CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3183|Reply: 8

KEADAAN DUNIA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W:

[Copy link]
Post time 1-8-2010 02:25 AM | Show all posts |Read mode


Dunia pada abad ke enam Masehi adalah umpamaseorang yang sedang sakit tenat, tersangat memerlukan kepada penyelamatdan perawat yang mahir untuk mengubati penyakitnya dan menyelamatkannyadaripada berbagai-bagai huru-hara dan kemusnahan. Semua bangsa-bangsa diseluruh pelusuk dunia dicengkam oleh kegelapan akidah dan kehancuran moral.Bangsa Aria di Sepanyol dan di selatan Perancis terlibat di dalam perebutankuasa dengan kerajaan Clovis yang bermazhab Katholik. Bangsa Aria yangmendapat bantuan daripada kerajaan Roman Timur berjaya menewaskan kerajaanClovis. Setelah berjaya menewaskan kerajaan Clovis, bangsa Aria berperangpula menentang kerajaan Roman Timur yang telah membantu mereka, keranaberebut kuasa ke atas tanah jajahan. Di negeri Inggeris pula bangsa Anglodan bangsa Saxon terlibat di dalam kes perebutan tanah juga. Di Itali,kekuasaan kerajaan Roman sudah sangat lemah, lalu ia berpindah kepada kekuasaangereja (agama Masehi). Kerajaan Yunani pula sudah dijajah oleh kerajaanRoman Timur.


Bangsa-bangsa yang kuat di Eropahsering menceroboh kedaulatan bangsa-bangsa yang lemah di Eropah Selatan.Bangsa Got dan bangsa Han berlumba-lumba memperluaskan tanah jajahan. Ditengah-tengah Asia Kecil muncul bangsa Turki yang berjaya menyekat perkembangankekuasaan Yunani. Mana-mana bahagian dunia yang dikuasai oleh kerajaanRoman Timur mengalami kerosakan teruk akibat kekejaman perang dan kezalimanpemerintah. Bukan kerajaan Roman Timur sahaja yang melakukan kerosakandi atas muka bumi malah, sesiapa sahaja yang berjaya memperolehi kemenangantelah melakukan keganasan dan kerosakan, bahkan ada yang lebih ganas dankejam daripada Roman Timur.
Bukan di Eropah sahaja bergolak.Pergolakan berlaku juga di Asia. Di Tibet, India dan Cina muncul fahaman-fahamanyang ganjil-ganjil dan kepercayaan mistik yang sukar difahami, baik dalambidang keagamaan dan falsafah dan juga dalam bidang siasah. Perbezaan fahamankeagamaan, falsafah dan siasah sering menjadi isu yang menyebabkan persengketaansesama sendiri. Keadaan diburukkan oleh lagi oleh peperangan yang berlakudengan orang luar.


Kerajaan Masehi Roman Timur yangberpusat di Konstantinopal terlibat di dalam kancah peperangan dengan kerajaanParsi. Kemenangan sering bertukar tangan di antara mereka. Selain kerajaanParsi, kerajaan lain yang lebih kecil dapat dikalahkan oleh kerajaan Roman.Sayap penindasan kerajaan Roman sampai juga ke Mesir.


Dunia pada ketika itu penuh dengankebuasan, kezaliman dan pertumpahan darah. Umat manusia lebih berminatmelakukan kerosakan daripada berbuat kebaikan dan perdamaian. Pemimpinbukan lagi menjadi pelindung dan penyelamat rakyat malah, merekalah yanglebih dahulu menindas rakyat yang mereka pimpin. Nyawa manusia menjaditidak berharga asalkan nafsu buas pemimpin yang berkuasa mendapat kepuasan.Sikap belas kasihan kepada rakyat yang lemah sangat jarang ditemui di kalangangolongan yang berkuasa.


Pada ketika itu masih ada golonganyang berpegang kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama tetapimereka tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan atau menyekat kerosakanyang melanda dunia dan umat manusia. Suara keagamaan tidak cukup lantanguntuk sampai ke telinga orang-orang yang berkuasa. Di kebanyakan tempatpihak yang berkuasa mengadakan tekanan dan kongkongan terhadap ahli-ahliagama sehingga cahaya agama yang sebenar tertutup dan diperlihatkan cahayaagama yang telah diwarnai oleh pihak pemerintah. Seluruh pelusuk bumi sudahdicalarkan oleh kuku kuasa-kuasa besar, hanya satu tempat sahaja pada ketikaitu yang masih selamat daripada kuku kerosakan penjajah. Tempat tersebutadalah Tanah Arab. Semenanjung Arab bukan diselamatkan oleh kekuatan dankepintaran penduduknya tetapi ia diselamatkan oleh kekuatan alam semulajadi bumi bertuah itu. Lautan padang pasir dan gunung-ganang menjadi bentengpertahanan yang kuat menghalang percubaan kuasa besar untuk masuk ke dalamnya.


Umat manusia sangat berhajat kepadapenyelamat yang mampu mengadakan perubahan, membela nasib golongan yanglemah dan memperbaiki segala macam kerosakan yang telah melanda dunia.Seluruh dunia sudah berada di dalam keadaan huru-hara, hanya bumi Arabyang masih bertahan. Bumi yang dipelihara itu menjadi tempat yang palingsesuai untuk dijadikan markas bagi penyelamat yang akan datang memulakantugas demi umat manusia seluruhnya.

Copyright...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2010 05:07 PM | Show all posts
NABI MUHAMMAD S.A.W BERTANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN UMAT MANUSIA DAN DUNIA SELURUHNYA:

Di tengah-tengah kerosakan akidah dan akhlak yang melanda umat manusia di Semenanjung Tanah Arab dan di seluruh dunia itulah Allah s.w.t mengutuskan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan, di dalam dunia ini ada tidak lebih daripada tiga puluh orang yang mengenal Allah s.w.t sebagaimana yang patut dikenali. Kenyataan ini diterima oleh Salman al-Farisi daripada pendeta terakhir yang beliau temui di Ammuria, dalam perjalanannya mencari kebenaran, sehinggalah beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah. Pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w mengakhirkan pencarian Salman. Dia telah menemui kebenaran.

Nabi Muhammad s.a.w berkewajipan membaiki seluruh dunia. Hanya satu agama yang lengkap dan sesuai dengan fitrah asli sekalian manusia yang mengimbangi soal lahiriah dengan soal batiniah mampu menangani masalah berat yang sedang melanda dunia dan penghuninya. Agama tersebut adalah ISLAM! Baginda s.a.w diutuskan bagi menyampaikan risalat dari Allah s.w.t  dan mentadbir urusan makhluk di dalam dunia ini agar peraturan Allah s.w.t dipatuhi oleh sekalian manusia. Kaum Muslimin yang menjadi umat baginda s.a.w juga memikul amanah tersebut, bertanggungjawab menyambung perjuangan baginda s.a.w. Tugas tersebut terletak di atas bahu umat Nabi Muhammad s.a.w hinggalah kepada hari kiamat. Jalan yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diikuti oleh sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah sebaik-baik dan sebenar-benar jalan. Jalan yang paling baik dan paling benar ini juga dilalui oleh para pengikut baginda s.a.w yang datang kemudian.

Dasar agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa dan mencari kesejahteraan hidup di akhirat tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kehidupan dunia dan makhluk Tuhan sekaliannya. Tugas utama mereka adalah menyucikan akidah mereka sendiri, kaum keluarga dan umat manusia sekaliannya. Tugas susulan yang tidak kurang penting adalah memurnikan akhlak diri sendiri, kaum keluarga dan umat manusia sekaliannya. Akidah dan akhlak merupakan dua agenda paling penting di dalam tarekat Nabi Muhammad s.a.w yang juga diikuti oleh para sahabat baginda s.a.w.

Copyright...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:22 AM | Show all posts
sam,

kenapa avatar saudara ada lambang seolah2 idea pluralism?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2010 01:18 AM | Show all posts
sam,

kenapa avatar saudara ada lambang seolah2 idea pluralism?
ussopp Post at 2-8-2010 00:22

Agama Islam "ilmu" nya merangkumi dan meliputi semua aspect...seperti yg dicontohkan oleh Rasullah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 08:30 AM | Show all posts
اللهــــمـے صـــلـے وســــلمــے وبـــاركــے
علـــے سيـــدنــا محمــد
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:09 AM | Show all posts
sam,

kenapa avatar saudara ada lambang seolah2 idea pluralism?
ussopp Post at 2-8-2010 00:22



    tu la pasal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2010 11:54 AM | Show all posts
tu la pasal
sitihawa Post at 2-8-2010 10:09
pasal apa? nak tau juga...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 12:54 PM | Show all posts
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2010 03:16 PM | Show all posts
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".
sitihawa Post at 2-8-2010 12:54
Pandai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.132057 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list