CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8508|Reply: 20

Fenomena Azan: Berkumandang 24 jam sehari seluruh dunia

[Copy link]
Post time 16-8-2010 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sitihawa at 16-8-2010 11:52

FENOMENA AZAN



bismillah...
subhanallah, alhamdulillah, Allahhuakbar! saya tergerak nak cari info ini setelah kerap mendengar iklan di astro oasis . tentang Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.

sumber: youtube dan diambil dari blog http://bluevirgolady.blogspot.co ... mandang-24-jam.html



SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2010 11:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 16-8-2010 11:54






semoga memberi manfaat pada kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 08:18 AM | Show all posts
subhanallah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 08:33 AM | Show all posts
subhanallah..
sgt2 menakjubkan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 09:17 AM | Show all posts
syabas tt... aku pun asyik teringatkan hal yang sama...
subhanaullah ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 09:27 AM | Show all posts
dh penh tgk dulu...mmg menakjubkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2010 10:46 AM | Show all posts
subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply 7# hondajazz


    Kalau tibe2 azan kat dunia ni stop 1 minit ape akan jadi agaknye ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2010 02:44 PM | Show all posts
Reply 8# hana82


   jd kiamat la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 03:45 PM | Show all posts
sebab itu kuncu2 dajal berusha nak hapuskan islam
nak hapuskan azan2 ni sekali

adakah dajjal akan muncul bila tiada lagi azan kedengaran?

jom2 kita kaji
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 12:45 AM | Show all posts
sgt menarik xpernah terpikir sebelum niee
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:26 AM | Show all posts
pernah dpt dlm email sblm ni. ank2 yg join kem remaja ad din dgn Ust zawawi pun ditunjukkan tayangan video fenomena azan 24 jam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 01:34 PM | Show all posts
azan itu dakwah yang sempurna
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 08:40 PM | Show all posts
subhanallah..menitis air mata aku baca artikel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 11:40 PM | Show all posts
subhanallah............
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:36 AM | Show all posts
subhanallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 11:24 AM | Show all posts
terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 11:51 PM | Show all posts
Reply 8# hana82


    Azan nie tak akan berhenti walau sedetik pun kerana ia seruan ntuk menyembah ALLAH S.W.T.  jika tiada kedengaran lagik tandanya sudah tidak ada orang-orang Islam lagik dah... dan orang-orang yang beriman tidak akan merana semasa ketibaan Kiamat sebab mereka sudah dimatikan dahulu. so, pesanan ana jaga solat dan perbanyakkan amal ibadat kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 01:51 PM | Show all posts
subhanallah... betape besar ciptaan Allah yg membolehkan azan berkumandang stiap mase... x tepikir plak sbelom ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 02:01 PM | Show all posts
subhanallah....... tapai ramai org kita buat dono je bila dgr aza, dah la x jawab seruan azan, menyembang2 plak tu hatta dlm masjid..........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058907 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list