View: 11328|Reply: 59
|
TOK PAH, CT BERTEMU SEMULA!
[Copy link]
|
|
CT pun x nak kalah nih mendada![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla dah berbaik..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
nk sgt tgk gambar Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah..![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je beli mangga isu raya,xde pon gmbo ni??![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla...aku tetap tak caya tok pah!!!
aku takut pertemuan nie menaikkan balik kedengkian tok pah plak...![](static/image/smiley/default/funk.gif) ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# ColbyRaikkonen
Sharifah Aini, Siti berbaik
Oleh Farihad Shalla Mahmud
2010/08/19
Tak gaduh lagi.
KUALA LUMPUR: Krisis peribadi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dengan Datuk Siti Nurhaliza sejak enam tahun lalu, berakhir apabila dua penyanyi terkemuka tanah air itu dipertemukan dalam sesi fotografi khas bersama Berita Harian, di Hotel The Royale Chulan, di sini petang semalam.
Walaupun pernah bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, ini kali pertama mereka disatukan dalam sesi fotografi selepas dikaitkan dengan kontroversi yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dan mendapat liputan meluas media.
Kontroversi tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat merosakkan reputasi Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap penyanyi itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh mengaitkannya.
Sharifah Aini ketika ditanya kesudiannya memenuhi undangan itu, berkata beliau bersetuju kerana tidak mahu orang ramai terus berprasangka buruk terhadap hubungan mereka berdua.
Sebenarnya antara kami tiada apa yang berlaku. Kami menjadi mangsa keadaan. Pada saya, Siti seorang yang baik dan masih seperti yang saya kenal dulu, katanya.
Siti Nurhaliza ketika ditanya sama ada masih memendam perasaan terhadap apa yang berlaku, berkata perkara itu sudah dilupakannya.
Apa yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti anggap ini semua keberkatan Ramadan. Siti harap, selepas ini hentikan semua spekulasi yang tidak baik, katanya.
Sepanjang lima jam di lokasi penggambaran, dua diva itu kelihatan mesra dan saling bertanyakan perkembangan masing-masing. Sambil mengakui pasti akan ada cakap-cakap nakal mempertikaikan keikhlasan mereka, dua penyanyi itu menegaskan mereka tidak mempedulikannya serta mengharapkan ikatan yang terjalin akan berkekalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes guling guling depan TV3 pon tak settle lagik kannn |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa dendam di hati konsepnye ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
'Kami tiada sengketa'
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Selama enam tahun peminat seni tanah air tertanya-tanya sejauh mana kebenaran dua penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza bermasam muka.
Sepanjang tempoh itu juga, baik Sharifah Aini mahupun Siti Nurhaliza, kedua-duanya tidak pernah disatukan dalam mana-mana sesi temu bual bersama media mahupun dalam program hiburan televisyen.
Bagaimanapun, pelawaan Utusan Malaysia untuk menggandingkan dua penghibur tanah air itu dalam sesi fotografi khas diterima mereka dengan tangan terbuka.
Mengambil keberkatan bulan Ramadan, di suite hotel ternama The Royale Chulan di sini hari ini, Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza dipertemukan selepas kedua-duanya pernah diheret dalam kontroversi paling gempar dan mendapat liputan meluas media massa pada 2004.
"Sebenarnya antara saya dan Siti Nurhaliza tidak ada sebarang sengketa. Kami berdua menjadi mangsa keadaan. Saya secara peribadi berpendapat Siti Nurhaliza seorang yang baik dan masih seperti mana yang saya kenali dulu," kata Sharifah Aini mengulas pertemuan yang disifatkannya sebagai cukup bermakna dalam kehidupannya.
Pertemuan itu turut disertai oleh wartawan majalah hiburan popular, URTV dan akhbar Berita Harian yang turut diberi peluang merakamkan momen-momen manis pertemuan dua penyanyi tersohor tanah air itu.
Krisis hubungan dua penyanyi itu tercetus apabila Sharifah Aini didakwa membuat fitnah menerusi e-mel dengan niat untuk merosakkan reputasi Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, pendakwaan itu digugurkan selepas didapati tiada kes yang boleh ditimbulkan.
Sementara Siti Nurhaliza dalam reaksinya memberitahu, sebagai manusia dia tidak pernah berdendam terhadap apa yang pernah berlaku dalam kariernya sebagai anak seni.
Sebaliknya, Siti Nurhaliza bersyukur kerana pada Ramadan yang mulia ini, dia dan penyanyi yang amat dikaguminya itu dipertemukan dalam suasana yang sangat harmoni.
"Segala yang berlaku sudah lama Siti lupakan. Siti gembira kerana bulan Ramadan kali ini memberikan Siti dan Datuk (Sharifah Aini) peluang untuk kami menjernihkan semula keadaan selepas ramai yang berprasangka buruk terhadap hubungan kami berdua selama ini," ujar Siti Nurhaliza lagi.
Siti Nurhaliza juga sependapat dengan biduanita itu bahawa biar apa tanggapan orang sekalipun terhadap pertemuan mereka itu, semuanya tidak akan memberi kesan pada diri masing-masing kerana kedua-duanya sedia maklum selama ini tidak ada sengketa yang tercetus antara mereka.
"Insya-Allah selepas ini saya yakin hubungan saya dengan Siti Nurhaliza akan lebih erat dan apa yang berlaku menjadi pengajaran yang cukup berguna untuk kami," kata Sharifah Aini sambil memegang erat tangan Siti Nurhaliza.
Kemesraan mereka berdua sepanjang lima jam sesi fotografi berlangsung terpancar dan kedua-duanya seolah-olah tidak puas berkongsi pelbagai cerita mengenai kerjaya seni mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
check in![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
CTSA album![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply farah85
lawanya........................................... {:3_98: ...
Syfuel Post at 19-8-2010 15:06 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
i ke?![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|