yang telah pun berada di pasaran...
Ia mengandungi 15 buah lagu dengan harga rm19.90....Hanya boleh dibeli secara online.. Nak lebih info lawati facebook Magika.
Sedikit info mengenai pembelian online ini:

Get MAGIKA OST online by email us your details to [email protected]

1) Email Subject: MAGIKA OST
2) Full Name
3) NRIC
4) Mailing Address
5) Phone Num.
6) No. Of Order

Price: RM19.90 (excluding delivery cost)

Sila maklum, SOUNDTRACK MAGIKA, HANYA BOLEH DIDAPATI MELALUI ONLINE.

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:01 PM | Show all posts
aku suka diana danielle.. tp kenapa mesti mawi jdik hero??
September14 Post at 25-6-2010 20:00


Kuikuikui.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:05 PM | Show all posts
Reply 14# mia1234


    Semoga ade magis
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:36 PM | Show all posts
merong mahawangsa utk epic kepahlawan
magika utk epic fairytale
hrrm...bold move,harap2 dpt good respond
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 11:30 PM | Show all posts
abaikan mawi tu yag fenting kak ziana hoccay!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 10:17 AM | Show all posts
abaikan mawi tu yag fenting kak ziana hoccay!!
moskito_81 Post at 28-6-2010 23:30


yeah! nenek kebayan dengan sanggul nenas...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by elbee at 24-9-2010 02:03

Dah tengok kat pawagam tadi... Best sangat-sangat !!!!!





Semua kelakar-kelakar...





Yang paling membuat kita tergelak besar part Ning Baizura & Sabri Yunus tuh... hahahahaha...


Dan part Mahsuri boleh berjalan lagi lepas kena lembing... hahahahaha...


Dan part Hang Tuah (Apek) libas2 keris kat lalat... hahahahaha... dan part dia lari & kata 'hish memalukan je hero lari'... hahahahaha...





Ning Baizura pun buleh buat lawaks kehkehkeh...



Ziana Zain memang hebat lakonannya...    Semua pun hebat-hebat belaka --> M.Nasir, Diana Danielle, Mawi, dan lain-lain...





Bebudak jejaka2 yg duk bersebelahan saya asyik tergelak2 je dari mula sampai habis, walaupun part biasa & part nyanyi... ish ish ish... ntah aper yg kelakar part biasa & part nyanyi tu tak tau la...  





FILEM YANG BEST SANGAT-SANGAT !!!!!





                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 12:36 AM | Show all posts
Confirm ramai yg nak tengok banyak-banyak kali...



Sebab kelakar, grafik cantik, canggih & best sangat-sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.129077 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list