CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 0

[Pulau Pinang] Padah tipu syarikat insurans

[Copy link]
Post time 5-11-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Padah tipu syarikat insurans
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 05 November 2021


Muhammad Akmal (dua dari kiri) dan Muhamad Rizal (dua dari kanan) diiringi polis ketika dibawa ke mahkamah.


BUTTETWORTH - Dua lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Munisipal Seberang Perai di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu tuntutan insurans sebanyak RM500,000 pada April 2019.


Tertuduh, Muhammad Akmal Aliff Omar, 29 dan Muhamad Rizal Ahmad, 34 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Butterworth, Nigel Jirin.


Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama telah menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd yang mendorong syarikat itu untuk membuat bayaran tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 April 2019 di The Pacific Insurance Bhd, 40-01, Q Sentral, 2A, Jalan Steen Sentral 2, Kuala Lumpur.


Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 atau Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama.


Mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan bersalah.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala Muhammad Akmal Aliff dan Muhamad Rizal tidak diwakili peguam.


Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 November depan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... u-syarikat-insurans
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.030967 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list