View: 2841|Reply: 9
|
Jadi Jutawan dlm Masa Sebulan
[Copy link]
|
|
"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu’alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal, |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka nota sodari ni! ) tenkiu sharing dalam bentuk camni![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mengaji tu lbh lg tu x silap satu huruf 10 pahala. sbb itu digalakkan melihat alquran bila membaca w/pun dh hafal
ambil wuduk 10 kebaikan , so jgn simpn wuduk Dari maghrib sampi witir, selalu renew wuduk.
apa pun jgnlah jd mcm accountant nk Kira semua pahala ni. beramal ibadat dgn ikhlas tanpa mengharapkn fadilat/ pahala, ini amalan org yg merdeka
org yg beramal mengharapkn pahala semata2 adalah amalan seorg yg berdagang. w/pun dibenarkn ikhlas itu lbh tinggi darjatnya. buat Aja amalan tanpa menghitung or memikirkn sgt ganjaran pahala. pemberian pahala itu urusan pencipta base on a few related factors.
sbg permulaan utk motivasi diri or ahli keluarga blh la guna method mengira pahala. as we move on Dan mulai merasa kemanisan iman beramal dgn keikhlasan hati, dan istiqamah. jgn bln posa je lbh2 amalan dh hbs posa hilng semua.
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
thnx, mtk izin nak copy paste kat Fb erkk.
TQVM!! |
|
|
|
|
|
|
|
thnx, mtk izin nak copy paste kat Fb erkk.
TQVM!!
eastbourne13 Post at 14-8-2010 09:25 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
boleh saja...sebab saya pun copy paste dari email...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# sunsuria3
memang beribadat kena ikhlas tapi saya rasa tak salah sebagai motivasi diri. tambah pulak skang ni kan tengah hot pasal MLM so disamping mengejar harta dunia...kena la kejar "harta" di akhirat sekali
BTW selamat berpuasa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat menarik... membacanya di pagi ini membuat mata menjadi segar...
Selamat berpuasa ~! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
tt saya pun copy paste gak!! tqvm!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# norzyy
thx for the info...... |
|
|
|
|
|
|
|
good info.....thanks for sharing.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|