View: 8112|Reply: 5
|
lagenda seniman; jamil sulong!!
[Copy link]
|
|
Seindah jasa Pak Jamil
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
Gambar MOHD. IZWAN
| JAMIL SULONG
|
SENIMAN ini merupakan antara individu yang memberi sumbangan besar pada perkembangan industri filem sejak era filem hitam putih lagi.
Tiada siapa mampu menafikan Datuk Jamil Sulong merupakan antara anak Melayu terawal yang mempelopori dunia pengarahan filem.
Suami kepada seniwati yang tidak asing lagi, Datin Rosnani Jamil, dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 6 Ogos 1926 dan tanggal 6 Ogos ini usia seniman itu bakal menginjak ke angka 84 tahun.
Dalam mengenang kembali serta menghargai jasa-jasa dan sumbangan yang dirintis oleh insan yang cukup sinonim dengan panggilan Pak Jamil di kalangan insan seni itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada tanggal 5 Ogos ini bakal menganjurkan Malam Lagenda Perdana, Tiada Kata Secantik Bahasa.
Majlis yang mendapat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dijadualkan berlangsung di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada pukul 8 malam.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kini usia penglibatan seni Pak Jamil telah pun menjangkau 60 tahun.
Majlis tersebut selain diadakan sempena ulang tahun kelahiranpeningkatan usia Pak Jamil ia turut diadakan bagi mengenang kembali segala jasa-jasa yang diabadikan oleh Pak Jamil sepanjang enam dekad bergelar anak wayang.
Selain mengarah, Pak Jamil juga merupakan seorang penulis lirik yang cukup kreatif. Keindahan bahasanya jelas tergambar dalam kebanyakan lagu-lagu popular ciptaan dan dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Antaranya Tiada Kata Secantik Bahasa, Merak Kayangan, Engkau Laksana Bulan, Berkorban Apa Saja, Anakku Sazali, Joget Pahang, Tiru Macam Saya, Bulan Dan Juga Angin serta Azizah.
Di bidang pengarahan pula, Pak Jamil memulakan hasil kreatif beliau dengan kerjaya sebagai penolong pengarah bersama syarikat perfileman Shaw Brothers, Malay Filem Productions Limited (MFP), di Jalan Ampas, Singapura pada November 1951.
Beliau banyak membantu pengarah K.M Basker dan Phani Majumdar menghasilkan filem Hang Tuah, Anakku Sazali dan Doktor.
Hanya pada tahun 1957, Pak Jamil diberi kepercayaan mengarahkan filem pertamanya, Batu Belah Batu Bertangkup.
Filem lain yang turut diarahkan oleh beliau ialah Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang dan Ranjau Sepanjang Jalan.
Presiden Seniman, Harun Salim Bachik pada majlis sidang akhbar serta pra-pelancaran buku Jamil Sulong - Warisan Dan Wawasan di Finas baru-baru ini memberitahu, majlis yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif Seniman dalam menghargai sumbangan tokoh seni yang disegani itu.
Naskhah Jamil Sulong - Warisan Dan Wawasan yang bakal dilancarkan pada majlis tersebut dijual dengan harga RM162.
"Tempoh 60 tahun merupakan perjalanan yang cukup jauh diambil oleh Pak Jamil dalam industri seni. Bagi kami, menghargai seseorang insan seni biarlah ketika hayat mereka masih ada.
"Jangan tunggu bila seseorang itu sudah tiada baru hendak memberi pelbagai anugerah dan penghargaan buat mereka. Jadi, kami rasa majlis sebegini satu pembaharuan yang akan diusahakan oleh Seniman dalam menghargai lebih ramai insan-insan seni lain pada masa akan datang," kata Harun.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah tokoh perfileman, Senator Tan Sri Dr. Jins Shamsudin.
Bertemakan Black Tie, pelbagai aktiviti telah disusun termasuk persembahan pentas daripada artis-artis ternama negara.
Antaranya ialah Datuk Ahmad Nawab, Musly Ramlee, Aishah, Nasir Wahab, Razali Hussain, Ibnor Reza, Zehra Zambri, Azlina Aziz dan Salwa Abdul Rahman.
Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam tersebut merupakan sebahagian lagu yang liriknya dibukukan dalam buku Tiada Kata Secantik Bahasa di mana pasti bakal emosi hadirin mengenang kembali nostalgia perfileman Melayu lama.
Selain dihadiri oleh barisan artis senior yang terlebih dahulu mewarnai era filem tempatan, majlis turut diraikan oleh artis-artis generasi baru tempatan.
banyak film2 arahan pak jamil yg mmg best2 belaka!!!! selagi dia masih hidup ni... kena dapatkan mcm2 stori dari dia tentang perfileman melayu... dan bagi penghargaan dan anugerah... jgn tunggu bila dah mati baru ler nak dikenang ke hulu... dikenang ke hilir!!
p/s pastu aku penah baca... anak2 pak jamil dan kak nani ni.. ramai yg mmg berjaya, pi oversea kerja bagus2... hah!! |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit coretan dr wikipedia ttg datuk jamil sulong bg menyokong p/s amazed..
Beliau telah berkahwin dengan Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi seorang Kapten Penerbangan Malaysia(MAS) yang berumur 49 tahun, Anwardi yang telah mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pengarah filem tetapi lebih cenderung kepada dunia perniagaan dan IT yang berumur 48 tahun, dan Asnadi yang kini bermastautin di New Jersey, Amerika Syarikat yang berumur 41 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan filem P.Ramlee memang bagus tapi Rtm ,Astro tolong lah bagi slot untuk filem filem arahan Jamil Sulong, M.Amin , Omar Rojik, kalau tak sampai bila bila orang tak kenal filem dia orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu Ogos 7, 2010
Malam Legenda Perdana Raikan Jamil Sulong
Oleh KEMALIA OTHMAN
Jamil Sulong menerima penghargaan daripada Presiden Seniman, Harun Salim Bachik sambil diperhatikan karyawan seni yang lain.
KUALA LUMPUR: Malam Legenda Perdana "Tiada Kata Secantik Bahasa" serta perlancaran buku Datuk Jamil Sulong berjudul Warisan Dan Wawasan berlangsung penuh gilang-gemilang.
Ia diadakan di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.
Majlis anjuran Persatuan Seniman itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dengan dihadiri lebih 50 artis dan karyawan seni tanah air.
Pada pukul 8.30 malam, majlis yang dikendalikan oleh pengacara Fauziah Ahmad Daud dan pelakon baru Ifran Roslan itu dimulakan dengan laluan permaidani merah oleh artis-artis veteran dengan diiringi artis-artis baru menuju ke dewan.
Malam penuh bermakna yang juga meraikan ulang tahun kelahiran Jamil Sulong ke 84 tahun itu turut disajikan dengan persembahan beberapa artis yang menyampaikan tribute lagu-lagu ciptaannya.
Antaranya Tiada Kata Secantik Bahasa, Merak Kayangan,
Engkau Laksana Bulan, Berkorban Apa Saja, Anakku Sazali,
Joget Pahang, Tiru Macam Saya, Bulan Dan Juga Angin serta Azizah.
Ketika ditemui, Jamil Sulong yang kelihatan agak uzur memberitahu sangat terharu dengan majlis penghargaan yang dibuat khas untuknya itu.
Malah beliau berharap Seniman terus berusaha mengerakkan aktiviti sedemikian kepada artis-artis lama yang lain.
"Saya sangat terharu dengan majlis yang dianjurkan oleh Seniman ini, lebih-lebih lagi ramai artis-artis lama dan artis baru yang datang meraikan majlis ini.
"Secara peribadinya saya mengucapkan terima kasih kerana niat dan hasrat mereka datang meraikan majlis ini biarpun kita jarang atau belum pernah berjumpa.
"Kepada teman-teman yang banyak menyumbangkan tenaga dan bakat pada malam ini, saya anggap itu sebagai hadiah harijadi dan taburan budi yang tidak dapat saya balas," katanya.
Dalam pada itu, Jamil sempat meluahkan perasaannya sepanjang 60 tahun berkecimpung dalam industri seni ini.
"Seperti yang saya katakan, tiada kata secantik bahasa merupakan gambaran perasaan saya yang mana sudah tersirat dengan seribu makna. Pada saya tidak ada apa-apa lagi yang berbuku di hati selama 60 tahun saya di sini.
"Dugaan sebagai anak seni memang ada turun dan naiknya, tetapi selangkah kita menceburinya kita terpaksa terima pahit maungnya.
"Saya harap industri seni kita akan terus berkembang sehingga peringkat tertinggi dan ke luar negara," jelasnya.
Majlis tersebut turut dihadiri Datuk Yusof Haslam, Datuk Jins Shamsudin, Datuk Sri Khalid Mohammad Jiwa, Datuk Siti Nurhaliza, Rosyam Nor dan ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke jamil sulong sekeluarga ni lah yg paling berusaha menjatuhkan p.ramlee,
kalau tak silap dia ada anak keje wartawan hiburan dan tulisan dia masa tu sentiasa memburukkan p.ramlee.
kalau ade sapa yg tau cerita sila la kongsi. |
|
|
|
|
|
|
|
Biografi JAMIL SULONG
NAME : Datuk Jamil bin Sulong (DMSM, KMN, AMN) DATE OF BIRTH : 06 August 1926
PLACE OF BIRTH : Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
RACE : Malay
RELIGION : Islam
NAME OF SPOUSE : Datin Rosnani binti Ludin(known as Rosnani Jamil)
YEAR OF MARRIAGE : November 1953
NAME OF CHILDREN : Murniaty
Arjunaidi
Anwardi
Asnadi
EDUCATION Studied in Malay, Religious and English schools
CAREER PRIVATE 1947 Film Script Writer
1950s Employed as a crew in film making in Singapore
1951 Assistant Director, directed 15 blackand white film
Assistant Director to K.M.Basker, Phani Majumdar and S Ramanathan from India
1951 Assistant Director and Translator, Malay Film Production Limited
1958 Director, Malay Film Production Limited
Films directed :-
1. Batu Belah Batu Bertangkup
2. Raja Laksamana Bentan
3. Budi dan Dosa
4. Kaca Permata
5. Lubalang Daik
6. Si Tanggang
7. Isi Neraka
8. Dayang Senandung
9. Bidasari
10. Darah Muda
11. Gerak Kilat
12. Gerhana
13. Mambang Moden
14. Raja Bersiong
15. Jalan Lain Ke Syurga
16. Permintaan Terakhir
17. Jiwa Remaja
18. Sayang Anakku Sayang
19. Cinta Dan Lagu
20. Dendang Perantau
21. Tuan Badol
22. Jejak Bertapak
23. Ranjau Sepanjang Jalan (early 1980s)
24. Jasmin
25. Sumpahan Mahsuri (1989)
26. Raja Melewar (1997)
As a Assistant Director:
1. Patah Hati
2. Hati Iblis
3. Mangsa
4. Insan
5. Menyerah
6. Ribut
7. Keadaan Ilahi
8. Putera Bertopeng
Among his composed lyrics:
1. Tiru macam saya
2. Joget Pahang
3. Itulah Sayang
4. Istana Cinta
5. Engkau Laksana Bulan
6. Merak Kayangan
7. Sekapur Sireh OTHERS 31/12/1950
|
|
|
|
|
|
|
| |
|