CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6831|Reply: 42

harta untuk anak x sah taraf.

[Copy link]
Post time 5-8-2010 01:09 PM | Show all posts |Read mode
salam semua. saya nak tya, my friend ada sorg anak x sah taraf - anak perempuan yang mana anak nie dia jaga sendiri. sebelum dia kahwin, dia ada beli sebuah rumah dan dia ada bagitau dengan adik beradik dia kalo  apa2 terjadi kat dia, dia nak rumah tu diserahkan kepada anak x sah taraf dia.  sekarang nie, my friend dah kahwin dan ada 2 anak lelaki dengan suami dia.

Suami dia tahu pasal ank x sah taraf nie n sudi terima anak nie untuk dianggap sebagai anak sendiri. Sijil asal kelahiran anak dia nie, dibahagian bapa memang kosonglah. So, sebelum anak dia daftar untuk masuk darjah 1, diaorang dah p jpn untuk tukar sijil kelahiran sebab xnak anak dapat malu & kena ejek masa di sekolah. yelah, bukan salah anak tu pun, tapi salah si ibu dan sibu sudah pun mnyesal. JPN keluarkan 1 sijil, tapi sijil anak angkat dimana sjil tu terdapat nama anak & ayah angkat, tapi xde binti lah..

Si isteri bagitau suami, yang rumah dia beli tu untuk anak perempuan dia..  Persoalannya, seandainya si ibu sudah meninggal, boleh ke suami & anak2 lelaki dia tuntut rumah tu.. sebab anak tak sah taraf nie cuma layak dapat harta belah ibu saja kan.. betul x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 02:45 PM | Show all posts
kalau tak silap saya anak angkat tidak boleh menerima harta pusaka,kalau nak bagi jugak kena bagi sebagai hadiah waktu parent masih hidup..

kalau saya salah harap ada yg tolong betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 04:17 PM | Show all posts
menarik soklan ni..
ada sesapa yg arif?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2010 04:51 PM | Show all posts
Reply 2# nickname


   

itu kalo anak angkat kan... ank angkat & ank x sah taraf x sama kan.. dlam sijil jea anak angkat, tapi hakikat nye budak tu anak kawan saya cuma dia x sah taraf. sijil yang original ( bahagian bapa - kosong) jpn dah amik.. jpn yang bagi pendapat suh jadikan anak tu sebagai anak angkat sebab nak kan sijil. daftar sekolah anak kan kena guna sijil kelahiran..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 05:22 PM | Show all posts
mewarisi harta dari ibu sy tak pasti la pulak tapi anak tak sah taraf ni dengan bapa mereka sendiri pun tidak boleh dinasabkan jika kahwin dalam tempoh tertentu(tak ingat kena check balik),sy fikir kalau nasab pun tidak boleh sama la jugak dgn pusaka..tp kes ni mewarisi dari ibu bukan bapa kan..beza tu,kita tunggu pakar dulu la..

pendapat sy ada baiknya bagi nama siap2 kat anak tu,baru tak timbul kes tuntut menuntut..

*bagus la kawan awak tu dah insaf tak buang anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 06:06 PM | Show all posts
Kalau betul betul nak berikan kepada anak tersebut, baik di uruskan pemberian tu sementara ada nyawa kat badan, sekurang kurangnya tak kecoh kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2010 07:11 PM | Show all posts
salam,

yang paling  baik sekali adalah dengan membuat wasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 10:36 PM | Show all posts
salam semua. saya nak tya, my friend ada sorg anak x sah taraf - anak perempuan yang mana anak nie d ...
izzyanna Post at 5-8-2010 13:09


Bergantung kepada cara mana dan maksud ibu itu memberitahu suaminya.  Ada ke dia maksudkan 'hibah' iaitu pemberian semasa hidup?  kalau hibah, pemberian tu di kira sah dan tak boleh ditarik balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 10:41 PM | Show all posts
salam,

yang paling  baik sekali adalah dengan membuat wasiat.
ramsys Post at 5-8-2010 19:11


wasiat untuk waris belum tentu sah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 10:22 AM | Show all posts
Bergantung kepada cara mana dan maksud ibu itu memberitahu suaminya.  Ada ke dia maksudkan 'hiba ...
ibnur Post at 5-8-2010 22:36



    yang dia bagtau saya, husband dia dah tau yang dia dah ada rumah sebelum kawin dan rumah tu dia belikan untuk anak x sah taraf dia. maknanya, apa yang kawan saya cakap tu boleh di guna pakai lah yea.. perlu x ada saksi, sebab dia takut rumah tu nanti akan jadi rebutan antara anak x sah traf dia & anak2 dia dengan husband dia (ank dua2 lelaki).
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:09 PM | Show all posts
setahu saya anak tak sah taraf ni nasab ibu sahaja.. jadi mmg layak memiliki harta dari ibu dia.. selayaknya bagi sebagai hibah, wasiat boleh juga,.. buat dalam bentuk hitam putih utk elak pertikaian masa akan datang..

ada baiknya tanya yang lebih arif..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 05:27 PM | Show all posts
susah nyer anak yg x sah taraf...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 06:07 PM | Show all posts
izzyana.

anak tak sah taraf tidak boleh dibinkan atas nama bapa, mesti atas nama ibu.
tentang tindakan rakan anda menukar bin anak tak sah taraf, elok juga untuk mengelakkan rasa malu anak tersebut.

berkenaan rumah untuk anak tidak sah taraf.
anak tidak sah taraf masih anak untuk ibunya, tetapi saya tidak ppasti dia boleh menerima faraid atau tidak.

elok saya jelaskan sedikit untuk wasiat dan faraid.
faraid hanya untuk suami, isteri, ibu, bapa, datuk, nenek, anak anak, bapa/ ibu saudara (semua ini bergantung pada keadaan).
harta si mati akan dibahagikan mengikut faraid, di mana semua yang berhak dapat bahagian akan mendapat bahagian.
elok anda rujuk laman Amanah Raya atau buku tentang faraid.

wasiat dalam Islam pula berbeza dengan wasiat sivil.
wasiat hanya boleh setakat 30% daripada harta si mati. baki 70% hendaklah difaraidkan.
wasiat boleh dibuat kepada selain daripada pihak yang berhak menerima faraid sperti anak angkat, keluarga angkat, atau sesiapa sahaja.

hibah pula adalah hadiah.
ia hendaklah diberikan sebelum seseorang itu  mati. ini sangat jelas.

adakah rumah yang hendak diberikan itu telah habis bayar kepada bank atau masih terhutang?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 06:41 PM | Show all posts
emm.. maksudnya budak tu nanti jadi anak angkat ibu kandung nya dah ayah tiri nya la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 08:48 PM | Show all posts
emm.. maksudnya budak tu nanti jadi anak angkat ibu kandung nya dah ayah tiri nya la..
xarra Post at 6-8-2010 18:41


yup betul.. dalam sijil angkat yang saya tgk tu..nama ank terus bersambung dengan suami dia tanpa ada binti.. jadi, ank tu dianggap sebagai ank angkat kepada kawan saya bagi mereka yg tidak tahu kisah silam dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 08:54 PM | Show all posts
Reply 13# changkatlobak


    rumah tu masih lagi berhutang dengan bank... kawan saya xnk sekiranya terjadi apa2 pada dia, ank dia akan idup merempat... faham2 sahajalh dengan status anak dia. ank2 lelaki dia dengan suaminya, dia x risau sangt, sebab itu tanggungan suami dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 09:14 PM | Show all posts
Reply 16# izzyanna

salam,

Yang paling baik bagi situasi izzyanna ialah membuat surat wasiat. sekarang dah ada banyak syarikat2 termasuk yg bumi/islam yg kendalikan urusan begini. Kalau mampu guna khidmat peguam. Siapa pun tak bolih protest.
Kalau faraih/hibah takuk anak tu gigit jari aja. maklumlah kalau dah harta macam2 bolih jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:14 PM | Show all posts
Reply 16# izzyanna

rumah atas nama rakan anda, masih berhutang dengan bank.
jika rakan anda mati sedangkan masih berhutang, jika ada insurans mungkin insurans boleh settlekan.
jika tidak, suaminya akan membayar untuk rumah tersebut. ini akan menjadi satu masalah lagi.

seterusnya, rumah tersebut masih akan difaraidkan kepada semua yang berhak.
jika rakan anda wasiatkan atas nama anak tak sah taraf dia pun, anak tak sah taraf hanya menerima 30% daripada harga rumah.
masih tidak dapat daftarkan atas nama anak tidak sah taraf.

kalau sudah selesai dengan bank senang sikit.
boleh daftarkan tanah itu atas nama anak tak sah taraf.
walaupun belum cukup 18 tahun. rakan anda cuma pemegang amanah.

btw, anak tak sah taraf berhak menerima harta ibu.
rujuk dibawah
http://kisahmalaysia.blogspot.com/2007/08/anak-zina-berhak-terima-pusaka-ibu.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 09:19 PM | Show all posts
Reply 18# changkatlobak


    changkat, terima kasih. nti saya printkan web yang awk bagi tu untuk member saya baca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:27 PM | Show all posts
Reply 19# izzyanna


    sama-sama.

semoga berjaya kepada rakan anda dan diberkati Allah. dan kepada anda juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.602114 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list