CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3324|Reply: 11

Persoalan Cerai (pembetulan soalan no 3 di post 10)

[Copy link]
Post time 21-7-2010 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by alifsue2020 at 22-7-2010 22:02

Assalamualaikum

1. Jika seseorang suami TERLINTAS (dlm fikiran) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?


2. Jika seseorang suami TERFIKIR (dlm fikiran..lebih kepada terniat) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?

3. Jika seseorang suami telah bercakap begini kepada isterinya.. "Ayang nak dengar abang lafazkan cerai ke pada ayang?" (tetapi suami tidak ada niat untuk bercerai dengan isterinya. Sekadar bercakap begitu untu menakut-nakutkan isterinya). Itu sahaja tanpa ada sebutan 'talak 1@2@3 atau "aku ceraikan engkau"'..adakah suami isteri ini telah bercerai??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2010 01:39 PM | Show all posts
Assalamualaikum
Walaikum salam

1. Jika seseorang suami TERLINTAS (dlm fikiran) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?
Tidak... selagi tidak dilafazkan. Zahir dan Batin bersatu baru sah lafaznya.


2. Jika seseorang suami TERFIKIR (dlm fikiran..lebih kepada terniat) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?
Sebagai saorg suami semestinya tiada 'CERAI' dlm dirinya...kedudukan istri boleh membuat saorg kuat IMAN nya...mau hadapi cabaran dan dugaan. Iblis selalu mengunakkan kedududkkan istri utk mengugat Iman saorg itu.

3. Jika seseorang suami telah bercakap begini kepada isterinya.. "Ayang nak dengar abang lafazkan cerai ke pada ayang?" (tetapi suami tidak ada niat untuk bercerai dengan isterinya). Itu sahaja tanpa ada sebutan 'talak 1@2@3 atau "aku ceraikan engkau"'..adakah suami isteri ini telah bercerai??
Menunjukkan kau zalim terhadap diri mu hingga tergamak buat begini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2010 01:49 PM | Show all posts
Reply 2# S.A.M
as'kum

Soalan ke -2 dan ketiga ku belum di jawab lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 21-7-2010 13:57
Reply  S.A.M
as'kum

Soalan ke -2 dan ketiga ku belum di jawab lagi...
alifsue2020 Post at 21-7-2010 13:49
Belum dijawab atau kau tak faham? Jawapannya no:1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 12:50 AM | Show all posts
ye ke? Thanks...lega. : )
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 03:08 AM | Show all posts
ye ke? Thanks...lega. : )
alifsue2020 Post at 22-7-2010 00:50
Ingat berhati2lah jgn ada timbul CERAi dlm benak kau. Rumahtangga adalah anak kunci Islam. Itu sebab tak digalakkan cerai berai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2010 10:38 AM | Show all posts
1. Jika seseorang suami TERLINTAS (dlm fikiran) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?
2. Jika seseorang suami TERFIKIR (dlm fikiran..lebih kepada terniat) untuk bercerai dgn isteri (tapi tidak menyuarakan kepada isteri)...adakah diorang telah bercerai?

Soalan no. 1 dgn soalan no. 2, sama sahaja maksudnya... kalau cerai tak dilafazkan, boleh kira cerai ker?... jawapnya, tak... sebab kena lafaz supaya ada yg dengar, tak kiralah yg dengar tu isteri atau orang lain, selain isteri..., kalau orang lain dengar, dia kena bagi tahu si isiteri, dan jadi saksi, kalau isteri yg dengar, dia kena mengadu ke pejabat agama... kalau tak dengar, macam mana nak mengadu... nak mengadu apa?...

3. Jika seseorang suami telah bercakap begini kepada isterinya.. "Ayang nak dengar abang lafazkan cerai ke pada ayang?" (tetapi suami tidak ada niat untuk bercerai dengan isterinya). Itu sahaja tanpa ada sebutan 'talak 1@2@3 atau "aku ceraikan engkau"'..adakah suami isteri ini telah bercerai??...

Ingatlah, bab-bab cerai ni, kalau betul, sahlah dikira... kalau main2 pun, hendaklah ingat, dikira juga sebagai sah... maksud sah berlaku perceraian, isteri kena bawa kes ke pejabat agama, mengesahkan perceraiannya... sabit jangan main2!!! banyak perkara lain lagi nak buat main!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 05:48 PM | Show all posts
Reply 7# tokwan_jantan

jadi yg soalan no 3 tu..di kira pasangan suami isteri tu dah bercerai atau tidak? Thanks byk2 sudi luangkan masa menjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 07:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 22-7-2010 19:59

Reply 8# alifsue2020

3. Jika seseorang suami telah bercakap begini kepada isterinya.. "Ayang nak dengar abang lafazkan cerai ke pada ayang?" (tetapi suami tidak ada niat untuk bercerai dengan isterinya. Sekadar bercakap begitu untu menakut-nakutkan isterinya). Itu sahaja tanpa ada sebutan 'talak 1@2@3 atau "aku ceraikan engkau"'..adakah suami isteri ini telah bercerai??
Baiklah...nampaknya jiwa kau suami/istri tak tenteram. Sila jwb dgn jujur:
1)Adakah istri kamu terima dgn ikhlas lafaz cerai kau itu?
2)Ada dua saksi jika adalg baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 09:59 PM | Show all posts
Reply 9# S.A.M

Masa perkataan tu aku tersebut, dia terus memeluk aku sambil berkata "jangan sayang. Ayang sayang abg'.Tidak ada saksi dan tidak ada perkataan cerai pun. Just aku terkeluar ayat yg bertujuan utk menakut-nakutkan..iaitu "Ayang nak cerai ke....kalau ayang nak, papa boleh lafazkan..". Lepas jer aku cakap ayat tu, isteri aku terus memeluk aku.


Sorry..ni baru ayat yg betul setelah puas aku cube ingat apa ayat sebenarnya yang keluar dari mulut aku secara spontan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 04:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by S.A.M at 23-7-2010 04:44

Reply 10# alifsue2020

Masa perkataan tu aku tersebut, dia terus memeluk aku sambil berkata "jangan sayang. Ayang sayang abg'.

Jadi istri kau tak sudi diceraikan...

Tidak ada saksi dan tidak ada perkataan cerai pun.
Saksi itu ada ya itu 'malaikat' yg mendengarnya. Saksi tak semestinya manusia. Atau lebih tepat lagi Allah mendengarnya.

Just aku terkeluar ayat yg bertujuan utk menakut-nakutkan..iaitu "Ayang nak cerai ke....kalau ayang nak, papa boleh lafazkan..". Lepas jer aku cakap ayat tu, isteri aku terus memeluk aku.
Itu sebab aku kata kau zalim pd diri mu (maksud aku zalim kpd Allah) sahingga tergamak berkata begitu...Soal perkataan cerai bukan lah perkara enteng yg boleh dibuat gurau senda atau gertak atau menakut2kan...

Dibawah ini mengikut apa yg tertera:

Lafaz cerai ada dua jenis, iaitu soreh dan kinayah.
Lafaz soreh ada tiga dalam makna iaitu tholaq, firaq, dan sarah.
Maksud sarah maknanya, cerai dan tidak boleh ditafsirkan dengan maksud lain.
Lafaz kinayah pula boleh ditafsirkan sebagai cerai dan membawa maksud lain.

Cerai itu sah jika digunakan lafaz soreh tanpa perlu kepada niat. Malah, cerai berlaku walaupun suami mengucapkan secara olok-olok atau bergurau.

Ikatan perkahwinan sangat penting dan tinggi kedudukannya serta tidak boleh dipermainkan. Cerai dengan lafaz kinayah pula perlu disertai dengan niat untuk dikira sah.

Hadis Rasulullah: "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh, dan olok-oloknya juga menjadi sungguh; iaitu nikah, cerai dan rujuk" (Riwayat Abu Daud)."bersungguh2 nak cerai dan olok2 pada hal dia bersungguh2 nak cerai" Jadi disini fahamkan olok2 tanpa bersungguh2 nak cerai boleh dikecualikan... maknanya tak cerai...(jika salah bolehlah sesiapa betulkan)

Dibawah ini fikirkan lah sebaik2nya

Bila siteruna mengangkat akad nikah diperlukan dua saksi dan persetujuan sigadis. Dan silelaki dikehendaki memenuhi 'syarat2' yg dibentangkan oleh kadi seperti perlindungan, makan minum, pakaian, nafkah zahir/batin dan sebagainya. Sebelum akad nikah sikadi akan bertanya kpd sigadis bahawasanya sigadis ini setuju menerima sijejaka itu sebagai suami.. Jawapannya mudah je....Ya, setuju atau nganguk je dari sigadis baru boleh dilangsungkan akad nikah.

Begitu juga bila berlaku sesuatu penceraian hendak mempunyai dua saksi dan persetujuan dari si sang istri.
Biasanya sebutan cerai berlaku ketika kedua2 sisuami/istri bertengkar. Dlm pertengkaran keduanya akan hilang kewarasan, seimbangan, kematangan, hilang akal, api kemarahan kemuncak dan sebagainya maka2 terlepaslah perkataan cerai oleh si sang suami terhadap istrinya.....kerana hilang kawalan diri....

Terlepas perkataan cerai dlm wktu pertengkaran tidak lah sah sebab kedua2 nya sudah dirasuk 'Iblis/syaitan'...mereka berdua dikehendaki kena counselling supaya tidak berlaku lagi tetapi jika berlaku kali kedua ...lebih baik pergi makahmah atau pejabat kadi buat rujukan.

Cerai itu sah jika siistri setuju seperti kau akad nikah apabila dia setuju menjadi istri kamu dan juga dua org yg menyaksikan persetujuan kedua2nya. Cerai itu sah bila kamu melafazkan dlm keadaan waras, matang, siuman, ikhlas dan sebagainya selepas berunding atas apa sebab membuat kedua2nya setuju utk berpisah tanpa ada rasa kesal dibelakang hari. Dan sisuami setuju memberi nafkah dan lain2 juga yg apa tertera dlm peraturan.

Dan tahukah kamu bila sudah bercerai sisuami saharusnya keluar dari rumah itu dgn hanya membawa brg2 peribadi saja maksud aku rumah dan hartabenda kesemuanya diberikan kpd bekas istri nya tanpa dituntut sebab ini perjanjian sisuami dlm akad nikah ya itu perlindungan, makan minum, pakaian, nafkah zahir/batin dan sebagainya.... Jika siistri yg salah (curang) lagi berat lo.....siistri tidak boleh memiliki satu pun harta benda (melainkan peribadi punya) termasok anak2 sekali malah didenda bayar semula segala perbelanjaan termasuk nafkah yg diberikan bekas suaminya sejak dari sahnya suami-istri...perkara ini tidak dikuatkuasa oleh makahmah syariah. Saya pun tidak tau kenapa jika dikuatkausakan pasti siistri takut melakukan curang terhadap suaminya dan boleh mengurangkan penceraian juga dikalangan masyarakat Islam. (sesiapa pun boleh betulkan jika aku salah dlm perkara ini)

Jadi apa yg aku tulis ini kau renungkan sendiri sebab kau lebih mengetahu apa yg sebenar berlaku antara kau berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 07:52 AM | Show all posts
kalau compliated sangat, lebih baik pergi pejabat shariah dan minta nasihat dari ahli dan pakar.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 1.931165 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list