View: 7136|Reply: 38
|
Motif kahwin lebih dari satu(khususnya bagi para ustaz, alim ulama, )
[Copy link]
|
|
Assalamu'alaikum,
saya sini ingin berniat untuk belajar dan memahami situasi lelaki yang kahwin lebih satu. Walaupun amnya sunnah Rasulullah S.A.W, tp skg ni sume mesti case-by-case kn motifnya. lebih-lebih lagi untuk orang2 alim ulama ni. Kenapa? Apa faedahnya? Ada tak keburukannya? Anak-anak cakap ape? Apa rasanya kalau anak perempuan dijadikan isteri yg bermadu atau ke-2, ke-3 dan seterusnya?Berbaloikah?Yakinkah diri itu kahwin niat kerana Allah?(ini kerana walaupun kamu buat ape saja mesti nawaitu kerana Allah.inikan kahwin, dan kahwin kali keberpa.)
Memang ada sikit saya tak puas hati, tapi saya cuba membuka minda sebab apa semua yang terjadi ini berlaku. Wallahualam, Allah mmg mempunyai rancangan sendiri. Siapalah saya untuk mengatakan semua ini buruk. Tapi kalau semua lelaki ini berkahwin lebih mmg tak buat salah, silap dan lagi2 dosa, nape byknye x menjadi rumhtangganye? anak2 byk terbiar? penceraian pun berlaku gak. Isteri yang baik dan mengharapkan pembelaan Allah S.W.T sj yg bersabar dan masih telan rasa hati bengkak sambil layan suami baik2. Dan ada yg kahwin lebih satu syukur dgn nikmat dunia dan layan dua2 isteri dan anak2 dgn baik. Alhamdulillah.
Jadi kalau ada yang sudi ulaskan, berikan pengalaman masing2, nak tegakkan ape yang penting, silalah. saya betul2 nak paham dari semua segi. sebabnye saya sorang mungkin tahu mn baik dan mn buruk, tp ikutkan hati masih lg marahkan secara am pd org yg kawin lebih ni.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
klu buat elok2 takpa. jgn jeles2. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mereka-mereka yang kawin lebih dari satu ada jawapan yang sebenar.... mungkin berbeza-beza jawapan antara mereka kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai perempuan melihat lelaki yg kawen lebih dr 1 tu seorang yg tidak baik dan jahat. ramai perempuan juga melihat wanita yg dimadu itu wanita yg teraniaya. klu perempuan dapat membuang persepsi tersebut, mungkin tanggapan pada kehidupan poligami itu lebih baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai perempuan melihat lelaki yg kawen lebih dr 1 tu seorang yg tidak baik dan jahat. ramai perempu ...
kelat Post at 8-7-2010 12:09 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
harap2 mrk boleh buang persepsi spt itu, be more positive. begitu juga anak2. jgn bersikap tamak. bila ayah kahwin lain jer mesti rasa tak best sbb harta ayah akan terbahagi kpd byk bahagian. so masing2 dpt sikit jer nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah ada lelaki yang dari golongan berkahwin lebih satu dapat bg alasan kenapa. Walaupun alasan derg tu personal dan xwajib pun memberi alasan 'kenapa' pun pd sesiapa. tp betul2 pelikla..y???
Berapa sajalah laki yang berani jawab sebabnye adalah utk tolong perempuan tu?
betulkah tak kisah anak perempuan derg alami nasib yg sama? Rasulullah s.a.w pn dlu ada berkata pd menantu die Saidina Ali yg kahwin dgn Fatma. 'Sesiapa yang membuat anakku sedih maka die telah membuatku sedih juga'.
If men would just be man enough to own up to what they really thought and feel to why they want another wife. dari cari alasan yang mcm2. lagi suka laki yg mengaku sbb mampu kahwin lain, pe slhnye. walaupun sakit ati dgr, tp at least its true.
ni nk bukak forum lain lak tanye pmpuan nape sanggup jadi isteri ke-2, ke-3..mungkin diri sdr kena baru tahu kot. Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lah ada lelaki yang dari golongan berkahwin lebih satu dapat bg alasan kenapa. Walaupun alasan ...
phoe_nix Post at 8-7-2010 14:44 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
POLIGAMI ADALAH HUKUM ALLAH
Oleh Mohd. Asri b. Zainul Abidin
[email protected]
Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya. Malangnya pada mutakhir ini wajah serangan terhadap Islam dan peraturannya bertopengkan agama untuk menghancurkan agama. Inilah hasil kelompok yang ingin memahami Islam daripada golongan orientalis dan musuh-musuhnya, malangnya mereka tidak dapat memahami Islam daripada karya-karya asli para ulama Islam.
Namun golongan yang tidak faham atau yang ingin mencari kesalahan untuk ditempelkan kepada agama sengaja melihat dari mata musuhnya. Hasrat mereka untuk menonjolkan kehebatan pemikiran Dunia Barat dan meperlekehkan Islam. Dalam masyarakat yang umatnya berpegang kepada Islam, golongan ini cuba memutar belitkan nas-nas agama untuk kepentingan pemikiran Barat. Mereka mengambil kesempatan dari kesalahan sikap sebahagian pengamal poligami untuk memukul sistem tersebut. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).
Inilah hakikat yang berlaku pada hari ini, di mana berlakunya perzinaan yang berleluasa yang membabit sebahagiannya lelaki yang mempunyai isteri yang memangsa wanita yang bersedia dimangsa dirinya, yang keburukannya akan menimpa isterinya yang sah dan keluarga. Begitu juga hubungan seks yang begitu yang bebas yang dicerminkan oleh masyarakat yang sedang parah, di samping adanya media massa yang bersedia menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai bahan paparan yang menguntungkan. Malangnya golongan ini hanya diam, tiada isu yang hendak dimainkan mereka. Namun jika mereka melihat adanya peluang yang membolehkan mereka memukul agama dengan senjata yang meracun akidah maka mereka jadikan ianya perbahasan yang boleh membantu mereka menimbul keraguan golongan awam yang tidak faham terhadap Islam.
Katanya Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah S.A.W, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka) Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).
Artikel penuh: http://drmaza.multiply.com/journ ... _Adalah_Hukum_Allah |
|
|
|
|
|
|
|
"poligami ni x salah, kalau dapat menyelesaikan suatu masalah ia menjadi harus. tapi kalo poligami, menambah masalah, ia boleh mendatangkan dosa" - dr fadhilah kamsah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# phoe_nix
salam
walau saya wanita
poligami itu halal dalam islam
ada hikmah2 kenapa allah swt benarkan semua ini
yang menjadi tak elok kerana manusia sendiri
allah dan buat syarat2 dia
manusia yg tak ikut
bukan lelaki sahaja tapi kaum wanita juga
kenapa mesti ada cemburu melampau
kenapa mesti tamak kasih sayang
kenaoa mesti ada dengki sesama wanita kalau dan bermadu
kena redha kerna allah
kita yg didik anak2 dgn fahaman salah
suruh mereka2 berfikir salah
suruh mereka2 dengki2
lelaki juga
mesti lah adil
mesti tanggungjawab
banyak hikmah poligami ni
kaum wanita akan ada byk masa utk diri sendiri
utk beribadah, tak lah nak jaga suami sentiasa
sebab akan ada isteri2 lain yg akan jaga
isteri akan ada masa untuk mak ayah dan anak2 selain masa utk suami
dan banyak lagi hikmah dia
maaf, saya hanya nampak kebaikan
mmg la cakap senang , tapi buat susah
ya, sebab kita lemah iman
saya juga tak tahu saya mampu ke tidak kalau ditakdirkan bermadu
wallahualam ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# JiMmY_tAiChOu
yang buat tambah masalh itu adalah kita sendiri
kita yg tak ikut cara dan amalkan islam sebenar
kita yg ada sifat cemburu, sifat dengki, sifat tamak,
kita sendiri ada sifat pilih kasih, pilih cantik, pilih muda, pilih harta dll
so, tuhan buat utk semua bahagia bukan derita
tapi manusia yg merosakkan hukum allah itu
manusia kan perosak muka bumi spt firman allah dalam surah apa ntah saya dah lupa, ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# sitihawa
ada betolnya kata2 u, islam dan segala didalamnya indah jika dihayati betol2. tapi ramai yg menjalaninya mengikut selera masing2....salute sgt kt sapa2 yg boleh berpoligami sebaik2 yg disyariatkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tobby at 8-7-2010 19:35
"poligami ni x salah, kalau dapat menyelesaikan suatu masalah ia menjadi harus. tapi kalo poligami, menambah masalah, ia boleh mendatangkan dosa" - dr fadhilah kamsah
JiMmY_tAiChOu Post at 8-7-2010 16:33 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kena baca mcm ni betul atau salah:
"perkahwinan ni x salah, kalau dapat menyelesaikan suatu masalah ia menjadi harus. tapi kalo perkahwinan, menambah masalah, ia boleh mendatangkan dosa" - dr fadhilah kamsah
berkahwin satu or dua adalah perkahwinan yg sah dlm islam. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 mrk boleh buang persepsi spt itu, be more positive. begitu juga anak2. jgn bersikap ta ...
tobby Post at 8-7-2010 14:02 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
agak-agak... siapa kau boleh ubah minda dari persepsi -ve ke +ve? nak cuba? |
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak... siapa kau boleh ubah minda dari persepsi -ve ke +ve? nak cuba?
ibnur Post at 8-7-2010 21:48 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
cuba kahwin dua? belum ada rezeki lg mod.. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tgk saleh yaacob & his family
kalau perkahwinan dibina atas dasar agama
xder mslh r kawen brape pon
sbb kte dh menunaikan hak isteri2 tu dsb...
bhgia jer... siap masok paper lg |
|
|
|
|
|
|
|
umumnya wanita tak suka poligami tak kira apa reason pun. depa takmo share. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan kenapa depa kawin lg sebb > agama kata boleh.
hal2 lain isu takmo share la, xleh terima la, anak2 masalah la.. tu semua budaya ja yg me-negatif-kan poligami.
suami dah kawin lebih satu terima seadanya n berusaha utk hidup bahagia... suami isteri madu seluruh keluarga. somi plk tunjuk teladan yg baik supaya dihormati oleh isteri2 n anak2.... si isteri plk kalu suami dah kawin lg pls hormat suami anda... mungkin hormat dua kali ganda dr sblm kawin lg.... bahagiiiiiiaaaaaaa. sebb apa bahagia? sbb Allah pelihara rumahtangga kita..... insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
alasan kenapa depa kawin lg sebb > agama kata boleh.
hal2 lain isu takmo share la, xleh terima la, anak2 masalah la.. tu semua budaya ja yg me-negatif-kan poligami.
suami dah kawin lebih satu terima seadanya n berusaha utk hidup bahagia... suami isteri madu seluruh keluarga. somi plk tunjuk teladan yg baik supaya dihormati oleh isteri2 n anak2.... si isteri plk kalu suami dah kawin lg pls hormat suami anda... mungkin hormat dua kali ganda dr sblm kawin lg.... bahagiiiiiiaaaaaaa. sebb apa bahagia? sbb Allah pelihara rumahtangga kita..... insyaallah.
cmf_Pandora Post at 9-7-2010 08:16 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
klu la semua perempuan berpikiran begini takda la perang rmh tangga.
Dan.....bini dah kasi lampu hijau tu jgn pulak abaikan bini. tapi biasa la. bila dah dua family belanjawan keluarga mesti ketat sikit... itu normal la. janji suami tak abaikan tggung jwb ok la. alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Nabi adalah sebaik contoh untok kita ikuti.
Nabi mempraktikkan monogami semasa diMekah dengan mengahwini S. Khadijah sehingga isterinya meninggal. Kalau nak diikutkan nabi sudah olih berkahwin lebih dari satu kerana pada masa itu ayat yang menghadkan kahwin 4 belum diturunkan lagi. Dan juga pada masa itu sudah menjadi lumran bagi kaum Arab untok beristeri lebih dari satu.
Nabi mula berkahwin selepas hijrah dan jumlah isteri Nabi yang paling banyak pada satu ketika adalah 9 orang. Tetapi harus diingatkan bahawa kesemuanya adalah janda kecuali S. Aisha.
Adakah kita betul2 mengikuti sunah??
Berapa ramaikah lelaki yang mengambil janda2 sebagai isteri kedua/ketiga?
Poligami dibenarkan olih Islam tetapi dengan bersyarat.
Q4:3 Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja...
Syarat yang telah ditetapkan olih Allah bukanlah berdasarkan kemampuan sesaorang itu tetapi dapat berlaku "ADIL". Berapa ramaikah lelaki yang dapat berlaku adil??
Allah juga menggunakan perkataan "TAKUT" bagi menunjukkan betapa seriousnya dosa sekiranya kita tidak dapat berlaku adil.
Bagi mereka yang mengatakan mereka bolih berlaku adil, inilah jawapan dari Allah:-
Q4:129 Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,.......
Sama samalah kita fikirkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat yang telah ditetapkan olih Allah bukanlah berdasarkan kemampuan sesaorang itu tetapi dapat berlaku "ADIL". Berapa ramaikah lelaki yang dapat berlaku adil??
Allah juga menggunakan perkataan "TAKUT" bagi menunjukkan betapa seriousnya dosa sekiranya kita tidak dapat berlaku adil.
ramsys Post at 11-7-2010 02:31 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
agree. |
|
|
|
|
|
|
| |
|