View: 10071|Reply: 48
|
Kesan Zikir ke Atas Otak Manusia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by S.A.M at 3-8-2010 14:42
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Copyright...
|
|
|
|
|
|
|
|
good info TT..Thanks for sharing![](static/image/smiley/default/icon8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for sharing...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thank you for sharing juga.... ![](static/image/smiley/default/icon8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Love this article. Kudos to TT for sharing.
Will help me in my studies in the future, insya-Allah.
Syukran jazilan! ![](static/image/smiley/default/icon8.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak lebih lanjut lagi aku boleh lampirkan yg lain...cthnya
Nabi s.a.w bersabda, “Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah........." |
|
|
|
|
|
|
|
zikir yang paling afdal...."Lailahailallah......"
rujuk ceramah utz azhar idrus dlm youtube |
|
|
|
|
|
|
|
zikir yang paling afdal...."Lailahailallah......"
rujuk ceramah utz azhar idrus dlm youtube
cikguranggi Post at 3-8-2010 17:29 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif) sebab2nya ...kenapa paling afdal...boleh terangkan! |
|
|
|
|
|
|
|
good info TT..Thanks for sharing
ketotmerah Post at 3-8-2010 14:15 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Yup2....
W slalu tertarik dgn info2 mcm ni...
bukan nk buke pekung di dada..
cume w ni bukan dr golongan yg kuat iman & tinggi pengetahuan agama Islam..
Uhuhuhuhuhu.....
cume pd w...bile kite dpt kaitkan aktiviti2..seharian..
dgn Islam...cthnye mcm kaitkan sainz/kesihatan dgn Islam...
w rs lebih dekat dgn Islam..& yg maha Pencipta...
(cm poyo jek...??..ehehe)...
and at t same time buat kan diri kite...
sorg muslim yg lebih bkeyakinan dgn agama kite...
cth len : cm...bile kite solat time sujud tu...darah& oksigen..mengalir ke otak..
so otak kite lebih cergas..cmtu la lebih kurang..
in other words..semua suruhan Allah swt tu..de hikmah disebaliknye..
in other words jgk its 4 our own good sbenarnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
good info....so amazing![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
menarik...latihan otak dengan zikir dapat pahala dan otak jadi cerdas,,untung bagi yg mengamalkannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..Subhanallah! |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh aku nak tanya ...aku bila baca subhanallah , alhamdulillah, allahhuAkhbar .... tanpa aku sedari aku dah tertido ? kenapa?
ada yang boleh tolong bagi penjelasan tak ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# Nape?Tak caye?
eh eh aku nak tanya ...aku bila baca subhanallah , alhamdulillah, allahhuAkhbar .... tanpa aku sedari aku dah tertido ? kenapa?
ada yang boleh tolong bagi penjelasan tak ![](static/image/smiley/default/smile.gif) Hal ini memang selalu berlaku kpd sesiapa yg berzikir... sebab2nya: mungkin anda penat (kerana terlalu konsentrasi bila berzikir atau baru habis kerja), ngantuk.. (kurang tidor atau makan byk sebelum zikir) dan sebagainya... jika tertidor waktu berzikr itu lebih baik drpd byk berangan yg bukan2...cthnya nak jadi jutawan,... .
Biasanya jika anda tertidor waktu berzikir jarang anda bermimpi malah tidor nyenyak...sekiranya anda berzikir dlm mimpi dlm keadaan sedar itu adalah baik sekali.... sebab menunjukkan "Ruh" anda berzikir....{:1_137:} |
|
|
|
|
|
|
|
"Ruh" anda berzikir....
S.A.M Post at 5-8-2010 03:27 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
"Ruh" tercipta daripada apa? |
|
|
|
|
|
|
|
"Ruh" tercipta daripada apa?
mr_evergreen Post at 5-8-2010 08:59 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif) Drpd Nur Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Nape?Tak caye?
Hal ini memang selalu berlaku kpd sesiapa yg berzikir... sebab2nya: mungk ...
S.A.M Post at 5-8-2010 03:27 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
saya tak paham... jika kita bermimpi berzikir maka kita beruntung kerana maknanya ruh kita berzikir...
tp jika kita buat salah dalam mimpi, e.g mencuri dalm mimpi, berzina dalam mimpi and what not, bagaimanakah pula keadaannya?
bagaimana pula keadaannya jika ada org mendakwa boleh kawal mimpi? jika benar, bukan kah itu maknanya kesedaran dan mindanya connected dgn mimpi tu? so adakah dia akan dihisab juga dgn apa yg dikawal atau dia perbuat dlm mimpi tu ya? |
|
|
|
|
|
|
|
good info tt![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|